KUALA LUMPUR, 13 Disember 2022 - Bintang rap dan hip hop Singapura berusia 21 tahun, YHB Sleepsalot telah mengeluarkan single baharu berjudul Tukar Currency yang kini sudah berada di semua platform digital menerusi Universal Music sejak 4hb November lepas. Tukar Currency adalah lagu pertamanya untuk tahun ini selepas menutup tahun 2021 dengan karya romantiknya Jatuh Boi.
YHB Sleepsalot ketika perhipunan media di DefJam Recordings. |
Sejak sempadan negara dibuka selepas pandemic melanda, warga
Singapura berpeluang untuk mengubat kerinduan menjejak tanah Malaysia dan
sebaliknya. Ini turut dirasakan YHB Sleepsalot yang terus ke Kuala Lumpur (KL)
pada Mac untuk bertemu semula dengan sahabat serta rakan artis dalam industri
muzik hip hop dan rap.
Dalam persiapannya menuju ke sini, tercetus sebuah perasaan yang
menurutnya kembali segar dalam diri, lantas ideanya terhasil daripada gambaran
betapa terujanya dia dapat melangkau keluar dari Singapura. "Sewaktu pergi
menukar wang, ia serta-merta mengembalikan semula kenangan itu, "katanya
teringat masa itu. "Rasanya agak pelik dan pada masa sama mengingatkan
saya betapa pentingnya melawat KL. Ada saja berlaku pertukaran budaya dan idea.
la benar-benar buatkan saya terinspirasi."
Semua idea rasa itu diluahkan dalam lagu Tukar Currency yang
diterjemah ke bahasa Melayu daripada istilah inggeris, Currency Exchange. Lagu
ini juga dibuat dengan kerjasama daripada SonaOne dan angggota FORCEPARKBOIS
iaitu Nakalness serta menggunakan rentak 'breezy trap' Yang dicipta RIDEM.
Sejak mula berkarya dalam muzik, YHB ambil berat terhadap
populariti dirainya dari luar Singapura meskipun agak asing buatnya kerana
ketika itu baru pertama kali menulis lirik. Dia memiliki peminat dari Malaysia
yang serta-merta menyukai corak hip hop tersendirinya selepas mendengar lagunya
di platform penstriman dan media sosial.
YHB ketika sesi temu ramah. |
YHB Sleepsalot menambah, “Saya tidak mengehadkan diri saya pada
sejenis genre sahaja. Saya juga akan menerokai lebih banyak genre seperti
R&B. Malah saya juga sangat meminati Sheila Majid dan lagu-lagu beliau!”.
Dia yang mula menulis lagu seawal umur 13 tahun dan melancarkan
muzik sendiri pada 16 tahun menggunakan rentak yang ditemuinya menerusi YouTube
selain mempelajari sendiri produksi penghasilan lagu turut berkata, "la
memberi saya peluang untuk mendewasa dan berkembang sebagai individu dan juga
artis,"
Muzik video (MV) Tukar Currency turut member kelegaan buatnya
kerana dapat menjalani penggambaran sendiri di kota ini. MV terdahulunya
menerusi Jatuh Boi menampilkan pemandangan KL yang dirakam kru tempatan sebelum
diberikan kepada mereka di Singapura. Sekembalinya ke Singapura, dia sangat
bersemangat untuk menguasai industri rap semula dan pelancaran Tukar Currency
melambangkan ikatan istimewa antara dua negara ini. "Negara kita sudah
ibarat bersaudara, baik rakyatnya, makanan, dan budaya," katanya.
"Begitu indah melihat persamaan mahupun perbezaan yang kita
ada! Sekarang saya cuma ingin terus hasilkan lebih banyak muzik dan bekerjasama
dengan pengkarya dari luar negara.” YHB Sleepsalot terus ingin melakukan lebih
eksperimen dalam menghasilkan karya muzik dan arah tuju video dengan mengambil
beberapa insipirasi daripada penyanyi rap antarabangsa tambahnya lagi.
Tukar Currency kini bole dinikmati di semua platform penstriman.
Muzik videonya juga sudah boleh ditonton di YouTube.
Ketika persembahannya baru-baru ini. Sumber IG: @yhbsleepsalot |
YHB Sleepsalot yang mula mencipta pengalaman membuat
beberapa persembahan di beberapa lokasi di Malaysia kini turut mempersembahkan
dua lagu iaitu Tukar Currency dan Jatuh Boi di Uni-Verse Fest Finale di Kolej
Melati UiTM
Shah Alam pada 16 Disember mendatang.