Friday, 15 March 2019

Crème De La Crème (CDLC) , tempat kunjungan wajib penggemar aiskrim dan manisan di Uptown Damansara

Salam dan hai semua,

Kali saya nak bawa anda menerjah ke satu lokasi baharu bagi penggemar makanan pemanis mulut dan aiskrim. Perkenalkan Crème De La Crème, dalam bahasa melayu bermaksud terbaik dalam apa yang dilakukan.

Dari ruang dalam CDLC

Pada hari selasa yang lepas saya berpeluang untuk ke jemputan esklusif sesi merasa aiskirm dan pemanis mulut Crème De La Crème di Damansara Uptown sebelum pembukaan rasmi mereka pada 18 Mac 2018, Isnin depan ni. Sebelum tu sedikit pengenalan daripada CDLC, kedai pemanis mulut dan aiskrim ini diasaskan oleh Lio Lim seorang pencinta aiskrim yang ingin membawa misi untuk menghasilkan ais krim buatan tangan yang terbaik ke Malaysia.

Selain itu, Chef Pastri CDLC merupakan chef yang terlatih di bawah pakar sebenar iaitu Christy Tania. CDLD juga sangat yakin akan kemahiran dan pengetahuan chef pastry mereka untuk mencipta pint aiskrim yang sempurna bahkan mereka tidak kedekut untuk menggunakan bahan berkualiti yang 100% semula jadi, segar serta berkhasiat. Maka tiada unsur pengawet, perisa tiruan ataupun pewarna dalam pembuatan mereka.

Mereka menyediakan sebanyak 18 perisa aiskrim yang menarik dan mempunyai profil rasa yang sangat unik dan nostalgia seperti musang king, pandan kaya toast, barley lime, teh tarik dan banyak lagi. Aiskirm yang disediakan diperbuat daripada krim yang sangat-sangat terasa lemak namun masih ringan dari segi rasa dan teksturnya bahkan tidak terlalu manis.

18 perisa aiskrim yang dimaksudkan. Warna dia semua menarik dan semulajadi.

Ini ialah Petits Gateaux (kek ais krim) yang artistik. Juga dikenali sebagai aiskrim artisan.

Petits Gateaux (Kek Aiskrim) Longevity
Gambar ehsan CDLC

Petits Gateaux (Kek Aiskrim) Forest Log
Gambar ehsan CDLC

Petits Gateaux (Kek Aiskrim) Unicorn
Gambar ehsan CDLC

Berita baik juga, CLDC berkomitmen untuk memperkenalkan perisa baru setiap bulan untuk menyesuaikan cita rasa semua. Wah sangat komited pengasas CLDC ni!

Jom saya bawa ke sesi merasa.

Ini ialah sorbet.
Atas dari kiri: Dragon Fruit Strawberry dan Barley Lime
Bawah dari kiri: Unicorn Dream dan Limau Assam
Rasa sorbet yang ditampilkan adalah memang betul-betul seperti nama tertera. Dragon fruit strawberry tak manis pun tapi rasa dia sangat-sangat ringan, bila gabung dengan coklat kon pula rasa dia lebih timbul. Manakala Limau Assam ni ialah rasa limau kasturi dengan asam boi tu memang sebiji betul, penggemar asam patut cuba ni.

Barley lime pula rasa macam barley tapi tak kuat pun rasa dia dan ada sikit rasa lemon. Tak manis pun. Sangat-sangat ringan sesuai untuk yang nak makan sorbet tapi tak nak rasa lelebih.

Mankala minuman Unicorn Dream diperbuat daripada air bunga telang, lemonade dan sorbet dragon fruit strawberry. Pastikan kacau dulu kalau tidak masam nak minum, tapi sangat sesuai bila dah makan benda manis seperti dibawah ni, terus rasa 'refreshed'.

Da Bomb! Kek Ais Krim coklat. Rasa dia sangat-sangat pekat sangat sesuai bagi peminat coklat tegar.
Kek Coklat Hazelnut dengan pelbagai lapisan. Bunga api akan disediakan untuk 'instamoment' anda. 
Jujur saya cakap, Da Bomb! memang meletup sebab coklat dia sangat-sangat pekat tapi sedap sebab gabung dengan rasa vanilla dan hazelnut tu buatkan anda rasa puas! Oh akan ada rasa masin-masin sikit yang membuatkan coklat dia jadi lemak dan tak terlalu muak.

Atas: Lady Pearl
Bawah: Bunny
Lady Pearl menggabungkan profil rasa berlapis. Susah nak jelaskan sebab dia ada masam manis. Setiap lapisan dan warna tu pulak mempunyai tekstur berbeza seperti berkrim, rangup dan kenyal.

Bunny ni pula berasaskan kelapa, mango, limau, nenas, serai dan pineapple dan buah markisa (passionfruit.). Bawah tu pula ala biskut coklat hazelnut. Nampak macam wow apa benda semua nak campur dalam satu kek kan, apa rasa dia. Ni paling saya suka dan saya pun tak sangka saya boleh suka kelapa! Rasa kesemua ni digabungkan sangat-sangat sedap manis yang 'refreshing', masam dia sangat sederhana, siap boleh makan banyak walaupun dah makan benda manis kat atas-atas tu! Macam tu lah rasa dia. Sedap lah senang cerita. Ni wajib cuba!

Beauty & the Beast - aiskrim ni menampilkan nostalgia Black Forest Chocolate yang pernah
terkenal dulu-dulu. Boleh rasa keenakkan coklat dan kemanisan berry di dalam.

Memperkenalkan 5 perisa daripada 18 perisa aiskrim di atas.
Atas dari kiri: Cookies and cream, cerealicious, madagascar aiskrim
Bawah dari kiri: Pandan Kaya Toast dan French Earl Boba Ais kirm
Rasa aiskrim ni sangat-sangat berkrim namun tak rasa berat langsung pun. Apa nama tertera, itu lah rasa dia sebiji! Aiskrim boba tu pulak, bila makan, kat bawah dia ada boba tu, sedap!

Menarik kan? Rasanya pun sangat-sangat ringan tidak manis bahkan rasa segar! Keseluruhannya sangat-sangat berbaloi untuk merasa sesuatu yang luar biasa kan. Sangat-sangat cantik pula sampai sayang nak makan. Nasib boleh ambil gambar jadi kenangan masuk instagram!

Pada zaman instagram ni juga, kita tak kan pernah lekang untuk mengambil gambar bukan? Selain makanan, tempat juga adalah salah satu ciri yang dititikberatkan. Jadi saya juga akan berkongsi beberapa gambar reka bentuk dalaman yang sangat ‘instaworthy’!

Dari ruang hadapan CDLC. Mereka sediakan tempat duduk untuk Instaworthy anda tau!

Di dalam juga ada ruang mengambil gambar dengan lampu neon ini.

Tempat duduk yang lebih minimalis dan santai sangat sesuai bagi sesiapa yang nak "chillax"

Salah satu 'instaworthy' wall yang ada.

Menariknya, CDLC bangga menunjukkan ruang serta proses pembuatan mereka. Mereka yakin akan kualiti
mereka tanpa perlu menutupi sebarang keraguan.

Ruang pertama yang anda akan nampak. 18 perisa aiskrim, susunan kotak monochrome dan menu/informasi/saiz
yang terpampang di dinding

Tempat bancuhan air dan pengakuan mereka mengenai 100% proses mereka.

Salah satu ruang yang berdekatan dengan pintu masuk. Di sini, 'lighting ialah on point'

Lampu yang minimalis.

Set kulinari yang cantik dan unik.

Bahan semulajadi yang mereka gunakan juga dipaparkan sebagai
hiasan seperti daun teh dan bunga telang (bunga buat nasi kerabu).
Ha, cantikkan? Jangan sampai aiskrim cair pulak nak ambil gambar nanti ya!

Anda boleh ke CLDC bermula 18 Mac 2018, Isnin depan ya. Pembukaan rasmi CLDC pasti akan membawa satu kejutan buat anda. Nak ke CLDC? Anda boleh rujuk maklumat di bawah.

Ruang kedai hadapan CDLC, nampak tak tempat duduk hadapan tu? (belakang mak cik baju pink)

Pandangan luar dari dalam.
Anda boleh mulai mengunjugi CDLC bermula 18 Mac hadapan ketika pembukaan rasmi mereka.

Crème De La Crème

Alamat: 35G, Ground Floor, Jalan SS21/60 Damansara Utama.
               (Sebaris dengan Hong Leong Bank di kawasan Damansara Uptown – The Starling Mall)
Masa perniagaan: Ahad – Khamis  12pm – 11pm
                                  Jumaat & Sabtu 12 pm – 12am
                       FB https://www.facebook.com/mycdlc/

Anda boleh menggunakan hashtags #mycdlc #cremedelacreme #BestoftheBest #BestInTown dan tag @mycdlc di Instagram anda. Mana tau dapat ditampilkan di instagram CDLC!               

Sekian sahaja buat entri kali ini, selamat mencuba keenakan aiskrim artisan CLDC ya! Jangan lupa tangkap gambar dan kongsikan pengalaman anda.


Monday, 11 March 2019

Deliciousbox.my - Food Delivery murah, senang dan cepat di Kuala Lumpur

Salam semua,

Ada berita baik ni! KL sekarang ni ada penghantaran makanan yang murah!

Ye tak tipu.

Perkenalkan, Deliciousbox.my!

Deliciousbox.my ini menyediakan perkhidmatan secara atas talian untuk tempahan makanan di kawasan Kuala Lumpur dan beberapa tempat di Petaling Jaya. Mereka memfokuskan dengan harga yang mampu dibayar dengan kualiti dan kuantiti yang setimpal. Bayangkanlah, nasi lemak klasik berserta minuman percuma serendah RM 6.90! Mana nak dapat kawasan KL kan?

Ini lah dia Nasi Lemak RM 6.90 tu

Menu di Deliciousbox.my ini akan bertukar setiap minggu untuk mengelakkan pelanggan berasa bosan. Antara lain, mereka ingin pelanggan merasa pelbagai jenis masakan mereka.

Jom lihat beberapa menu yang ada!

Lihat menu untuk minggu ni lain. Free delivery set untuk 2 bento + 2 air percuma  cuma beharga RM 25 je.
Portion dia besar tau. Memang kenyang!

Ini pula untuk minggu ni. Lihat lah Bento Free delivery minggu ni bertukar pulak.

Waktu pesanan, boleh pilih sama ada nak ambil sendiri ataupun nak tunggu secara delivery. Kadang-kadang,
ada orang lagi suka ambil sendiri kan?

Contoh bila kita pilih penghantan/delivery. Kita boleh taip ataupun guna current location. Ha, idea bagus nak lepak
kat Dataran Merdeka depan bangunan Sultan Abdul Samad. Boleh sangat! Bukan je kat Korea boleh pesan makan kat
padang/taman, Malaysia pun boleh. Tapi pastikan maklumat tepat tau.

Ini pula kalau nak ambil sendiri pesanan anda.

Saya pun sudah mencuba makanan daripada mereka. Saya memilih Nasi Lemak Supreme.

Besar kan portion dia? Makan ni bagi kenyang sangat tau. Haha. Masa ni saya pick-up kat KL Sentral area Departure.
Ha, boleh sangat tau! Tak perlu nak tinggal di KL! 

Sebenarnya ada ikan bilis dan kacang bersembunyi disebalik timun. Haha. Tak pedas ya, jangan risau bagi yang
tak tahan pedas.

