Tuesday, 6 February 2024

33 usahawan capai jualan RM1 juta ke atas pada Januari 2024

SHAH ALAM - Seramai 33 usahawan dibimbing secara dekat bersama Mentor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta pada bulan lalu.

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika berkongsi kejayaan 33 usahawan dibimbingnya bersama RichWorks secara dekat yang mencapai jualan lebih RM1 juta pada Januari lalu.

Kongsi Dr. Azizan, pencapaian tersebut membuktikan bahawa bangsa usahawan masih boleh berkembang meskipun dalam keadaan yang mencabar pada tahun ini.

"Saya dan RichWorks International tak bina usahawan capai jualan RM1 juta dalam 3 minit tapi kami bina 58 usahawan capai RM10 juta dan lebih 300 capai RM1 juta pada tahun lalu.

"Tahniah Khairulaming kerana menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang dengan saya boleh katakan 99 peratus persediaan menjadikan tiga minit itu kejayaan," katanya dalam satu sesi khas di Facebook Azizan Osman Official semalam.

Tambah beliau, kejayaan itu tak berlaku sekelip mata tapi terdapat fasa-fasa dan proses persediaan dilakukan termasuk pembelajaran dan kegagalan yang dialami sebelum itu.

"Jika anda lebih bersedia untuk main 'permainan' ini, anda akan ada peluang lebih tinggi untuk menang.

"Apa saya nak katakan di sini adalah kefahaman sangat penting untuk seseorang usahawan bersedia untuk mencapai sasaran mereka," jelasnya.

Dr. Azizan berkata, meskipun ketika pasaran 'lemah' tapi orang tetap membeli cuma persoalannya mereka membeli dengan siapa.

Sementara itu, beliau mengulas mengenai hantaran netizen mengenai produk Jajan Jijan yang dikatakan gagal, sebenarnya ia satu kejayaan dibuat sebagai kajian kes dalam satu kelas lebih kurang 10 tahun dulu.

Salah satu akaun yang muat naik hantaran mengenai produk Jajan Jijan yang dihasilkan bagi kelas keusahawanan yang dijalankan lebih 10 tahun dulu.

"Saya tunjukkan kepada peserta macam mana saya membina jenama dari kosong, bagaimana nak keluarkan produk hingga boleh dijual.

"Bila kami lancarkan dalam kelas itu, lebih kurang 11,000 peket dijual dalam masa 30 minit," ujarnya.

Dalam pada itu, RichWorks juga akan mengadakan bimbingan perniagaan bersama Dr. Azizan buat usahawan terpilih yang ditaja 100 peratus pada 21 Februari ini.

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika membimbing bisnes usahawan-usahawan terpilih yang ditaja 100 peratus pada bulan lalu.


Mohon sekarang di richworks.com/businesscoaching/med.

No comments:

Post a Comment