Sunday, 30 January 2022

Chez Professional cari agen, lancar #duitdijari


KUALA LUMPUR: Usahawan terkenal dalam bidang dandanan dan produk rambut, Chez Hamdan, 36, juga seperti kebanyakan orang yang terkesan saat pandemik COVID-19 menyapa dunia.

Malah bapa kepada dua cahaya mata ini juga hampir terduduk ketika itu hingga membuat keputusan nekad menutup operasi salun rambutnya di Setapak  yang sudah lebih sedekad berdiri megah sejak dua tahun lalu.

Bahkan lelaki dengan nama penuh, Halimi Hamdan ini juga berdepan naik turun emosi memikirkan masa depan, tanggungan dan apa saja kemungkinan akan berlaku waktu mendatang.

Chez Hamdan

Mujur beberapa tahun sebelum pandemik menjelma dan salun ditutup, Chez tergerak hati menjual produk rangkaian rambut termasuk jenamanya sendiri, Chez Professional. Maka terhasilah produk yang dipasarkan di bawah syarikat Chez Professional Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 21 November 2020 dan berpengkalan di Taman Melawati.

Usaha Chez ternyata telah membuahkan hasil sehingga produk yang ada telah ditambah baik menerusi pelancaran Chez Upgraded 22 pada 19hb Januari semalam.

Pelancaran majlis Chez Upgraded 22 yang berlangsung di Ampang itu telah menampilkan 7 rangkaian produk yang dijamin berkualiti tinggi serta dirumuskan untuk kegunaan pelbagai jenis pengguna tanpa mengira jantina, umur dan jenis rambut.


Majlis pelancaran dirasmikan Chez bersama isteri yang 
turut dihadiri oleh selebitri terkenal
seperti Norman Hakim dan Josiah Hogan. 

Pada pelancaran tersebut, Chez turut berkongsi serba sedikit perjalanan perniagaannya bersama isteri tercinta. Chez berkata, "Pada awal pandemik ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dikuatkuasa, saya guna ruang itu kononnya untuk berehat.  Namun otak penat berfikir apa yang mahu dibuat demi survival.

"PKP berlanjutan. Saya sampai satu tahap jadi sesak nafas. Seperti dilanda serangan panik dan kebimbangan. Nak tidur pun fikir aliran duit keluar masuk.

"Mampukah duit simpanan bertahan dalam satu jangka waktu tertentu. Salun ditutup pun ada yang cakap saya jatuh bankrup. Sampai rumah penuh ditimbuni dengan kotak barangan penjagaan rambut," kata Pengarah Urusan Chez Professional itu.

Kata suami kepada Sharifah Haziah Akmar ini, keputusan menghentikan operasi salun di era pandemik juga menghamparkan hikmah tersendiri.


Chez bersama isteri Sharifah
Haziah Akmar.

"Sedih pastinya bersarang ketika salun ditutup. Situasi ini bukan seperti hubungan dengan kekasih sampai jadi bolak balik nak menyelamatkannya. Saya tanya kawan termasuk di kalangan orang Cina, mereka cakap jika sudah terlalu lama berniaga, mungkin sebaiknya cari angin baru.

"Pandemik yang datang juga jadi klimaks untuk saya buat keputusan besar. Lepaskan sesuatu yang disayangi (salun) dan pertaruh diri ke bidang perniagaan barangan rambut yang belum pasti hujung pangkalnya bukan perkara mudah.

"Tahun 2020 umpama satu 'turning point' dalam hidup dan perniagaan. Mula tukar modul bisnes, gaya hidup, kerja dari rumah dengan membiasakan serba serbi aplikasi dalam talian," katanya.

Norma baharu jelas sekali mengubah sikap dan cerminan diri Chez yang pemalu kepada berani mengambil risiko dan cabaran.

"Bayangkan dulu ibarat hanya kepakaran dari tangan saja yang berjalan membentuk dan menggayakan rambut diingini. Tapi apabila kena jual produk sendiri, saya kena buat lintas langsung dengan cakap tergagap gagap.

"Saya cabar dan lawan segala kelemahan diri yang tebal dengan sikap malu dan berat mulut. Tak ada ilmu... tak ada apa apa, saya cuba ke depan. Saya redah... belasah. Tapi perlahan demi perlahan, saya mula terbiasa. Sambutan produk dijual cukup membanggakan dan luar biasa.

"Ketika itu, saya ambil tempahan hinggalah ke proses akhir penghantaran. Hujung bulan pertama pandemik, jualan produk dicapai membuat saya menarik nafas lega. Kalau lagi fokus, mungkin lagi besar impaknya," katanya.

Tahun lalu menjadi kemuncak untuk memastikan produk jenamanya terus mencipta fenomena. Malah tahun ini pula atas permintaan, Chez Hamdan dijangka membuka semula salun rambut di lokasi baru di Shah Alam.

"Setiap hayunan langkah saya, doa dan restu ibu bapa yang tiada hijabnya sentiasa mengiringi perjalanan ini. Mujur saya tak ada banyak sangat komitmen. Duit kereta pun sudah habis bayar. Bayaran rumah pun masih terkawal dan boleh dibayar.

"Isteri juga memainkan peranan penting kerana campur tangannya menggunakan ilmu dan pengetahuan hal pengurusan amat berbaloi. Dulu duit berniaga dan gaji sendiri macam tak ada beza. Sekarang ia lebih sistematik," katanya.

Rangkaian produknya dengan tagline 'Your Home Your Saloon' terdiri daripada tujuh produk yang merangkumi syampu, krim masker dan item penggayaan rambut  dengan kualiti seperti di salun, bebas silikon, diperakui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan harga berpatutan.

Rangkaian yang telah ditambah baik

"Sekarang kami nak terus ajak lagi ramai orang yang bergelut dan terkesan waktu pandemik untuk menjadi agen memulakan perniagaan bagi menjana pendapatan. Kami sasar mahu lebih 1,000 agen pada tahun ini," katanya.

Serentak dengan itu, kempen #duitdijari turut dilancarkan tanpa modal, tanpa bebanan dan tanpa risiko untuk 'dropship'. Malah usaha merekrut ahli agen elite juga berterusan. Boleh tekan pautan https://linktr.ee/chezprofessionalhq untuk penyertaan dan pertanyaan lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment