Tuesday 8 October 2019

Pelancaran dan Pengenalan GAINS Education Group

1 Oktober 2019, Selasa bertempat di Movenpick Hotel and Convention Centre, Sepang telah berlangsungnya majlis pelancaran yang amat ditunggu-tunggu buat ibu bapa, pendidik, ahli akademik ataupun sesiapa sahaja berminat dalam bidang pendidikan Malaysia.



Majlis tersebut merupakan Majlis Pelancaran Rasmi GAINS Education Group dan Penekanan Pembentukan Semula Industri Pendidikan. Pelancaran bermakna ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani Binti Abdol Hamid selaku Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tetamu kehormat lain yang turut hadir ialah Puan Zaliza Alias, Pengasas dan Group CEO GAINS Education Group, En. Mohd Hafiez Shah bin Mohd Salleh, Co-Founder of GAINS Education Group, En. Hasnul Ismar bin Mohd Ismail, CFO of GAINS Education Group Sdn Bhd dan En. Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi, Pengarah Urusan EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd.


Sebagai pengenalan ringkas, GAINS Education Group ini merupakan ibu syarikat kepada beberapa sekolah yang agak terkenal seperti Genius Aulad, Idrissi International School dan Sekolah Tinta. Bahkan sekolah-sekolah dibawah payung GAINS ini di iktiraf oleh KPM sebagai pendidikan berkualiti premium untuk pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. 

GAINS Education Group telah berusaha dan berdidikasi dalam menambahbaik kehidupan pelajar Malaysia dan luar negara. Malah sehingga kini 20 tahun telah memberi impak sehingga 13, 099 pendidik dan 70, 000 pelajar daripada 12 negeri dan 2 negara termasuk Indonesia.

Mereka yang juga dikenali sebagai perintis kepada sistem sekolah berbahasa inggeris yang berasaskan Islamik telah menunjukkan pencapaian dalam dan luar negara secara konsisten sehingga baru-baru ini salah satu sekolah di bawah mereka, Genius Aulad telah dianugerahkan The BrandLaureate for World Halal Best Brands Award dalam bidang pendidikan!

Menariknya, pihak GAINS Education Group tidak putus menyokong usaha kerajaan dan KPM untuk mengukuhkan inovasi silibus pendidikan dan menjadi antara yang pertama dalam melaksanakan sepenuhnya STEM di Sekolah Rendah  (KSSR) iaitu di Sekolah Tinta. Cara pembelajaran SETEM ialah pembelejaran yang menitikberatkan aspek Sains, Technology, Engineering dan Mathematics.

Stratergi GAINS Educations dalam kelangsungan bisnes

Bercerita mengenai stratergi GAINS Education untuk terus berkembang untuk menjadi lebih besar, mereka telah melabur hampir RM15 juta dengan kadar kelajuaan berdasarkan rumus Laju Pertumbuhan Majemuk Tahunan (CAGR) 26% untuk populasi pelajar sepanjang 20 tahun.  Manakala pendapatan kumpulan dijangka melebihi RM21 juta pada tahun 2019 serta mencatatkan  mencatatkan CAGR sebanyak 32%.

GAINS Education Group juga tidak berhenti setakat itu sahaja bahkan ingin memasuki Bursa Saham pada tahun 2023 dengan perluasan liputan bisnes melalui mengembangkan kedua-dua 'upstream' dan 'downstream' sektor pendidikan. Pendapatan yang dijangka pula RM50 juta. Untuk merealisasikannya seawal 2022, pihak GAINS Education Group telah merangka beberapa plan awal bersama pihak EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd.

Antara lain, GAINS Educations ingin membuka lebih banyak badan institusi di bawah mereka bahkan bakal memasuki Negara Turki dan meluaskan lagi kumpulan mereka di Negara Indonesia. 

Ini sedikit sebanyak dapat membantu mencipta peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan bagi yang memerlukan lalu menjurus kepada pengukukan ekonomi negara kita sendiri.

Kerjasama GAINS Education Group - EduCity Iskandar Malaysia

Adalah sedia maklum bahawasanya EduCity Iskandar merupakan hub pendidikan yang lengkap berinovasi di selatan tanah air. Oleh itu, GAINS Education Group ingin melebarkan lagi sayap serta membina dari awal pembinaan sekolah termasuklah daripada segi pembinaan bangunan yang sesuai.


Melalui kerjasama awal ini, penubuhan Genius Bibs Corporate telah diilhamkan. Genius Bibs merupakan tempat penjagaan kanak-kanak yang disesuaikan dengan penjagaan korporat iaitu mengadakan pusat tersebut di dalam bangunan yang sama ibu bapa bekerja. Ini akan membantu ibu bapa dalam memudahkan urusan pembangunan keluarga serta mengeluarkan satu masalah yang sering membebankan para penjaga buat masa kini. 

Malahan ini juga membantu ibu bapa untuk fokus bekerja tanpa perlu risau dimana, siapa dan bagaimana anak mereka dijaga. Mereka juga boleh melawat anak mereka ketika waktu rehat. 

Di samping itu, Idrissi International School  juga akan ditubuhkan di EduCity Iskandar untuk memenuhi permintaan daripada pekerja asing dan tempatan. Sekolah yang mengikut panduan KPM juga bakal ditubuhkan dengan konsep Eco-School yang terbuka kepada semua pelajar daripada pra-sekolah hingga sekolah menengah dengan kapasiti 2,000 pelajar. 

Sekolah-sekolah ini akan dibina daripada asas pembangunan yang dilaksanakan oleh Assist 10 iaitu salah satu badan di bawah GAINS Education Group yang pakar dalam pembinaan ruang, pembangunan dan yang berkaitan.

Badan dan institusi dibawah GAINS Education Group

1. Genius Aulad (Pra sekolah)
2. Sekolah Tinta
3. Idrissi International School
4. Genius BIBS (Pusat jagaan anak kecil)
5. EduVentors (Pusat latihan pendidik)
6. Assist 10 (Bahagian Perlaksaan Ruang Bangunan dsbg)

Anugerah-anugerah yang dikurniakan kepada GAINS Education Group dan badan-badan di bawah mereka

1. Al-Faris Outstanding Muslim World Entrepreneur Development (MWEDA) Award 2018 diberikan oleh OIC TODAY. - GAINS Education Group -

2. Reader's Choice Awards for best preschool. - Genius Aulad -

3. Reader's Choice Awards for best international school - Idrissi International School -

4. STAR Business Award (SOBA) - Sekolah Tinta -

5. PEKA Eco-Primary Education Awards. - Sekolah Tinta -

6. 5 Star Rating for SKIPS 2019 (Skim Kurikulum Insititusi Pendidikan Swasta) - Gains Education Group-

7. Global Business Leadership Awards 2019 for Excellence in Pre-School Education - Gains Education Group & Genius Aulad -

8. BrandLaurette Best Halal Brands in Education -GAINS Education Group -

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebarang maklumat lanjut mengenai GAINS Education Group boleh lah rujuk di laman rasmi mereka di https://gainseducation.com/ atau ingin mengetahui selok belok GAINS Education Group boleh lah emel corporate2gainseducation.com

Diharap GAINS Education terus membagi manfaat dalam sektor pendidikan tanah air kita dan ramai yang boleh berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik.

2 comments:

  1. Menarik. Sistem Bahasa inggeris berasaskan Islamik. Suka betul lah sekolah gini. Tunggu lagi 5 tahun lah gitu. My generasi masuk sini. Hee

    ReplyDelete
  2. menangkan uang sebanyak-banyaknya hanya di AJOQQ :D
    AJOQQ menyediakan 8 permainan seru :

    ReplyDelete