Saturday, 2 March 2024

KOLEKSI EDISI TERHAD TERAKHIR SPYxFAMILY KINI DI GUARDIAN

Kuala Lumpur, 28 Februari 2024: Para pelanggan guardian kini berpeluang untuk mendapatkan set koleksi SPYxFAMILY terakhir, set The Forgers, untuk melengkapkan kesemua set koleksi eksklusif istimewa SPYxFAMILY guardian mereka.

spy-x-family-guardian-limited-edition-series
Forger Series, koleksi edisi terhad terakhir untuk siri SPY x FAMILY Guardian.

Set pek kotak The Forgers boleh dibeli mulai 28 Februari 2024 dan ia mengandungi satu buku nota lingkaran, 10 keping pelekat kad lipatan, dan satu poster Lentikular 3D berbingkai hitam. Dijual pada harga RM129, pelanggan boleh mendapatkan set The Forgers dengan membeli barangan bernilai RM20 daripada jenama yang mengambil bahagian seperti Aiken, Bio Essence, Lóreal Dermo-Expertise, Eucerin, Garnier, Lóreal, Maybelline, Nivea Skin, dan Sunsilk, atau RM50 untuk pembelian mana-mana jenama lain dalam satu resit.

spy-x-family-guardian-limited-edition-series-forger-series

Barangan koleksi eksklusif guardian ini adalah berdasarkan siri manga terlaris di Jepun dan siri televisyen adaptasi anime, SPYxFAMILY, yang ditulis dan dilukis oleh Tatsuya Endo. Ia mengisahkan tentang misi penyamaran seorang pengintip yang berkahwin dan mengambil anak angkat sebagai sebahagian daripada usaha penyamarannya, tanpa menyedari bahawa anak angkatnya itu memiliki kuasa telepati dan wanita yang dikahwininya pula ialah pembunuh upahan yang handal. Ketiga-tiga mereka perlu berusaha untuk kekal bersamaSPYxFAMILY telah dipilih sebagai Komik Web Paling Popular Nombor 1 pada 2019 dan ia telah mencecah 480 juta tontonan pada Ogos 2022. Menjelang Disember 2023, SPYxFAMILY mencapai lebih 34 juta edaran, menjadikannya salah satu siri manga terlaris di pasaran.

Jennifer Wong, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Korporat dan Acara, guardian Malaysia, menyatakan keterujaan beliau berkata, “Kami sangat teruja untuk menawarkan EMPAT set barangan koleksi daripada siri manga dan anime SPYxFAMILY.”

spy-x-family-guardian-limited-edition-series-forger-series

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk mengumpul barangan koleksi edisi terhad hebat daripada salah satu siri manga dan anime paling popular pernah dihasilkan di Jepun ini. Segeralah berkunjung ke stor Guardian berdekatan anda untuk mendapatkan set koleksi anda sebelum terlambat!


Facebook: @guardianmy
Instagram: @guardianmy
YouTube: @guardian MY
Telegram: @guardianMY

#GuardianMYApp
#guardianMy
#guardianspyxfamily









Friday, 1 March 2024

Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) Mengadakan Majlis Anugerah dan Penghargaan Usahawan dan Agensi Kerajaan

Ampang, 26 Januari 2024 - Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) dengan bangganya mengumumkan penganjuran majlis "Malam 1000 Kenangan Jasamu Dikenang" yang berlangsung pada di Grand Barakah Hotel, Ampang Point.

dpum-dewan-usahawan-perniagaan-malaysia-malam-anugerah
Anugerah Jasamu Dikenang  DPUM di Grand Hotel Barakah


DPUM atau nama asal sebelum penjenamaan semula, Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) telah mengadakan majlis ini untuk memberi penghormatan kepada 40 usahawan yang telah menyumbangkan jasa dan kejayaan mereka dalam dunia perniagaan. Tidak dilupakan juga penghargaan buat agensi kerajaan yang bersama-sama DPUM dalam membantu usahawan untuk melangkah lebih jauh dalam dunia perdagangan. Dengan tema "Jasamu Dikenang", majlis ini bertujuan mengiktiraf pencapaian cemerlang para usahawan yang telah memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan ekonomi negara.

Sebagai sebahagian daripada penghargaan, seketariat DPUM juga turut diberikan pengiktirafan atas bantuan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada DPUM. Penghargaan ini mencerminkan penghargaan dan sokongan DPUM terhadap usaha-usaha mereka yang menjadikan DPUM di tahap yang tinggi seperti sekarang.

Maj
lis ini turut dihadiri oleh Presiden DPUM, Dato' Seri Abu Hasan Mohd Nor, Dr. Raja Putra Shah dari RHEA Corporation Sdn Bhd, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU, Dato Norman Abdul Halim, Pengarah Urusan Sharifah Food Industries Sdn Bhd, Hjh Rohani Borhan dan Pengarah Urusan Excell Way Worldwide Sdn Bhd. Desmond Hiew. Selain itu, 12 Agensi dan Kementerian yang sering bekerjasama dan membantu usahawan DPUM turut datang untuk memberi sokongan seperti FAMA, PERNAS, MATRADE, PERKESO, MOTAC, Kementerian Perlancongan, MARA, TEKUN, ANGKASA, MITI dan SIRIM.

Antara penerima anugerah usahawan pada majlis ini ialah Excell Way Worldwide Sdn. Bhd. bagi Anugerah Usahawan Kilang GMP Terbaik dan SHRF Food Industries Sdn. Bhd., bagi Anugerah Food Industri Korporat Terbaik.

dpum-dewan-usahawan-perniagaan-malaysia-malam-penerima-anugerah
Penerima Anugerah Usahawan pada majlis makan malam baru-baru ini.

Majlis makan malam yang diacarakan oleh pelakon Abon turut meriah dengan persembahan nyanyian daripada Haqiem Rusli, Keena Mentot, Malek Redzuan dan Herman Tino. Tidak lupa juga, terdapat persembahan istimewa daripada Raja Teh Tarik Asia, Syed Khaidhir Syed Abdullah yang menampilkan kemahiran menarik teh tariknya.
Turut mengisi ruangan majlis, beberapa gerai pameran daripada beberapa usahawan bawah DPUM menampilkan produk dan perkhidmatan seperti produk harumanis, makanan sedia dimakan dan teh tarik. Pameran ini merupakan peluang yang unik bagi usahawan untuk memperluaskan rangkaian perniagaan mereka dan menjalinkan kerjasama dengan pihak lain dalam komuniti perniagaan.

Sedikit Pengenalan mengenai DPUM: Mendukung Usahawan Malaysia Sejak 2013

Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) dibentuk pada tahun 2013 dengan matlamat utama untuk menjadi sokongan utama kepada komuniti usahawan di Malaysia. DPUM memahami bahawa kejayaan perniagaan tidak hanya bergantung kepada keberanian untuk berjinak-jinak dalam pasaran, tetapi juga kepada pengetahuan dan bimbingan yang efektif.

presiden-dewan-perniagaan-usahawan-malaysia-abu-hasan
Presiden DPUM, Dato' Seri Abu Hasan Mohd Nor

“Sejak DPUKM bermula 15 tahun lalu kami banyak melahirkan usahawan-usahawan berjaya walau pun tanpa sebarang bantuan atau geran daripada Kerajaan,” 

"Dahulu kami dikenali sebagai Dewan Usahawan Perniagaan Kecil Malaysia, sekarang kami telah melaksanakan penjenamaan semula dengan menukar nama persatuan sebagai Dewan Usahawan Perniagaan Malaysia (DPUM) untuk memandangkan Dewan juga semakin besar hingga mencapai ke luar negara," ujar Presiden DPUM, Dato' Seri Abu Hasan Mohd Nor pada majlis ketika sesi temu ramah.

Ibu pejabat DPUM yang berada di Kuala Lumpur ini juga mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia dan juga luar negara.

