Wednesday 31 May 2023

Guardian Fun Run 2023 Kembali Dengan Lebih Besar dan Meriah! Pendaftaran Kini Dibuka.

Kuala Lumpur, 30 Mei 2023 - Acara menarik kegemaran ramai Guardian Malaysia yang berorientasikan keluarga, Guardian Fun Run kini kembali untuk edisi keduanya dan dijangka bakal menerima sambutan yang menggalakkan. Perasmian telah berlangsung di MyTown, Cheras dengan pembukaan khemah para penaja.

Perasmian Guardian Fun Run 2023.


Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata ketika perasmian, “Fun Run tahun ini menjanjikan kemeriahan yang lebih besar dan lebih hebat berbanding Larian tahun lalu. Larian tahun lalu merupakan pembuka mata kepada kami apabila MAEPS bertukar menjadi LAUTAN JINGGA baju-T GUARDIAN dengan peserta dari pelbagai lapisan masyarakat. 

Ketua Pemasaran Guardian, Angela Teo.


Kami belajar bagaimana bersenam, dan berlari terutamanya sangat popular, bukan hanya di kalangan pelari tegar tetapi juga di kalangan golongan berkeluarga yang ingin kekal sihat dan populariti aktiviti ini merentasi semua generasi.

Guardian Fun Run tahun lalu istimewa kerana ia memberi semangat kepada keluarga untuk turut serta dan berlari, termasuk ramai kanak-kanak, ibu, bapa malah datuk dan nenek. Menyaksikan mereka berlari bersama-sama untuk kekal sihat, menjadikan kami lebih berbangga dan teruja untuk menganjurkan acara ini dan inilah sebabnya kami mengadakannya lagi tahun ini.

Pastinya, kempen Live Smart & Healthy kami pada bulan Mei dan Guardian Fun Run menunjukkan komitmen kami dalam membantu pelanggan untuk hidup bijak dan sihat.

Untuk kempen Live Smart & Healthy, kami telah memperkenalkan pelbagai produk kesihatan baharu di stor kami berdasarkan keperluan pelanggan kami, trend terkini disamping produk kesihatan terbaik dari seluruh dunia yang ada di pasaran”.

“Guardian Fun Run terbuka kepada pelari dari segenap peringkat kecergasan, jadi sama ada anda seorang pelari tegar, atau baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini, ini adalah peluang yang baik untuk bersenam dalam persekitaran yang menyeronokkan dan bersemangat.

Seperti namanya, Guardian Fun Run akan dimeriahkan dengan acara menyeronokkan untuk seisi keluarga, termasuk kanak-kanak kerana ia menjanjikan laluan yang indah, suasana seperti karnival, permainan, persembahan hiburan, pensampelan produk kesihatan dan kecantikan disamping pelbagai trak makanan.

Selain itu, terdapat Hadiah Cabutan Bertuah bernilai RM10,000 untuk dimenangi oleh para peserta, berupa baucar membeli-belah bernilai RM2,500 untuk setahun sebagai Hadiah Utama dan hadiah untuk Peraduan Kostum Terbaik. Hadiri acara ini dengan pakaian paling kreatif anda berserta baju-T Fun Run bagi merebut peluang untuk memenangi baucar Guardian dan hamper.

Untuk membantu pelari membuat persediaan untuk Fun Run kali ini, kami juga akan mengadakan bengkel Masterclass Fitness yang dikendalikan oleh Jurulatih Antarabangsa, Gillian Benjamin pada bulan August, yang mana butirannya akan diumumkan kemudian.

Dan untuk menghangatkan lagi acara, para peserta akan dijemput untuk menyertai Rutin Senaman DanceON istimewa kami, sebagai acara memanaskan badan sebelum memulakan larian pada hari itu nanti. Senam tari ini merupakan sejenis senaman menggunakan teknik tarian untuk meningkatkan kecergasan, menjadikan senaman lebih menyeronokkan untuk semua,” Tambah Teo.

Info Guardian Fun Run 2023 adalah seperti berikut:

Tarikh: 23 September 2023 
Hari: Sabtu
Masa: 4pm ke atas
Lokasi: MAEPS Serdang. 
Kategori Larian:
  • Kategori 1 3KM Family Run
Kanak-Kanak (5 - 12 Tahun sahaja)
Harga tiket RM30
  • Kategori 2 3KM Family Run
Terbuka (13 Tahun & ke atas)
Harga tiket RM50
Harga diskaun pendaftaran awal RM40
  • Kategori 3 5KM Fun Run
Terbuka (13 Tahun & ke atas)
Harga tiket RM55
Harga diskaun pendaftaran awal RM40

  • Kategori 4 5KM Larian Maya 
Harga tiket RM40
Harga diskaun pendaftaran awal RM35

Larian Maya 5km akan membolehkan peserta yang berada di luar Lembah Klang untuk turut serta.Pendaftaran kini dibuka dan diskaun awal diberikan kepada mereka yang mendaftar awal sebelum 11 Jun 2023.

Peserta yang mendaftar akan memperolehi Fun Run Pack yang mengandungi Bib, E-Bib (peserta virtual run sahaja), Tshirt larian, Medal Penamat, Goodies dan Sijil-E.

Poster rasmi

Sebagai alternatif, anda juga boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR Guardian Fun Run di semua platform media sosial Guardian, lama web, dan stor dalam talian, atau muat turun aplikasi digital ‘HEYJOM’ pada Apple App atau Google Play untuk mendaftar.

Untuk butiran lanjut tentang Fun Run boleh didapati di https://www.heyjom.com/events/359.

“Sebagai menepati misi Guardian untuk membantu pelanggan untuk hidup sihat dan indah, setiap hari, kami telah menetapkan yuran pendaftaran yang sangat berpatutan untuk para peserta, pada harga maksimum RM60 untuk pelari dewasa, yang akan turut menerima beg hadiah berisi produk bernilai RM150 pada hari Larian. Kami berharap ramai rakyat Malaysia dan keluarga mereka yang prihatin dengan kesihatan akan mengambil bahagian dalam Guardian Fun Run kami. Bawa seisi keluarga anda dan ciptalah pengalaman menggembirakan dan penuh bermakna di acara ini. Pendaftaran ditutup pada 31 Julai 2023 jadi jangan buang masa, daftar sekarang. Jumpa anda di sana September ini,” kata Teo mengakhiri.

Sedikit review Guardian Fun Run 2022 yang lepas, acara lepas meriah dengan penganjuran banyak khemah penaja. Ada jualan murah, permainan dan hadiah percuma buat pelanggan di setiap khemah. Hari tu sahaja siap berbeg-beg dapat hadiah percuma. Jangan risau, ada khemah berjaga percuma untuk meletakkan barang-barang kita agar kita tak perlu nak angkat barang banyak-banyak ketika larian.

Selain itu, makanan percuma ada, minuman percuma dengan kehadiran trak minimum Milo, Nescafé dan sebagainya turut disediakan. Ditambah lagi dengan trak jualan makanan dan minuman tambahan. Jadi tak perlu risau tentang lapar dan dahaga. Semuanya pun halal.

Tandas mencukupi. Tengah-tengah laluan pun ada tandas. Istimewanya, akan ada beberapa prop bergambar yang diletakkan di laluan larian. Jadi, boleh ambil gambar untuk kenangan. Seperti biasa juga, akan ada stesen air, stesen kecemasan, rondaan dan sebagainya. Tak perlu risau kerana acara dilakukan penuh profesional.

Waktu habis larian, peserta diberi makanan dan minuman serta medal penamat. Lebih menarik lagi siap ada persembahan DJ! Meriah sungguh! Lepas tu, ada cabutan bertuah yang sangat banyak. Ada yang menang produk penaja, e-skuter, basikal, penapis udara dan macam-macam lagi lah. Jadi jangan balik awal ya! 

Kalau anda risau mengenai tempat letak kereta dan surau, ada disediakan. Tempat letak kereta pun tak jauh. Banyak lagi. Lagi pun Guardian janjikan Guardian Fun Run 2023 lebih besar dan meriah, apa lagi, jom ikut serta!

Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy
YouTube: @Guardian MY
Telegram: @GuardianMY

#GuardianMYApp
#guardianMy

No comments:

Post a Comment