Salam,
Saya kongsikan pengembaraan saya bersama ahli saudara lelaki saya ke MERITAM!
Tema: Gambar bercerita
Tarikh: 15.11.2014
Lokasi: Meritam, Limbang, Sarawak
|
Sebelum masuk simpang, akan ada beberapa papan tanda menunukkan berapa km akan sampai ke simpang tersebut. |
|
Masa dah masuk simpang, lebih kurang macam ni lah jalannya, |
|
Hendak sampai tu akan ada papan tanda jugak sebab nak jalan masuk agak jauh. Takut lah ada orang tengah putus asa ke. HAHAHA.. |
|
Yang ni dah masuk betul-betul simpang terakhir. Ada kecik je jalannya. Jadi kena beri ruang kepada orang nak lalu jika ada kenderaan yang bertentangan arah, |
|
Oh ya, masa masuk tu sebelah kiri akan ada rumah ni. Dia ada jual air sejenis ni. Tapi tak tau apa bendanya dan saya pun dah lupa apa nama air tu. Nama dia agak lain sikit. Mungkin sebab bukan bahasa saya kot. |
|
Ni lah masa baru nak masuk Meritam. Anda akan melihat ini terlebih dahulu. |
|
HA! Ini lah ISTIMEWANYA Meritam kali ini. Kerana tempat ni penuh dengan Lumpur Bebuak. Fakta: Hujung minggu ramai pengunjung orang putih mandi manda kat sini. Lepas tu Lumpur Bebuak ni bukannya panas bahkan terasa sejuk apabila dipegang dan disapu ke kulit. |
|
Pondok pengawal. |
|
Begini lah rupa kemudahan yang ada, lumpur bebuak tu pulak banyak merata kat kawasan ini. Tapi yang orang banyak nak tengok kat bahagian belakang. Yang kawasan depan letak kereta tu~ |
|
Dalam ada tempat membersihkan diri dengan air paip. Kat luar tempat cuci ringan-ringan je. |
|
Ni lah jalan yang berada depan letak kereta tu. |
|
Dia buat ala-ala jambatan kecik sebab kat bawah kawasan rumput (hmm, yang hijau-hijau tu) dan lumpur bebuak. Nak mandi pergi bawah je. Ada tangga nak turun. |
|
Tengok ada tangga nak turun ke bawah. |
|
Empat orang ni lah dengan saya pergi ke mari. Yang bagi "peace" tu abang betul, yang lain semua abang saudara. Mereka berada di tempat utama dan paling luas untuk bermain manda mando lumpur bebuak. |
|
Antara kawasan yang ada. |
|
Tak da "caption" |
|
Pun tak da "caption" |
|
Lagi la pun tak da "caption" |
|
Salah satu yang masih aktif mengeluarkan lumpur bebuak. Sebab dia membukit bila aktif. |
|
Depa tengah syok main dengan lumpur sapu kat muka. Depa lelaki metroseksual. Hahaha.. |
|
Tak tau la dia ni.. |
|
Paling besar yang aktif mengeluarkan buih secara diameter bukan ketinggian. |
|
Bukti yang lumpur ni memang berbuak~~~ |
|
Kat atas tu dah malas nak taip apa. Tapi kali ni kitaorang dah nak balik. Abang saudara saya kat depan ni menuju ke bangunan tu. |
|
Memandangkan bangunan berkunci, jadi saya tak dapat nak tangkap gambar rupa kat dalam. Tapi boleh tahan lah jugak. Hue hue hue saya sempat tengok dari luar tingkap. |
|
Ye.. kita boleh membawa lumpur untuk kita guna kat luar. |
|
Ni penjaga kawasan ni. Orang kampung kat sini jugak. Nampak tak kunci yang dipegang Ha dia lah yang ada kunci untuk semua fasiliti dalam ni. Dia terus tawarkan nak buka pintu bilik mandi sebab saya asyik gegar kan pintu yang berkunci tu. HEHEHEHEHE...Tapi memandangkan tak nak susahkan dia, kamiorang pun minta diri nak pulang. |
|
Sebelum lupa, kat kawasan luar depan-depan ada nampak jugak lumpur ni~ Ada yang sangat dalam dan' tak dibenarkan mandi pun kat kawasan tu! |
|
Dah tu je, sekian, |
Susunan gambar diolah dari sebelum hinggalah selepas dari Meritam. Terima kasih.
Tata.
No comments:
Post a Comment