Pada hari ahad bersamaan 5hb Jun lepas, AEON CO. (M) BHD (AEON) telah bekerjasama dengan KLOTH CARES untuk meneruskan usaha kemampanannya untuk melindungi alam sekitar, biodiversiti dan ekosistem bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022. Kerjasama ini telah membentuk inisiatif untuk menyediakan tong kitar semula di cawangan AEON Mall dan AEON BiG terpilih.
Pelancaran kerjasama di AEON Alpha
Angle, Wangsa Maju ini turut dihadiri oleh Pengarah Wilayah Persekutuan
(Wilayah Persekutuan), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan
Awam (SWCorp) - Kuala Lumpur & Putrajaya; Ummi Kalthum Shuib, Ketua Pegawai
Usahasama dan Kelestarian AEON; Azli Mohamed dan Pengasas Bersama KLOTH CARES Nik Suzaila. Majlis juga diserikan dengan
penampilan adik Kumika Kufaizul yang menyampaikan pantun GoGreen.
Dalam majlis pelancaran ini, Azli
Mohamed, Ketua Pegawai Usahasama dan Kelestarian AEON turut berucap “AEON
komited untuk menggabungkan amalan mampan ke dalam inovasi produk yang mampu
membawa impak positif kepada komuniti. Kami kekal komited untuk
mempertingkatkan amalan kemampanan yang telah kami selaraskan dengan prinsip
teras kepada Manusia, Keamanan dan Komuniti,”
“AEON berdedikasi untuk memenuhi
kewajipan menjadi warga korporat yang baik. Kami berusaha untuk memupuk
penglibatan dan kerjasama yang lebih baik dengan komuniti kami sambil terus
berusaha untuk menyokong pemegang taruh kami dalam mencapai aspirasi mereka.
Dalam melaksanakan inisiatif pada hari ini, kami bersyukur kerana kami dapat
bekerjasama dengan Kloth Cares dan rakan pengasas mereka, Selangor Youth
Community (SAY) dan Life Line Clothing Malaysia (LLCM) untuk membantu kami
menguruskan tong kitar semula untuk ditempatkan di pusat beli-belah pilihan
kami,”
Tong kitar semula yang bakal ditempatkan ini boleh menerima pelbagai
jenis barangan yang boleh dikitar semula. Barangan tersebut ialah kain, kasut,
barangan rumah, anak patung, topi, beg dan tali pinggang. Barangan yang boleh
didermakan pula boleh dalam keadaan yang masih elok, terpakai, lusuh ataupun
dalam bentuk cebisan asalkan barang-barang ini dalam bungkusan yang elok
bertutup.
Untuk makluman semua pihak, sebanyak 38 tong
kitar semula akan ditempatkan di 24 cawangan AEON Mall dan AEON BiG di sekitar
Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Menerusi inisiatif
ini, AEON menyasarkan sejumlah 380,000 kg fabrik kitar semula akan dikumpul
dalam tempoh setahun. Sebagai tambahan, angka 38 tong sampah dan 380,000 kg
fabric ini dijadikan angka keramat permulaan inisiatif ini kerana tahun ni AEON
Malaysia menyambut ulang tahunnya yang ke-38 tahun.
Menurut Ketua Pegawai Usahasama dan
Kelestarian AEON, Azli Mohamed lagi, tong kitar semula ini akan diletakkan di
kawasan yang mudah diakses oleh orang awam. Dalam pelan masa hadapan dalam
lokasi dan tempat letak tong kitar semula, Azli Mohamed ingin mengembangkan
lagi inisiatif ni dengan mendengar pendapat orang ramai kelak.
Pengarah SWCorp, Ummi Kalthum Shuib turut menyampaikan beberapa ucapan, “Kami di SWCorp telah melakukan tugas kami sebaik mungkin. Ramai yang beranggapan bahawa kami tidak menjalankan tugas. Namun anggapan itu salah kerana kami setiap hari mengutip sisa pepejal yang banyak setiap hari. Bahkan ketika banjir pada hari itu, kami menemui sebuah patung anak beruang yang besar menyekat laluan longkang.”
“Ini yang kita mahu warga Malaysia
terutamanya warga Kuala Lumpur untuk menguruskan sampah mereka dengan terurus.
Asingkan mana yang boleh dikitar semula. Lagi-lagi yang berdekatan dengan AEON
Mall, datang berkunjung untuk mendermakan barangan terpakai anda ke tong kitar
semula. Kurangkan sampah anda di tapak pelupusan yang seluas enam padang bola
itu.”, tambahnya lagi.
Sebagai pengetahuan tambahan semua,
barangan yang didermakan ke dalam tong simpah ini akan dibawa ke pusat
pengumpulan dan pengasingan bahan alam sekitar. Barangan ini akan diasingkan
sebanyak 400 kategori. Dalam pada masa yang sama barangan ini juga akan
dibahagikan mengikut barangan yang boleh didermakan, barangan yang dibaik
pulih, barangan yang diberi nafas baru dan barangan yang boleh menjadi sumber
tenaga baharu.
Nik Suzaila sebagai Pengasas
Bersama Kloth Cares dalam menjawab soalan yang ditujukan mengenai nilai kitar
semula, “Nilai barangan kitar semula ini sangat subjektif dan tidak boleh
dianggarkan kerana lain-lain orang akan menderma barang yang lain. Namun
sebagai contoh, kasut wanita mempunyai nilai yang lebih rendah berbanding
selipar jepun dalam dunia kitar semula. Ini adalah kerana selipar jepun senang
mempunyai padanan dan mempunyai permintaan yang tinggi oleh itu nilainya
tinggi.”
Tambahnya lagi, “Barangan kitar
semula ni bukan sahaja baju yang boleh digunakan. Baju lusuh yang koyak rabak
juga diterima. Itu juga merupakan sejenis fabrik. Manakala anda boleh dermakan
apa jenis beg termasuk bagasi, beg tangan dan beg sekolah yang sudah koyak
rabak dan rosak. Kami menerima semuanya.”
Dengan inisiatif ini, diharap orang ramai untuk mendukung program ini dengan menderma apa sahaja yang boleh diderma. Bersama-samalah kita memilih penyelesaian bijak dalam mengurus sisa pepejal kita. Jom dermakan barang terpakai di tong kitar semula AEON Mall dan AEON BiG terpilih.
Untuk mengetahui
lebih lanjut melalui kerjasama ini serta mendapatkan maklumat terkini boleh
singgah ke Facebook https://www.facebook.com/aeonxklothcares
. Anda juga boleh menghubungi