Pada hari selasa lepas saya berkesempatan menghadiri sesi suai
bersama Dr Buds Organics dan Karen Murrell. Program ni adalah sesi khas bagi
mengenali dengan lebih lanjut apa dia kedua-dua jenama yang ditampilkan.
Di sesi suai Guardian #guardiangayasquad |
Soalan: Apa kisah disebalik
penubuhan jenama ini?
Dr Buds Organics: Merupakan
satu jenama pecahan untuk jenama Buds Organics. Buds Organic dibina bersama
oleh KK Soo untuk anak-anak kecil beliau yang menghidapi eczema. Beliau
menggunakan pengalaman dan latihan sebagai ahli kimia untuk menghasilkan produk
Buds Organic.
Kesinambungan daripada Buds Organic yang befokuskan kepada anak-anak kecil, KK Soo memutuskan untuk menghasilkan produk yang berfokuskan kepada remaja ke atas (Sampai tua pun boleh tau) dan ini juga berkaitan dengan pengalaman beliau dan anak-anaknya yang meningkat remaja. Lalu terhasilah Dr Buds Organics. Perkataan Dr disini memberi petunjuk bahawa produk ini juga khas untuk 'merawat' masalah yang dihadapi.
Antara produk dari rangkaian Dr Buds Organic hair care dan kesemua 20 warna lipstik Karen Murrell |
Soalan: Bagi sesi suai Guardian ni, apa yang diperkenalkan daripada Dr Buds Organics dan Karen Murrell?
Dr Buds Organics: Dr Buds memfokuskan kepada dua jenis penjagaan rambut iaitu
Dandruff Rescue dan Hair Loss Rescue. Kedua-dua ini adalah masalah yang sangat
banyak terjadi dengan kita..
Mereka memperkenalkan set rangkaian penjagaan penuh untuk
mendapatkan keputusan yang lebih efektif bermula dengan syampu, pelembap rambut
dan serum. Tujuannya juga berbeza-beza dari segi membersih secara keseluruhan,
melembab dan merawat kulit serta helaian rambut dan akhirnya serum untuk
menggalakkan kulit kepala yang sihat.
Diperbuat daripada semua bahan organik daripada formulasi,
bungkusan dan sumber pembuatan. Bahkan diiktiraf oleh ECOCERT dari Perancis
yang merupakan paling ketat di dunia! Jadi tak perlu gusar lah.
True Love, warna merah yang memikat dengan satu-satu memiliki reka bentuk terbaharu seumpama edisi terhad pula!
Karen Murrell memfokuskan kepada produksi natural dan selamat
diiktiraf FDA bahkan lipstik mereka juga selamat jika dikonsumasi. Menarik kan?
Tak perlu risau kalau tengah makan termakan lipstik tu.
Menjanjikan intipati tumbuhan luar biasa seperi minyak Tea-Tree anti bakteria, sari Liquorice anti-radang, aloe vera, fructan dan prebiotik untuk pertumbuhan bakteria baik! |
Diperbuat daripada minyak alpukat, minyak evening primrose, candelilla, wax carnauba, kayu manis dan oren. Juga ada wax dari lebah. |
Soalan: Bagaimana anda boleh yakin dengan kebaikkan produk yang dinyatakan?
Dr Buds Organics: Pemilik dan pencipta formula iaitu KK Soo merupakan orang
yang terlatih dan berpengalaman menjadi ahli kimia. Bahkan Dr. Amir Hamzah,
pakar alergi dan immunuologist daripada Pantai Hospital Kuala Lumpur
mengiktiraf akan keberkesanan serta dedikasi KK Soo dalam mencipta produk yang
betul-betul selamat.
Bahkan produk Dr Buds Organic juga boleh didapati di Pantai
Hospital KL sendiri!
Ingat saya pernah sebut tentang ECOCERT? ECOCERT merupakan badan
antarabangsa yang sangat tegas dalam mengawal mana-mana jenama berdaftar
dibawah mereka dengan sentiasa ke premis pemprosesan, pembungkusan dari A
sampailah Z.Ini untuk memastikan semua bahan selamat, organik, tidak
membahayakan dan tiada perbuatan penganiayaan. Bahkan ECOCERT meletakkan aras
tertinggi di dunia dalam bidang bahan organik yang dipercayai!
Mereka berkata bahawa tiada mineral oil berasaskan petroleum,
tiada carmine iaitu membunuh kebah untuk pewarna, tiada tar arang untuk agen
pemekat dan tiada tricolsan iaitu pengawet yang memberi kesan buruk seperti
radang kulit.
Soalan: Review dan komen personal?
Dr Buds Organics: Bagi saya pulak, saya belum lagi pernah
pakai syampu ni berterusan. Saya memilih Anti-Dandruff. Sebolehnya beli satu
rangkaian lagi elok kerana apabila kita cuci kulit kepala dan rambut,
kedua-duanya akan menjadi kering sikit.
Oleh sebab itu kena pakai pelembab dan seterusnya serum untuk kesan yang lebih maksimum. Tapi jangan risau, wakil Dr Buds Organics sendiri berkata, kita boleh cuba sikit-sikit transisi barangan penjagaan rambut kita ke Dr Buds Organics. Bahkan kita masih boleh pakai produk lain bersama. Tidak akan menimbulkan tindak balas berlawanan. Cuci pertama kali pun dah boleh nampak bersih, namun bagi yang rambut golong-golong, kena makan masa sikit sebab rambut golong-golong degil sikit suka tangkap kelemumur. Kena bagi perhatian jugak kat bawah-bawah tu.
Dari segi bau pulak, bau rangkaian Dr Buds Organics sangat-sangat lembut dan wangi yang tak menusuk ke hidung. Sangat-sangat bau natural. Setiap jenis tak mempuyai tekstur warna dan bau yang sama tau. Berbeza kerana formula rawatan mereka pun sudah tentu berbeza.
Barulah kita tau bahawa Dr Buds Organics memang mengkhusushkan sesuatu penyelesaian masalah dengan betul-betul.
Oleh sebab itu kena pakai pelembab dan seterusnya serum untuk kesan yang lebih maksimum. Tapi jangan risau, wakil Dr Buds Organics sendiri berkata, kita boleh cuba sikit-sikit transisi barangan penjagaan rambut kita ke Dr Buds Organics. Bahkan kita masih boleh pakai produk lain bersama. Tidak akan menimbulkan tindak balas berlawanan. Cuci pertama kali pun dah boleh nampak bersih, namun bagi yang rambut golong-golong, kena makan masa sikit sebab rambut golong-golong degil sikit suka tangkap kelemumur. Kena bagi perhatian jugak kat bawah-bawah tu.
Dari segi bau pulak, bau rangkaian Dr Buds Organics sangat-sangat lembut dan wangi yang tak menusuk ke hidung. Sangat-sangat bau natural. Setiap jenis tak mempuyai tekstur warna dan bau yang sama tau. Berbeza kerana formula rawatan mereka pun sudah tentu berbeza.
Barulah kita tau bahawa Dr Buds Organics memang mengkhusushkan sesuatu penyelesaian masalah dengan betul-betul.
Karen Murrell: TAHAN
LAMA dan melembabkan! Saya pakai daripada pagi tahan sampai malam. Lelebih lagi
pakai True Love (Merah), warna merah dia umpama tint dan tidak mudah hilang.
Makan minum air tak mudah hilang.
Cuma formula lipstik Karen Murrell bukan matte kerana mereka menggunakan sumber minyak pelembab semulajadi untuk rawatan bibir. Kena guna trick kemam tisu dan tepek loose powder sikit untuk mendapatkan tekstur matte.
Cuma formula lipstik Karen Murrell bukan matte kerana mereka menggunakan sumber minyak pelembab semulajadi untuk rawatan bibir. Kena guna trick kemam tisu dan tepek loose powder sikit untuk mendapatkan tekstur matte.
Soalan: Boleh didapati di mana dan berapa harganya pula?
Kedua-dua produk Dr Buds Organics dan Karen Murrell boleh didapati
esklusif hanya di Guardian Malaysia sama ada di kedai fizikal mahupun atas
talian. Namun Karen Murrell menyatakan tidak semua produk mereka masuk di
Guardian, tapi masih meliputi kebanyakkan kedai fizikal Guardian yang sedia ada
dan mereka akan mengembangkan kemasukkan produk keluaran mereka pada masa
hadapan.
Bagi Dr Buds Organics harganya bermula daripada RM 49.90 manakala
Karen Murrell bermula daripada RM 83.85.
Antara rangkaian yang ada. |
Selain daripada kedai fizikal Guardian, anda boleh membeli produk
Dr Buds Organics dan Karen Murrell di kedai atas talian Guardian di guardian.com.my
Atau anda boleh mengikuti perkembangan, promosi dan macam-macam
aktiviti Guardian di media sosial mereka seperti yang tertera di bawah:
Instagram: https://www.instagram.com/guardianmalaysia/
Sebelum saya nak habiskan entri ni, saya kongikan apa yang saya
dapat ketika menghadiri sesi suai ini.
Bersama rakan serumah juga blogger. |
Tak sabar nak kongsikan penggunaan lipstik dan set syampu ni. |
Hingga bertemu lagi!
Tata~
Bersama rakan blogger, wakil Guardian, wakil Dr Buds Organic dan wakil Karen Murrell |