Wednesday 31 July 2024

Final AEON Potato Bread Chompdown 2024 Meriah!

Shah Alam, 27 Julai - Pertandingan akhir AEON Potato Bread Chompdown telah berlangsung dengan penuh meriah di AEON Shah Alam dengan kehadiran sembilan finalis beserta ahli keluarga, rakan dan pengunjung yang ingin menyaksikan pertandingan ini. Pertandingan ini dilangsungkan bersempena sambutan ulang tahun AEON yang ke-40 berada di Malaysia.

Grand Finale Potato Bread Chompdown 2024.

Pemilihan Sembilan Finalis

Sebelum sampai ke kemuncak final, terdapat dua peringkat yang harus dilalui oleh para finalis. Peringkat pertama ialah peringkat penyertaan di mana semua 33 cawangan AEON mengadakan saringan ringkas dengan merekodkan masa setiap peserta untuk menghabiskan 3 keping roti kentang. 10 peserta terpantas pula masuk ke peringkat kedua.

Peringkat kedua pula ialah peringkat saringan apabila 10 peserta terpantas di saringan pertama setiap cawangan perlu menghabiskan 20 keping Roti Kentang dalam masa 15 minit. Pemenang pertama memperolehi hadiah baucar AEON bernilai RM300 dan sembilan yang lain mendapat saguhati baucar AEON bernilai RM50.

Peringkat akhir iaitu final pula mengambil 10 peserta terpantas daripada keseluruhan peserta yang memasuki peringkat saringan. Dengan itu, sebanyak 10 finalis terpilih mengikut nama, minit dan negeri ialah:

1. Muhammad Shaifuldin, 2.01, Melaka
2. Mohamad Asrul Fikri, 2.07, Pulau Pinang
3. Kho Hai Chun, 2.08, Pulau Pinang
4. Sathia Selan A/L Pulinggam, 2.17, Pulau Pinang
5. Azwin Julianto B. Abbas, 2:43, Johor
6. Ibnul, 2.59, Selangor
7. Azim Shah, 3.01, N9
8. Che Wei Ken, 3.01, Pulau Pinang
9. Azdi, 3.03, Selangor
10. Zack Adzry, 3.12, Selangor

Final di AEON Shah Alam

Final pun sudah tiba menyaksikan sembilan finalis berentap apabila salah seorang finalis tidak dapat menghadiri diri. Kali ini sembilan finalis dikehendaki untuk menghabiskan 40 keping roti kentang dalam masa 15 minit. 40 keping roti kentang tersebut menandakan sambutan ulang tahun yang ke-40 AEON di Malaysia.

Pertandingan bermula meriah.

Dalam masa 3.39 minit sahaja, pemenang yang berbadan kecil dari Mertajam Pulau Pinang, Che Wei Ken muncul menjadi juara meninggalkan finalis lain dengan jarak masa yang jauh. Sorakkan lantang daripada ahli keluarga dan pengunjung apabila beliau menghabiskan roti kentang terakhir dengan sangat pantas. Beliau turut membawa hadiah pulang baucar AEON bernilai RM3,000!

Pemenang utama, Chi Wei Ken.

Lapan finalis yang lain pula tidak balik dengan tangan kosong apabila mereka turut membawa baucar AEON bernilai RM200 sebagai saguhati.

Variasi Potato Bread AEON

Selain pertandingan akhir ini, AEON turut memperkenalkan roti kentang dengan dua variasi baharu iaitu coklat dan strawberi. Maka ada tiga pilihan roti kentang yang boleh didapati di AEON iaitu original, coklat dan strawberi.

Roti kentang AEON dengan tiga variasi.

Roti kentang AEON yang dibuat lembut, gebu dan enak merupakan resepi daripada Chef Jepun ini ingin menambat hati pelanggan AEON. Anda juga sudah boleh dapatkannya di La Boheme di AEON seluruh Malaysia.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akhir sekali, selamat ulang tahun ke-40 tahun buat AEON Malaysia dan rasai keenakkan roti kentang daripada AEON. Juga, berikan tanda suka buat 'posting' saya di Instagram ya!
Maklumat lanjut dan promosi terkini boleh layari https://aeonretail.com.my/.

No comments:

Post a Comment