Tuesday, 24 May 2022

Jebat Derhaka 'feeling' macam artis, tak berani datang semuka Caprice

"Kerusi ini bagi seorang bernama Jebat Derhaka, Cap ada jemput untuk ke table talk.

Caprice menemubual Kak Lin menerusi siri Table Talk Bersama Usahawan

"Awal-awal dia kata on, tapi akhirnya dia bagi nombor pengurus dia. Dia lagi artis daripada artis," kata Caprice dalam hantaran YouTube dimuat naik baru-baru ini.

Dalam episod pertama siri Table Talk Bersama Usahawan, beliau menjemput Jebat untuk datang untuk duduk berdepan bersama usahawan jutawan yang dilahirkan RichWorks bagi merungkai pelbagai persoalan yang timbul sebelum ini.

"Jebat saya akan post dalam Instagram malam ni, hang tak ada telur abang. Hang lagi artis dari Caprice," jelasnya.

Caprice

Usahawan dan penyanyi rap terkenal itu mengeluarkan video temu bual bersama usahawan selepas tular video mempersoalkan RichWorks melahirkan usahawan jutawan dan skim cepat kaya hingga menjadi perbualan netizen ketika awal Syawal lalu. 

Dalam pada itu, Pengasas Addar Beauty, Norhaslinda Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak Lin memberitahu, mungkin Youtuber itu tidak tahu dan nampak dengan lebih jelas apakah pencapaian dan kejayaan dihasilkan RichWorks.

Kak Lin, Pengasas Addar Beauty

"Saya sebagai salah seorang pelajar yang ada 'proven results', dari kosong hingga kini dengan didikan yang saya belajar tanpa henti bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman telah capai jualan RM16.7 juta tahun lalu.

"Kalau abang Jebat nak sertai kita pun boleh, banyak saja program-program percuma malah boleh daftar binabisnesberjaya.com pada 4 & 5 Jun, sesi 10x Bina Bisnes Berjaya di Setia City Convention Centre untuk usahawan," ujarnya yang memulakan bisnes itu ketika berusia 35 tahun.

Malahan Kak Lin berkongsi bahawa beliau pernah ditinggalkan suami selama 11 tahun, berbekalkan wang simpanan tinggal RM10,000 bangkit kembali hingga mampu membina bisnes yang berjaya.

"Saya sangat menghargai mentor saya, Dr Azizan dari 2015 lagi. Saya masih ingat kata beliau, macam mana nak bagi saya nampak awak sebab marketing adalah untuk buat orang nampak.

"Beliau tak sombong sebab Dr Azizan banyak anak didiknya, tapi saya tekad suatu saat beliau akan kenal saya dan beliau dah kenal saya," menjawab soal Caprice adakah Dr Azizan seorang yang sombong.

Kongsi Kak Lin lagi mengenai kehidupan, ketika anda susah, tiada orang akan tolong anda berdasarkan pengalaman dan apa yang dilalui.

"Kalau anda rasa anda nak berubah, tiada sesiapa boleh tolong kecuali diri sendiri untuk dorong diri ke arah mana yang dikehendaki," ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment