Monday 16 September 2013

Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke 50!

Hai semua rakyat Malaysia yang di berada di serata dunia, Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke 50!!!!

Bendera Malaysia

Saya di sini hanya untuk menyampaikan ucapan kepada rakyat Malaysia agar sentiasa bersyukur akan kemerdekaan yang dicapai setelah dibelenggu kuasa asing begitu lama.

Hari Malaysia memberi signifikan kepada Sarawak di mana negara Sarawak pada masa itu telah menyertai persekutuan Malaysia bersama-sama dengan negara Sabah. Sekarang kedua-dua negara ini menjadi negeri di dalam Malaysia. :D 

Tarikh keramat hari Malaysia iaitu 16 September 1963 ialah hari Persekutuan Malaysia dibentuk.

Saya hanya menceritakan serba sedikit sahaja kerana agak tidak mencukupi masa untuk menaip entri ini kerana 16 september akan habis sebentar lagi (Masa sekarang menunjukkan pukul 11.45pm :P *almaklum sebab selalu buat entri tengah-tengah malam)
Bendera Sarawak. Saya berbangga menjadi orang Sarawak. :DDD

Mari anak jati Malaysia, ayuh kita tepikan persengketaan dan mulakan muafakat untuk mendapat berkat di tanah bertuah ini.

Tanah tumpah darahku MALAYSIA. <3 <3 <3

Tata~





No comments:

Post a Comment