Sunday, 15 June 2025

Glam Beautique: Bahagian Kecantikan Eksklusif di AEON

Glam Beautique ialah bahagian kecantikan eksklusif yang terletak di cawangan terpilih AEON, direka khas untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang mewah dan mudah kepada pelanggan. Mengkhususkan dalam produk kecantikan dari jenama tempatan dan antarabangsa, Glam Beautique menawarkan rangkaian produk yang meluas untuk memenuhi keperluan semua pencinta kecantikan.

Media dan pelanggan yang menyertai bengkel di Glam Beautique di AEON

Apa yang Menjadikan Glam Beautique Unik?

Antara ruang yang ada di Glam Beautique
Sumber: AEON Glam Beautique

Pemilihan Jenama yang Teliti
Glam Beautique oleh AEON menampilkan pelbagai produk kecantikan dari jenama tempatan yang dipercayai serta nama-nama antarabangsa yang terkenal. Sama ada anda mencari penjagaan kulit, solekan, penjagaan rambut atau haruman, Glam Beautique ialah destinasi utama anda.
Pengalaman Pelanggan yang Diperibadikan
Setiap cawangan dikendalikan oleh perunding kecantikan yang mesra dan berpengetahuan, sedia memberikan nasihat dan cadangan produk mengikut keperluan individu. Dari rutin penjagaan kulit hingga cadangan solekan, anda akan menerima layanan yang penuh perhatian.
Produk dan Tawaran Eksklusif
Glam Beautique turut menawarkan koleksi eksklusif dan produk edisi terhad yang tidak boleh didapati di tempat lain, bersama promosi menarik dan tawaran bernilai hebat.
Pengalaman Kecantikan yang Mengasyikkan
Direka dengan penuh gaya dan elegan, ruang ini menyediakan kawasan interaktif untuk mencuba produk, mengikuti tutorial dan melihat demonstrasi. Pelanggan boleh mencuba dahulu sebelum membeli, memberikan kepuasan dalam setiap pembelian.
Pemilihan produk yang dipilih dengan teliti ini mencerminkan komitmen AEON untuk mempertingkatkan pengalaman runcit kecantikan, sambil menggalakkan pelanggan untuk meneroka dan meraikan inovasi kecantikan global.

Mengapa Beli di Glam Beautique?
Akses Mudah
Sebagai sebahagian daripada AEON, Glam Beautique mudah diakses dan membolehkan pembeli menggabungkan urusan membeli-belah kecantikan dengan lawatan harian mereka ke AEON.
Kepelbagaian dan Harga Berpatutan
Daripada jenama tempatan yang mampu milik hingga produk antarabangsa yang mewah, Glam Beautique memastikan keseimbangan antara kualiti dan harga untuk semua bajet.
Ganjaran Kesetiaan
Ahli AEON menikmati keistimewaan eksklusif seperti diskaun, mata ganjaran dan pelbagai tawaran menarik yang menjadikan pengalaman membeli-belah lebih berbaloi.
Perkhidmatan di Glam Beautique
💆 Analisis & Rundingan Kulit
Kenali keperluan kulit anda dengan alat analisis canggih dan panduan daripada pakar.
💄 Perkhidmatan Solekan Profesional
Tukar penampilan anda dengan sentuhan jurusolek profesional.
🎓 Bengkel & Acara Khas
Sertai kelas dan acara khas bersama pakar industri kecantikan.

Bengkel solekan bersama Shiseido


Lokasi Glam Beautique AEON
Kini tersedia di cawangan terpilih AEON seperti:
📍 AEON Mid Valley
📍 AEON Bukit Tinggi
📍 AEON IOI City Mall, Putrajaya
Cari logo Glam Beautique dan melangkahlah ke dunia kecantikan dan penjagaan diri yang eksklusif.

AEON Beauty Rewards Eksklusif untuk Ahli AEON (13 – 15 Jun 2025)

🎁 Dapatkan Baucar AEON RM30 dengan setiap pembelian RM350 di Glam Beautique atau Jabatan Kecantikan AEON.
💅 Sertai Bengkel “Art of Beauty” oleh Shiseido di AEON Mid Valley, Mega Mall.
Nikmati petang yang mewah bersama rahsia penjagaan kulit, tip solekan dan amalan penjagaan diri.

