Wednesday, 31 July 2024

Final AEON Potato Bread Chompdown 2024 Meriah!

Shah Alam, 27 Julai - Pertandingan akhir AEON Potato Bread Chompdown telah berlangsung dengan penuh meriah di AEON Shah Alam dengan kehadiran sembilan finalis beserta ahli keluarga, rakan dan pengunjung yang ingin menyaksikan pertandingan ini. Pertandingan ini dilangsungkan bersempena sambutan ulang tahun AEON yang ke-40 berada di Malaysia.

Grand Finale Potato Bread Chompdown 2024.

Pemilihan Sembilan Finalis

Sebelum sampai ke kemuncak final, terdapat dua peringkat yang harus dilalui oleh para finalis. Peringkat pertama ialah peringkat penyertaan di mana semua 33 cawangan AEON mengadakan saringan ringkas dengan merekodkan masa setiap peserta untuk menghabiskan 3 keping roti kentang. 10 peserta terpantas pula masuk ke peringkat kedua.

Peringkat kedua pula ialah peringkat saringan apabila 10 peserta terpantas di saringan pertama setiap cawangan perlu menghabiskan 20 keping Roti Kentang dalam masa 15 minit. Pemenang pertama memperolehi hadiah baucar AEON bernilai RM300 dan sembilan yang lain mendapat saguhati baucar AEON bernilai RM50.

Peringkat akhir iaitu final pula mengambil 10 peserta terpantas daripada keseluruhan peserta yang memasuki peringkat saringan. Dengan itu, sebanyak 10 finalis terpilih mengikut nama, minit dan negeri ialah:

1. Muhammad Shaifuldin, 2.01, Melaka
2. Mohamad Asrul Fikri, 2.07, Pulau Pinang
3. Kho Hai Chun, 2.08, Pulau Pinang
4. Sathia Selan A/L Pulinggam, 2.17, Pulau Pinang
5. Azwin Julianto B. Abbas, 2:43, Johor
6. Ibnul, 2.59, Selangor
7. Azim Shah, 3.01, N9
8. Che Wei Ken, 3.01, Pulau Pinang
9. Azdi, 3.03, Selangor
10. Zack Adzry, 3.12, Selangor

Final di AEON Shah Alam

Final pun sudah tiba menyaksikan sembilan finalis berentap apabila salah seorang finalis tidak dapat menghadiri diri. Kali ini sembilan finalis dikehendaki untuk menghabiskan 40 keping roti kentang dalam masa 15 minit. 40 keping roti kentang tersebut menandakan sambutan ulang tahun yang ke-40 AEON di Malaysia.

Pertandingan bermula meriah.

Dalam masa 3.39 minit sahaja, pemenang yang berbadan kecil dari Mertajam Pulau Pinang, Che Wei Ken muncul menjadi juara meninggalkan finalis lain dengan jarak masa yang jauh. Sorakkan lantang daripada ahli keluarga dan pengunjung apabila beliau menghabiskan roti kentang terakhir dengan sangat pantas. Beliau turut membawa hadiah pulang baucar AEON bernilai RM3,000!

Pemenang utama, Chi Wei Ken.

Lapan finalis yang lain pula tidak balik dengan tangan kosong apabila mereka turut membawa baucar AEON bernilai RM200 sebagai saguhati.

Variasi Potato Bread AEON

Selain pertandingan akhir ini, AEON turut memperkenalkan roti kentang dengan dua variasi baharu iaitu coklat dan strawberi. Maka ada tiga pilihan roti kentang yang boleh didapati di AEON iaitu original, coklat dan strawberi.

Roti kentang AEON dengan tiga variasi.

Roti kentang AEON yang dibuat lembut, gebu dan enak merupakan resepi daripada Chef Jepun ini ingin menambat hati pelanggan AEON. Anda juga sudah boleh dapatkannya di La Boheme di AEON seluruh Malaysia.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akhir sekali, selamat ulang tahun ke-40 tahun buat AEON Malaysia dan rasai keenakkan roti kentang daripada AEON. Juga, berikan tanda suka buat 'posting' saya di Instagram ya!
Maklumat lanjut dan promosi terkini boleh layari https://aeonretail.com.my/.

Saturday, 29 June 2024

AEON FASHION PREVIEW JUN 2024 di Supermarket AEON Cheras Selatan - Fesyen dan membeli barang dapur!

KUALA LUMPUR, 27 Jun – AEON, terkenal dengan Preview Fesyennya yang dinanti-nanti, kini kembali dengan fokus baharu untuk menonjolkan rakan kongsi baru bagi menangani keperluan pelbagai generasi dan meraikan kepelbagaian badan. Terkenal dengan susunan yang baru dan kreatif, AEON Fashion Preview (AFP) Jun 2024, menampilkan pentas peragaan di dalam pasaraya untuk menyatukan fesyen dengan rutin membeli-belah harian. Pengunjung di AEON Cheras Selatan juga boleh menonton  AFP June 2024 sambil membeli-belah.

AFP Jun 2024 di pasaraya AEON CHERAS Selatan.

Generasi Beruban (Silver-Haired Generation) Bersinar dengan Jeans Takumi

Generasi beruban yang sering dilupakan kini mendapat perhatian di AFP. Tahun ini, Takumi Jeans, yang terkenal dengan denim artisanal berkualiti tinggi mereka dari Prefektur Okayama yang terkenal, mengambil peranan utama. Jeans ini bukan sahaja mesra alam dan sangat tahan lama, tetapi juga mencerminkan gabungan sempurna antara kemahiran tradisional dan gaya moden. 

Generasi beruban menggayakan denim.

Direka untuk memenuhi keperluan dan citarasa unik audiens matang, Takumi Jeans menawarkan keselesaan, gaya, dan kelestarian. Kerjasama ini dengan Takumi Jeans menegaskan komitmen terhadap fesyen berkualiti tinggi yang kaya budaya, yang meraikan dan menghormati kebijaksanaan serta keanggunan generasi beruban.

Memperjuangkan Inklusiviti: Michiko Ohashi dan Fesyen Saiz-Besar

J-pop's Big Angel dan kolaborator istimewa majalah la farfa, Michiko Ohashi memimpin usaha untuk inklusiviti di AFP. Sebagai kolaborator khas untuk majalah fesyen saiz-besar utama Jepun, Ohashi membawa pandangan unik dan advokasi ke hadapan. Kerjanya dengan Big Angel, kumpulan idol bersaiz besar popular, telah membuat gelombang dalam mempromosikan positiviti badan dan mencabar standard kecantikan tradisional. 

Inklusiviti fesyen bersaiz besar, dan Michiko Ohashi (tengah) turut memperagakan fesyen.

Di AFP, Ohashi mempersembahkan koleksi yang meraikan kepelbagaian badan dan sokongan individu dari pelbagai saiz untuk merangkul kecantikan unik mereka. Penyertaannya menegaskan komitmen AEON terhadap inklusiviti, memastikan fesyen dapat diakses dan dinikmati oleh semua orang. Melalui kerjasama ini, AEON dan Michiko Ohashi ingin menginspirasi penerimaan dan penghargaan yang lebih luas terhadap pelbagai jenis badan dalam industri fesyen.

Pereka ASEAN Diundang untuk Meneroka Pasaran Baru dengan AEON

Lima pereka dan jenama ASEAN terkemuka telah diundang untuk menggalakkan pertukaran antarabangsa dan menggerakkan pertumbuhan fesyen. Inisiatif ini bertujuan untuk mencipta platform yang dinamik bagi mempamerkan rekaan inovatif dan kepelbagaian budaya, meningkatkan ketara pasaran bagi pereka-pereka ini sambil memperkayakan landskap fesyen di Malaysia dan di luar negara. Dengan memanfaatkan capaian dan pengaruh AEON yang meluas, para pereka ini akan berpeluang untuk berhubung dengan pelanggan baru, meluaskan kehadiran jenama mereka, dan menyumbang kepada industri fesyen yang dinamik dan inklusif. Kerjasama ini bukan sahaja menonjolkan kebijaksanaan kreatif pereka ASEAN tetapi juga menegaskan komitmen AEON untuk menyokong bakat serantau dan menggalakkan pemahaman lintas budaya.

Pereka yang terlibat ialah:

Andrew Smith: Dipimpin oleh pereka Achmad dari Indonesia, terkenal dengan pakaian lelaki yang berkelas menggabungkan kemahiran tradisional dengan fesyen kontemporari. Menawarkan pelbagai gaya dari pakaian formal hingga kasual, memastikan gaya, keselesaan, dan kebolehan. Dikenali dengan kehadiran global dan komitmen kepada amalan mampan, menyokong seni tempatan.

CDL (Cardinal): Ditubuhkan pada tahun 1973, dipimpin oleh pereka Leo dan Safei dari Indonesia, terkenal dengan pakaian yang serba boleh untuk lelaki dan wanita. Dari pakaian kasual hingga formal, CDL menggabungkan keselesaan dengan gaya kontemporari, mengekalkan harga yang berpatutan dan amalan mesra alam.

M.Gee: Sejak 1990, dipimpin oleh pereka Oman dan Fajar dari Indonesia, jenama ini mengkhususkan diri dalam pakaian kerja luar berkualiti tinggi termasuk kemeja, T-shirt, jaket, dan lain-lain. Menekankan kepadatan dan bahan berkualiti untuk kegunaan industri dan luaran.

Finix: Dibangunkan dan ditubuhkan oleh Leonard Cheong, seorang pereka dari Singapura pada tahun 2019, Finix menawarkan barisan FORM, FIT, dan FLOW yang memenuhi pelbagai gaya dengan fabrik kreatif. Mempromosikan ekspresi diri dan keselesaan.

Kanzi: Dipimpin oleh pereka Muhammad dan Liza dari Singapura, terkenal dengan pakaian formal elegan yang dihasilkan daripada kain Ikat tradisional. Dikenali dengan kelestarian, kualiti, dan reka bentuk unik, menggabungkan elemen moden dan tradisional.

Stads Memperkenalkan Koleksi Baru untuk Peneroka Bandar

Stads Volume 2 adalah koleksi baru yang dinanti-nantikan, membangunkan kejayaan pelancaran asalnya sebagai pakaian serbaguna. Dibuat dengan fabrik yang ringan dan bernafas, Stads Volume 2 memastikan keselesaan dan kebolehan untuk mereka yang sentiasa dalam pergerakan. Sesuai untuk menavigasi landskap bandar, koleksi ini menawarkan kepelbagaian, kebolehpakain, dan fleksibiliti yang memenuhi kebebasan dan peribadian.

Penari menggunakan pakaian Stud Volume 2

"Selain mendorong inklusiviti gaya hidup dan fesyen musim ini, AEON Select telah menyusun budaya popular yang sangat dipengaruhi oleh anime. Dengan melancarkan siri terbaru Jujutsu Kaisen, kami yakin bahawa ini telah menjadi medium yang kuat untuk ungkapan diri, membolehkan individu untuk menunjukkan citarasa dan personaliti unik mereka. Dengan memakai pakaian yang diinspirasikan oleh anime, peminat boleh meraikan watak dan cerita kegemaran mereka, mengubah pakaian harian menjadi kanvas untuk kreativiti peribadi dan identiti," kata Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Kedai dan Pemasaran AEON, ketika memperkenalkan pratinjau  dari JKids Sports dan jangkauan aktiviti baru Appetite. 

Low Ngai Yuen ketika memberi ucapan.

Appetite adalah jangkauan pakaian aktif yang menggunakan slogan 'Hungry For Action' didedikasikan untuk menyokong individu untuk menjalani gaya hidup aktif dan bertenaga.

"Gaya hidup aktif adalah penting untuk kesejahteraan baik anak muda mahupun tua, memupuk kesihatan, vitaliti, dan rasa komuniti lintas generasi," tambahnya lagi.

