Friday 17 June 2022

Tayangan Perdana MAT KILAU Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusuf

Petaling Jaya, 16 Jun 2022 - Telah berlangsungnya Tayangan Perdana Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof.

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang akan ditayangkan secara rasmi pada 23hb Jun 2022 di pawagam seluruh negara ini dibintangi oleh Dato Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian dan Johan Ashari sebagai watak utama.



Untuk mengimbau sedikit sejarah, Mat Kilau atau nama penuh beliau Mat Kilau Bin Imam Rasu lahir pada tahun 1866-67 merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang.

Perjuangan Mat Kilau dan rakan-rakan beliau bermula apabila British memperkenalkan dasar pungutan cukai yang menindas rakyat ketika itu. Maka Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok Janggut bersatu memulakan pemberontakkan ke atas pihak British yang angkuh. Namun pemberontakkan ini tidak mendapat sokongan Sultan kerana pada masa itu Sultan hanya mementingkan hubungan persahabatan dengan British. Sultan mengkhianati bangsa dan rakyatnya sendiri dalam mematahkan pemberontakkan di Semantan.

Manakala dalam filem insipirasi kisah benar yang menelan belanja RM8 juta ini hanya menceritakan kisah awal permulaan perjuangan Mat Kilau dalam menentang British. Menurut Abdul Rahman Dali yang juga penerbit filem ini daripada Studio Kembara berkata, "Pemilihan Mat Kilau sebagai cerita filem daripada ramai pahlawan Melayu adalah kerana beliau antara pahlawan Melayu yang berjaya melakukan gerakkan besar-besaran sehingga menyebabkan kemusnahan dan kerugian besar kepada British."

Ketika sesi jawab sidang media Tayangan Perdana

Tambahnya lagi, "Perkara ini juga direkodkan oleh pihak British hingga mereka hampir meninggalkan tanah Pahang. Selain itu, peribadi sifat kelelakian Mat Kilau yang merupakan sifat yang sentiasa diperlukan pada setiap zaman iaitu seorang pemimpin yang kuat berpegang kepada agama, budaya Melayu, matang, berakhlak baik, cinta pada tanah air, berani dan sedia berkorban untuk mempertahankan watannya dari sebarang bentuk penceroboh."

Barisan pelakon utama

Pengikut Mat Kilau

Antara yang hadir


Filem yang dijangka akan mendapat sambutan hangat ini juga ingin memperbetulkan buku-buku sejarah di mana Mat Kilau bukan pemberontak bahkan seorang pejuang serta tokoh negara yang patut dikenang zaman. Filem yang berdurasi selama 2 jam ini penuh menampilkan skil serta silat Melayu yang dipimpin oleh Akmal Effende dengan penampilan Ali Karimi yang merupakan seorang penggiat seni silat. Tidak lupa juga Yayan Ruhian dari Indonesia yang terkenal hingga ke Hollywood dalam mencipta aksinya tersendiri.

Di bawah pula antara babak yang boleh ditonton sepanjang filem:


Adi Putra - Mat Kilau


Fattah Amin - Awang


Beto Kusyairi - Wahid

Penjajah British

Perbincagan para pembesar di Pahang

Untuk mengetahui perkembangan terkini filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan boleh rujuk di bawah:

Facebook: https://www.facebook.com/Filem-Mat-Kilau-324216361284843
Instagram: https://www.instagram.com/filem_matkilau/
Twitter: https://twitter.com/Filem_MatKilau
TikTok: https://www.tiktok.com/@filem_matkilau
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCkQtOTKEicFiYe_tnlvoFwg
Ikuti Studio Kembara: https://www.instagram.com/studiokembara/

Jom saksikan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di pawagam berdekatan anda bermula 23hb Jun 2022 nanti!

No comments:

Post a Comment