Monday 1 February 2016

Fakta Lucu Malaysia! (Sinis)

Assalamualaikum :)

Entri hari ni pasal fakta yang sangat mencuit hati saya yang teramatnya ya ampun! Sebab manusia ni tak sempurna tapi bila ditegur pasal tak kesempurnaan tu buat dek je. Apa ke?? Jadi kiranya awak tu manusia yang tak sempurna, biarkan tak sempurna macam tu je ke buat seumur hidup awak? Perghhh.. Bukankah tak sempurna tu maksudnya kita perlu memperbaiki diri, tingkatkan kesempurnaan selagi mampu.

Bak kata pepatah (hehe) gelas yang dah berisi penuh buat apa nak tuang air lagi? kalau gelas tu kurang air, isi lah air dalam tu bagi penuh sedaya mungkin! Haaa..tu sebab manusia tak sempurna. Tak semestinya tak sempurna bagi susahkan orang tapi benda ni untuk belajar dari kesilapan.

Dah malas.. malas nak tazkirah tengahari buta ni! Mari kita ke fakta ya~

Fakta lucu Malaysia:

1. SSM - Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Depa suruh orang yang jual atas talian ni buat lesen. Sekarang ni pulak depa suruh perniagaan kecil pulak buat lesen. Mak oiiii.. habis orang nak cari duit lebih kat tepi jalan tu pun hang nak kenakan cukai ke apa? Bila cakap tu biar jelas sikit, ni perniagaan kecil. Banyak jenis kot!

Pertama sekali, saya sokong bila perniagaan atas talian patut buat lesen. Jadi bila saya nak buat lesen tu, boleh pulak dia mintak kontrak sewa kedai. Saya pun tercengang. Depa suruh buat lesen tapi tak ada buat undang-undang baru untuk perniagaan atas talian bagi mudah sikit. Kalau dah sewa-sewa bagai ni, ni dah bukan perniagaan atas talian! Ni perniagaan berkedai yang menggunakan internet sebagai cara penjualan sampingan! Haishhhhh..

Saya tau lah memang takut nak luluskan, cuba paling-paling perniagaan atas talian dibenarkan memberi alamat rumah sebagai alamat syarikat kan. Cuma bagi lah terperinci sikit, mungkin nama pemilik rumah, nama penyewa dan sebagainya. Dan tambah dengan beberapa maklumat peribadi supaya kalau ada yang tipu senang cari! Contoh, alamat rumah, kenderaan, tempat tinggal kat kampung, nama pasangan dan lain-lain.

Jadi boleh buat sesuatu ker cik SSM sayang oi? Konon lah sangat depa suruh alamat syarikat bagai. Konon lah ada SSM ni boleh dipercayai. Pergh hampeh, banyak je syarikat tipu-tipu kat luar sana terutama pelaburan, emas dan permainan wang yang senang-senang dapat lesen SSM. Siap PAPAR lagi lesen SSM dorang. Bila semak kat SSM pun, lesen tu MEMANG SAH WUJUD!

Ni tak pulak nak siasat bagai? Orang nak meniaga jimat kos melalui atas talian dok susah benar buat lesen. Siap cakap kat televisyen lagi pasal perniaga yang tak ada SSM ni akan didenda bagai. Adeh.. Hang pikir la sendiri ya, kata nak bantu tapi tak ada ikhtiar nak bantu. Main cari salah orang adalah!

2. Tol dan cukai jalan.

Ni paling memeningkan kepala rakyat jelata. Apa guna bayar cukai jalan kalau kena bayar tol? Sebelum tu apa makna cukai jalan?

Rakyat-rakyat faham yang cukai jalan ni kena bayar sebab dorang guna jalan raya. Baik, faham-faham. Bila kita guna, maksudnya kita kena jaga lah bukan? Jadi macam mana nak jaga? Kita bayar cukai jalan tu supaya jalan raya dapat lah diturap, dibaikpulih dan mempunyai jalan raya yang baru bukan?

Salah ek? Ke yang buat tol ni tak faham maksud cukai jalan? Atau yang bagi lulus tol ni dah tak pakai jalan raya sebab mewah sangat guna jet? Ehemmmmm... Pandai-pandai lah sendiri.

Atok-atok sekalian ya, rakyat dok bayar cukai jalan tu untuk mendapatkan kemudahan jalan raya. Duit cukai melambak berjuta-juta pun masih nak kutip tol? Lepas tu kata tol ni swasta yang pegi buat? Habis cukai jalan tak boleh bayar kos swasta tu? Orang swasta tu pun dah balik modal bagai, pun masih nak kutip tol. Bapak ah..ke atok-atok pakai duit tu sendiri. Ke atok-atok pun kaki pakat ngan swasta kutip tol?

Lucu sangat! Bagus tak yah wujud cukai jalan. Bayar tol je lah...

3. Lebuhraya berpusing-pusing.

Malaysia pengeluar minyak. Tapi Malaysia jual minyak kat rakyat mahal sangat. Malaysia juga memberikan kualiti bukan terbaik untuk rakyatnya sendiri. Oppsss.. saya ada tersilap ke? Sila betulkan ya. "Malaysia lah sangat"

Depa buat lebuhraya patut bagi senang, bagi lancar, bagi cepat dan sebagainya. Tapi fenomena yang saya tengok kat Semenanjung ni, bapak ahhhhh, lagi ada lebuhraya depa buat, lagi habis minyak habis duit habis tersekat kat situ je!!!

Siapa lah punya "Karya artistik" lebuhraya kat Malaysia ni?? Dah lah nak buat "U-TURN" tapi buat bulatan besar pulak tu. Heh.. apa ke benda nya nak buat macam ni? Cuba tengok lebuhraya kat Brunei, cuma tempat-tempat tertentu je buat bulatan besar gajah macam tu. Yang lain dorang buat "U-TURN" kat bawah tu je. Tak ada pun kes orang langgar, orang tak dapat "U-TURN" bagai. Habis minyak je buat "U-TURN". Buang kos, buang masa, buang minyak orang je lah. Nak kata pembinaan akan dibuat, pembinaan apa kat atas awan?? Bapak canggih kau Atok!

Paling tak suka, dah punya lah jauh baru nak buat satu "U-TURN"! Eh mangkuk hayun jugak la orang buat lebuhraya bertol ni kan. Dah lah kekadang dia sengaja buat simpang atau "U-TURN" yang terpaksa bayar TOLLLLL!!! Heiiiiii dasar anak tak patut dikandung betul lah.. Memang kerja nak makan duit je.

Yang menyampahnya lebuhraya dorang buat pusingan tawaf baru sampai kat destinasi! Apa salah buat jalan lurus je? Saya tengok kawasan tu dah padat, tang mana nak buat pembangunan baru yang depa terpaksa buat jalanraya baru tu ye? Kot-kot menipu jangan lah nak menipu rakyat, karang rakyat semua boikot baru tau. Tak yah kerja bagai, cucuk tanam je. Dorang nak ambik tanah kita, kita tembak guna butir jagung!

4. Kereta Malaysia kat Malaysia mahal tapi kat luar murah sangat.

Apa???

Ya betul, simpan ini ke dalam minda anda. Saya kan ada darah Brunei jadi ada lah balik Brunei kan. Mengkagumkan bahawasanya Perodua dan Proton kat sana laku jugak tau. Apa tak laku, kat sana cukai tarak ada untuk kereta (kalau tak silap) lepas tu siap bagi rebat bagai awak tauuuuuu.. dan dia bagi banyak sangat kemudahan seperti percuma servis, beli "spare part" murah dan skim bayaran ansuran yang SANGAT MENJIMATKAN!!

Tak percaya? Pergi la Brunei~Belum lagi negara lain. Cuba tanya Cik Google kita.

Saya pelik lah dengan Malaysia, saya tau lah kereta kat Malaysia cukai dia melampau tinggi nak mampuih, tapi asal kereta sendiri pun nak bagi cukai tinggi? Tak kan tak nak bagi kereta dia laris? Hairan kan..kalau dikutkan, kereta Malaysia memang murah berbanding kereta import lain tapi kereta import lain mahal sebab kualiti sangat baik dan mereka dah kena cukai import.

Yang kereta Malaysia apa cerita? Harga murah pun bukan murah benor. Murah sikit je dari kereta import. Tapi kualiti macam....... tak semua lah. Tapi kebanyakkan! Jangan bodoh sombong tak nak terima kenyatan ya. Anggap lah sebagai motivasi nak jadikan kereta Malaysia kesayangan kita ni berkualiti tinggi setaraf kereta import sambil merendahkan harga untuk mendapatkan keuntungan berganda.

Lagi satu, cukai kereta mahal sangat sumbang pegi mana? Tak nak labur balik dalam R&D bidang automotif secara berhemah ke. Ke kena saya yang jadi Atok eh salah jadi Mak Tok menteri Malayisa ni baru nak buat?

****

Buat masa sekarang saya bagi 4! Sebab nak taip banyak-banyak satu kali sekarang ni macam asyik tak sempat je. Haha..

Tata!

No comments:

Post a Comment