Saturday 11 May 2019

Hanya RM 100 untuk pembelian barang dapur sepenuh tangan? Segi Fresh boleh membantu!

Salam semua,

Hari ni dah puasa ke enam kan. Cepat sangat masa berlalu pejam celik pejam celik kan dah hampir 1/4  ramadan nak habis. Sedih pulak.

Ha sedih-sedih tu nak bagitau lah jugak pasal membeli barangan dapur untuk berbuka dan sahur ni. Anda semua suka beli luar ke masak sendiri? Kalau saya, saya memang suka masak sendiri je tapi itulah atas tuntutan kerja, baru hari ni berpeluang untuk masak ketika berbuka.

Saya masak ringkas je bihun goreng, ikan sardin tin dan sayur. Tu ha kiri tu bukti haha. Saya masak okay!


Mula-mula nak bagitau, percaya tak nilai RM 100 tolak tambah boleh penuh satu beg hijau ni termasuk dengan tisu muka serta tisu dapur? Penuh tau!

Sepenuh ni RM 100? Mestilah boleh!
Inilah didalam dia. Abang saya susun bagi cantik. Walhal ada lagi beberapa tin dan bihun dia sorok kat belakang.
Dia kata  lawa lagi gini.
Nampak tak dalam dia macam mana? Banyak tu. Sekarang ni bukan mudah tau nak bayar seratus banyak gini. Tapi In Sha Allah kalau beli kat Segi Fresh dengan jenama yang ada ni anda pasti boleh dapat buat. Berani sahut cabaran ‘RM100 penuh dapur’?

Berbalik kepada cerita puasa ni, saya nak kongsi lah jugak saya masak apa. Memandangkan ini pertama kali memasak ketika berbuka sejurus balik daripada kerja, saya sempat masak bihun goreng, sardin dan sayur sawi. Siap buat koktail laici lagi. Rindu pulak masa berbuka kecik-kecik, koktail ni minuman kegemaran bulan puasa.

Bihun tu kat kuali ada lagi. Makan masa sahur pulak ~
Ini pun saya masak untuk dua orang tau, terlajak banyak. Hehe. Yang lebih simpan untuk sahur pulak. Berbaloi pulak rasanya tak sampai Dua puluh ringgit pun jamuan saya untuk berbuka kali ni. Berbeza sungguh kan nilai nya berbanding makan kat luar. Fuhhh jimat banyak masak sendiri ni!

Mari tengok dekat-dekat barangan apa yang saya guna untuk memenuhi dapur kat rumah.


Jam pun ada. Cuma tak beli roti je nak sapu lagi~

Bukan satu bukan dua tapi empat jenama ikan sardin dalam tin yang ada
boleh pilih mana suka. Rasa dia pun sama je dengan yang jenama terkenal
lain. Hehehe. Tak tipu tau!

"Sardin tin pun sudah, kini masa untuk susu. Susu tak segar tapi susu tin ada.
Susu macam-macam ada. Boleh pilih adik manis~"

Sos cili dan bihun Berkat. Harap-harap berkat lahhhhh~

Tisu dapur ni ialah barang yang saya suka nak beli sebab kat dapur kalau
goreng ke, nak lap cepat ke atau nak berbekal benda ni tak boleh tak ada! Nasib
lah murah je kat Segi Fresh.

Premix Coffee jenama Segi Fresh sendiri pun ada. Saya tak minum
sangat. Ni untuk abang saya yang tolong angkat barangan dapur ni. Hahaha.

Tisu selembut sutera pun hado. Eh hardsell nya! Haha tapi kan, tisu muka
ni saya masukkan dalam bilik, tak bagi letak luar. Anak kucing suka rembat!

Cukelat~~~~~ Ha, nak minuman cukelat murr murr boleh cuba ni. Boleh
tahan rasa cukelat dia!

Paling suka~ Saya ada lah cuba kan jenama ni. Semua saiz gedebak
isi padat. Murah pulak tu. Berbaloi lah untuk saya cuba masa buat koktail
tu. Nak buat lagi esok esok. Sukaaaaa!
Sebab tu lah saya sarankan anda boleh lah ke Segi Fresh yang berdekatan sebab harga dia murah gemalai! Hehe. Barangan yang dijual dengan harga rendah dan berpatutan. Ini baru beli barang kering, barang basah pun boleh tahan ‘fresh’ dan murah jugak tau.

Mengancam tak? Kalau nak tau Segi Fresh mempunyai antara cawangan seperti berikut:
- Subang
- Jalan Kebun
- Seri Kembangan

Nak tau maklumat lanjut boleh rujuk kat bawah:

Akhir kata, selamat menunaikan ibadah berpuasa dan semoga puasa kita semua ni diberkati Allah swt. Aammin In Sha Allah.

Jumpa lagi di lain entri!

Wednesday 8 May 2019

BARU! Sos Nyonya dan Pakej Ramadan Mana Makan? di ShellOut


Salam Ramadan 2019 semua.

Bila bulan puasa datang mula lah nak mencari sesuatu yang istimewa untuk berbuka kan? Ha sekarang ni terbaru daripada ShellOut iaitu Pakej Bulan Ramadan iaitu Makan Mana? Terdapat dua pilihan untuk pakej ini iaitu Makan Syiok (makan 4 orang) dan Makan Sedap (makan 2 orang).

Di apit oleh isteri orang. Haha. Dari kiri Ain, saya dan Beto.
Patutnya belah Ain tu ada Wani tapi tengah main dengan
anak Beto kot?

Istimewa juga, ShellOut memperkenalkan sos terbaru mereka iaitu Sos Selera Nyonya!


Sos Selera Nyonya ini anda boleh pilih untuk makan sekali dengan Pakej Bulan Ramadan tau. Makan Mana dan Sos Selera Nyonya sudah boleh dipesan di ShellOut bermula 6 Mei yang lepas tapi dalam tempoh yang terhad je sehingga 23 Mei! (Harap Sos Selera Nyonya boleh jadi menu kekal, saya terlajak cinta!)

Berbalik kepada pakej ramadan Makan Mana? Ada dua set Makan Syiok dan Makan Sedap. Pakej dia seperti berikut:


Makan Syiok RM 382.90
Beza antara kedua-dua pakej ini ialah kuantiti, kehadiran lobster dan udang sahaja. Pilihan sos untuk ShellOut boleh dipilih seperti biasa. Tapi direkomendasikan untuk mencuba Sos Selera Nyonya terbaru.

Makan Sedap RM 179.90
Meski rekomendasi mengatakan makan untuk empat atau dua orang, makanan yang dijamu sebenarnya terlajak banyak tau. Bawalah ekstra seorang sehingga tiga orang kawan tau! Lelebih lagi kalau ada yang tak kuat makan, orang kuat makan pun tak boleh tampung! 

Serius sangat banyak!!!!

Saya sendiri dah cuba pakej Makan Syiok sebab tu tau jumlah banyak mana, siap bawa lebih kawan lagi! Pun masih tak habis, saya bungkus lelebih tu. Hehe. Sekarang, jom saya bawa anda ke ulasan tulus dari jiwa sanubari! 

Ini lah dia kesayangan saya~ Menggunakan sos selera nyonya.

Ini baru bahagian utama 'ShellOut' tau. Baru satu set! 

Saiz: Banyak dan besar sangat
Kesegaran: Ya!
Sos Selera Nyonya: Sedap!

Kalau siapa dah pernah pergi ShellOut kan, selalu mesti ambik sos chili crab tu kan. Bagi saya sos chili crab lebih kepada manis lemak-lemak, tapi Nyonya Sos ni berbeza sangat! Rasa masin, masam, pedas, manis-manis kicap serta kepadatan sos dengan bawang-bawang cili kisar tu boleh rasa!

Sos ni tak menyebabkan anda berselera lebih lagi sebab dia tak memuakkan pun. Mungkin sebab ada rasa masam tu, saya boleh makan banyak! Jujur eh, 'the best ShellOut sauce everrrrrrrrrrr'!

Puji-puji jugak, sos ni tak pedas sangat dan masih ada rasa manis-manis sikit~ 

Besar ya lobster dan ketam tu. Isi dua-dua penuh. Bukan kosong! Tak berebut pun nak makan~

Lobster dan ketam gedabak ya, isi pun padat penuh. Belum lagi dengan udang dia gemuk-gemuk. Kenyang makan isi je! Belum lagi makan nasi. Sayur lain pulak dicelur dan rebus tak terlalu empuk masih ada keras-keras sedap digigit. Haip!

Tahan puasa~

Nasi kerabu!!!!! Nasi kerabu dia pun sedapppppp! Fillet ikan cecah dengan sos tartar terbaik!
Fillet ikan dia pun segar, tak rasa berminyak. Paling sedap bila cecah dengan sos tartar tu. Uiiiiiii, sos tartar dia sedapppppp. Colek dengan benda lain pun padu! Kuih pula bagi saya pun sedap. Tak rasa kurang perisa ke, tak terlalu diubah sangat dan sebagainya. Masih boleh rasa seperti kita beli kuih sendiri kat Bazar Ramadan~

Kurma dan kuih melayu seperti kuih pelita, kuih lapis dan agar-agar pun
disediakan. Ni konon nak makan 4! Tapi makan 6 orang pun tak apa!

Air Ribena dan Oren Soda! Ni serius minum tekak rasa gulup gulup ahhhh~

Air yang istimewa untuk Pakej Bulan Ramadan Makan Mana? ialah Air Ribena dan Oren Soda. Air ni sejuk-sejuk memecah anak tekak terbaik! Rasa dia manis masam jugak tau, boleh bagitau untuk kurang manis sesiap. Hehe, sebab saya memang jenis tak minum manis. Tapi masa makan banyak makanan kat atas, bila teguk air ni nikmat dia lain macam!

Boleh makan lagi dan lagi~ 'so refershing'

Secara keseluruhan agak berbaloi dan puas hati walaupun nampak macam eh mahalnya beratus, tapi benda boleh kongsi kenapa nak makan sorang kan~ Jadi bila makan ramai-ramai sebenarnya lebih seronok dan jimat. Rasa semua cukup daripada ke makanan laut, sos, minuman, makanan sampingan termasuklah layanan elok yang diberikan. Anda patut cuba walaupun sekali waktu bulan puasa ni tau.

Selain tu jugak, ShellOut turut menyajikan menu baru yang lain tau. Seperti Gojijang Chicken Wings, Cheese Mayo Mussels dan Parmesan Breadcrumbs Mussles. Boleh cuba jugak ya!

Dari kiri Gojijang Chicken Wings, Cheese Mayo Mussels dan Parmesan Breadcrumbs Mussles.

Terliur kan? Rasa nak pergi lagi lahhhhh! Sesambil tu saya sisipkan ruangan deko ShellOut cawangan G-Village Desa Pandan yang saya pergi hari tu.

Luaran dia gini. Sangat luas. Senang nak bawa keluarga dan sahabat handai.

Setiap sudut tu ada 'instaworthy' wall!

Bersama kawan dan keluarga ShellOut. Mak ayah Qis (tidung merah angkat baby) segan nak bergambar.

Sekian saja untuk ShellOut Pakej Ramadan 2019 kali ini. Sebarang info lanjut boleh rujuk kat bawah ya.

Maklumat lanjut:
ShellOut Malaysia
16-1 Jalan Pju 5/15, Dataran Sunway Damansara
Petaling Jaya, Malaysia 47810


Cawangan: Kota Damansara Setia Alam, Publika, G-Village Desa Pandan, Ayer 8 Putrajaya, Main Place USJ 21 dan Vista Alam Shah Alam (Baru).
Masa Operasi: Mengikut cawangan masing-masing rujuk disini.

Ralat* Pembukaan ShellOut di Vista Alam, Shah Alam & Pakej Mana Makan?

Dibuka 12 Mei ini!
 

Selamat berpuasa dan menjamu selera. Sehingga berjumpa di lain entri. Tata~

Tuesday 30 April 2019

Pameran Taiwan Excellence Hi-Tech Week menampilkan 55 inovasi terkini yang kini boleh didapati di Malaysia

Salam semua,


Baru semalam saja saya pergi ke Plaza Lowyat bukan nak membeli gadget tapi melihat gadget berteknologi tinggi daripada Taiwan.
Eh siap jadi model dengan Faa lagi tau! 
Ye, sekarang ni ada pameran Taiwan Excellence Hi-Tech Week tau!
Sebelum tu saya perkenalkan apa Taiwan Excellence ni. Taiwan Excellence ni ialah satu anugerah khas daripada Taiwan yang memperkenalkan barangan buatan tempatan dengan memperkenalkan inovasi yang ada ke negara luar seperti Malaysia. Ini termasuklah industri teknologi perubatan, tradisi, kecantikkan, elektrik, elektronik, fesyen, esport dan banyak lagi!
Program ini ialah spesifik bagi produk/servis buatan Taiwan yang dibuat oleh warga Taiwan sendiri untuk jenama Taiwan sendiri. Kira semuanya tak menggunakan pakar dari luar lah! Jadi untuk meluaskan lagi kepakaran mereka, terhasilah program ini untuk membuat penjelajahan pameran ke serata asia gitu.
Ha, tapi kali ni lebih kepada Hi-Tech lah. Buatan inovasi elektrik dan elektronik berteknologi tinggi canggih dan buatan original daripada mereka. Jom kita jelajah serba sedikit kawasan
Pada hari kejadian jugak, saya terpaku kepada dua jenis inovasi daripada dua jenama Taiwan ni iaitu Transcend dan TEAM.
Pertama – DrivePro Body 60 (Transcend)
Model DPB60 ini ialah terbaru di pasaran. Kamera yang diletakkan dibadan ni bagus untuk kegunaan peribadi ataupun pegawai keselamatan yang bertugas. 
Tak besar mana pun

Kebaikkannya ialah:
-         Carupan imej sensor daripada Sony dengan  carupan definisi tinggi, warna yang tepat, noise cancellation dan mampu beroperasi didalam gelap.
-         Tethered camera unit yang membolehkan kamera diletakkan di setiap ceruk badan. Memberi keselesaan dan carupan imej lebih elok.
-         Mempunyai Blutooth dan Wi-fi connectivity secara langsung ke hp bahkan boleh live streaming!
-         Batteri tahan lama, rekaan yang tahan lasak dan mempunyai sistem GPS tracking.
Nah cenggini je

Kedua- Delta RGB SSD (TEAM)
RGB SSD yang membuatkan penggemar modifikasi lampu terhadap komputer mereka teruja! Pengguna boleh membuat setting lampu lip lap gerak geri emosi macam mana dikhendaki dengan menyearikan dengan motherboard.
Barulah pengalaman menggunakan komputer dan sebagainya lebih feel dengan gerakkan lampu yang seolah-olah beremosi.
Ada dua pilihan warna tau, putih dan hitam. Ni bewarna hitam
Jom lihat kelebihan yang ada:
-         Paling besar dalam luminous RGB area dengan ratio 5:3
-         Mempunyai 16.8 milion warna RGB dengan configurable mixed colour lighting effect
-         Lighting effect boleh synchronized with motherboard which has 5V ADD header
-         Read/write speed up to 560 MB/s. 4 times faster than traditional HDD
-         2.5 inchi hard drive dengan ketinggian 9.5mm in height
Saiz dia walaupun begini boleh memberi impak warna yang banyak tau.
Bukan tahap lip lap lampu raya aja, boleh edm sekali!

Okay posing sikit.

Menarik kan dua jenis produk ni. Selain tu dekat Pameran Taiwan Excellence-Hi tech week ni turut emnampilkan rekaan inovasi elektronik dan elektrik yang merangkumi esports, lifestyle dan banyak lagi. Banyak lah susah nak cerita, kena pergi sendiri tau.

Jom jemput ke Pameran Taiwan Excellence dan terokai lebih banyak lagi inovasi yang ada sebab ada 24 jenama Taiwan yang menampilkan 55 rekaan inovasi mereka tau.
Boleh tengok aktivit lain yang berlangsung

Ha ini lah sisi atas pameran tersebut.
Maklumat pameran seperti dibawah:
Pameran: Taiwan Excellence Hi-Tech Week
Tarikh: 29th April - 5th May 2019
Masa: 10am - 10pm 
Tempat: Plaza Low Yat, Concourse, Ground Floor

Sehingga berjumpa lagi.