Tuesday, 6 February 2024

33 usahawan capai jualan RM1 juta ke atas pada Januari 2024

SHAH ALAM - Seramai 33 usahawan dibimbing secara dekat bersama Mentor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta pada bulan lalu.

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika berkongsi kejayaan 33 usahawan dibimbingnya bersama RichWorks secara dekat yang mencapai jualan lebih RM1 juta pada Januari lalu.

Kongsi Dr. Azizan, pencapaian tersebut membuktikan bahawa bangsa usahawan masih boleh berkembang meskipun dalam keadaan yang mencabar pada tahun ini.

"Saya dan RichWorks International tak bina usahawan capai jualan RM1 juta dalam 3 minit tapi kami bina 58 usahawan capai RM10 juta dan lebih 300 capai RM1 juta pada tahun lalu.

"Tahniah Khairulaming kerana menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang dengan saya boleh katakan 99 peratus persediaan menjadikan tiga minit itu kejayaan," katanya dalam satu sesi khas di Facebook Azizan Osman Official semalam.

Tambah beliau, kejayaan itu tak berlaku sekelip mata tapi terdapat fasa-fasa dan proses persediaan dilakukan termasuk pembelajaran dan kegagalan yang dialami sebelum itu.

"Jika anda lebih bersedia untuk main 'permainan' ini, anda akan ada peluang lebih tinggi untuk menang.

"Apa saya nak katakan di sini adalah kefahaman sangat penting untuk seseorang usahawan bersedia untuk mencapai sasaran mereka," jelasnya.

Dr. Azizan berkata, meskipun ketika pasaran 'lemah' tapi orang tetap membeli cuma persoalannya mereka membeli dengan siapa.

Sementara itu, beliau mengulas mengenai hantaran netizen mengenai produk Jajan Jijan yang dikatakan gagal, sebenarnya ia satu kejayaan dibuat sebagai kajian kes dalam satu kelas lebih kurang 10 tahun dulu.

Salah satu akaun yang muat naik hantaran mengenai produk Jajan Jijan yang dihasilkan bagi kelas keusahawanan yang dijalankan lebih 10 tahun dulu.

"Saya tunjukkan kepada peserta macam mana saya membina jenama dari kosong, bagaimana nak keluarkan produk hingga boleh dijual.

"Bila kami lancarkan dalam kelas itu, lebih kurang 11,000 peket dijual dalam masa 30 minit," ujarnya.

Dalam pada itu, RichWorks juga akan mengadakan bimbingan perniagaan bersama Dr. Azizan buat usahawan terpilih yang ditaja 100 peratus pada 21 Februari ini.

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika membimbing bisnes usahawan-usahawan terpilih yang ditaja 100 peratus pada bulan lalu.


Mohon sekarang di richworks.com/businesscoaching/med.

Tuesday, 16 January 2024

Tahun Baru Cina 2024 Bersama Guardian Dengan 'Glowing Beauty, Healthy Journey'

Petaling Jaya, 11 Januari 2024: Guardian akan menyambut kedatangan Tahun Naga Tahun Baru Cina dengan pelbagai tawaran dan promosi produk terkini dan terhangat pada nilai luar biasa untuk semua pelanggannya.

Guardian CNY 2024 Promotion and Campaign
Kempen Tahun Baru Cina Guardian 2024 - Glowing Beauty, Healthy Journey.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia, berkata; “Tahun Baru Cina adalah salah satu perayaan tahunan terbesar dimana semua orang akan bersungguh-sungguh untuk tampil hebat dengan penampilan serta pakaian baharu terbaik mereka kerana ia adalah masanya untuk permulaan yang baharu.

“Tema ‘Glowing Beauty, Healthy Journey’ kami menguatkan lagi harapan Tahun Baru Cina (CNY) kami untuk para pelanggan dalam menyambut tahun baharu ini dengan tumpuan khusus terhadap penjagaan kesejahteraan dan kesihatan serta pengamalan gaya hidup yang harmoni dan seimbang.

“Untuk itu, kami telah menyediakan rangkaian tawaran dan hadiah istimewa yang menarik untuk pelanggan kami untuk dijadikan hadiah buat orang tersayang, yang jauh mahupun yang dekat dan untuk diri mereka sendiri. Tawaran nilai istimewa ini terpakai untuk kebanyakan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terkini kami, yang ditawarkan di stor fizikal dan dalam talian, untuk membantu anda dan orang tersayang tampil dengan penampilan terbaik di Tahun Baru Cina ini.

