Wednesday, 14 August 2019

Sistem Stockist, Agent dan Dropship (Sistem SAD) ialah Skim MLM terancang? [Carta Pyramid]

Hai,

Untuk entri kali ni saya lebih suka guna bahasa yang santai sahaja ya. Kali ni saya nak sentuh tentang sistem yang sangat popular dalam dunia bisnes Melayu. Umpama cendawan tumbuh selepas hujan, lambakkan founder mengeluarkan produk masing-masing.
Founder sekarang 'kaya' dan bertambah 'kaya'. Muka semua polos~
Tak kisahlah kosmetik ke, tudung ke, makanan ke dan sebagainya. Kebanyakkannya mencari Stockist, Agent mahupun Dropshipper. Bisnes yang baru menapak seakan-akan suka menggunakan sistem ini. Sistem Stockist, Agent dan Dropshipper (SAD), pelbagai jenis dan level pulak tu.

Tapi, percaya atau tidak, sistem ini merupakan skim multilevel-marketing (MLM) atau sistem pyramid terancang? Bukan orang kita dah anti dengan MLM? Kenapa makin mendapat sambutan dengan SAD ni?

Carta aliran.
Berdasarkan carta di atas, 'founder' akan mencari Master Stockist/Stockist dan akan bersambung hingga ke bawah sehingga dropship.

Contoh bagaimana sistem ini BOLEH menjadi MLM:

Contoh produk. Tak tau lah macam mana nak lampai.
Sapu-sapu tumbuh kot tulang. Hmmm.
Jenama: Keding, Pucat dan Lampai
Harga pasaran: RM 25.00/kotak
Harga kos pembuatan: RM 7.00/kotak
Untung kasar: RM 18.00/kotak

Pembahagian Untung Kasar bagi setiap level kebawah untuk satu kotak:
Founder - RM 7
Master Stockist - RM 5
Stockist - RM 3
Agent - RM 2
Dropship - RM 1

Founder - Master Stockist


Master Stockist harus membayar sejumlah wang bernilai RM 1,652 untuk mendapatkan 100 kotak (jualan) + 18 kotak (kegunaan sendiri/jualan)

Harga kos pengambilan produk tersebut jatuh RM 14/kotak. RM 14 pula dipecahkan kepada untung founder RM 7 dan kos pembuatan RM 7 untuk setiap kotak (bayar balik modal founder).

Master stockist hanya untung dengan cara:
- Jualan terus: RM 11/kotak
- Mencari stockist: RM 5/kotak
- Mencari agent: RM 8/kotak
- Mencari dropship: RM 10/kotak

Master Stockist - Stockist

Stockist harus membayar sejumlah wang bernilai RM 340 untuk mendapatkan 18 kotak (jualan) + 2 kotak (kegunaan sendiri/jumlah)

Harga kos pengambilan produk tersebut jatuh RM 17/kotak. RM 17 pula dipecahkan kepada untuk untung Master Stockist RM 5 dan kos produk RM 12 setiap kotak (bayar balik modal master stockist).

Stockist hanya untung dengan cara:
- Jualan terus: RM 8/kotak
- Mencari agent: RM 3/kotak
- Mencari dropship: RM 7/kotak

Stockist - Agent

Agent harus membayar sejumlah wang bernilai RM 114 untuk mendapatkan 6 kotak (jualan)

Harga kos pengambilan produk tersebut jatuh RM 19/kotak. RM 19 pula dipecahkan kepada untuk stockist RM 3 dan kos produk RM 16 setiap kotak (bayar balik modal stockist).

Agent hanya untung dengan cara:
- Jualan terus: RM 6/kotak
- Mencari dropship yang menjual: RM 2/kotak

Agent - Dropship

Dropship pula ada yang berbayar dan ada yang percuma. Jikalaupun bayar, hanya perlu membayar jumlah komitmen kerana mereka tidak menyimpan stok. Paling kurang risiko dan pengeposan penjualan dilakukan oleh orang atas/syarikat sahaja.

Dropship ialah orang yang mengambil pesanan dan menerima transaksi sahaja. Selalu dilakukan secara online.

Dropship hanya untuk dengan cara:
- Jualan terus: RM 1/kotak

Untuk dapatkan untung banyak, mereka menggunakan kuantiti. Jual dengan banyak atau cari orang bawahan dengan banyak.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila produk di HQ di tolak kepada Master Stockist dan ditolak lagi sehingga ke level bawah, segala kos pembuatan dan pengambilan akan ditanggung. Sebab kenapa founder suka menggunakan perkataan 'SOLD OUT'?

Meraka hanya 'SOLD OUT' di level HQ sahaja apabila Master Stockist/Stockist membeli produk daripada mereka secara tidak langsung.  Jikalau anda nak siasat, follow mana-mana Instagram founder yang keluarkan produk baharu dan terus sold out dalam beberapa jam ke beberapa hari.

Lepas tu stalk komen dan Instagram orang bawahan mereka pula. Confirm akan berebut kata, "Kami masih ada produk XXX", "Anda masih boleh dapatkan XXX di sini", "Saya menjual XXX dengan harga sekian-sekian".

Kalau betul SOLD OUT kenapa masih ada yang menjual produk tersebut? Teknik ni dah biasa sangat digunakan oleh founder hingga kadang-kadang memakan diri orang bawahan mereka. Benda dah SOLD OUT kira dah ketinggalan zaman, siapa nak beli lagi?  Benda dah SOLD OUT bagus move on kepada produk lain.

Last-last yang bertungkus-lumus jual produk yang SOLD OUT tu orang bawah-bawah lah! Memang sebijik macam MLM! Yang kaya orang atas~
Barang banyak tak terjual lagi~ tapi dah SOLD OUT???

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Paling menarik perhatian saya apabila level atasan termasuk HQ meletakkan infromasi mereka di produk tersebut. Bayangkan jika pembeli tadi yang membeli dengan Agent tapi bila pembeli tadi nak beli baru, dia contact informasi kat kotak tu dan dapat ORDER SECARA TERUS?

Tak kesian ke orang bawahan apabila pembeli mereka last-last boleh order terus daripada orang atas ataupun HQ? Tak mencaras namanya? Haaaaa!

Banyak membawa negatif daripada positif nampaknya sistem ni ya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KEJAP.

Sebenarnya sistem ni tak lah semua negatif. Hanya perlukan kawalan je untuk setiap level dapat manfaat.

KAWALAN WAJIB SISTEM STOCKIST-AGENT-DROPSHIP (SAD)

1. Limitkan kuota penggambilan setiap level. 

- Kalau buka secara open habislah gaduh sesama level, sesama sendiri. Market jadi saturated. Orang atas senang-senang kaya dengan cari orang bawah je.
- Limitkan kuota mengikut kawasan supaya orang kat kawasan tu pergi ke tempat orang yang sama. Barulah rezeki dikongsi together-gether.

2. Harus menjual harga pasaran yang sama.

- Tiada seorang pun yang boleh jual harga lagi murah. Dan harus diwar-warkan polisi ini.
- Selalu ada jugak lah stockist nak untung dia jual harga murah sebab dia punya kos pengambilan pun murah. Habis agent dan dropshipper tak boleh cari makan.

3. Tidak overused 'SOLD OUT' terms dan image.

- Ni lebih ke HQ je lah. Dah lah canang SOLD OUT. Boleh turn off orang nak beli sebab benda dah habis.
- Memberikan tanggapan bahawa produk yang masih ada diluar sana kemungkinan palsu, barang lama, preloved dan sebagainya.
- Cuba promote stockist2 yang dah ambil produk daripada HQ tu. Kalau nak kata SOLD OUT tapi tak habis jual, boleh guna perkataan "HQ out of stock, get it from authorized sellers". Gituuuu.

4. Maklumat yang ada di produk hanya untuk mendapatkan informasi sahaja.

- Boleh letak nombor telefon ke website ke. Tapi setakat orang boleh tanya infromasi mengenai produk dah lah. Bukan boleh beli direct daripada HQ terus. Habis level bawahan susah-susah cari customer, kau caras gitu aje? Nama pun kau guna sistem SAD bukan direct selling yang buka branch mana-mana.
- SAD tu bayar untuk produk kau bukan kau bagi depa jual free-free bagi gaji tau!
- Kalau nak jual secara website boleh, pastikan checkout kena letak special code Stockist ke agent ke so depa still dapat untung. Selagi tak letak special code tak boleh proceed payment. Apa cer?

5. Membuat satu laman rasmi yang menampilkan nama, kawasan dan contact sekurang-kurangnya diperingkat stockist.

- Ini wajib ya. Kalau rasa susah, tu maksudnya berniaga lah tu. Mana ada benda senang.
- Laman ni nanti orang boleh check authorized seller tak ragu-ragu, meningkatkan selling HQ and orang bawahan. Tak lah mencaras!

Ingat muka ni, ingat sistem Kawalan Wajib SAD okie? Peloles youolls!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adalah beberapa produk tempatan yang guna Sistem SAD secara tak terkawal. Dijanjikan bulan dan bintang. Lepas tu HQ caras semua customers. Belum lagi dijanjikan ilmu dan bahan promosi tapi hampeh. Produk baru menapak pun syok aje nak guna Sistem SAD ni. Kalau nak tau, type aje kat google "stokis diperlukan" confirm banyak.

Nak tau mereka ni berbaloi nak join? Check HQ, check product, check founder semua. Try lah risik-risik. Kalau tak ada ala-ala Kawalan Wajib SAD seperti di atas, boleh dah move on ke next product pulak.
Akhir kata, beringatlah kalau nak join SAD ni kena kaji
betul2 jangan terpengaruh cepat.
Jadi dah habis baca mengenai mengenai Sistem SAD ni, apa yang anda fikir pulak?

Jom komen di bawah!

24 comments:

  1. faham.
    apa la berniaga tanpa konsep mlm.
    hakikatnya, semua perniagaan berkonsep kan mlm.
    pastu, harga makin naik. sebab konsep gini lah.

    aida pernah nak beli brg. kebetulan kilang nya kat area rumah je.
    iks.
    call to buy. dia kata tak boleh, kena gi kat ejen . dropship.
    diberikan plak number to call
    ejen plak jauh dari tempat tinggal kita :(
    harga dah naik. transportation lagi. kilang plak sebelah rumah jer.
    hmmmm sampai ke susah aida tak ingin membeli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, sistem MLM ni kat mana2 sebenarnya but bila tak terkawal jadi lah macam ni.

      Harga jadi naik pun naiya. Kalau depa kawal cara elok kawal kawasan elok semuanya dah okie dah~

      Delete
  2. faham.
    apa la berniaga tanpa konsep mlm.
    hakikatnya, semua perniagaan berkonsep kan mlm.
    pastu, harga makin naik. sebab konsep gini lah.

    aida pernah nak beli brg. kebetulan kilang nya kat area rumah je.
    iks.
    call to buy. dia kata tak boleh, kena gi kat ejen . dropship.
    diberikan plak number to call
    ejen plak jauh dari tempat tinggal kita :(
    harga dah naik. transportation lagi. kilang plak sebelah rumah jer.
    hmmmm sampai ke susah aida tak ingin membeli.

    ReplyDelete
  3. Yes.. Pi mai.. Pi mai sama ja ngn mlm sebenarnya... Cuma drops hip tu xperlu keluarkan modal duit la.. Cuma modal Internet Sambil2 main fb la kan... Mmg turn off bila asyik kata sold out sold out ja

    ReplyDelete
  4. baru nak terjebak ni, bersistem katanya. suka point ni Tidak overused 'SOLD OUT' terms dan image. jadi nak berniaga walau apa peringkat sekalipun kena berani hadapi risiko dan tidak ego. Info yang sangat berguna sangat ni buat saya budak baru nak up pasal bisnes

    ReplyDelete
  5. tak pernah terfikir pula.. tapi betul juga kan. yang kaya orang atas. kesian yang stokist semua. patutnya kalau da ada stokist, agen semua, promote la biar buyer beli dari mereka. jangan dari HQ. good sharing

    ReplyDelete
  6. ohhh... macam tu rupanya sistem stockist, agent, dropship dan founder kat malaysia ni. tapi kalau nak beli produk produk tertentu, saya jenis yang lebih suka beli kat tempat tempat seperti guardian, watsons, aeon dan yang sama waktu dengannya.

    ReplyDelete
  7. good sharing..
    kadang ada harga tak sama..nak untung berapa dropship kena tetapkan sendiri.
    Harga kena lah standard semua level, pastu setuju bab HQ kena promote line bawah mereka.

    ReplyDelete
  8. Yeaps. Nice sharing. Actually semua jenis perniagaan berkonsepkan MLM. Bezanya sama ada menindas atau adil sahaja. Kita kena bijak memilih kalau betul nak berniaga ☺️☺️

    ReplyDelete
  9. nice info!
    setuju dengan perkongsian yang bermanfaat ni, seharusnya pihak hq kena turut sama membantu dalam promosi line dibawahnya

    ReplyDelete
  10. saya pun akan cuba elakkan bisnes yg ada sistem macam nih ....yg bawah kerja keras macam namateyy yg atas kaut untung sahaja ...stockis dan ejen paling kesian sebab diorang kena labur dulu pastu diorang kena jual buat markwting semua baru dapat untung

    ReplyDelete
  11. komen saya adalah, awak betul. hahha. tapi yelah, memang gitu lah caranya.sebab tu founder boleh pakai vellfire, anak buah cod pakai motor. founder boleh attend event mewah, dropship hanya mmpu share gmbr founder pegi event je.

    ReplyDelete
  12. Standard la tu semua company sistem mLm, networking. Ketua yang pandai kawal syarikat, berjaya la. Yang join kemudian adalah worker. Kecuali dia buat recruitement.jadi dia boleh jadi leader juga

    ReplyDelete
  13. Adakah anda memerlukan Pembiayaan? Adakah anda memerlukan Pinjaman Perniagaan atau Peribadi? Untuk maklumat lanjut, Hubungi E-mel: chosengenerationloancompany@gmail.com

    ReplyDelete
  14. Memang sebegini la sistem perniagaan.
    Tu sebab bisnes Hai-O mewartakan kawalan harga - untuk semua orang. HQ ke, dropship ke, kena jual dalam range harga yang dibenarkan.
    Jika terlampau rendah atau terlampau tinggi, boleh dikenakan tindakan undang-undang

    ReplyDelete
  15. Haaa... betul tu Zandra! Tapi masih lagi ramai yang boleh join. Kalau nak buat perniagaan macam ni boleh je, tapi first make sure produk tu legit dan betul-betul safe untuk pengguna sebab kalau you nak jual mestilah you akan pakai jugak kan. Banyak je bisnes macam ni, just hati-hati jelah. Thanks for this post babe.

    ReplyDelete
  16. I always remind myself that there is no quick money in this world… we have to be really careful with this kind of system… don’t be so greedy sometimes…

    ReplyDelete
  17. namapun berniaga kan... founder keluar modal bukannya org bawah... jdi x mustahil la kalau perkara mcm ni timbul.. cuma kena selalu hati2 dan pilih yg okay

    ReplyDelete
  18. betul tu mostly founder produk ni dia jaga master stokist bawah dia then yg bawah2 tu hampeh dia ignore sampai mampus yang penting dia kaya produk dia "sold out"

    ReplyDelete

  19. FANSBETTING – MASTER AGENT JUDI TARUHAN BOLA ONLINE, CASINO, TOGEL, POKER TERBAIK DI INDONESIA

    FANSBETTING - Selamat datang bettors online Indonesia di website Agen Judi Online terpercaya Fansbetting. Bersama kami anda bisa bergabung dan mulai bermain di berbagai game seperti judi bola online,Poker Online,Casino Online,Togel online dan bolatangkas online.

    Fansbetting, Master Agent yang melayani pembuatan account untuk taruhan bola online seperti sbobet, ibcbet, cmdbet. Ada juga permainan Casino Online, Tangkas, Togel, dan Poker. Banyak yang sudah menjadi member setia FANSBETTING, dikarenakan sangat terjamin keamanan nya, dan sudah sangat Terpercaya. Selain Proses Deposit-Withdraw yang super cepat, FANSBETTING juga melayani tuntas setiap transaksi member setia nya.

    Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam mengelola judi online di internet di indonesia, kami telah paham betul kebutuhan para bettors yakni kenyamanan, keamanan dan proses yang cepat dari deposit dan withdraw.

    Silahkan daftar dan menjadi member kami dengan mengisi form pendaftaran atau juga dengan menghubungi CS kami yang selalu online 24 jam di live chat. Dapatkan pelayanan yang cepat dan ramah dari kami agen judi online www.fansbetting.com.

    Game yang disediakan yaitu :
    * SPORTSBOOK:SBOBET,IBCBET,368BET.
    * LIVECASINO:338A-SBOBET CASINO,ION CASINO,CBO855.
    * BOLATANGKAS:TANGKAS777,88TANGKAS,BOLATANGKAS2,KLUB TANGKAS.
    * TOGEL:KLIK4D,ISIN4D.
    * POKER:SAHABATPOKER,ASIAPOKER77,POKERKING88,SENANGPOKER
    * NEW GAME : SABUNG AYAM

    Minimal Deposit 50.000,-
    Minimal Withdraw 50.000,-

    JOIN US : WWW.FANSBETTING.COM
    WHATSAPP: +855963156245
    WECHAT : fansbetting3
    line : fansbetting

    ReplyDelete
  20. good info for those yang nak join business! tak kiralah student nak buat part time ke, ada modal kecik nak jadi mini agent ke.. they shoul read this. nisa dulu2 pun time student duk dropship barang orang jaa..

    ReplyDelete
  21. Itulah. Saya dah lama rasa yg those actually a form of mlm je so thanks for the detail explanation.

    ReplyDelete
  22. Tula, dah lama rasa yg dia macam mlm je so yayy dapat belajar benda baru. some products memang train dia punya agent so like orang actually rasa sangat bagus etc etc tapi sebenarnya agent je banyak and pandai cakap. tula yg malas beli produk guna sistem ni

    ReplyDelete
  23. Saya pun tertanya-tanya jugak system agent ni semua. Thank God for this post, baru faham.

    ReplyDelete