Pelebaran ini memperkukuhkan lagi komitmen Guardian untuk menawarkan produk kecantikan terkini kepada para pelanggannya, menyediakan mereka pilihan jenama terkini yang sukar ditandingi dan sangat diidamkan, yang telah melanda dunia dalam talian, mengaut jualan yang besar dan menjadi buah mulut warga industri.
Anna Hull, Pengarah Komersial di Guardian Malaysia, menyatakan keterujaan beliau tentang perkembangan tersebut, “Melalui kategori #IYKYK Beauty, kami telah menempatkan diri kami sebagai peneraju dalam mempamerkan trend-trend kecantikan yang baharu muncul di Malaysia. Menerusi kerjasama dengan platform media sosial dan pencipta kandungan, kami telah berjaya menyusun sebuah koleksi jenama sensasi yang telah menarik perhatian peminat-peminat kecantikan dalam talian di seluruh negara.”
Sejak pembentukannya pada Januari 2024, kategori #IYKYK Beauty telah meraih kejayaan yang luar biasa, mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk produk-produk kecantikan yang inovatif dan membentuk trend.
Anna menjelaskan, “Sambutan memberangsangkan terhadap kategori #IYKYK Beauty menggariskan kepercayaan kami terhadap kepentingan menjadikan jenama-jenama dalam talian yang sensasi ini mudah diakses oleh pelanggan kami, di dalam talian mahupun di stor fizikal.
Kategori #IYKYK Beauty direka untuk menonjolkan jenama yang telah menambat hati warga dalam talian, yang hangat diperbincangkan di platform seperti Instagram dan TikTok. Dengan membawa masuk jenama-jenama ini ke dalam stor guardian di seluruh negara, syarikat itu menyasarkan untuk menyediakan pelanggan akses langsung kepada produk yang telah menguasai perbualan di dalam talian itu.
Pelebaran itu merangkumi enam bahagian berbeza dalam kategori #IYKYK Beauty:
Salah satu jenama yang ada di Guardian #IYKYK |
1. Trending Beauty
2. Clean Beauty
3. Gentle To Skin
4. MY Beauty
5. Glass Skin
6. Glowing Inside Out
Dalam ruangan Clean Beauty, guardian kini menawarkan 13 jenama, manakala 14 jenama akan tersedia dalam segmen Gentle To Skin. Selain itu, enam jenama baru akan ditampilkan dalam kategori Trending Beauty, bersama enam jenama untuk Glass Skin dan 14 jenama untuk Glowing Inside Out. Di samping itu, 12 jenama baharu buatan Malaysia akan melengkapkan 11 jenama yang sedia ada.
Anna menegaskan komitmen guardian untuk kekal di hadapan dalam trend kecantikan global dan memastikan bahawa pelanggan mendapat akses kepada inovasi terkini pada harga yang kompetitif.
“Guardian kini menjadi destinasi utama anda untuk semua barangan yang mewarnai ruangan penjagaan kecantikan. Kategori #IYKYK Beauty akan dikemaskini secara kerap dengan jenama-jenama yang baharu diperkenalkan tepat pada masanya, memastikan pelanggan sentiasa mendapat trend kecantikan dalam talian terkini. Dan inilah yang kami lakukan selama ini,” jelas Anna.
Tambahan pula, House of Creators Guardian, yang bertujuan untuk melibatkan, mendidik dan memperkasakan pencipta kandungan di Malaysia tentang hal-hal terhangat dan terkini selain mempertingkatkan kemahiran mereka, telah menghasilkan kemajuan yang besar dengan lebih 80 pencipta kandungan digital kini dilatih untuk mencipta kandungan yang lebih baik dan lebih berkesan. Kelas House of Creators yang terbaharu telah melatih 40 Pencipta Kandungan tentang cara menghasilkan cerita yang hebat dengan bantuan jenama-jenama #IYKYK Beauty Cuura dan BBIA.
“Melalui usaha ini, kami juga dapat menghasilkan ekosistem kandungan media sosial yang dinamik dan membina generasi pencipta kandungan Kesihatan dan Kecantikan yang seterusnya,” kata Anna.
“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan jenama-jenama baharu ini, yang dijangka bakal mencetuskan keterujaan di kalangan peminat kecantikan di seluruh negara. Selain itu, kami berhasrat untuk berkhidmat sebagai pentas untuk jenama kecantikan Malaysia yang telah mencapai kejayaan yang signifikan di dunia dalam talian,” tambah beliau.
Pelanggan boleh meneroka ruangan #IYKYK Beauty di stor fizikal dan di dalam talian menerusi laman web dan aplikasi guardian. Bahagian ini akan menawarkan banyak maklumat, termasuk video Tip-Tip dan Trend Kecantikan, ciri-ciri jenama, butiran produk, tawaran istimewa, dan banyak lagi, semuanya disesuaikan untuk menyerlahkan jenama #IYKYK Beauty yang ditawarkan.
Guardian kekal teguh dengan komitmennya untuk menyediakan produk kesihatan dan kecantikan terunggul kepada pelanggan pada nilai terbaik, memastikan orang ramai dapat menikmati trend kecantikan terkini dengan yakin dan mudah.
Jom tonton pelancaran Guardian #IYKYK yang meriah di IOI City Mall, Putrajaya:
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web guardian atau muat turun aplikasi guardian.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web guardian atau muat turun aplikasi guardian.