5 Teknologi Tinggi Baharu
MIMF yang ke-35 ini membawa sesuatu yang baharu berbanding tahun-tahun sebelumnya dengan memperkenalkan 5 Teknologi Tinggi Baharu yang bakal memberi transformasi terhadap perniagaan pengunjung yang berminat. 5 teknologi itu ialah:
1) New Energy - Teknologi Baharu
2) New Technique - Teknik Baharu
3) New Economy Market - Pasaran Ekonomi Baharu
4) New Material - Material Baharu
5) New Product - Produk Baharu
5 Kategori Khusus
Menariknya MIMF ini memudahkan pengunjung datang dengan menyediakan 5 kategori khusus dari Malaysia sendiri mengikut keperluan perniagaan iaitu:
1) Smart Tech
Teknologi pintar yang turut memperkenalkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam mesin operasi seperti mesin pembuatan, mesin pembungkusan, mesin penimbang dan sebagainya.
2) My - Bakery
Segala kelengkapan mesin bakeri turut dipamerkan disini. Ini termasuklah kelengkapan mesin penyimpanan, bancuhan, penyahidrat, mesin kisar dan lain-lain.
3) LED-LIGHT Malaysia
Kategori ini menampilkan pameran LED pelbagai terdiri daripada papan muka LED, fasad LED, peralatan fotografi dan banyak lain.
4) My - Pack Pro
Pameran berdasarkan pembungkusan pelbagai sebagai contoh mesin pembungkus, pembuatan label, pemotongan dan lain-lain.
5) My - Plas
Pameran berasaskan plastik, acuan dan alat pembentukkan acuan dan bungkusan.
Pempamer Malaysia dan Antarabangsa
MIMF yang berskala besar ini tidak lengkap dengan kehadiran pengunjung dan pempamer dalam negara dan antarabangsa. Sebanyak 78% pempamer profesional dari luar negara seperti China, Hong Kong, Taiwan, Thailand dan banyak lagi negara akan menyertai MIMF kali ini. Selebih 28% pula terdiri dari pempamer dalam negara kita yang dibawa oleh persatuan perniagaan yang ada di Malaysia.
Kenapa ahli perniagaan perlu datang ke pameran MIMF ini?
1) Jangkaan sebanyak 7000+ pengunjung perniagaan professional yang akan menghadiri MIMF ke 35
2) Penyertaan daripada 100 Dewan Perniagaan Malaysia - China
3) Mendapat sokongan kerajaan Malaysia
4) Memperluaskan hubungan jaringan perniagaan
5) Informasi meluas, baharu dan tepat disampaikan untuk pengunjung
MIMF dianjurkan dan disokong oleh Dewan Perniagaan Malaysia yang berprestij.
MIMF dianjurkan oleh Malaysia China International Trade Link Association (MACITA) dengan sokongan oleh Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), Federation of Malaysia Business Associations, Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM), Malaysia Promas International Business Society (PROMAS) dan banyak lagi.
Presiden PROMAS, Dari’ Chong Chong Tik yang juga mengetuai penganjuran MIMF yang ke-35. |
Orang ramai terutamanya ahli perniagaan adalah sangat digalakkan untuk menghadiri MIMF ini untuk mendapatkan mesin atau peralatan perniagaan yang berbaloi untuk meningkatkan produktiviti perniagaan.
Malaysia International Machinery Fair (MIMF) yang ke-35 akan berlangsung seperti di bawah:
Lokasi: Hall 1, 2, 3, 4, 5 and 6, MITEC
Masa dan Tarikh: 11 (11am-6pm) & 12 (9am-4pm) Julai 2024
Masa dan Tarikh: 11 (11am-6pm) & 12 (9am-4pm) Julai 2024