Friday 16 August 2024

KOPSTAR Memperkenalkan Sebuah Program berjudul "SINONIM SUDIRMAN": Mengangkat Nama Lagenda,bagi Menginspirasi Bakat Baru

14hb Ogos 2024 – KOPSTAR amat berbesar hati dengan kerjasama daripada SUMMIT USJ dan disokong oleh SUDIRMAN ASSET MANAGEMENT untuk mengumumkan pelancaran Program "SINONIM SUDIRMAN," yang bertujuan untuk meraikan legasi kekal penghibur ikonik,sambil memupuk bakat muzik generasi seterusnya.

Progam SINONIM SUDIRMAN yang akan berlangsung selama tiga hari.

Program berlangsung selama tiga (3) hari iaitu 30hb, 31hb Ogos & 1hb September 2024 Sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang Ke-67. Pelbagai acara telah disusun seperti Pertandingan: Baby Catwalk , Pertandingan Mewarna Karikatur GAYOR, Pertandingan Deko Kek PWIP, Pertandingan Nyanyian Patriotik, Deklamasi Puisi, Klinik Gitar M.Noor Hendrix, Klinik Vokal Cikgu Siti Hajar Ismail dan yang paling di nanti2 adalah Pertandingan SINONIM SUDIRMAN Yang pasti banyak hadiah hadiah dan cabutan bertuah menanti kehadiran pengunjung yang berkunjung ke SUMMIT USJ.

Pengunjung juga akan di hiburkan oleh Artis artis lama dan baru seperti Royce Sa’ayan, Zack Kazamata, Farra Ahmad, Nami Harez, Zack Kool, Wafi The Voltage dan Kumpulan Aktivis. Disamping itu juga KOPSTAR membawakan JURI KHAS bagi mengadili Pertandingan Nyanyian seperti Datuk Hajjah Habsah Hassan, Cikgu Siti Hajar Ismail dan Salman Shariff (Komposer).

Poster rasmi program SINONIM SUDIRMAN.

KOPERASI INDUSTRI MUZIK MALAYSIA BERHAD juga menggalakkan mana mana Artis & Selebriti Malaysia untuk turut sertai KIOSK perniagaan yang di sediakan oleh SUMMIT USJ dengan cara mengimbas QR Code untuk pendaftaran dan mengalu-alukan para penggiat seni untuk mendaftar keahlian.

Kenapa SUDIRMAN?

Sudirman kekal sebagai tokoh yang disegani dalam dunia muzik, terkenal dengan kehebatan vokal yang luar biasa dan kehadiran pentas yang memukau. Sebagai Pengerusi KOPSTAR, Dato’ Royce Sa’ayan menekankan misi program ini adalah untuk menghargai sumbangan Sudirman kepada muzik dan budaya, memberi inspirasi kepada penyanyi yang bercita-cita tinggi untuk mempamerkan bakat mereka di platform yang berprestij.

Setelah mendapat keizinan dari SUDIRMAN ASSET MANAGEMENT "Kami sangat teruja untuk memperkenalkan 'SINONIM SUDIRMAN,' satu penghormatan kepada legenda muzik yang impaknya merentas generasi," Saya selaku Pengerusi KOPSTAR dengan Kerjasama SUMMIT USJ. "Menerusi pertandingan ini, kami berhasrat untuk bukan sahaja meraikan legasi Sudirman yang luar biasa tetapi juga men
ggalakkan individu berbakat untuk meneruskan minat mereka dalam bidang nyanyian."

Pengerusi KOPSTAR Royce Sa’ayan ketika pelancaran.

Pertandingan ini mengalu-alukan peserta dari pelbagai latar belakang, menjemput mereka untuk menunjukkan kebolehan vokal dan karisma pentas mereka. Peserta akan berpeluang untuk bersaing bagi merebut PIALA PUSINGAN, Piala Iringan, Wang Tunai, Cenederahati dan Sijil Penyertaan.

"SINONIM SUDIRMAN" mewakili komitmen KOPSTAR dan SUMMIT USJ untuk memupuk kecemerlangan seni dan memelihara pengaruh Sudirman dalam landskap muzik moden. Pertandingan itu ditetapkan untuk memikat penonton dan menetapkan penanda aras baharu dalam bidang pertandingan nyanyian.

Untuk maklumat lanjut tentang cara menyertai , sila IMBAS QR CODE



www.kopstar.com.my

email: koperasimuzik@gmail.com / kopstar.alp@gmail.com / admin@kopstar.com.my

No comments:

Post a Comment