“Untuk merancakkan lagi perayaan tahun ini, kami juga telah memperkenalkan sebuah video muzik Tahun Baru Cina (CNY) yang ceria dan menghiburkan, menampilkan Jestinna Kuan, penyanyi dan Pencipta Kandungan Digital popular serta beberapa watak lain termasuk pemenang Face of Healthy Beauty Guardian.” jelas Anna.

Guardian CNY 2024 Music Video with Jestina Kuan and winner of the face of healthy beauty 2023
Jestina Kuan (ditengah) bersama pemenang The Face of Healthy Beauty Guardian tahun 2023.

Lagu multibahasa yang rancak dalam bahasa Cina dan persembahan video yang menarik itu sangat menghiburkan namun bertujuan untuk mengingatkan orang ramai tentang kepentingan memelihara hubungan baik dengan semua orang, menzahirkan rasa terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai dan menghidupkan tradisi budaya dan adat yang menjadikan sambutan Tahun Baru Cina begitu istimewa. Ini dipersembahkan menerusi watak Jestinna yang dikenali sebagai ‘Xiao Long Nu’.

Watak Xiao Long Nu yang moden dikunjungi oleh Xiao Long Nu Zaman Lampau yang mengingatkannya tentang tradisi Tahun Baru Cina purba manakala Naga Guardian pula ialah penjaga kesihatan serta pelindung keluarga turun temurun. Xiao Long Nu moden turut menunjukkan beberapa petua menjaga kesihatan dan kecantikan menggunakan produk moden Guardian kepada Xiao Long Nu Zaman Lampau.

“Video ini menggalakkan orang ramai untuk menyemarakkan semangat tahun Naga dengan kesejahteraan dan kesihatan yang berkekalan, dengan Guardian di sisi anda,” tambah Anna.

Untuk membantu pelanggan mendapatkan aura glamor berseri Tahun Baru, Guardian telah memperkenalkan ciri GlamAR pada Aplikasinya agar pelanggan dapat menerima nasihat pakar penjagaan kulit tentang produk yang paling sesuai untuk kulit mereka.

Ciri GlamAR akan menjalankan analisis kulit, menawarkan tip-tip penjagaan kulit seterusnya mencadangkan langkah penjagaan kulit dan produk yang sesuai untuk kulit anda. Pelanggan kemudiannya boleh membuat pembelian menerusi Aplikasi dimana produk akan dihantar ke rumah atau mereka boleh berkunjung sendiri ke stor fizikal untuk membelinya.

Pelanggan Guardian akan menikmati tawaran istimewa daripada Pantene, Garnier dan Bio Essence disamping tawaran yang lain. Ini termasuk diskaun sehingga 50% untuk produk Kosmetik dan Penjagaan Kulit, potongan 60% untuk barangan kedua dengan SEMUA topeng muka kecantikan, balsem bibir dan semua warna rambut. Terdapat juga diskaun 30% untuk semua produk pelangsingan badan, vitamin dan pemangkin kecantikan, serta Baucar Tunai Guardian RM20 dengan pembelian produk Penjagaan Kesihatan bernilai RM188.

Dalam suasana perayaan yang penuh kegembiraan dan harmoni ini, pelanggan boleh membeli-belah di semua stor fizikal dan dalam talian Guardian untuk Pek Hadiah CNY yang memuatkan rangkaian produk kesihatan dan kesejahteraan mulai 27 Disember hingga 12 Februari 2024 untuk dihadiahkan kepada yang tersayang yang tinggal berjauhan. Ini termasuk Pek Hadiah CNY daripada Brands, Kinohimitsu, Ensure Gold dan Ecolite.

Guardian CNY 2024 New Year Pack Sales
Pek Hadiah CNY daripada Guardian

“Jadikan Tahun Baru Lunar ini menakjubkan dengan mengunjungi stor Guardian terdekat anda atau dalam talian untuk mendapatkan hadiah CNY kesihatan dan kesejahteraan untuk diri anda dan yang tersayang.” tambah Anna.

Tonton video Tahun Baru Cina daripada Guardian yang menampilkan Jestina Kuan di bawah:


Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy
YouTube: @Guardian MY
Telegram: @GuardianMY

#GuardianMYApp
#guardianMy

Guardian dan NIVEA Sumbang RM50,000 Untuk Pusat Kebajikan Pendidikan Kanak-Kanak

Petaling Jaya, 15 Januari 2024: Jenama Penjagaan Kulit Nombor Satu*, NIVEA dengan kerjasama Guardian Malaysia telah berjaya menyiapkan program pengubahsuaian di dua pusat pendidikan komuniti yang dikendalikan oleh organisasi bukan kerajaan, Persatuan Kebajikan Suriana.

Guardian dan Nivea sumbang rm50,000
Guardian dan NIVEA bersama-sama dalam menjayakan Tanggungjawab Sosial Korporat.

Projek pengubahsuaian Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), yang dinamakan “Share The Care, You Buy, We Donate” ini adalah hasil daripada kempen yang dijalankan oleh NIVEA dan Guardian yang mengumpul RM50,000 untuk menampung kos membaik pulih dua pusat pendidikan.

Sepanjang tempoh kempen dari 2 Oktober hingga 31 Oktober 2023, setiap belian produk NIVEA bernilai RM50 dan ke atas dalam satu resit, RM2 disumbangkan kepada projek CSR ini.

Kedua-dua pusat pendidikan yang dikendalikan oleh Persatuan Kebajikan Suriana itu bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak miskin bandar menerusi pendidikan yang holistik disamping memperkuatkan sinergi antara penjaga dan ibu bapa melalui penglibatan yang berterusan. Menyediakan sebuah ruang yang selamat untuk kanak-kanak dan ibu bapa merupakan sebahagian daripada matlamat “Transformasi Komuniti Menerusi Pendidikan” persatuan itu.

Anna Hull, Pengarah Komersil, Guardian Malaysia berkata; “Kami sangat gembira untuk berkolaborasi dengan NIVEA Malaysia khususnya dalam projek CSR pengubahsuaian ini bagi membantu 91 kanak-kanak Desa Mentari di Petaling Jaya dan Desa Ria di Kuala Lumpur. Pusat Pendidikan Suriana memerlukan pembaikan dan pengubahsuaian agar persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusif dapat disediakan untuk kanak-kanak ini belajar dan menimba ilmu. Kami berharap dengan pusat yang telah dibaikpulih ini, Suriana dapat mengambil lebih ramai kanak-kanak kerana senarai menunggu pun agak panjang.”

*Euromonitor International Limited; NIVEA mengikut nama jenama induk dalam kategori Penjagaan Badan, Penjagaan Wajah dan Penjagaan Tangan; dari segi nilai runcit, 2022.

Ng Hock Guan, Pengurus Negara, Beiersdorf Malaysia dan Singapura, berkata:  “NIVEA berbangga menjadi sebahagian daripada projek yang penting dan bermakna ini, yang mana ia juga selaras dengan matlamat CSR kami untuk “Care Beyond Skin”. Kami berharap projek ini akan terus memberi impak baik kepada kanak-kanak miskin bandar, dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Kebajikan Suriana atas usaha-usaha kebajikan yang telah mereka lakukan selama ini. Ucapan terima kasih juga kepada Guardian Malaysia, yang bermurah hati untuk bekerjasama dengan kami dalam projek ini dan kepada semua pengguna setia NIVEA yang telah menyumbang untuk projek yang penting ini,” kata beliau.

Pengubahsuaian yang dilakukan di pusat pendidikan Desa Ria termasuk:

New classroom renovation at Desa Ria
Bilik kelas baharu yang sudah diubah suai di Desa Ria.
  1. Pemasangan Sistem TV Litar Tertutup (CCTV)
  2. Jubin lantai baru di dalam dewan
  3. Sistem paip air baharu
  4. Kipas dinding dan kipas siling baharu
  5. Cat baharu
Manakala di pusat pendidikan Desa Mentari, pengubahsuaian termasuk:

New store room for Desa Mentari Children
Pantri dan stor baharu di Desa Mentari.
  1. Sebuah pantri dan bilik stor baharu
  2. Penggantian pili, sinki dan paip di dalam tandas
  3. Pemasangan rak dan papan putih serta rak kasut beserta kunci di kawasan pintu masuk



Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy
YouTube: @Guardian MY
Telegram: @GuardianMY
#GuardianMYApp
#guardianMy

Sunday, 7 January 2024

Guardian Melancarkan Set Koleksi Edisi Terhad SPYxFAMILY

Kuala Lumpur, 6 Januari 2024: Guardian dengan bangganya melancarkan Siri terhad Koleksi barangan salah satu siri manga terlaris di Jepun dan siri televisyen adaptasi anime iaitu SPYxFAMILY. Dalam siri edisi terhad ini, terdapat empat koleksi boleh didapati peminat di semua stor Guardian dan di atas talian melalui Guardian Online Store.

guardian-spxfamily-limited-edition-set-collection-2024
Set Koleksi Edisi Terhad Guardian SPYxFAMILY

Sedikit pengenalan, SPY×FAMILY merupakan sebuah siri manga Jepun yang ditulis dan dilukis oleh Tatsuya Endo. Manga ini mengisahkan tentang misi penyamaran seorang pengintip yang bernama Loid berkahwin dengan Yor dan mengambil anak angkat bernama Anya untuk meneruskan sebahagian daripada penyamarannya. Tanpa Loid sedari, Anya memiliki kuasa telepati dan Yor pula ialah seorang pembunuh upahan yang handal. Ketiga-tiga mereka perlu berusaha untuk kekal bersama untuk kepentingan mereka tersendiri.