Maklumat Lanjut:
📱 Facebook, Instagram, TikTok & X: AEON Retail Malaysia
📲 Xiaohongshu (XHS): AEON Malaysia
💼 LinkedIn: AEON Group Malaysia
🌐 Laman Web: https://www.aeonretail.com.my/glam-beautique/

Monday, 9 June 2025

Tous Les Jours, Kafe Bakeri Ala Korea Kini Dibuka di Sunway Pyramid dan Sunaway Velocity!

4 Jun 2025, Sunway: Peminat sajian bakeri berinspirasikan Korea (K-bakeri) yang menambat selera di Malaysia pasti gembira untuk mendapat berita bahawa Tous Les Jours, kafe bakeri yang diiktiraf global, akan membuka dua cawangan baharu yang amat dinanti-nantikan. 

Pelancaran rasmi Tous Les Jours

Kedua-dua pembukaan ini merupakan lokasi terawal yang dibuka di Malaysia berikutan termeterainya perjanjian francais induk dengan SEH Food, sebahagian daripada Stream Empire Holdings, pada bulan Januari 2025. Tous Les Jours sekali lagi akan menawarkan pilihan pastri, kek dan roti yang serba menarik di lokasi perdana Sunway Pyramid dan Sunway Velocity.

Tous Les Jous, yang bermaksud "Setiap Hari" dalam Bahasa Perancis, jelas menepati namanya dengan menawarkan pilihan sajian lazat yang dibuat khas dengan ramuan premium dan dibakar segar di dalam kafe setiap hari. Tidak lama lagi, rakyat Malaysia boleh menikmati daya tarikan unik jenama kegemaran ramai ini, yang diiktiraf secara meluas sebagai jenama K-bakeri terkemuka yang menggabungkan perisa kontemporari Korea dengan cita rasa tempatan.

Lokasi pertama daripada dua cawangan yang bakal membuka pintu dengan majlis pembukaan gilang-gemilang ialah di Sunway Pyramid yang menjadi tumpuan ramai pada 4 Jun 2025, diikuti oleh Sunway Velocity pada 14 Jun 2025. Lokasi strategik ini mendukung cita-cita Tous Les Jours untuk menetapkan jenama sebagai kafe bakeri premium pilihan utama di Malaysia, dengan memanfaatkan minat kukuh di negara ini terhadap budaya Korea dan juga selera orang ramai untuk menikmati pengalaman bakeri yang luar biasa.

Apabila singgah di kafe bakeri Tous Les Jours, anda akan disambut serta-merta oleh aroma sajian bakeri segar yang memikat selera. Nikmati pelbagai jenis roti, yang dibuat khas berpandukan resipi asli, daripada roti Eropah klasik kepada pastri enak dan penambat hati menyelerakan yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Untuk memperingati detik istimewa atau sebagai pengikat kasih, pilihlah pelbagai kek yang disediakan, sesuai untuk diberikan sebagai hadiah dan menyambut perayaan. 

Cuba juga pelbagai hidangan manisan lazat, termasuk tart, roti manis dan potongan kek individu. Untuk pilihan yang mudah dibawa dan penuh berkhasiat khususnya bagi individu yang sibuk, Tous Les Jours menyediakan pelbagai sajian ringan termasuk roti ciptaan tersendiri, yang diisi dengan inti dan sayuran segar. Lengkapkan pengalaman menjamu selera anda dengan pilihan kopi beraroma dan minuman istimewa, yang disediakan teliti supaya serasi dinikmati dengan sajian yang manis mahupun yang berperisa di kafe bakeri ini.

Antara pastri yang terdapat di Tous Les Jours

Jaclyn Tan, Ketua Pegawai Pemasaran Stream Empire Holdings, menyuarakan keghairahannya sambil berkata, "Kami amat teruja untuk membuka bukan satu tetapi dua cawangan Tous Les Jours baharu di Malaysia! Pembukaan sulung ini sejak pakatan kami diumumkan pada bulan Januari menunjukkan kesungguhan kami untuk berkongsi seni menyediakan sajian bakeri bercitarasakan Korea untuk anda semua. Setiap cawangan, di Sunway Pyramid dan Sunway Velocity, merupakan tempat di mana kami berusaha gigih untuk menghasilkan sajian bakeri yang segar dan benar-benar istimewa. Kami tidak sabar mahu menerima kunjungan pelanggan kami dan berkongsi pengalaman mesra dan menarik yang memang dikaitkan dengan Tous Les Jours."