“Setekat ini kami mempunyai 15,000 ahli-ahli yang aktif terdiri bukan sahaja dari kalangan usahawan Melayu tempatan tetapi usahawan-usahawan dari Indonesia, China dan Thailand,” tambah beliau lagi.

dpum-indonesia-malaysia
Tangkap layar berita dari Indonesia. Sumber: TV One News

Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia yang sedang berada dalam proses penjenamaan semula daripada nama asal Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia bakal menyaksikan pelbagai perubahan termasuk laman web rasmi, penstrukturan semula, pengenalan kepada digital dan sebagainya.

Kelebihan penyertaan menjadi ahli DPUM

DPUM mengalu-alukan semua usahawan sama ada usahawan yang baru memasuki dunia usahawan, peniaga tepi jalan dan pelbagai tahap untuk menyertai mereka untuk meluaskan lagi langkah mereka. Yuran keahlian yang rendah dari RM150 bagi keahlian biasa dan RM500 setahun untuk korporat.

DPUM berkomitmen menyediakan platform dan rangkaian (networking) yang menyokong usahawan tempatan. Sejak penubuhannya, DPUM tidak hanya memberikan perkhidmatan pembangunan perniagaan tradisional, tetapi juga turut memberikan tunjuk ajar dalam bidang-bidang penting seperti teknologi, pemasaran, dan pengeluaran.

Antara jenis bantuan atau latihan yang ada di DPUM ialah studio untuk menjalankan pemasaran usahawan, membawa usahawan ke luar negara untuk menyertai EXPO perniagaan, membantu usahawan mencari pembekal yang berkualiti untuk perniagaan mereka, membantu usahawan menembusi pasaran luar negara, melancarkan proses pinjaman dengan bimbingan DPUM dan sebagainya.

dpum-dewan-perniagaan-usahawan-malaysia-ke-antarabangsa
Antara delegasi yang membawa nama negara ke pentas usahawan antarabangsa. Sumber: Facebook Dewan Usahawan Perniagaan Kecil Malaysia (Sebelum penjenamaan semula).

Lebih menarik lagi, DPUM mempunyai studio tiga tingkat yang menyediakan perkhidmatan pembuatan jingle dan video untuk ahli DPUM yang memerlukan. Ahli juga berpeluang untuk menyiarkan perniagaan mereka melalui saluran mytvusahawan yang diterbitkan secara atas talian.

Bak kata Presiden DPUM, “Kami sentiasa melaksanakan program bimbingan kepada golongan usahawan bagi membantu mereka berjaya sekali gus menghasilkan produk berkualiti dari aspek pembungkusan dan rangkaian perniagaan agar dapat menembusi pasaran global."

Dengan pendekatan ini, DPUM berharap dapat melonjakkan kejayaan usahawan di Malaysia melalui bantuan dan pembimbingan yang berkualiti.

....................................................................................................................................................

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai DPUM atau hendak menjadi ahli boleh rujuk di bawah:

Alamat: No. 2, Wisma RKT Tingkat 3, Jalan Raja Abdullah, Off Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
Facebook: Dewan Pernigaan Usahawan Kecil Malaysia (Belum bertukar nama)
Email: info@dpukm.com

Kredit gambar: Kak Fas Online

Tuesday, 6 February 2024

33 usahawan capai jualan RM1 juta ke atas pada Januari 2024

SHAH ALAM - Seramai 33 usahawan dibimbing secara dekat bersama Mentor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta pada bulan lalu.

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika berkongsi kejayaan 33 usahawan dibimbingnya bersama RichWorks secara dekat yang mencapai jualan lebih RM1 juta pada Januari lalu.

Kongsi Dr. Azizan, pencapaian tersebut membuktikan bahawa bangsa usahawan masih boleh berkembang meskipun dalam keadaan yang mencabar pada tahun ini.

"Saya dan RichWorks International tak bina usahawan capai jualan RM1 juta dalam 3 minit tapi kami bina 58 usahawan capai RM10 juta dan lebih 300 capai RM1 juta pada tahun lalu.

