Tuesday 16 June 2015

Tengku Muda Johor, Kami bersama anda!

Salam semua :)

Mesti ada yang tengah dok stress sebab saya tulis pasal politik kan. Hehe, jangan risau, dah lepas seminggu puasa 18 Jun ni saya kurangkan dan balik macam dulu ya. Saya pun tak suka jugak sebab tak bagus politik berpanjangan ni.

Tapi KALI NI, saya sokong oenuh Tengku Ismail, Tengku Muda Johor. Dan KALI NI jugak, saya bagi 'letak ibu jari kebawah' hahaha kepada YB Nazri Aziz. Ya hari tu sokong dia sebab bab tu dia memang betul tapi bab ni, TIDAK sesekali pun betul dan bapak sombong biadap sungguh.

Apa salah TMJ nak tegur PM? Dia cuma tegur kenapa tak datang bersemuka dengan Tun Mahathir pasal 1MDB pada forum "Nothing To Hide" anjuran sukaguam. Memanglah pedas kalau dah tak salah tak yah lah rasa sentap kan. Namun yang kena bagi makan cili tu tak kisah sangat. Yang YB Nazri Aziz ni pulak lebih rasa pedas. Dah kenapa?

Dan adakah patut seorang menteri boleh nak 'belasah' TMJ? Mari kita tengok kenyataannya:
"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) dia.

“Raja-raja dan keluarga diraja berada di luar daripada undang-undang (justeru tidak sepatutnya campur tangan dalam politik). Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.

"Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri dan kamu mula mengulas (politik)... kalau kerajaan 'belasah' kamu balik, jangan marah," lapor portal itu.


Teruk betul kan! Eh, Agong pun sokong PM bukan masuk politik ke? Asal tak jadi isu. Pasal Sultan Selangor dengan MB Selangor pun bukan politik ke? Kerek kot. Mesti lah Institusi beraja kena ambil tahu sebab tu negeri dorang, tak kan nak biarkan kerjaan dok memerintah buat suka hati. Kalau tak salah kenapa sentap?

Oleh itu, kaw-kaw TMJ buat status. Status berbunyi:
MESEJ UNTUK RAKYAT MALAYSIA
Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?
Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.
Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.
Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.
Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang. Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.
Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka. Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda.
Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka. Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.
Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.
-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Saya sokong TMJ dengan status baginda. Baca sampai habis!

Dan ada pulak halnya Nazri Aziz ni boleh mengadu kenapa dia kena panggil kerana mempertahankan Najib. Ewah, bukan sebab dok sokong PM tapi kenyataan hang tu dah macam nak ugut TMJ nak belasah bagai~ Tu yang orang buat laporan bukan sebab sokong siapa. Oleh kerana tu jugak dia menambah marah orang dengan kata Institusi Raja kebal dari politik, macam kira tak adil lah tu kan. Dah tau kenapa nak bahasa kasar jugak? Yang buat laporan tu RAKYAT bukan TMJ ye. Harap maklum.

Walauapapun, ini mungkin ada gerakan baru seperti Sarawak for Sarawakian di Johor. Mungkin pergerakkan "Daulat Johor"? Siapa tahu jugak. Allah lebih mengetahui. Sebab kali ni memang YB tu cari bala padan muka nak lawan Tengku orang johor. Mereka sokong Raja dorang okeh.

Sedih sebab seagama boleh berlawan macam ni. Mungkin ini lah "wahan" yang dikurniakan kepada hati ummah yang takut untuk berjihad dan mengejar harta dunia. Harap kita tak terjerumus lebih dalam. Saya pun macam ni jugak. Seagama pun saya dok kutuk jugak contohnya entri ni. Tapi kalau tak kongsi siapa nak tahu? Masalah jugak, Saya harapkan umat Islam paling-paling tu pun, ingat Allah dan bermula semula untuk menuju kebaikkan dan kesejahteraan. Insha Allah. Amin.

Sebelum tu, Daulat Tuanku!

Tata~

No comments:

Post a Comment