Sunday, 19 April 2015

GST Pendapat Rakyat

Salam,

GST atau Goods and Service Tax dalam bahasa melayunya ialah Cukai Barangan dan Perkhidmatan sebanyak 6% telah dilaksanakan pada 1 April 2015 yang lalu. Untuk pengetahuan tak semua kena GST yang tu kena rajin-rajin semak kat laman rasmi http://gst.customs.gov.my/en/Pages/default.aspx .

Baiklah kini izinkan saya mengulas GST ini :) Terlebih dahulu, saya mengulas serba sedikit tentang GST 100% daripada pandangan rakyat tanpa membuktikan dengan beberapa fakta kukuh cuma degan pengetahuan ringkas.
Alasannya mudah kerana rakyat kita lebih percaya benda yang diuar-uarkan berkali-kali tanpa bukti. Namun sini saya tidak menyertakan tohmahan tapi lebih kepada pro dan kontra GST pada rakyat meski lebih banyak kontrannya.

Ulasan tersebut ialah:

1. GST menyebabkan semua harga naik.
Walau banyak pihak berwajib menyatakan bahawa harga barang tak naik tapi kita hanya membayar 6% caj daripada barang tersebut. Jawapannya Ya dan Tidak.

Tidak Harga barang tetap sama je. Kalau RM 10.00 kredit telefon tetap tu je harga dan nilai dia. Kita bayar RM0.60 bukan untuk kredit tetapi untuk caj. Jadi tiada naik harga.

Ya Ya ni sebab kita bukan tengok harga barang tu kekal ke tidak tapi berapa banyak kita kena keluar untuk membeli barang tersebut. Kalau dah keluar duit lebih dari biasa sebab kena bayar GST tu, kira barang tu naik harga lah bukan. Kiranya harga naik tu besamaan dengan berapa banyak kita keluar duit lebih. Sememangnya memang banyak kita kena keluar duit lebih berbanding yang masih kekal sama.

2. GST cuma menyenangkan kerajaan.
Ni tuduhan yang agak kasar namun saya faham sebab GST untuk rakyat dan pembangunan rakyat tapi hasil tak nampak-nampak dan dalam berita sosial pulak dengar kata elaun "orang atas kerajaan" makin naik?? Betul ke.

"Parlimen yang naik harga bukan Kerajaan je, pembangkang pun naik jugak."

Tapi ini bukan isu besar dia kerana GST baru dilaksanakan. Sekurang-kurangnya kita kena bagi lebih kurang dalam masa setahun ke setahun setengah untuk GST ditaksir dan disalurkan dalam pembangunan masyarakat berkenaan ekonomi dan suka hati kerajaan nak tingkatkan mana yang patut. Sebab kalau baru kutip sebulan dapat buat apa je?

Tak bermaksud dalam sebulan tu mereka tak boleh buat apa langsung! Jangan fikir nak kumpul tak nak bagitau dah berapa jumlah!

3. Barang mana lagi nak kena GST?
Tanya soalan begini betul tapi kurang tepat. Korang nak semua benda kena GST ke apa tanya benda macam ni? Haha. Memanglah kita sekarang lebih peka dengan barangan kita tapi kita kena tahu lebih daripada barang mana kena GST atau barang mana tak kena GST.

Cuba kita tanya soalan yang bagi bernas otak sikit. Contohnya:

"Bila kutipan GST akan didedahkan?"

"Kutipan GST ni salur kat apa je?"

"Kenapa tak ada pengecualian GST kepada pelajar atau orang miskin? Macam ada kad khas ke?"

Sebab kadang-kadang kita ni bukannya sibuk sangat pasal nak keluarkan duit tapi nak tahu duit yang dikeluarkan dapat apa dan digunakan untuk apa?
Ye lah dok asyik banyak iklan kat televisyen tentang barang yang tak kena GST sampai muak pun ada jugak. Minta maaf tapi tu kenyataan. Ada jugak iklan pasal apa benda nya GST ni tapi macam tak sampai sangat. Dok asyik kata untuk kebajikan rakyat dan sebagainya tapi tak pernah dengan teliti macam projek apa nak buat? Kalau macam ni lagi orang senang faham.

4. Tinggi sangat 6% tu.
Orang kata 6% tinggi sangat. Hakikatnya kalau letak 0.6% pun orang akan kata tinggi sebab asal benda tu kita kena bayar lebih memang tinggi tersangatlah caj tu. Nama pun naik harga***

Saya akan bandingkan Malaysia dengan negara lain sebab kita orang Malaysia suka sangat nak bandingkan negara lain. Asyik kata negara lain lagi bagus. Jadi mari lah kita bandingkan jugak.

Sini saya nak kongsikan sikit pasal apa yang saya tahu pasal cukai kat negara jiran yang dok kita banggakan dan selalu bandingkan iaitu Singapura. Singapura dah lama mulakan GST sejak tahun 1994 lagi tapi dalam 3%. Haha.. korang mesti kata tengok Singapura mulakan dengan caj lebih rendah. Eh Ke Mon la korang, tu zaman 1994 kot harga barang rendah lagi mesti lah caj rendah. Kalau harga rendah tapi caj tinggi habis-habis duit je bayar caj. Namun sekarang GST Singapura ialah sebanyak 7%. Ehem, tinggi 1% tu. Dalam dollar Singapura lagi dan harga barang pun memang lagi tinggi!

Keduanya Canada, GST mereka rendah sikit iaitu 5%. Uishhh seronoknya. Tapi tunggu dulu, mereka mempunyai cukai lain iaitu PST (Provincial Sales Tax) 7-10% dan HST (Harmonized Sales Tax) 13-15%. Ha apa macam? Caj kepada caj dan caj.. Banyak tuuuuu..

Tapi ada TAPI sebab Canada dan Singapura maju lah sangat sebab mereka menggunakan GST dengan sebaik-baiknya untuk kemajuan negara, harapnya kerajaan kita pun begini juga ya. Ye lah sebab GST untuk RAKYAT DAN KEMAJUAN NEGARA DARI SEMUA SEGI SEBAIK MUNGKIN.

5. GST ni untuk tanggung hutang kerajaan je.
Ya. Sebab setiap negara kat dunia ni memang berhutang pun. Tapi kalau nak kata semua duit GST nak tanggung hutang tu adalah tak betul sebab kita masih menumpukan bidang petroleum dan gas sebagai aset utama negara. GST ni dari dulu dah nak dilaksanakan untuk mengurangkan kebergantungan kepada sektor petroleum dan gas sebagai dasar utama pemacu ekonomi.

Lagipun apabila GST dilaksanakan, inflasi dapat dikurangkan. Inflasi ni secara ringkasnya kira korang ada duit RM 100 tapi dengan duit RM 100 tu, korang tak mampu pun beli barang bernilai RM 100 pada masa tu kerana harga dinaikkan atau faedah dinaikkan. Secara tak langsung, pengukuhan mata wang negara kita dapat diterajui meski sekarang ni dah terumbang ambing harga mata wang kita.

*********************************************************************************
Saya berharap anda dapat membuka minda anda dan menjadi bijak dengan maklumat yang anda mudah akses di hujung jari iaitu jaringan internet. Jadilah rakyat yang bijak dan bermaruah dengan bertanya dan mengadu pada saluran yang betul. Usah menambah minyak ke atas api yang sudah marak.

GST PATUT DILAKSANAKAN. SAYA SOKONG meski saya pun terkena tempias kenaikan harga tak masuk akal. NAMUN APA YANG SALAH ialah cara perlaksanaan dan perkongsian saluran GST.

Saya sokong sebab:
1. Mengurangkan kerbergantungan petroleum dan gas asli sebagai aset negara. Dapat lah tuntut royalti lebih.
2. Dapat mengukuhkan mata wang negara kita apabila pendapatan negara bertambah.
3. Merendahkan inflasi mata wang secara beransur-ansur untuk mengelakkan peningkatan harga barang justeru menaikkan pendapatan rakyat. Kira korang dah naik gaji 3 kali tapi harga barang masih sama. Untung bukan? berbanding sekarang gaji naik sekali tapi harga barang naik 3 kali! Ni lah contoh ketara inflasi~ Antara lain, dalam jangka masa panjang, merendahkan harga barangan! Percaya lah~ NI IDEA ASAL GST!
4. Duit ni boleh guna macam-macam untuk pembangunan dan sebagainya. Siapa tahu mungkin kenderaan awam kita boleh percuma? Tengok je Canada boleh bagi pendidikan percuma.
5. Barang asas kita tak kena GST. Sebab barang asas lah yang paling kita banyak keluar duit sebab nama dah asas kan macam beras dan pendidikan tu.

Saya tak sokong sebab:
1. Perlaksanaan entah apa-apa dan tak seragam. Patut kerajaan bagi tempoh 3 bulan untuk perlaksanaan GST berperingkat. Kiranya bulan 1 GST ni kena kat barang ni. Bulan ke 2 dan ke 3 benda yang tak sempat kena GST.

Sebab kesian peniaga kelam kabut tukar label harga. Orang kelam kabut beli barang sebab harga berbeza-beza. Ada yang tak sempat buat GST terus kena lapor. Patutnya dalam 3 bulan tu, pihak KDNKK dan Kastam jenjalan lah semak-semak apa yang patut kira bagi peringatan ringan dan bimbingan kepada peniaga supaya tak salah buat GST ni. Sekarang apa jadi? Kesian peniaga dan pembeli kat luar sana. Sampai sekarang masih kelam kabut dan takut kena tangkap gara-gara pembeli pantang sikit salah label terus lapor walhal bukan niat peniaga nak menipu cuma tak sempat nak semak secara keseluruhan.

2. Pembiayaan pelajaran dikenakan GST! Ewah kata pendidikan tak kena GST. Patutnya pembiayaan walaupun pinjaman tu patut tak kena GST sebab tu bukan pinjaman benda lain. Untuk pendidikan kot. Yang geram hati tu, dah lah PTPTN caj bayaran melalui fpx, ada pulak menyampuk GST kat situ. Apa ke benda nya ni. Wei pendidikan kot!

3. Laksana tanpa ada plan yang kukuh. Sebab GST ni kita kena fikir tentang orang yang susah. Sebagai contoh, orang susah ni "pelajar, orang kurang upaya. orang fakir dan orang tua yang berumur 70 tahun!" Bagi kad lah kat dorang sekurang-kurangnya.

Cara nak bagi kad bukan susah, sebab takut jugak kan ada orang yang salah guna kad ni oleh orang lain bukan. Saya bagi dua contoh je ya.
Pelajar: Kad Diskaun Siswa tanpa GST. Tapi hadkan, seorang pelajar boleh guna sampai RM 100 sebulan nilai GST pada pasaraya terpilih seperti Mydin Tesco dan sebagainya. Jangan kat KFC pun tak da GST. Yang tu kena bagi jugak sebab pelajar kena berjimat jugak. Maksudnya sini, bila dia beli barang-barang kat Mydin. Barang dia beli tu cecah RM 320.00 termasuk GST yang bernilai RM 20. Dengan menggunakan kad ni, GST yang nilai dia RM 20.00 tu dihapuskan dan dia bayar jelah RM 300. Tapi kena tengok kad diskaun, kad pelajar dan kad pengenalan. Kalau orang lain pakai terus batalkan kad tu!

Orang Kurang Upaya: Dibuat dalam dua bentuk. Satu ialah penuh dan satu ialah perubatan. Penuh diberikan kepada OKU yang tak disara keluarga bahkan dia yang menyara atau tinggal sorang. Ni terpulang lah nak buat macam mana sama ada kena bagi had atau pun tak. Bagi yang jenis kedua, kadang-kadang ada OKU masih disara keluarga, jadi kad ni digunapakai dalam pembelian barang penjagaan badan, ubat-ubatan, barangan terpilih sahaja.

4. Asal sampai sekarang tak tunjukkan kutipan GST dah sampai berapa? Kena lah selalu kemaskini agar rakyat tahu duit pergi mana. Dan kenapa tak tengokkan GST tu rancang nak buat apa? Bagitau je lah bajet dan rancangan tak perlu letak tarikh dilaksanakan. Bila dah sampai target bajet baru umum nak buat bila. Ni, tarak ada apa pon! Macam kena tipu pun ada~ RMK-11 tu pun saya tengok macam tak sampai je. Kalau betul lah GST ni nak jayakan RMK-11, Kerajaan kenalah masih kemaskini kutipan GST tiap bulan! Bukan semua duit tu untuk RMK-11. Jadi kena kongsi yang tak masuk RMK-11 tu jugak! Baru orang percaya! Nanti orang buat cerita tipu kat media sosial lagi parah!

5. Kerajaan kena ambil kira pendapatan dan perbelanjaan rakyat yang kurang mampu. Kadang-kadang bukan sebab tak pandai urus duit, tapi duit tu terpaksa pakai sebab ada kesusahan menimpa, harga naik yang lebih kerap berbanding tangga gaji dan tiada perlaksanaan khidmat percuma untuk aturan bayaran kepada pekerja kerajaan dan swasta yang kurang mampu. Kiranya "re-loan" dan "re-finance". Kena ada badan sukarelawan yang ditubuhkan untuk membantu masyarakat untuk mengetahui tentang GST, pengurusan kewangan, penambahbaikkan pinjaman dan sebagainya. Bila dah buat GST kena tahu impak baru laksanakan sebaik mungkin. Oleh sebab tu kena ada pembantu masyarakat agar dapat menerima GST ni. Buat lah kat bank-bank tempatan, pusat khidmat masyarakat atau "booth"/khemah di pasaraya dan sebagainya.

6. Kerajaan tak telus dalam mengendalikan sistem GST dan perlaksanaannya sangat-sangat mengecewakan meski mereka berkata Malaysia merupakan negara yang paling banyak menyenaraikan barang tiada GST kira-kira dalam 4000 barangan. Hakikatnya perkara ini membuktikan bahawa Malaysia belum lagi sesuai untuk dikenakan GST secara berleluasa.

Mereka boleh melaksanakan GST dengan mengambil kira harga barangan dan pendapatan rakyat. Jika kadar barangan meningkat adalah lebih rendah berbanding kenaikkan gaji, maka dari situ adalah petanda bahawa GST boleh dilaksanakan namun kerajaan masih belum memperbetul pendapatan rakyat dan harga barang dengan sebaik mungkin. Jadi ni yang saya amat bantah.

7. GST benda yang bagus tapi kerajaan sehingga kini masih belum menunjukkan keyakinan dalam pengurusan GST apabila mereka masih bersifat ego dalam mempertahankan GST yang digubal. Adalah tidak salah untuk menyokong idea ini tetapi mereka harus menggubal GST selari dengan kehidupan rakyat Malaysia bukannya kerana negara lain dah amalkan kita pun kena amalkan dengan sistem yang sama seperti mereka. Hakikatnya wang negara masih tidak stabil dengan kejatuhan merundum dalam tempoh 10 tahun. Kalau naik pun hanya dalam masa seminggu dan terus berbalik kepada nilai jatuh tersebut.

GST boleh menaikkan mata wang kita, tapi manakah duit GST yang pergi untuk menaikkan mata wang kita? Jika mereka berkata bahawa ekonomi Malaysia stabil dan kejatuhan hanya disebabkan oleh mata wang amerika meningkat, bagaimana pula kejatuhan kita berbanding Dollar Brunei? Adakah kerana ekonomi Brunei turut meningkat mendadak?

*********************************************************************************

Kerajaan sudah berbuat langkah yang bijak dengan berjimat dalam kementerian masing-masing. Tapi dalam masa yang sama, mereka masih membazir pada sektor yang lainnya. Ya bagus lah kerajaan nak umum berjuta sana berjuta sini tapi dahulukan apa yang penting. Contohnya dengan memberi BR1M yang saban tahun meningkat jumlah nya adalah tidak wajar. Mengapa duit tersebut tidak secara terus-menerus mencari golongan sasar atau disalurkan kepada pembangunan luar bandar. Kerana haikatnya tidak semua BR1M dimanfaatkan dengan sewajarnya. Jangan nak lihat keuntungan dalam masa yang singkat akhirnya rakyat yang akan sengsara.

Kenapa keuntungan yang singkat? BR1M diberi hanya dapat digunakan dalam tempoh beberapa bulan sahaja atau lebih parah hanya dalam sebulan dengan harga yang mencanak naik. Selepas itu? Semuanya kembali normal dan susah. Jika kerajaan membina satu pelabuhan antarabangsa di Sarawak misalannya dengan mencecah jutaan ataupun bilion ringgit tanpa memberi BR1M, memanglah semua tak merasa duit di tangan. Apa yang mereka akan rasa kemudian? Penurunan harga yang holistik seluruh Sarawak sehingga bila-bila! apabila kos penghantaran dari Malaya ke Sarawak sudah tiada!Dan Sarawak akan lebih maju dengan kedatangan pelabur luar negara yang menjangka pemesatan ekonomi akan berlaku! Kenapa Kerajaan tak berfikiran macam ni?

Inilah sebab GST Malaysia ni gagal dan menyusahkan. Bukan nak kata GST tak bagus tapi perlaksanaannya sangat-sangat mengecewakan dan sangat-sangat tidak telus!

Ni je buat kali ni. Insha Allah saya akan tambah apa yang patut kalau ada ya.

Tarikh terakhir kemaskini: 30.06.2015

#MalaysiaBijak

Sekian, wassalam, Tata~

No comments:

Post a Comment