"Tahniah Khairulaming kerana menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang dengan saya boleh katakan 99 peratus persediaan menjadikan tiga minit itu kejayaan," katanya dalam satu sesi khas di Facebook Azizan Osman Official semalam.

Tambah beliau, kejayaan itu tak berlaku sekelip mata tapi terdapat fasa-fasa dan proses persediaan dilakukan termasuk pembelajaran dan kegagalan yang dialami sebelum itu.

"Jika anda lebih bersedia untuk main 'permainan' ini, anda akan ada peluang lebih tinggi untuk menang.

"Apa saya nak katakan di sini adalah kefahaman sangat penting untuk seseorang usahawan bersedia untuk mencapai sasaran mereka," jelasnya.

Dr. Azizan berkata, meskipun ketika pasaran 'lemah' tapi orang tetap membeli cuma persoalannya mereka membeli dengan siapa.

Sementara itu, beliau mengulas mengenai hantaran netizen mengenai produk Jajan Jijan yang dikatakan gagal, sebenarnya ia satu kejayaan dibuat sebagai kajian kes dalam satu kelas lebih kurang 10 tahun dulu.

Salah satu akaun yang muat naik hantaran mengenai produk Jajan Jijan yang dihasilkan bagi kelas keusahawanan yang dijalankan lebih 10 tahun dulu.

"Saya tunjukkan kepada peserta macam mana saya membina jenama dari kosong, bagaimana nak keluarkan produk hingga boleh dijual.

"Bila kami lancarkan dalam kelas itu, lebih kurang 11,000 peket dijual dalam masa 30 minit," ujarnya.

Dalam pada itu, RichWorks juga akan mengadakan bimbingan perniagaan bersama Dr. Azizan buat usahawan terpilih yang ditaja 100 peratus pada 21 Februari ini.

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika membimbing bisnes usahawan-usahawan terpilih yang ditaja 100 peratus pada bulan lalu.


Mohon sekarang di richworks.com/businesscoaching/med.

Tuesday, 16 January 2024

Tahun Baru Cina 2024 Bersama Guardian Dengan 'Glowing Beauty, Healthy Journey'

Petaling Jaya, 11 Januari 2024: Guardian akan menyambut kedatangan Tahun Naga Tahun Baru Cina dengan pelbagai tawaran dan promosi produk terkini dan terhangat pada nilai luar biasa untuk semua pelanggannya.

Guardian CNY 2024 Promotion and Campaign
Kempen Tahun Baru Cina Guardian 2024 - Glowing Beauty, Healthy Journey.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia, berkata; “Tahun Baru Cina adalah salah satu perayaan tahunan terbesar dimana semua orang akan bersungguh-sungguh untuk tampil hebat dengan penampilan serta pakaian baharu terbaik mereka kerana ia adalah masanya untuk permulaan yang baharu.

“Tema ‘Glowing Beauty, Healthy Journey’ kami menguatkan lagi harapan Tahun Baru Cina (CNY) kami untuk para pelanggan dalam menyambut tahun baharu ini dengan tumpuan khusus terhadap penjagaan kesejahteraan dan kesihatan serta pengamalan gaya hidup yang harmoni dan seimbang.

“Untuk itu, kami telah menyediakan rangkaian tawaran dan hadiah istimewa yang menarik untuk pelanggan kami untuk dijadikan hadiah buat orang tersayang, yang jauh mahupun yang dekat dan untuk diri mereka sendiri. Tawaran nilai istimewa ini terpakai untuk kebanyakan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terkini kami, yang ditawarkan di stor fizikal dan dalam talian, untuk membantu anda dan orang tersayang tampil dengan penampilan terbaik di Tahun Baru Cina ini.

“Untuk merancakkan lagi perayaan tahun ini, kami juga telah memperkenalkan sebuah video muzik Tahun Baru Cina (CNY) yang ceria dan menghiburkan, menampilkan Jestinna Kuan, penyanyi dan Pencipta Kandungan Digital popular serta beberapa watak lain termasuk pemenang Face of Healthy Beauty Guardian.” jelas Anna.

Guardian CNY 2024 Music Video with Jestina Kuan and winner of the face of healthy beauty 2023
Jestina Kuan (ditengah) bersama pemenang The Face of Healthy Beauty Guardian tahun 2023.

Lagu multibahasa yang rancak dalam bahasa Cina dan persembahan video yang menarik itu sangat menghiburkan namun bertujuan untuk mengingatkan orang ramai tentang kepentingan memelihara hubungan baik dengan semua orang, menzahirkan rasa terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai dan menghidupkan tradisi budaya dan adat yang menjadikan sambutan Tahun Baru Cina begitu istimewa. Ini dipersembahkan menerusi watak Jestinna yang dikenali sebagai ‘Xiao Long Nu’.

Watak Xiao Long Nu yang moden dikunjungi oleh Xiao Long Nu Zaman Lampau yang mengingatkannya tentang tradisi Tahun Baru Cina purba manakala Naga Guardian pula ialah penjaga kesihatan serta pelindung keluarga turun temurun. Xiao Long Nu moden turut menunjukkan beberapa petua menjaga kesihatan dan kecantikan menggunakan produk moden Guardian kepada Xiao Long Nu Zaman Lampau.

“Video ini menggalakkan orang ramai untuk menyemarakkan semangat tahun Naga dengan kesejahteraan dan kesihatan yang berkekalan, dengan Guardian di sisi anda,” tambah Anna.

Untuk membantu pelanggan mendapatkan aura glamor berseri Tahun Baru, Guardian telah memperkenalkan ciri GlamAR pada Aplikasinya agar pelanggan dapat menerima nasihat pakar penjagaan kulit tentang produk yang paling sesuai untuk kulit mereka.

Ciri GlamAR akan menjalankan analisis kulit, menawarkan tip-tip penjagaan kulit seterusnya mencadangkan langkah penjagaan kulit dan produk yang sesuai untuk kulit anda. Pelanggan kemudiannya boleh membuat pembelian menerusi Aplikasi dimana produk akan dihantar ke rumah atau mereka boleh berkunjung sendiri ke stor fizikal untuk membelinya.

Pelanggan Guardian akan menikmati tawaran istimewa daripada Pantene, Garnier dan Bio Essence disamping tawaran yang lain. Ini termasuk diskaun sehingga 50% untuk produk Kosmetik dan Penjagaan Kulit, potongan 60% untuk barangan kedua dengan SEMUA topeng muka kecantikan, balsem bibir dan semua warna rambut. Terdapat juga diskaun 30% untuk semua produk pelangsingan badan, vitamin dan pemangkin kecantikan, serta Baucar Tunai Guardian RM20 dengan pembelian produk Penjagaan Kesihatan bernilai RM188.

Dalam suasana perayaan yang penuh kegembiraan dan harmoni ini, pelanggan boleh membeli-belah di semua stor fizikal dan dalam talian Guardian untuk Pek Hadiah CNY yang memuatkan rangkaian produk kesihatan dan kesejahteraan mulai 27 Disember hingga 12 Februari 2024 untuk dihadiahkan kepada yang tersayang yang tinggal berjauhan. Ini termasuk Pek Hadiah CNY daripada Brands, Kinohimitsu, Ensure Gold dan Ecolite.

Guardian CNY 2024 New Year Pack Sales
Pek Hadiah CNY daripada Guardian

“Jadikan Tahun Baru Lunar ini menakjubkan dengan mengunjungi stor Guardian terdekat anda atau dalam talian untuk mendapatkan hadiah CNY kesihatan dan kesejahteraan untuk diri anda dan yang tersayang.” tambah Anna.

Tonton video Tahun Baru Cina daripada Guardian yang menampilkan Jestina Kuan di bawah:


Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy
YouTube: @Guardian MY
Telegram: @GuardianMY

#GuardianMYApp
#guardianMy