Jeong Soo Won, Ketua Serantau Asia Tenggara CJ Foodville menambah, "Kami sukacita untuk melihat Tous Les Jours diperkenalkan semula kepada pasaran Malaysia yang pesat berkembang menerusi dua lokasi menarik ini. Kepantasan pembukaan kedua-dua cawangan ini membuktikan kekuatan kerjasama ini. Kami di CJ Foodville yakin bahawa rakyat Malaysia akan kembali menerima keunikan cita rasa dan pengalaman mesra yang memang dikaitkan dengan Tous Les Jours, dan kami gembira untuk menyokong peluasan operasi ini.”

Rakyat Malaysia dijemput untuk mencuba sendiri kelazatan produk bakeri yang dibakar segar setiap hari yang ditawarkan oleh Tous Les Jours. Catatkan pada kalendar anda tarikh majlis pembukaan gilang-gemilang, iaitu 4 Jun 2025 di Sunway Pyramid dan 14 Jun 2025 di Sunway Velocity dan bersiap sedia untuk mula menikmati cita rasa bakeri moden berinspirasikan Korea.

Tous Les Jours Sunway Pyramid yang dibuka pada 4hb Jun lepas

Untuk mengikuti perkembangan semasa dan tawaran terbaharu daripada Tous les Jours di Malaysia, layari @touslesjours_my di Instagram, Tous Les Jours MY di Facebook and touslesjours_my di Tik Tok.


guardian Malaysia Raih Anugerah Health & Beauty Retailer of the Year (Malaysia) Beserta Dua Anugerah Berprestij

Petaling Jaya, 9 Jun 2025: guardian Malaysia mencatat kejayaan besar apabila diumumkan sebagai Health & Beauty Retailer of the Year (Malaysia) di majlis anugerah Retail Asia Awards 2025, yang berlangsung pada 4 Jun 2025 di Pusat Ekspo & Konvensyen Marina Bay Sands, Singapura. Kemenangan sulung ini merupakan pencapaian tertinggi bagi guardian Malaysia, sekaligus menjadi detik kemuncak pengiktirafan dalam kalangan peruncit kesihatan dan kecantikan dari Malaysia di peringkat serantau.

Priscilla Wu (ke-4 dari kiri), Pengarah Urusan Guardian Malaysia & Brunei bersama barisan kepimpinan termasuk Nik Ibrahim Yusuf (Pembangunan Projek & Reka Bentuk Kedai), Michelle Yeap (Jenama & Pemasaran Perdagangan), Anna Ng (Pemasaran), Loh Yen Hon (Rantaian Bekalan), Ng Mee Choo (Operasi), Manivannan Raman (Pusat Pengedaran), dan Sheryn Soo (Kesihatan).

Bercakap di acara anugerah tersebut, Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia berkata,

“Kemenangan ini mengiktiraf guardian Malaysia sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1 tanah air. Sejak cawangan pertama kami dibuka 58 tahun lalu, ahli pasukan kami di semua peringkat telah menggandakan usaha sepanjang tahun lalu untuk memberikan imej yang lebih segar, pilihan produk dan perkhidmatan yang lebih baik serta pengalaman membeli-belah yang lebih memuaskan kepada pelanggan. Kami bekerja setiap hari dengan misi untuk menyediakan pilihan terbaik kepada pelanggan kami dalam sektor industri yang sangat kompetitif ini.”

Priscilla Wu, Pengarah Urusan Guardian Malaysia
dan Brunei, menerima Anugerah Retail Asia.

Selain anugerah utama, guardian Malaysia turut merangkul dua lagi anugerah berprestij iaitu Health & Wellness Initiative of the Year (Malaysia) dan Supply Chain Innovation of the Year (Malaysia).

Kejayaan memenangi ketiga-tiga anugerah ini memperkukuhkan pendekatan guardian Malaysia yang berteraskan keperluan pelanggan dalam semua inisiatif inovasi - dari dalam organisasi hingga ke barisan hadapan. Usaha membina jenama, kolaborasi strategik dengan pembekal dan penyewa, serta pendekatan saluran-omni sepanjang tahun lalu, semuanya direka dengan tujuan untuk memberi manfaat kepada pelanggan. Inilah faktor utama yang meletakkan guardian Malaysia di tangga teratas sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1.

“Semuanya adalah tentang pelanggan kami. Kami ingin mereka rasa dihargai, kami ingin mereka belajar dan berkembang, kami ingin mereka terlibat secara aktif, dan kami ingin mereka datang kepada kami untuk semua keperluan kesihatan dan kecantikan mereka! Kami benar-benar ingin berjaya bersama pelanggan kami!” tambah Priscilla.

Retail Asia Awards merupakan acara tahunan berprestij yang mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada pencapaian cemerlang, inovasi serta kecemerlangan dalam industri peruncitan di seluruh rantau Asia-Pasifik. Pemain utama industri peruncitan dari pelbagai kategori – termasuk pasar raya besar, pasar raya, farmasi, peruncit kesihatan dan kecantikan serta lain-lain – bersaing setiap tahun untuk merebut anugerah ini.

Barisan juri bagi anugerah ini terdiri daripada pakar-pakar berpengalaman dari pelbagai latar belakang, dipilih untuk memastikan ketepatan tertinggi dan tahap keadilan yang seimbang. Barisan juri terkemuka bagi edisi tahun ini termasuk David Eu dari RSM Singapore, Anson Bailey dari KPMG, Olivier Gergele dari EY-Parthenon, Quan Yao Peh dari Euromonitor International, Brian Man dari PWC dan Siddarth Pathak dari Kearney.

guardian telah giat berinteraksi dengan para pelanggannya sejak beberapa bulan kebelakangan ini: daripada pelancaran kempen Own Your Beautiful hinggalah inisiatif kesejahteraan Get.Set.Glow! yang memenangi anugerah, kempen #IYKYK yang menampilkan jenama terkini dan terhangat di stor, guardian Awards Beauty & Wellness, Love is in the Hair serta program #LoveforLocal.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada anda semua di seluruh Malaysia kerana memilih kami, guardian Malaysia, sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1 anda! Walaupun kami mungkin bukan pemain terbesar di pasaran, kami percaya bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat pilihan yang bermakna. Dengan kemenangan ini, kami komited untuk terus memberikan pilihan terbaik, penjagaan terbaik dan nilai terbaik untuk anda dan orang tersayang,” kata Priscilla mengakhiri.

#guardianNo1
#ThankYouMalaysia
#H&BRetailerOfTheYear
#OwnYourBeautiful
#MYguardian

Saturday, 7 June 2025

LG Rent Up Kini Dikenali Sebagai LG Subscribe dan Pelancaran Penulen Air LG PuriCare™ ATOM-U

KUALA LUMPUR, 06 JUN 2025 – LG Electronics Malaysia baru-baru ini mengumumkan penjenamaan semula LG Rent-Up kepada LG Subscribe dalam satu sidang media eksklusif yang menampilkan Lee Zii Jia, Pemenang Pingat Gangsa Perseorangan Badminton Lelaki Sukan Olimpik Paris 2024, yang juga merupakan Duta Jenama LG. 

Pelancaran penjenamaan semula LG Subscribe

Oleh yang demikian, Malaysia kini menjadi subsidiari pertama yang melaksanakan model sewa beli eralatan rumah secara menyeluruh, dengan menawarkan transformasi berorientasikan pelanggan yang meningkatkan akses kepada teknologi premium, tanpa beban kewangan pemilikan.

Penjenamaan semula ini mencerminkan perubahan strategik LG daripada konsep pemilikan tradisional kepada model sewa beli yang lebih progresif, sejajar dengan falsafah syarikat, “Life’s Good”, untuk menjadikan teknologi inovatif lebih mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia. Jika “rent” membawa konotasi penggunaan sementara, “subscribe” adalah istilah yang lebih tepat kerana ia menggambarkan pengalaman menyeluruh yang ditawarkan oleh LG – akses berterusan kepada teknologi premium yang disertakan dengan servis layan-diri, servis penyelenggaraan berkala atau servis penyelenggaraan gabungan.

