Tuesday, 16 January 2024

Guardian dan NIVEA Sumbang RM50,000 Untuk Pusat Kebajikan Pendidikan Kanak-Kanak

Petaling Jaya, 15 Januari 2024: Jenama Penjagaan Kulit Nombor Satu*, NIVEA dengan kerjasama Guardian Malaysia telah berjaya menyiapkan program pengubahsuaian di dua pusat pendidikan komuniti yang dikendalikan oleh organisasi bukan kerajaan, Persatuan Kebajikan Suriana.

Guardian dan Nivea sumbang rm50,000
Guardian dan NIVEA bersama-sama dalam menjayakan Tanggungjawab Sosial Korporat.

Projek pengubahsuaian Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), yang dinamakan “Share The Care, You Buy, We Donate” ini adalah hasil daripada kempen yang dijalankan oleh NIVEA dan Guardian yang mengumpul RM50,000 untuk menampung kos membaik pulih dua pusat pendidikan.

Sepanjang tempoh kempen dari 2 Oktober hingga 31 Oktober 2023, setiap belian produk NIVEA bernilai RM50 dan ke atas dalam satu resit, RM2 disumbangkan kepada projek CSR ini.

Kedua-dua pusat pendidikan yang dikendalikan oleh Persatuan Kebajikan Suriana itu bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak miskin bandar menerusi pendidikan yang holistik disamping memperkuatkan sinergi antara penjaga dan ibu bapa melalui penglibatan yang berterusan. Menyediakan sebuah ruang yang selamat untuk kanak-kanak dan ibu bapa merupakan sebahagian daripada matlamat “Transformasi Komuniti Menerusi Pendidikan” persatuan itu.

Anna Hull, Pengarah Komersil, Guardian Malaysia berkata; “Kami sangat gembira untuk berkolaborasi dengan NIVEA Malaysia khususnya dalam projek CSR pengubahsuaian ini bagi membantu 91 kanak-kanak Desa Mentari di Petaling Jaya dan Desa Ria di Kuala Lumpur. Pusat Pendidikan Suriana memerlukan pembaikan dan pengubahsuaian agar persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusif dapat disediakan untuk kanak-kanak ini belajar dan menimba ilmu. Kami berharap dengan pusat yang telah dibaikpulih ini, Suriana dapat mengambil lebih ramai kanak-kanak kerana senarai menunggu pun agak panjang.”

*Euromonitor International Limited; NIVEA mengikut nama jenama induk dalam kategori Penjagaan Badan, Penjagaan Wajah dan Penjagaan Tangan; dari segi nilai runcit, 2022.

Ng Hock Guan, Pengurus Negara, Beiersdorf Malaysia dan Singapura, berkata:  “NIVEA berbangga menjadi sebahagian daripada projek yang penting dan bermakna ini, yang mana ia juga selaras dengan matlamat CSR kami untuk “Care Beyond Skin”. Kami berharap projek ini akan terus memberi impak baik kepada kanak-kanak miskin bandar, dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Kebajikan Suriana atas usaha-usaha kebajikan yang telah mereka lakukan selama ini. Ucapan terima kasih juga kepada Guardian Malaysia, yang bermurah hati untuk bekerjasama dengan kami dalam projek ini dan kepada semua pengguna setia NIVEA yang telah menyumbang untuk projek yang penting ini,” kata beliau.

Pengubahsuaian yang dilakukan di pusat pendidikan Desa Ria termasuk:

New classroom renovation at Desa Ria
Bilik kelas baharu yang sudah diubah suai di Desa Ria.
  1. Pemasangan Sistem TV Litar Tertutup (CCTV)
  2. Jubin lantai baru di dalam dewan
  3. Sistem paip air baharu
  4. Kipas dinding dan kipas siling baharu
  5. Cat baharu
Manakala di pusat pendidikan Desa Mentari, pengubahsuaian termasuk:

New store room for Desa Mentari Children
Pantri dan stor baharu di Desa Mentari.
  1. Sebuah pantri dan bilik stor baharu
  2. Penggantian pili, sinki dan paip di dalam tandas
  3. Pemasangan rak dan papan putih serta rak kasut beserta kunci di kawasan pintu masuk



Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy
YouTube: @Guardian MY
Telegram: @GuardianMY
#GuardianMYApp
#guardianMy

No comments:

Post a Comment