Kuala Lumpur, 22 Ogos 2022 – Bersempena bulan kebangsaan dan kemerdekaan bulan ogos ini, AEON dengan bangganya memberikan sokongan dalam menaikkan jenama buatan Malaysia melalui platform berbentuk program pencarian, dokumentari dan realiti iaitu REAL BEAUTY. Sebanyak lapan jenama kencantikkan dan pengasas yang mengikuti program ini iaitu: Alluskin oleh Dr Nurul A’in Sa’ari, Alnefre by Rana Cosmetics oleh Rana, Claire Organics oleh Louise Chu, Null Factory | Hillton oleh Roger Beh, IL Fragrance oleh Tang Han Tiong, Reneuf oleh Nicholas Hys, Sugarbelle oleh Sheila Samsudin dan Zagara oleh Jasmel Singh.
Melalui REAL BEAUTY, AEON menawarkan peluang kepada jenama terbabit
untuk menarik pelanggan dan pakar kecantikkan dalam mencapai pengesahan REAL
BEAUTY iaitu cop kelulusan berpestrij sebagai ganjaran pemenang. Cop kelulusan
berprestij ini pula berkaitan dengan semua bentuk kecantikkan daripada kulit,
badan, rambut, kosmetik dan minyak wangi. Selain itu, cop kelulusan REAL BEAUTY
mewakili pihak konsumer melalui suara mereka dan pilihan pakar dalam bidang
kecantikkan. Sudah tentu cop ini menampilkan menampilkan produk mereka sebagai
produk pilihan kecantikkan terbaik. Menariknya lagi, tambahan ganjaran kepada
pemenang ialah kontrak 2 tahun penjualan di pelbagai gedung AEON seluruh
negara!
REAL BEAUTY akan dihoskan oleh seorang usahawan juga
selebriti berjaya iaitu Nana Mahazan yang juga merupakan pengasas Nana Mahazan
Beauty. Beliau juga akan disertai oleh juri program merangkap jurulatih
kecantikkan dan jurulatih peniagaan iaitu Sunshine Kelly - blogger dan influencer
kecantikkan; Nana Ghazali- Usahawan dan pengasas bersama juga editor
BeautyDesk,my –dan Low Ngai Yuen – Ketua Pegawai Pemasaran dan Pedagangan AEON
Malaysia.
Sepanjang program REAL BEAUTY, kesemua lapan jenama terbabit
akan diberikan 10 cabaran intensif untuk membawa jenama mereka ke tingkat lebih
tinggi. Tambah Low Ngai Yuen, “Kami berharap melalui REAL BEAUTY, jenama yang
serius diberikan peluang dalam membina track rekod baharu dalam menjayakan
potensi maksimum mereka. Tambahan pula, REAL BEAUTY akan menjadi jawapan untuk
menyokong jenama terbabit dalam bentuk pelaburan dan kewangan.”
Jenama yang terlibat dalam REAL BEAUTY ketika pelancaran program di AEON Alpha Angle:
Alluskin
Alnefre
Claire Organics
Null Factory | Hillton
IL Fragrance
Reneuf
Sugarbelle
Zagara
Uniknya REAL BEAUTY ini, jumlah episod masih belum
ditentukan dan mungkin akan mencecah lebih 10 episod. Paling mengejutkan
apabila Low Ngai Yuen mengumumkan tiada limit dalam memilih berapa jenama yang
akan memenangi program ini, bermaksud kesemua lapan jenama juga boleh menjadi pemenang
untuk REAL BEAUTY.
Anda boleh menonton REAL BEAUTY di YouTube AEON Malaysia di
pautan ini https://www.youtube.com/aeonretailmalaysia/.
Episod pertama akan mula bersiaran pada rabu akan datang.
1. AEON Taman Maluri Shopping Centre, Kuala Lumpur
2. AEON Mall Tebrau City, Johor
3. AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan
4. AEON Mall Kinta City, Perak
5. AEON Mall Queensbay, Penang
6. AEON Mall Kuching Central, Sarawak
7. AEON Ipoh Falim, Perak
8. AEON Alpha Angle, Wangsa Maju
9. AEON Mall Bandar Dato Onn, Johor
Atau anda boleh dapatkan di AEON Lifestyle di pautan ini https://lifestyle.myaeon.com.my/special-campaign/real-beauty-1 .
Selamat menonton REAL BEAUTY di YouTube AEON Malaysia dan
sokong jenama tempatan kita dan Selamat Hari Kebangsaan!