Bagi penghantaran pula akan dilakukan oleh Lalamove. Bagusnya meraka akan SMS kita untuk
jejak kat mana rider Lalamove ni. Tak lah kita risau dah kat mana kan. Sebab kadang-kadang, rider dah
cuba yang terbaik untuk sampai ke lokasi tapi tiba-tiba pulak ada kemalangan atau sekatan polis yang boleh
melambatkan penghantaran. Jadi penggunaan jejak secara langsung ni boleh memberi gambaran sebenar tak lah
kita ni jadi pelanggan yang tidak bertimbang rasa pula kalau ini terjadi.
Ha ini lah dia, rider yang tolong hantar pesanan saya. Terima kasih ya. Cepat je sampai. Pesan nak dapat makanan
pukul 2pm , memang pukul 2pm sampai. Lebih seminit dua tu biasalah, macam kes saya, tiada masalah~
Nak lebih penjimatan? Ini promo code yang anda boleh guna.

“ZANDRA 3” - Diskaun RM 3 tanpa pembelian minimum.
“ZANDRA 6” - Diskaun RM 6 dengan pembelian minimum RM 60 dan ke atas.

Buat pengetahuan anda juga, Deliciousbox.my bukan sahaja menyediakan penghantaran individu, bahkan untuk penghantaran pukal seperti majlis, catering dan sebagainya.

Jom lihat video daripada My Makan TV mengenai Deliciousbox.my.


Menarik hati dan perut anda kan. Diharapkan Deliciousbox.my ni berkembang hingga ke luar KL pulak ya. Dapat lah orang lain turut mencuba.

Ingin tahu lebih lanjut?

Deliciousbox.my

Sebelum mengakhiri entri, guna diskaun untuk lebih penjimatan.

Sehingga berjumpa lagi.


Tuesday, 5 March 2019

Apa itu Delyva? - Delyva platform servis pengeposan membantu peniaga online

Assalammualaikum,

Pernah dengar apa itu Delyva?

Apa itu Delyva ya?

Ha, Delyva merupakan sebuah platform atas talian yang disediakan untuk semua urusan pengeposan Malaysia dan luar negara. Terdapat lebih 200 buah negara yang tersenarai dalam data Delyva! Platform ini juga memfokuskan kepada peniaga yang ingin menjimatkan kos pengeposan di sambil membantu mereka untuk menaiktaraf sistem perniagaan mereka.

Anda seorang peniaga yang selalu menghadapi masalah ini?


Sistem Delyva ini percuma untuk pendafataran dan cara penggunaan plan top up berpilihan diperkenalkan agar peniaga  mampu menyesuaikan bajet mereka. Sangat sesuai digunakan oleh peniaga baru mahupun yang lama.


Pendaftaran adalah percuma di laman Delyva

Jom kenali servis ditawarkan!

Delyva menawarkan:

- Perbandingan harga dan caj penghantaran servis pos di Malaysia dan luar negara
- Pencetakkan sendiri label printing anda on the spot
- Menawarkan sistem COD untuk pelanggan anda (Tak perlu lah anda pergi COD!)
- Menawarkan kutipan pos di rumah/premis anda
- Mempunyai perlindungan liabiliti sehingga RM 200 setiap post dengan pilihan insuran premium
- Sistem notifikasi efektif melalui SMS atau Email dalam urusan anda
- Penghantaran barang melalui jalan laut ke Sabah dan Sarawak
- Penghantaran pada hari yang sama
- Servis pilihan top up yang fleksibel

Dan banyak lagi yang akan datang!

Apa servis pilihan top up?

Antara servis pilihan top up yang ada

Servis pilihan top up ini ialah anda beli top up di Delyva dengan beberapa keistimewaan setiap top up. Anda boleh pilih mana yang bersesuaian dengan anda. Bagi yang masih baru, servis top up ini ialah tidak wajib namun adalah sangat digalakkan untuk lebih penjimatan dan penggunaan servis yang lebih optimum.

Setiap pengeposan, top up anda akan ditolak mengikut bayaran yang dikenakan terhadap servis/caj pengeposan anda. 

Setelah top up habis, hanya beli top up yang baru!


Apa kata mereka yang pernah menggunakan Delyva ni?

Kartini Suhari - Stokis Mirabelle & peniaga sabun buatan tangan
"Delyva membantu menjimatkan masa dan tenaga. Saya tidak perlu menghadapi barisan beratur yang panjang lagi" 
Pro DIY Kit

"Tanpa Delyva, saya terpaksa pergi ke Poslaju sendiri dan membazir masa. Delyva membantu saya untuk lebih fokus dengan perkara yang lebih penting dalam perniagaan saya"

Normasliana - Pengasas bersama Ralisya Resources
"Saya sangat berpuas hati dengan kadar Delyva. Saya boleh memohon servis pengambilan barang pos tanpa sebarang kos tambahan, malah pilihan top up minimum sangat bersesuaian dengan perniagaan kami"


Cara penggunaannya semudah 1,2,3!


3 langkah utama sahaja.

Setelah anda ke laman Delyva serta melihat semua perbandingan servis yang ada dan terpikat dengan servis yang diinginkan. Anda boleh terus ke proses yang paling utama iaitu proses tempahan pengeposan.

1. Tempah

Tempah pesanan melalui e-commerce bersepadu atau fail excel atau isi borang penghantaran melalui borang pesanan.

2. Cetak

Kemudian, cetak label penghantaran yang mengandungi nombor jejak (tracking number), barcode dan maklumat penghantaran. Lekat di barang yang hendak dihantar.

3. Hantar

Tunggu rakan kongsi Delyva (Mat Despatch, Aramex dan lain lain) untuk mengambil barang anda untuk dihantar. Atau anda boleh tinggalkan di drop-off point paling dekat dengan anda.

Mudah dan menjimatkan masa.

Hanya secara atas talian sahaja.

Jadi hargai masa anda dan gunakan lah untuk menjaga diri anda atau beriadah bersama keluarga. Kerana kesihatan dan keluarga tidak dapat dicari ganti.

Biarkan Delyva membantu anda untuk meringankan tugasan pengeposan perniagaan anda.

Ambil masa yang ada untuk merehatkan diri.

Anda boleh layari ke laman rasmi dan sosial Delyva dengan pautan di bawah:

Laman rasmi: https://delyva.com/my/
Facebook: https://www.facebook.com/DelyvaMY/
Instagram: https://www.instagram.com/delyva_my/

Sehingga berjumpa lagi di lain entri. Tata!

Monday, 4 March 2019

Sesi suai Guardian bersama Dr Buds Organics dan Karen Murrell #guardiangayasquad

Assalammualaikum semua,


Pada hari selasa lepas saya berkesempatan menghadiri sesi suai bersama Dr Buds Organics dan Karen Murrell. Program ni adalah sesi khas bagi mengenali dengan lebih lanjut apa dia kedua-dua jenama yang ditampilkan.
Di sesi suai Guardian #guardiangayasquad


Dr Buds Organic Hair Loss Rescue

Dr Buds Anti-Dandruff Rescue

Jenama Karen Murrell

Soalan: Apa kisah disebalik penubuhan jenama ini?

Dr Buds Organics: Merupakan satu jenama pecahan untuk jenama Buds Organics. Buds Organic dibina bersama oleh KK Soo untuk anak-anak kecil beliau yang menghidapi eczema. Beliau menggunakan pengalaman dan latihan sebagai ahli kimia untuk menghasilkan produk Buds Organic.

Kesinambungan daripada Buds Organic yang befokuskan kepada anak-anak kecil, KK Soo memutuskan untuk menghasilkan produk yang berfokuskan kepada  remaja ke atas (Sampai tua pun boleh tau) dan ini juga berkaitan dengan pengalaman beliau dan anak-anaknya yang meningkat remaja. Lalu terhasilah Dr Buds Organics. Perkataan Dr disini memberi petunjuk bahawa produk ini juga khas untuk 'merawat' masalah yang dihadapi.


Karen Murrell: Di bina sendiri oleh Karen Murrell selaku pemilik bersama pada tahun 2004. Berminat dengan lipstik yang di buat daripada bahan natural, selamat diguna serta berkualiti tinggi. Maka terhasilah jenama Karen Murrell.

Antara produk dari rangkaian Dr Buds Organic hair care dan kesemua 20 warna lipstik Karen Murrell

Soalan: Bagi sesi suai Guardian ni, apa yang diperkenalkan daripada Dr Buds Organics dan Karen Murrell?

Dr Buds Organics: Dr Buds memfokuskan kepada dua jenis penjagaan rambut iaitu Dandruff Rescue dan Hair Loss Rescue. Kedua-dua ini adalah masalah yang sangat banyak terjadi dengan kita..

Mereka memperkenalkan set rangkaian penjagaan penuh untuk mendapatkan keputusan yang lebih efektif bermula dengan syampu, pelembap rambut dan serum. Tujuannya juga berbeza-beza dari segi membersih secara keseluruhan, melembab dan merawat kulit serta helaian rambut dan akhirnya serum untuk menggalakkan kulit kepala yang sihat.

Diperbuat daripada semua bahan organik daripada formulasi, bungkusan dan sumber pembuatan. Bahkan diiktiraf oleh ECOCERT dari Perancis yang merupakan paling ketat di dunia! Jadi tak perlu gusar lah.

Karen Murrell: Memperkenalkan semua rangkaian dan warna lipstik yang ada. Daripada pelembap bibir, rangkaian biasa dan yang baharu.

True Love, warna merah yang memikat dengan satu-satu memiliki reka bentuk terbaharu seumpama edisi terhad pula!


Karen Murrell memfokuskan kepada produksi natural dan selamat diiktiraf FDA bahkan lipstik mereka juga selamat jika dikonsumasi. Menarik kan? Tak perlu risau kalau tengah makan termakan lipstik tu.

Menjanjikan intipati tumbuhan luar biasa seperi minyak Tea-Tree anti bakteria, sari Liquorice anti-radang,
aloe vera, fructan dan prebiotik untuk pertumbuhan bakteria baik!

Diperbuat daripada minyak alpukat, minyak evening primrose, candelilla, wax carnauba, kayu manis dan oren. Juga ada
wax dari lebah.

Soalan: Bagaimana anda boleh yakin dengan kebaikkan produk yang dinyatakan?

Dr Buds Organics: Pemilik dan pencipta formula iaitu KK Soo merupakan orang yang terlatih dan berpengalaman menjadi ahli kimia. Bahkan Dr. Amir Hamzah, pakar alergi dan immunuologist daripada Pantai Hospital Kuala Lumpur mengiktiraf akan keberkesanan serta dedikasi KK Soo dalam mencipta produk yang betul-betul selamat. 

Bahkan produk Dr Buds Organic juga boleh didapati di Pantai Hospital KL sendiri! 

Ingat saya pernah sebut tentang ECOCERT? ECOCERT merupakan badan antarabangsa yang sangat tegas dalam mengawal mana-mana jenama berdaftar dibawah mereka dengan sentiasa ke premis pemprosesan, pembungkusan dari A sampailah Z.Ini untuk memastikan semua bahan selamat, organik, tidak membahayakan dan tiada perbuatan penganiayaan. Bahkan ECOCERT meletakkan aras tertinggi di dunia dalam bidang bahan organik yang dipercayai!

Karen Murrell: Bagi Karen Murrell pula, FDA (Food and Drug Administration) telah mengesahkan bahawa kesemua bahan adalah selamat dan diambil secara semulajadi tanpa ada perbuatan penganiayaan terhadap tumbuhan atau haiwan.

Mereka berkata bahawa tiada mineral oil berasaskan petroleum, tiada carmine iaitu membunuh kebah untuk pewarna, tiada tar arang untuk agen pemekat dan tiada tricolsan iaitu pengawet yang memberi kesan buruk seperti radang kulit.

Soalan: Review dan komen personal?

Dr Buds Organics: Bagi saya pulak, saya belum lagi pernah pakai syampu ni berterusan. Saya memilih Anti-Dandruff. Sebolehnya beli satu rangkaian lagi elok kerana apabila kita cuci kulit kepala dan rambut, kedua-duanya akan menjadi kering sikit.

Oleh sebab itu kena pakai pelembab dan seterusnya serum untuk kesan yang lebih maksimum. Tapi jangan risau, wakil Dr Buds Organics sendiri berkata, kita boleh cuba sikit-sikit transisi barangan penjagaan rambut kita ke Dr Buds Organics. Bahkan kita masih boleh pakai produk lain bersama. Tidak akan menimbulkan tindak balas berlawanan. Cuci pertama kali pun dah boleh nampak bersih, namun bagi yang rambut golong-golong, kena makan masa sikit sebab rambut golong-golong degil sikit suka tangkap kelemumur. Kena bagi perhatian jugak kat bawah-bawah tu.

Dari segi bau pulak, bau rangkaian Dr Buds Organics sangat-sangat lembut dan wangi yang tak menusuk ke hidung. Sangat-sangat bau natural. Setiap jenis tak mempuyai tekstur warna dan bau yang sama tau. Berbeza kerana formula rawatan mereka pun sudah tentu berbeza.

Barulah kita tau bahawa Dr Buds Organics memang mengkhusushkan sesuatu penyelesaian masalah dengan betul-betul.

Karen Murrell: TAHAN LAMA dan melembabkan! Saya pakai daripada pagi tahan sampai malam. Lelebih lagi pakai True Love (Merah), warna merah dia umpama tint dan tidak mudah hilang. Makan minum air tak mudah hilang.

Cuma formula lipstik Karen Murrell bukan matte kerana mereka menggunakan sumber minyak pelembab semulajadi untuk rawatan bibir. Kena guna trick kemam tisu dan tepek loose powder sikit untuk mendapatkan tekstur matte.


Soalan: Boleh didapati di mana dan berapa harganya pula?

Kedua-dua produk Dr Buds Organics dan Karen Murrell boleh didapati esklusif hanya di Guardian Malaysia sama ada di kedai fizikal mahupun atas talian. Namun Karen Murrell menyatakan tidak semua produk mereka masuk di Guardian, tapi masih meliputi kebanyakkan kedai fizikal Guardian yang sedia ada dan mereka akan mengembangkan kemasukkan produk keluaran mereka pada masa hadapan.


Bagi Dr Buds Organics harganya bermula daripada RM 49.90 manakala Karen Murrell bermula daripada RM 83.85.

Antara rangkaian yang ada.
Selain daripada kedai fizikal Guardian, anda boleh membeli produk Dr Buds Organics dan Karen Murrell di kedai atas talian Guardian di guardian.com.my

Atau anda boleh mengikuti perkembangan, promosi dan macam-macam aktiviti Guardian di media sosial mereka seperti yang tertera di bawah:



Sebelum saya nak habiskan entri ni, saya kongikan apa yang saya dapat ketika menghadiri sesi suai ini.
Bersama rakan serumah juga blogger.


Tak sabar nak kongsikan penggunaan lipstik dan set syampu ni.
Hingga bertemu lagi!

Tata~

Bersama rakan blogger, wakil Guardian, wakil Dr Buds Organic dan wakil Karen Murrell