Edisi AEON Fashion Preview untuk Jun 2024 sejajar dengan komitmen AEON terhadap Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 8 dan 15, memberi tumpuan kepada mempromosikan masyarakat yang damai dan inklusif untuk pembangunan lestari, memberi akses kepada keadilan, dan membina institusi yang efektif, bertanggungjawab, dan inklusif.

Untuk maklumat lanjut mengenai AFP, lawati https://aeonretail.com.my/fashion/afp/june24/.

Friday, 28 June 2024

Guardian sediakan sabun mandi untuk kanak-kanak yang memerlukan dalam kempen 'Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak'

Kuala Lumpur, 24 Jun 2024 - guardian Malaysia baru-baru ini telah menggembirakan kanak-kanak di PPR Kampung Muhibbah di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan menyediakan 2,844 botol mandian badan untuk mereka. Acara yang dihadiri oleh 100 kanak-kanak dari PPR berkenaan bersama ibu bapa mereka itu, menandakan satu langkah penting dalam komitmen guardian terhadap kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #guardiancares serantaunya iaitu “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak”.

Kanak-kanak PPR Muhibbah sedang bergambar bersama beruang guardiancares dan juga sukarelawan pekerja guardian.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran di guardian Malaysia, melahirkan rasa syukur beliau kerana dapat menyumbang kepada kebersihan dan kesejahteraan kanak-kanak menerusi program ini. Beliau menegaskan kepentingan memastikan semua kanak-kanak mendapat akses kepada kebersihan asas kerana ia adalah hak asasi setiap manusia.

Ng berkata, “Menjaga kebersihan dan kesihatan bukanlah satu kemewahan tetapi keperluan asas, terutamanya untuk kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah. Kami percaya bahawa penjagaan kebersihan diri yang baik bukan setakat melindungi kesihatan fizikal, malah membantu meningkatkan keyakinan diri serta kesejahteraan mental.”

Pada tahun 2023, guardian telah berjaya menyediakan 20 juta mandian kepada kanak-kanak kurang bernasib baik merentasi Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam, dan Kemboja. Di Malaysia sahaja, lebih 40,000 botol produk penjagaan mandian telah disediakan untuk kanak-kanak tersebut. Berikutan kejayaan luar biasa ini, guardian telah menetapkan sasaran untuk menggandakan impak capaiannya pada 2024, menyasarkan untuk menyumbang 40 juta mandian kepada golongan yang memerlukan di rantau ini.

Sumbangan 2,844 botol mandian badan kepada kanak-kanak PPR Kampung Muhibbah melambangkan usaha yang signifikan ke arah mencapai matlamat ini, menyediakan 800,000 mandian kepada penerimanya. En. Abdul Aziz bin Mohidie, Ketua Rukun Tetangga PPR Muhibbah 2 berkata, “Ini adalah satu usaha yang baik kerana ia membantu meringankan beban keluarga di samping mendorong kanak-kanak ini untuk belajar menjaga kebersihan dan kesihatan.”

Selain penyampaian sumbangan produk mandian, guardian juga mengadakan satu sesi interaktif Amalan Kebersihan yang Baik bagi mendidik kanak-kanak yang hadir tentang penjagaan kebersihan diri yang berkesan. Seorang ahli farmasi guardian, bersama-sama ahli pasukan guardian telah turun padang untuk berkongsi langkah-langkah mencuci tangan yang betul dan cara terbaik mengekalkan kebersihan diri secara menyeluruh, serta bermain kuiz soal jawab dengan kanak-kanak di situ.

Sebagai penutup kempen “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak” ini, guardian berjanji untuk mendermakan 15 sen daripada setiap liter produk penjagaan mandian guardian yang dijual di Malaysia untuk membeli produk mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik. Selain itu, Patung Beruang #guardiancares juga boleh dibeli pada harga RM29.90 dan semua hasil jualan akan disalurkan ke dana #guardiancares yang menyokong keperluan penjagaan mandian kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Tuala Beruang Berhud #guardiancares juga akan dijual pada harga RM29.90 di semua stor guardian di seluruh negara dan di platform dalam talian guardian. Hasil jualan daripada kedua-dua barangan istimewa ini akan didedikasikan untuk dana #guardiancares.

Dalam inisiatif berasingan, guardian turut menunjukkan sokongannya kepada tiga organisasi kebajikan yang telah dipilih oleh pemenang pertandingan Face of Healthy Beauty 2023. Aqila Afindi, Nur Izzatul Aqma Bt Ludin, dan Candace Cheah masing-masing telah memilih penerima untuk sumbangan produk Penjagaan Mandian guardian bernilai RM5,000.

Aqila Afindi menyalurkan sumbangannya kepada penghuni Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Ain di Bangi, Selangor, manakala Nur Izzatul Aqma pula memilih Pusat Jagaan Nur Sakinah Damansara Damai, Kuala Lumpur.

Aqila Afindi, (berdiri ketiga dari kiri dalam gaun coklat) bersama kanak-kanak Pusat Jagaan Nur Ain.

Nur Aqma (berbaju hitam) bersama kanak-kanak Pusat Jagaan Nur Sakinah.

Candace Yap, penuntut tahun akhir Sains Veterinar, telah memilih untuk menyumbangkan hadiah yang dimenanginya kepada Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) Selangor yang terletak di Ampang Jaya, Kuala Lumpur. Candace menyumbangkan produk penjagaan diri seperti cecair pembasmi kuman, produk cucian tangan dan mandian badan untuk menjaga kesejahteraan para sukarelawan dan pekerja di SPCA selepas mengendalikan haiwan.

Usaha guardian yang pelbagai ini menggariskan komitmennya dalam memupuk kebersihan dan kesejahteraan di kalangan kanak-kanak kurang bernasib baik dan masyarakat, seterusnya mencitrakan dedikasinya terhadap tanggungjawab sosial korporat dan kebajikan masyarakat.

Jom kita membeli penjagaan diri sambil menyumbang secara tidak langsung kepada mereka yang memerlukan di stor fizikal guardian dan atas talian di guardian.com.my .

Friday, 14 June 2024

Sambutan Pertengahan Tahun eslite spectrum 2024 - eslite gā lá kini bermula!

Sambutan Pertengahan Tahun eslite spectrum tahun ini dimeriahkan lagi dengan visual menarik hasil kreativit ilustrator "Circus Of Life," Wednesday Lee. Mengetengahkan gabungan warna-warna cerah dan ekspresi emosi yang nyata, hasil karya seni Lee yang dipetik daripada buku bergambarnya diinterpretasikan ke segenap ruang eslite spectrum di Starhill. Ini termasuk cenderahati istimewa edisi terhad dan aktiviti yang diinspirasikan daripada elemen penuh magis karyanya yang menjadi tema sambutan kali ini.

Sambutan Pertengahan Tahun eslite spectrum 2024 bermula.

Sempena dengan Sambutan Pertengahan Tahun eslite spectrum, pameran ilustrasi Wednesday Lee "In This Era, It's Hard to Convince Others, Except in Dreams" akan diadakan di ruang kaunter L108 eslite spectrum dari 12 Jun hingga 14 Julai ini.

Tentang tema perayaan eslite gā lá (gā lá dalam dialek Cina bermaksud sudut)

Ketika masih kanak-kanak, kita sentiasa mengimpikan untuk cepat membesar dan bebas untuk melakukan banyak perkara yang tidak boleh dilakukan ketika itu. Walau bagaimanapun, setelah dewasa, kita kini sebenarnya lebih banyak berselindung di sebalik ‘topeng’ untuk menyembunyikan diri kita yang sebenar demi memenuhi kehendak dan permintaan orang lain, baik di dalam karier mahupun kehidupan seharian kita. Topeng ini sebenarnya menyembunyikan ‘raksasa kecil’ di dalam diri kita— ianya terkadang comel, terkadang mengganggu, terkadang mahu meluahkan perasaan dan terkadang cuba melarikan diri dari masalah.