Menurut Encik Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, maklum balas pelanggan yang berharga ini telah mendorong LG Malaysia untuk mengikuti jejak kejayaan Korea, serta menyelaraskan diri dengan subsidiari lain termasuk Thailand, India dan Singapura – dengan mengguna pakai nama yang lebih jelas dan intuitif: LG Subscribe.

LG Subscribe yang merangkumi pelbagai peralatan

“Mengikut Visi Masa Depan 2030 yang telah digariskan di peringkat global, kami berhasrat untuk mentransformasi LG menjadi sebuah Syarikat Solusi Hidup Pintar dengan menghubungkan dan mempertingkatkan pengalaman pelanggan merentasi semua ruang kehidupan, daripada kediaman dan persekitaran komersial hingga ke mobiliti dan platform maya. Kami bergerak melangkaui barangan elektronik pengguna untuk menawarkan penyelesaian pintar yang mempertingkatkan kehidupan seharian,” kata Encik Justin.

“Hari ini merupakan detik penting dalam perjalanan LG untuk mengubah cara rakyat Malaysia menikmati teknologi premium,” kata Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.

Antara peralatan yang ditawarkan

LG Subscribe menawarkan 10 produk utama termasuk inovasi popular seperti sistem penulen air LG PuriCare™, teknologi vakum LG CordZero, penyaman udara LG ArtCool, serta penyelesaian dobi LG WashTower. Pelanggan akan menikmati perkhidmatan servis penyelenggaraan profesional antara 5 hingga 7 tahun, bersama integrasi lancar dengan teknologi pintar LG ThinQ – semuanya dengan pilihan bayaran fleksibel yang disesuaikan mengikut bajet pengguna.

Sejak diperkenalkan, perkhidmatan ini menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan, terutamanya dalam kalangan keluarga muda yang inginkan akses kepada peralatan premium tanpa pelaburan awal yang tinggi. LG Malaysia kekal komited untuk terus mendengar keperluan rakyat Malaysia dan membangunkan penyelesaian yang sesuai dengan gaya hidup mereka yang sentiasa berubah.

Lee Zii Jia ketika berkongsi pengalamannya

“Sebagai individu yang mementingkan prestasi dan fleksibiliti dalam kehidupan, saya benar-benar menghargai bagaimana LG Subscribe memudahkan rakyat Malaysia memiliki produk premium,” kata Lee Zii Jia semasa sidang media eksklusif itu.

“Pendekatan inovatif ini dalam peralatan rumah mencerminkan pemikiran progresif yang turut saya amalkan sebagai atlet untuk sentiasa berkembang, menyesuaikan diri, dan bersedia menghadapi cabaran baharu.”

Bersempena dengan penjenamaan semula ini, LG Malaysia turut melancarkan inovasi terbaharu dalam teknologi penulenan air iaitu Penulen Air LG PuriCare™ ATOM-U. Rekaan bergaya minimalis ini memadankan teknologi canggih dalam rekaan ringkas bawah sinki, sesuai dengan gaya hidup moden sambil memastikan ketersediaan air yang bersih dan tulen. LG PuriCare™ ATOM-U melambangkan komitmen berterusan LG terhadap pembangunan produk yang menyokong kesihatan dan estetik kediaman.

Penulen Air terbaharu daripada LG

“Penjenamaan semula LG Subscribe bersama pelancaran Penulen Air LG PuriCare™ ATOM-U membuktikan pendekatan holistik kami terhadap inovasi – bukan sekadar dalam pembangunan produk, tetapi juga dalam cara kami meningkatkan akses pengguna kepada teknologi. Falsafah ini akan terus menjadi pemacu utama LG dalam merintis penyelesaian yang meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia, dan kami amat teruja untuk memperkenalkan lebih banyak inovasi yang bermakna pada masa akan datang,” ujar Justin Choi.

Untuk maklumat lanjut mengenai LG Malaysia, sila layari laman rasmi LG di https://www.lg.com/my atau ikuti laman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia.