Ada lah satu alkisah terjadi kat saya pada tahun lepas. Echewah.. tahun lepas terus~ tapi macam biasa memang kes betul dan sahih. Masa tu saya tengah nak cetak artikel yang nak digunakan untuk kelas. Jadi oleh sebab nak kejar masa, saya pergi ke tempat cetak Plaza Siswa dalam MMU je.
Macam biasa lah lepas cetak cabut je pendrive tanpa buat apa-apa yang patut. Lepas tu kejadian macam biasa lah balik bilik hostel. (Masa masih duduk hostel lagi belum jadi senior.. HAHAHAHA~
HAL ini disebabkan ada virus dari komputer kedai tersebut menyerang dan menakluk 'pendrive' saya. Oh Tidakkkk!!!
Punya gelabah saya terus 'scan' pendrive tu sampai jenuh jari jemari menyusun tari tekan 'scan' berulangkali. Tapi masih juga fail dalam tu dalam keadaan 'shortcut'. Alhamdulillah tak lama lepas tu Allah bagi idea supaya layari internet cari jalan penyelesaian.
Talala.. Akhirnya jumpa juga dan saya kongsikan bersama anda semua. Hee~~ ^o^
1) Mula-mula 'pendrive' kalau dah kena virus mesti kita 'scan' dengan 'antivirus'. Tak kena pun mesti buat juga untuk langkah berhati-hati.
3)Lepas tu jagan panik tapi cuba buka cmd. Caranya ialah pergi ke run dan taip cmd. Kalau sesat cuba mula dari start --> programs --> accessories -->command prompt.
4)Dah buka cari lah huruf 'pendrive; anda yang anda cucuk kat komputer tadi tu. Sebagai contoh F:, G: dan mana-mana.
5)Seterusnya dalam command prompt, taip huruf 'pendrive' anda contoh nya taip G:
6)Kemudian taip attrib -s -h /s /d *.*
Sila rujuk gambar di bawah.. :D
7)Lepas dah taip tekan ENTER dan tunggu kejap. Anda boleh semak balik fail di dalam 'pendrive' anda.
Talala~
Sebelum |
Selepas |
Sumber ni saya dapatkan dari link ini http://ezelovesse7en.blogspot.com/2012/01/tips-unhide-hidden-files-caused-by.html
Hahaha.. jadi saya hanya menterjemah dalam bahasa melayu. Echewah~~ penterjemah tak profesional.
Oleh itu harap mencuba. :D
Tata~
Assalam :). I'm glad that post could help. walaupun ia cerita dah lama.
ReplyDeletep/s : Blogwalking sini.
Waalaikummussalam. :)
DeleteThanks to you a lot sebab your blog about this entry sangat2 helpful and until now pun masih refer to your blog.
p/s: saya suka the way you write about it. sangat2 mudah difahami compared to others~