Tuesday 23 August 2022

AEON Melancarkan Program Pencarian Realiti Berbentuk Dokumentari; REAL BEAUTY Besama 8 Jenama Kecantikkan Malaysia.

Kuala Lumpur, 22 Ogos 2022 – Bersempena bulan kebangsaan dan kemerdekaan bulan ogos ini, AEON dengan bangganya memberikan sokongan dalam menaikkan jenama buatan Malaysia melalui platform berbentuk program pencarian, dokumentari dan realiti iaitu REAL BEAUTY. Sebanyak lapan jenama kencantikkan dan pengasas yang mengikuti program ini iaitu: Alluskin oleh Dr Nurul A’in Sa’ari, Alnefre by Rana Cosmetics oleh Rana, Claire Organics oleh Louise Chu, Null Factory | Hillton oleh Roger Beh, IL Fragrance oleh Tang Han Tiong, Reneuf oleh Nicholas Hys, Sugarbelle oleh Sheila Samsudin dan Zagara oleh Jasmel Singh.

Pelancaran Real Beauty di AEON Alpha Angle baru-baru ini.

Peserta, juri dan hos Real Beauty.

Melalui REAL BEAUTY, AEON menawarkan peluang kepada jenama terbabit untuk menarik pelanggan dan pakar kecantikkan dalam mencapai pengesahan REAL BEAUTY iaitu cop kelulusan berpestrij sebagai ganjaran pemenang. Cop kelulusan berprestij ini pula berkaitan dengan semua bentuk kecantikkan daripada kulit, badan, rambut, kosmetik dan minyak wangi. Selain itu, cop kelulusan REAL BEAUTY mewakili pihak konsumer melalui suara mereka dan pilihan pakar dalam bidang kecantikkan. Sudah tentu cop ini menampilkan menampilkan produk mereka sebagai produk pilihan kecantikkan terbaik. Menariknya lagi, tambahan ganjaran kepada pemenang ialah kontrak 2 tahun penjualan di pelbagai gedung AEON seluruh negara!

REAL BEAUTY akan dihoskan oleh seorang usahawan juga selebriti berjaya iaitu Nana Mahazan yang juga merupakan pengasas Nana Mahazan Beauty. Beliau juga akan disertai oleh juri program merangkap jurulatih kecantikkan dan jurulatih peniagaan iaitu Sunshine Kelly - blogger dan influencer kecantikkan; Nana Ghazali- Usahawan dan pengasas bersama juga editor BeautyDesk,my –dan Low Ngai Yuen – Ketua Pegawai Pemasaran dan Pedagangan AEON Malaysia.

Dari kiri: Nana Mahazan (Hos), Low Ngai Yuen, Sunshine Kelly & Nana Ghazali.

Sepanjang program REAL BEAUTY, kesemua lapan jenama terbabit akan diberikan 10 cabaran intensif untuk membawa jenama mereka ke tingkat lebih tinggi. Tambah Low Ngai Yuen, “Kami berharap melalui REAL BEAUTY, jenama yang serius diberikan peluang dalam membina track rekod baharu dalam menjayakan potensi maksimum mereka. Tambahan pula, REAL BEAUTY akan menjadi jawapan untuk menyokong jenama terbabit dalam bentuk pelaburan dan kewangan.”

Jenama yang terlibat dalam REAL BEAUTY ketika pelancaran program di AEON Alpha Angle:

Alluskin

Produk kecantikkan yang berfokuskan kepada pembersihan wajah
untuk menghilangkan benjolan kecil di wajah dan dahi.


Alnefre

Maskara yang membantu memanjangkan, melentikkan dan menebalkan
bulu mata ketika aplikasi. Tidak membuatkan bulu mata gugur
akibat kerap memakai mascara.


Claire Organics

Produk semulajadi untuk badan termasuk minyak pati yang 
selamat untuk semua peringkat umur.


Null Factory | Hillton

Produk pembersihan dan penjagaan semulajadi dengan memperkenalkan
sistem isi semula & kurangkan pembaziran bekas.


IL Fragrance

Wangian yang berasaskan Malaysia dan rekaan batik. Bau yang
lembut sesuai dengan bau nusantara.

Reneuf 

Mask wajah yang mengandungi ekstrak arang dari Jepun yang mampu
menyah toksik, membuang radikal ion- dan menambah ion+. Boleh
mengurangkan pembentukkan kotoran di liang pori.


Sugarbelle

Kosmetik teknologi dari Korea yang boleh digunakan semua
peringkat umur.

Zagara

Minyak wangi yang kuat dan tahan lama serta mempunyai
pengaruh timur tengah.

Uniknya REAL BEAUTY ini, jumlah episod masih belum ditentukan dan mungkin akan mencecah lebih 10 episod. Paling mengejutkan apabila Low Ngai Yuen mengumumkan tiada limit dalam memilih berapa jenama yang akan memenangi program ini, bermaksud kesemua lapan jenama juga boleh menjadi pemenang untuk REAL BEAUTY.

Anda boleh menonton REAL BEAUTY di YouTube AEON Malaysia di pautan ini https://www.youtube.com/aeonretailmalaysia/. Episod pertama akan mula bersiaran pada rabu akan datang.

Saksikan trailer Real Beauty di sini.

Produk daripada jenama yang muncul di program Real Beauty boleh didapati di cawagan AEON yang terpilih seperti di bawah:

1. AEON Taman Maluri Shopping Centre, Kuala Lumpur
2. AEON Mall Tebrau City, Johor
3. AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan
4. AEON Mall Kinta City, Perak
5. AEON Mall Queensbay, Penang
6. AEON Mall Kuching Central, Sarawak
7. AEON Ipoh Falim, Perak
8. AEON Alpha Angle, Wangsa Maju
9. AEON Mall Bandar Dato Onn, Johor

Atau anda boleh dapatkan di AEON Lifestyle di pautan ini https://lifestyle.myaeon.com.my/special-campaign/real-beauty-1 .

Selamat menonton REAL BEAUTY di YouTube AEON Malaysia dan sokong jenama tempatan kita dan Selamat Hari Kebangsaan!

No comments:

Post a Comment