Tidak dinafikan yang kita terkadang ingin kembali semula ke zaman kanak-kanak dan melakukan perkara yang menyeronokkan, tanpa ada rasa bimbang. Datanglah ke eslite untuk merasai semula pengalaman itu dan biarkan anak kecil (atau raksasa kecil) dalam diri anda keluar meneroka dan bergembira. Kami menjemput anda untuk menemukan elemen ‘surprise’ hanya di eslite dan mengejar impian kehidupan anda.

Galeri eslite gā lá oleh Wednesday Lee. Entiti raksasa ini akan berada di beberapa sudut dan ruang di eslite spectrum.

4 Tawaran Hebat Sambutan Pertengahan Tahun eslite spectrum 2024:

1) 14 Jun - 17 Jun: Acara Khas 4 Hari

      Pemberian e-Baucar tanpa had (Terima e-baucar RM10 dengan setiap RM100 yang dibelanjakan)

Terima satu e-baucar (bernilai RM10) dalam aplikasi eslite MY untuk setiap RM100 yang dibelanjakan dalam satu resit dan ia boleh digunakan untuk pembelian seterusnya.

      Belanja RM300 dalam sehari dan dapatkan peluang untuk menyertai Cabutan Bertuah Wheel Spinner!

Sertai cabutan bertuah dan menangi lebih 400 hadiah, termasuk Barang Kemas Lin ShiaoTung - Koleksi Istimewa Eric Jade Bear, telefon & earbud realme, beg PORTER INTERNATIONAL, beg MAH, baucar bufet Ritz-Carlton, set hadiah Claire Organics dan banyak lagi!


2) 12 Jun - 14 Julai: Sambutan Pertengahan Tahun Di Semua Outlet

      Hadiah dengan Pembelian

Kumpul RM500/ RM1,500/ RM7,000/ RM10,000 dalam pembelian pada hari yang sama (sehingga tiga transaksi) untuk menerima hadiah edisi terhad eksklusif mengikut perbelanjaan anda!

 ●      Pencarian Cap NappyBaku

Setiap penyertaan akan menerima:

o   Baucar fizikal RM25 dari Come True Cafe

o   cong Caphe Baucar Beli 1 Percuma 1 (dengan minuman terpilih)

o   Baucar fizikal RM50 Hijiriko (tiada pembelian minimum, hanya sah dari 14-17 Jun)

Raksasa kecil gala eslite akan "dipisahkan" kepada cap yang berbeza. Lengkapkan pengalaman pengumpulan cap untuk menerima kad wangian edisi terhad ARK. Serahkan kad yang telah siap dicap di Come True Cafe untuk menikmati soufflé teh susu mutiara gula perang (dengan perbelanjaan minimum RM100).

3) 14 Jun - 14 Julai: Baucar eslite Youth Power Up

       Baucar eslite Youth Power Up

Tunjukkan ID pelajar anda di eslite bookstore untuk menerima baucar kampus eslit RM10! Belanja RM100 dalam satu transaksi untuk mendapatkan tambahan RM20 e-baucar kampus eslite!

       Keistimewaan untuk Pendidik

Tunjukkan ID guru anda di kaunter perkhidmatan eslite untuk menaik taraf keahlian eslite kepada Gold Card secara percuma!

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

4) Acara Siri Forum eslite Dibuka untuk Penyertaan Percuma:

Sambutan Pertengahan Tahun eslite spectrum 2024 - Sidang Media Gala eslit (Jemputan Khas Sahaja)

       Tarikh: 12 Jun (Rabu)

       Masa: 8 malam

Hanya muat turun Aplikasi eslite MY untuk mendaftar secara percuma dan menyertai acara berikut:

“Blossoming Happiness” Bengkel Membuat Bunga Tekap

Tarikh: 15 Jun (Sabtu) & 16 Jun (Ahad)

Masa: 4:30pm-6:00pm

Bengkel “Life’s Little Surprises”

 

Ilustrator Wednesday Lee

Tarikh: 22 Jun (Sabtu)

Masa: 2pm-4pm

Yap Ah Loy in Comic (Extended Edition)Perkongsian Buku

KartunisEddie See

Tarikh: 23 Jun (Ahad)

Masa: 4pm-6pm

Somewhere In The KualaPelancaran Buku

Ilustrator: Lisa Goh, William Chew

Tarikh: 6 Julai (Sabtu) Masa: 2pm-5pm

Aroma Artistry oleh Claire Organics

Tarikh:13 Julai (Sabtu) Masa: 2pm-4pm

香氣亲子沟通

oleh Double C Scent Lab

Tarikh: 13 Julai (Sabtu)

Masa: 4pm-6pm

Once upon a MiaoPelancaran Buku

Kartunis: Jian Goh

Tarikh: 14 Julai (Ahad)

Masa: 11am-1pm

Tawaran Diskaun Sambutan Pertengahan Tahun oleh Outlet eslite spectrum

Selain itu, outlet-outlet di eslite spectrum turut bebesar hati menawarkan diskaun sambutan pertengahan tahun untuk pengunjung yang datang. Outlet yang menawarkan diskaun tersebut ialah:

Lin Shiao Tung Jewellery

14 Jun - 17 Jun (Tawaran Terhad 4 Hari)

Sebagai tambahan kepada promosi e-baucar eslite RM10 untuk RM100 pembelian, nikmati diskaun tambahan RM500 dengan pembelian RM10,000 atau lebih di Lin Shiao Tung Jewellery, dan diskaun tambahan RM1,000 dengan pembelian RM20,000 atau lebih.

Vakum Robot Narwal

14 Jun - 17 Jun (Tawaran Terhad 4 Hari)

Pembelian produk terpilih di NARWAL Starhill akan melayakkan anda mendapat harga istimewa:

           FREO X PLUS: Potongan RM600

           FREO: Potongan RM800

           FREO X ULTRA: Potongan RM700

           S10 PRO: Potongan RM1,200

PORTER INTERNATIONAL

Dari sekarang hingga 30 Jun

Beli dua beg, dapatkan diskaun 10%.

Beli beg dan dompet, dapatkan diskaun 20%.

Beli dua dompet, dapatkan diskaun 30%.

American Tourister

12 Jun - 14 Julai

Berbelanja RM250 atau lebih untuk menikmati diskaun RM50

YSY Fashion

12 Jun - 14 Julai

Gunakan 1 mata dalam Aplikasi eslite MY eslit untuk menebus e-baucar RM15, yang boleh digunakan dengan pembelian minimum RM99 (terhad kepada 500 pelanggan pertama).

B. Adore

12 Jun - 14 Julai

Ikuti akaun Instagram B.Adore dan kongsikannya ke Story anda untuk menikmati diskaun 5%.

Claire Organics

12 Jun - 14 Julai

Belanja RM100 atau lebih untuk menerima hadiah percuma.

Belanja RM60 untuk menikmati diskaun RM10.

Uncle Jeff Drinks

Dari sekarang hingga 14 Julai

Belanja RM100 atau lebih untuk menyertai cabutan bertuah Uncle Jeff untuk berpeluang memenangi pakej ‘staycation’ di Hilton KL.

Sebagai alternatif, selepas membeli-belah di mana-mana kedai atau restoran eslite, beli 2 botol kombucha (RM36) di Uncle Jeff untuk menyertai cabutan bertuah untuk berpeluang memenangi pakej ‘satycation’ di Hilton KL

Little Eden Succulents

12 Jun - 14 Julai

Nikmati diskaun 50% untuk pasu bunga kedua.


Ingat, muat turn dan daftar di aplikasi eslite spectrum di sini untuk menikmati ganjaran hebat melalui Google Play  ataupun Apple Store.

Jom ke eslite spectrum untuk sambutan pertangahan tahun!

eslite spectrum
Alamat: G36 & L1 01-34, The Starhill, 181, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. (Bersebelahan Fahrenheit 88, berdepanan Pavillion Bukit Bintang)

Masa operasi: 10 am – 10pm
Hari beroperasi: Isnin - Ahad

Maklumat lanjut boleh layari eslite spectrum di https://www.eslite.com.my/