Thursday, 11 April 2019

Jam Tangan August Timepiece - Ringkas, Mewah dan Klasik

Salam semua,

Bercerita mengenai jam tangan, ramai yang berpendapat bahawa jam tangan merupakan aksesori fesyen yang penting. Walaupun zaman penggunaan telefon pintar berleluasa namun jam tangan masih menjadi pilihan utama untuk menjejak masa.

Jam tangan yang selalu dipilih pula harus menepati reka bentuk si pemakai. Samaada untuk bersukan, kerja korporat, kerja tapak pembinaan dan sebagainya pun memerlukan reka bentuk sertta fungsi berlainan. Betul tak?

Jadi hari ni saya nak kongsi jam tangan jenama August.

Saya menggunakan Jam Tangan August
Jam tangan jenama August ini dimiliki oleh Infinity Seven Sdn Bhd, syarikat Malaysia sendiri! Jenama August merupkan jenama mikro yang dikira masih hijau didalam arena pembuatan khusus jam tangan berkualiti tinggi dengan harga mampu milik. (tak beribu riban pun!)

Jam tangan August ni direka bentuk secara ringkas namun masih mewah dengan menampilkan ciri klasik. Didatangi dengan sistem kronograf. Iaitu sistem yang menggabungkan jam tangan biasa dan jam randik (stopwatch). Manakala subdials yang ada boleh merujuk kepada saat, jam randik, dual zone dan sebagainya.

Ini lah Jam tangan yang saya pakai tu.
Jam tangan berjenama August buat masa ini hanya menampilkan tiga reka bentuk sahaja dari pengeluaran kelompok pertama untuk memahat imej mereka di dunia fesyen. Stratergi ni mungkin unik namun serba sedikit memberi impak bagaimana sinonimnya August dengan rekaan ringkas, mewah dan klasik yang mudah dikenali. Bahkan klasik mereka menerapkan ciri bernostalgia dan sedikit moden kontemporari agar sentiasa tak lapuk dek zaman.

Pada masa hadapan pula, Jam Tangan August akan menampilkan lebih banyak reka bentuk lain pula. Sama-sama kita nantikan.

Jam tangan ni datangkan dengan kotak putih sebegini.
Jam tangan ini buat masa sekarang digunapakai oleh lelaki dan wanita. Saiz dia jugak agak besar untuk wanita tapi tidak lah sehingga merosakkan fesyen. Jam ini sangat fleksibel dalam membentuk fesyen maskulin atau feminin. 

Sesuai diguna untuk harian samada kasual atau santai. Bahkan sesuai untuk yang bekerja di dalam bangunan.

Macam ni lah nanti bila dah sampai. Ni saya pakai dulu baru letak balik. Tu yang nampak kembung kat hujung.
Pembelian pula dilakukan secara atas talian, dan cepat sampai sebab dari Malaysia je dari Solaris. Penghantaran menggunakan sistem pos dan kotak akan dibungkus dengan 'bubble wrap' untuk memelihara kotak jam daripada kemek.

Penghantaran dilakukan esklusif oleh DHL dalam masa 7 hari sahaja. Mereka juga melakukan penghantaran seluruh dunia! Menariknya tiada kos penghantaran bagi jam tangan mereka.

Ni salah satu gambar yang saya muatnaik di Instagram menggunakan jam tangan August. Cantik tak? Hehe.
Secara peribadi, saya sendiri pun jenis memilih dalam mencari jam tangan. Saya gemar memakai jam tangan yang sedikit berjenama. Biar baju murah harga RM 5 hengget tapi jam tak boleh begitu kerana saya ni alergik dengan tali jam yang bercampur dengan bahan getah polyster atau beberapa jenis besi. Sensitif katanya. Juga, saya suka jam tangan saya boleh tahan bertahun-tahun lamanya! 

Bagi saya, jika hanya mengeluarkan wang beratus ringgit tapi boleh bertahan hingga bertahun lamanya adalah lebih jimat, hatta bateri yang digunakan jam tangan berjenama selalunya pun tahan lama. Sesuai sangat dengan orang yang serabut dengan benda begini. Kalau beribu tu tak sampai lagi lah. Tak mampu jugak!

Jom lihat reka bentuk yang lain pula!

Perang, hitam dan hitam-hitam. Semua beharga RM 699.00.

Buat masa sekarang ada promo code diskaun sebanyak RM 100.00 jika menggunakan promo code "HALO AUGUST". Sah sehingga tidak dapat diguna lagi.

Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut dibawah:

August Timepiece

SyarikatINFINITY SEVEN SDN BHD (Company Registration No. 1254307-W)
Alamat: Block A4-2-7, Publika, Solaris Dutamas, No. 1, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur, 14, 50480, Malaysia.