Sebagai sebuah siri web animasi, SPYxFAMILY telah dipilih sebagai Komik Web Paling Popular Nombor 1 pada 2019 dan telah mencecah 480 juta tontonan pada Ogos 2022. Menjelang Disember 2023, SPYxFAMILY telah mencapai lebih 34 juta edaran, menjadikannya salah satu siri manga terlaris di pasaran.

Dengan kesempatan ini, Guardian tidak melepaskan peluang untuk bekerjasama dengan SPYxFAMILY dalam mengeluarkan empat set koleksi edisi terhad buat penggemar siri manga ini yang tidak boleh didapati di mana-mana selain daripada Guardian.

Set Barangan Koleksi adalah seperti berikut:

1. Loid Collection

guardian-spxfamily-limited-edition-set-collection-2024-loid-forger

- Sempena watak bapa dalam siri anime ini iaitu Loid Forger. 
- Bernilai RM199
- Boleh didapati bermula 27 Disember 2023 sehingga 10 Januari 2024
- Didatangkan dalam Kotak Rekaan Loid khas yang mengandungi satu sarung komputer riba 14 inci, satu pemegang telefon akrilik Loid dan pelekat kalis air lentikular Loid.

2. Yor Collection

guardian-spxfamily-limited-edition-set-collection-2024-Yor-Briar-Forger

- Sempena watak ibu dalam siri anime tersebut. 
- Bernilai RM199
- Boleh didapati mulai 11 Januari 2024 sehingga 24 Januari 2024
- Didatangkan dalam Kotak Rekaan Yor khas yang mengandungi satu uncang Yor Beauty, satu rantai kunci akrilik Yor beserta cermin dan pelekat kalis air lentikular Yor.

3. Anya Collection  

guardian-spxfamily-limited-edition-set-collection-2024-Anya-Forger

- Sempena watak anak perempuan dalam siri anime itu. 
- Bernilai RM230 
- Boleh didapati 25 Januari 2024 hingga 7 Februari 2024 
- Didatangkan dengan Kotak Rekaan Anya khas mengandungi satu fail Anya bersaiz A4, satu kotak puzzle 500 keping Anya, satu pek kad permainan memori Anya dan pelekat kalis air lentikular Anya.

4. Forger Series Collection

- Bakal dikeluarkan pada 28hb Februari 2024

Keempat-empat koleksi yang dikeluarkan secara berperingkat ini boleh dimiliki dengan harga RM99 sahaja dengan PwP (Purchase with Purchase) dengan pembelian minimum RM20 dengan jenama terpilih atau RM50 dengan jenama yang lain dalam satu resit.

Jenama terlibat dalam PwP ini ialah Aiken, Bio Essence, Lóreal Dermo-Expertise, Eucerin, Garnier, Lóreal, Maybelline, Nivea Skin dan Sunsilk

Anna Ng, Pengarah Pemasaran, Guardian Malaysia berkata,“Ini adalah peluang keemasan untuk mengumpul beberapa koleksi edisi terhad yang hebat daripada salah satu siri manga dan anime paling popular pernah dihasilkan di Jepun, yang mungkin boleh menjadi barangan kegilaan pengumpul di masa hadapan. Lebih menarik, ia juga memuatkan barangan praktikal yang menepati gaya hidup aktif pelanggan kami. Jadi segeralah berkunjung ke stor Guardian berdekatan anda untuk mendapatkan set koleksi istimewa ini sebelum terlambat."

Sementara itu juga, telah berlangsung pelancaran koleksi ini di MyTown Cheras yang mempamerkan ketiga-tiga koleksi terawal Guardian SPYxFAMILY, promosi Guardian lain, pertandingan pakaian Cosplayer terbaik dan ruangan bergambar bersama mock up SPYxFAMILY yang menarik. Boleh lihat video di bawah:



Jom dapatkan keempat-empat koleksi terhad Guardian SPYxFAMILY yang menarik ini di stor Guardian berdekatan anda atau stor Guardian atas talian sekarang!

#GuardianMYApp
#guardianMy
#guardianspyxfamily