“Rumah saya sentiasa menjadi tumpuan ahli keluarga, terutamanya pada musim perayaan. Walaupun ada pembantu, saya sudah biasa menyediakan hidangan istimewa untuk semua tetamu. Saya rasa puas hati apabila dapat menjamu tetamu dengan air tangan sendiri,” kata Datin Sri Nora ketika berjuma dengan beliau.
Kafe ini bukan sahaja diuruskan berseorangan oleh Datin Sri Nora, beliau juga dibantu oleh anaknya Izzroy dan menantunya Alisha. “Kami rasa lebih selesa apabila sekeluarga bersama-sama menguruskan kafe ini. Susah dan senang, penat bersama-sama, ini merapatkan lagi hubungan kami sekeluarga,” tambah Datin Sri Nora.
Dari kiri (atas): Masak lemak ayam + nasi, Asam pedas pari + nasi dan Nasi ayam Chiengmai Dari kiri (bawah): Nasi lemak premium, lontong dan Kari daging + nasi |
DS Café KL adalah kafe bersaiz mini yang boleh memuatkan 28 orang pada satu masa. Walaupun mengadopsi konsep dekorasi Inggeris, kafe ini menghidangkan pelbagai juadah Melayu yang menyelerakan. Antara hidangan utama termasuklah Asam Pedas, Nasi Lemak, Sambal Bilis, Ayam Goreng, Masak Lemak Cili Api, Lontong, dan tidak ketinggalan, Nasi Ayam Chiengmai — hidangan signature yang dipersembahkan oleh Alisha, menantu Datin Sri Nora yang berasal dari Chiengmai, Thailand.
Hidangan istimewa di sini adalah Asam Pedas yang dimasak dengan resipi khas Datin Sri Nora. Hidangan ini dikenali dengan rasa pedas dan masam-masam manis yang unik. Datin Sri Nora turut menambah, “Kami menggunakan ikan segar yang dibeli setiap hari dan tiada penambah perisa seperti ajinomoto dalam masakan kami.”
Selain itu, Nasi Ayam Chiengmai juga adalah tarikan utama kafe ini. Keenakan Nasi Ayam Chiengmai terletak pada ayam bakar yang diperap dengan santan dan bahan-bahan terpilih serta sambal istimewa yang dibuat daripada tauchu, cili api, akar ketumbar dan bahan-bahan lain. Resepi yang digunakan pula diwarisi daripada ibu Alisha yang paste memberikan pengalaman makan yang berbeza.
DS Café KL juga menawarkan Nasi Lemak yang dilengkapi dengan dua jenis sambal — sambal biasa dan sambal ikan bilis dengan harga RM4.90! Nasi Lemak ini sering dipesan oleh orang diluar sana untuk program Infaq Jumaat. Nasi Lemak ini dimasak dengan santan segar, sambal yang ditumis garing, dan turut disediakan Nasi Lemak Premium yang disertakan dengan ayam goreng.
Menu DS Café KL |
DS Café KL ini menawarkan suasana kafe Inggeris yang menenangkan. “Saya mahu tetamu merasai pengalaman yang berbeza — menikmati Asam Pedas, Masak Lemak Cili Api, dan Nasi Lemak dalam kafe dengan sentuhan dekorasi Inggeris. Perabot moden dan dinding putih serta hiasan minimalis menjadikan tetamu lebih tenang,” ujar Datin Sri Nora.
Alamat: 1-1, Jalan 5/76b, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Hari operasi: Setiap hari
DS Café KL juga menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan untuk tujuan Infaq dan acara lain seperti majlis kenduri dan katering. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 016-3376594 atau 011-11396629.
Instagram: DS Café KL
TikTok: DS Café KL
Juga boleh tonton video di bawah ini untuk melihat suasana dan makanan DS Café KL:
@zandra.zane [DS Café KL] Juadah melayu, deko inggeris. 🍛 Review penuh di blog saya, https://thirteenpersona.blogspot.com/2024/09/ds-cafe-kl-desa-pandan-review.html ✨ 📍DS Café KL 🏠: 1-1, Jalan 5/76b, Desa Pandan, Kuala Lumpur 📆: Setiap hari ⏰: 11am-8pm *Tingkat 1, pintu masuk sebelah kedai motor corner Untuk tujuan Infaq dan acara, hubungi 016-3376594 atau 011-11396629. @dscafekl #dscafekl #cafekl #kedaimakanmelayu #kateringkl #thaipinkmilk #nasilemak #klfoodie ♬ lucky girl syndrome - ౨ৎ⋆˚。⋆
Jom datang ke DS Café KL dan rasai sendiri keistimewaan hidangan Melayu dalam suasana yang berbeza!