Laman rasmi dan jualan: https://www.haloaugust.com
Facebookhttps://www.facebook.com/august.timepiece/
Instagram: https://www.instagram.com/august.timepiece/
Email: enquiry@haloaugust.com
Nombor tel: +6016 - 745 1017 (Whatsapp sahaja)

Sehingga berjumpa lagi di entri yang lain. 

20 comments:

  1. Cantiknya jam ni. Harga pun okay lah untuk kualiti jam berjenama macam ni kan. Tapi kalau ikutkan, saya lagi prefer jam yang color hitam tu. Nampak elegan dan klasik sikit.

    ReplyDelete
  2. alaaa berkenan plk tgok jam august ni..nampak eksklusif sangat..kolor brown tu favourite ciktom..harga pun affordable.nak gi survey jap..

    ReplyDelete
  3. OO.. syarikat dari Malaysia sendiri ye yang keluarkan jam tangan ni.. lawa design dia.. simple.. simple lagi senang nak padankan dengan apa2 outfit kan

    ReplyDelete
  4. Wahhh cantik nyaaa.. Kita malas pakai jam sbb selalu bila keluar, pastu bukak bila gi surau, pastu masuk beg, lupa nak pakai balik smapai la balik hehe

    ReplyDelete
  5. lawanya jam dia , suka jugak saiz jam macam ni , kalau saya dibagi peluang memilih jam saya suka warna hitam atau putih ....nanti nak usha jugaklah pattern camner lagi ada

    ReplyDelete
  6. cantik. Nampak sangat berkualiti dan padan dengan harga. warna hitam tu Nampak cantik. kalau diberi peluang , saya nak beli warna hitam. first time tahu jenama august ni, terima kasih sharing.. ;)

    ReplyDelete
  7. Awak dah la cantik, tambah dengan jam tangan lagi bertambah cantik. Tak rubu riban pun boleh tahan juga tu regenya. Tapi ada diskaun 100RM tu banyak juga. Ermm nak beli ke satu ek? Hehe

    ReplyDelete
  8. Suka design jam tangan macam ni, ringkas dan tak serabut, nampak elegan. Kalau tahan lama, apa salahnya sekali sekala beli yang mahal kan. Berbaloi harga dengan kualiti jam tu

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  9. august tu birthday BBL eh tetiba boleh la request jam tangan ni sesuai untuk ogos boy. cantik jugak design jam tangan ni sesuai untuk tampil profesional & ranggi dengan pakaian..

    ReplyDelete
  10. Nampak elegan jam tangan ni. And sesuai gita gayakan sama dengan gaya kasual, kenpejabat dan pelbagai lagi. Ada dskaun pulak tu mmg menarik

    ReplyDelete
  11. Nampak cantik dan elegan jam ni .Sesuai digayakan ke mana sahaja kan . Syaa dah lama tak pakai jam sebab hilang .ada yang rosak .bila tengok jam ni rasa nak beli juga untuk diri sendiri

    ReplyDelete
  12. Sy pun bersetuju bahawa jam tangan adalah antara aksesori yang penting dan merupakan pelengkap gaya bagi setiap individu. Sebab tu kita perlu bijak menggayakan pakaian kita dengan jam yg kita ada.

    ReplyDelete
  13. Simple and nice je jam camni. Suka warna earth color camtu. So match dengan pakaian kita. Hehe.

    ReplyDelete
  14. Lama nad tak de jam tangan. Yercari-cati juga jam tangan nak pakai. Nice juga jam tantangan ni ye.. Simple je.. Jam tangan tali mcm ni dulu pakai waktu sekolah

    ReplyDelete
  15. Cantik. Simple je rekaan nya..
    Tapi harga boleh tahan. Tapi normal je harga macam tu sebenarnya kan..
    Kita sejak hbis sekolah jarang pakai jam tgn. Lagi lagi bila dah ada fon. Hehe
    Lepas ni nak cari juga la seutas.

    ReplyDelete
  16. Cantik laa sis..nampak klasik tapi rugged..betul kata sis, kalau kulit tangan yang sensitif baik beli jam yang berjenama dan mahal sikit kerana kalau yang murah kadang2 x sesuai dengan kulit kita dan cepat rosak..jam ni harga masih mampu milik ni

    ReplyDelete
  17. Cantik gak ekk jam tangan ni, harga pun mampu milik. Kalau sis dapat bolehlah bertukar tukar jam tangan, asyik pakai yg sama je pun boring gak tengok..hehehe

    ReplyDelete
  18. Simole n. Nampak mewah jam ni. Menarik ni kalau nk buat koleksi. Dapat buat as a gift pon ok

    ReplyDelete
  19. This is one of nice simple and elegant watch... I like it so much. Wanna check this out... thanks for the great sharing

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete