Thursday, 7 September 2017

Model untuk Khadijah Azzahra Class oleh Bedazzled Airis (KL)

Assalammualaikum,

Selamat ya semuanya? Harap-harap semuanya selamat ye~

23 Ogos lepas, Bedazzled Airis yang merupakan sebuah event management telah mengadakan Kelas Master Make Up bersama MUA Indonesia yang tular banget. Yang lain tak bukan kalau cik Khadijah Azzahra!! Pengikut kat IG cik Khadijah dah mencecah 477 Ribu. Wow~



Boleh nampak kenapa cik Khadijah ni tular sebab wajah cik Epal boleh berubah menjadi cik Stawberi gitu. Berbeza kaw kaw~ Jadi bila kelas make up di buat kat Malaysia, pergh ramai orang masuk kelas dia beb!

Sebenarnya ada dua kelas, satu kat De Palma Ampang, Kuala Lumpur satu lagi kat Johor Bahru Hotel KSL. Saya bertuah sangat-sangat jadi model kat Kuala Lumpur. Difahamkan bahawa ramai sangat yang mohon untuk jadi model cik Khadijah kita ni. Mana tak nya, nak merasa air tangan MUA Indonesia jugak kan! Asyik MUA Malaysia, jadi saya pun cuba nasib. Alhamdulillah melalui beberapa saringan termasuk hantar muka tanpa mekap, akhirnya terpilih.

Perasaan ketika itu ialah "wow, adakah ini cinta?" HAHA. Rasa nak tampar je muka sendiri bagi sedar. Banyak kot orang mohon. Model terkenal pun mohon, apalah saya yang tak terkenal dan agak huhaho ni. Macam tak percaya~ Ini lah rezeki Allah bagi. Alhamdulillah~~

Sila lah melihat wajah tanpa mekap dan lepas dimekapkan ini:


Berbeza kan??? Diingatkan bahawa, muka saya betul-betul bogel. HAHA. Serum apa semua tak letak. Malas. Kenapa macam pucat je? Biasa lah, satu kurang darah, kedua lighting tu terang and guna kamera kualiti tinggi memang akan nampak semua bintik-bintik bagai. Kehidupan realiti tak lah nampak sebijik macam tu. HAHAHA.. (mempertahankan benang yang basah kerana perasan cantik, LEL!)

Maka dengan itu saya nak bagitau, hari tu tiga jenis gambar yang boleh dilihat iaitu gambar yang ditangkap oleh cik Khadijah sendiri, gambar oleh Official Photographer Bedazzled Airis iaitu Abg Yaz dan akhir sekali dengan Photographer jemputan, Encik Felix. Dengan itu marilah lihat beberapa gambar oleh Khadijah sendiri, Yaz Photography dan Encik Felix.

Oleh Cik Khadijah Azzahra sendiri:

- Khadijah ni, dia MUA, dia designer baju, dia model, dia pun boleh tangkap gambar cantik siap sekali dengan edit. Banyak bakat walaupun masih muda. Yang penting, dia jaga cara pemakaian dia cukup cantik dengan labuh tutup elok-elok.




Oleh Yaz Photography:

- Abg Yaz orang Singapura. Abg Yaz mula-mula jumpa tu cakap omputih. I is shock. Haha. Tengok lah gambar yang di tangkap dan diedit oleh Abg Yaz kita ni~ Lain benar daripada yang fotografer Malaysia buat. Nak lain macam ni cari Abg Yaz je~





Oleh Encik Felix:

- Fakta: Gambar Encik Felix la yang paling banyak. Nak pilih rambang mata tahap dewa! Akhirnya saya pilih tiga je. Sebab nak bagi sama banyak dengan gambar kat atas. Ikut hati nak je pilih banyak-banyak. Lawa kot~ Banyak sangat latar dan gaya. Me gusta~




Jadi apakah kata anda?

Sebelum habis bicara, saya nak mengucapkan bebanyak terima kasih kepada siapa yang saya bekerjasama dengan. Ditujukan khas buat:

Cik T'pa, Mama Surya, Kak Parzlin, Kak Rosee, Khadijah, Kak Syiqah, Kak Ira, Kak Susi, Emma, Abg Yaz dan Encik Felix atas kerjasama anda. Harap dapat bekerjasama lagi di masa hadapan!

Maka boleh lihat perincian dibawah untuk anda tahu siapakah disebalik tabir Master Class Make up ini. Boleh langgan servis mereka ye~ Jangan malu-malu~

Malaysian Photographer. Banyak buat kat KL dan Selangor~ Stail Encik Felix ni antara
yang saya suka sebenarnya sebab warna yang lembut dan lokasi biasa jadi macam kat
luar negara. Betul! Cuba tengok IG Encik Felix!

Indonesian MUA, Designer dan Model. Ni la~ ni gambar model terbaru bukan saya ye~

Event Management yang buat event di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Selalunya buat event make up
class dari TOP MUA dari serantau. Boleh tengok IG Bedazzled Airis untuk kelas mekap yang
dorang anjurkan. Murah berbanding kat luar kot! Lain cas mahal kalau dah panggil TOP Mua serantau ni~

Abg Yaz fotograper Singapura, tapi boleh travel ke mana-mana. Tak percaya, tengok lah IG Abg Yaz pasti ada
gambar yang bukan kat Singapura. Oh, Abg Yaz ada production TV jugak. Ada buat servis rakaman. Contohnya
klip interview MUA Top dan peserta kelas. Jelas dan ringkas tapi memang on point!
Harap entri ni turut memberi manfaat kepada anda ya! Jumpa anda lagi di entri seterusnya. Sayang anda semua. Muah muah muah muah muah! (lagu I am Me)

Tata~

2 comments: