Saturday, 28 December 2024

CONBOO Lancar CONBOO SCENTS, Haruman Premium Lelaki dan Wanita dan BEAU3 MILK

Jenama baharu yang menaja ABPH 2024 ini tidak lagi asing dengan membawa semangat keyakinan, CONBOO, kini melancarkan dua produk utama, iaitu BEAU3 MILK dan CONBOO SCENTS. 


Produk ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memenuhi keperluan pengguna yang ingin tampil yakin dan menawan dalaman dan luaran. Berpegang kepada tagline “INSPIRASI KEYAKINANMU”, CONBOO menjanjikan kualiti terbaik dengan harga mampu milik.

BEAU3 MILK – Rahsia Kulit Cerah Berseri



BEAU3 MILK ialah susu kecantikan pertama keluaran CONBOO yang dirumus khas untuk membantu memutihkan dan mencerahkan kulit secara semula jadi. Mengandungi kombinasi bahan-bahan premium seperti Susu Kambing, Vitamin C, Glutathione, dan Sarang Burung, produk ini memberikan nutrisi yang diperlukan untuk kulit sihat dan berseri.

BEAU3 MILK didatangkan dengan empat perisa lazat iaitu Strawberry, Melon, Banana, dan Chocolate, sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Selain mencerahkan kulit, ia juga membantu mengurangkan jerawat / jeragat serta membantu menganjalkan kulit.

CONBOO SCENTS – Haruman Elegan untuk Lelaki dan Wanita


Bagi pencinta haruman, CONBOO mempersembahkan CONBOO SCENTS, koleksi minyak wangi premium dengan kepekatan Eau De Parfum. Dengan isipadu 30ml, koleksi ini menawarkan dua pilihan eksklusif untuk lelaki: CELESTE D’OR dan AMBRE ROYALE, serta dua haruman mewah untuk wanita: BELLE OPULENCE dan GOLDEN ECLAT.

Setiap botol dijual pada harga istimewa RM49.90, menjadikannya pilihan terbaik untuk anda yang menginginkan haruman tahan lama dengan sentuhan elegan.

Hannah Delisha – Duta CONBOO


Menambah daya tarikan jenama ini, CONBOO telah memilih selebriti terkenal, Hannah Delisha, sebagai duta rasmi. Dengan keperibadian ceria, suara merdu, dan bakat lakonan yang menyerlah, Hannah melambangkan keyakinan yang menjadi inspirasi utama jenama ini. 

Pada masa yang sama, Hannah Delisha mengakui dengan mengamalkan BEAU3 MILK, Hannah rasa lebih bertenaga dan kulitnya tidak kusam lagi. Kini Hannah juga turut menyukai keempat-empat wangian CONBOO SCENTS yang dipakainya ketika pelancaran di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur hari ini.

Pembelian Mudah di Platform Rasmi

Produk CONBOO boleh didapati melalui media sosial rasmi di Instagram dan TikTok @conbooofficial. Pada masa yang sama, segala aktiviti, promosi dan maklumat produk juga dikongsi dalam media sosial rasmi ini.

Menurut Pengarah CONBOO International, Encik Mohamad Noor Syauqi Bin Mohammad
Shatiee turut berkata bahawa CONBOO juga bakal mengeluarkan beberapa produk di masa hadapan yang membantu orang di luar sana untuk meningkatkan keyakinan diri. 

CONBOO bukan sekadar jenama kecantikan, ia merupakan simbol keyakinan diri. Sertai ribuan pengguna lain dan rasai sendiri kehebatan produk-produk ini. Tampil yakin, berseri, dan harum dengan CONBOO – INSPIRASI KEYAKINANMU!

Friday, 6 December 2024

Pemenang Biasiswa Siswi SAFI Edisi Pertama 2024

Subang Jaya, 6 Disember 2024 — Pendidikan adalah kunci untuk memperkasa wanita dan mengubah kehidupan mereka. Sebagai jenama yang komited kepada pemberdayaan wanita, SAFI, jenama Halal No. 1 di Malaysia, bangga menyokong wanita Malaysia dalam membentuk masa depan mereka melalui Program Biasiswa Siswi SAFI. 

Edisi pertama program ini memberikan biasiswa kepada enam siswi cemerlang dari 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Langkah Memperkasa Wanita

Kazlina Mohd Kassim, Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat SAFI, berkongsi bahawa Program Biasiswa Siswi SAFI adalah kesinambungan misi dan visi jenama ini. “Sebagai jenama penjagaan kulit halal tempatan yang telah berada di pasaran lebih 30 tahun, kami ingin terus menjadi rakan setia kepada setiap wanita, bukan hanya dengan meningkatkan keyakinan diri mereka melalui produk SAFI yang diformulasikan khas untuk wanita Malaysia, tetapi juga dengan membantu mereka mencapai potensi terbaik dan kejayaan yang lebih tinggi,” jelas beliau.

Kazlina Mohd Kassim, Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat SAFI

Dilancarkan pada April 2024, program ini mendapat sambutan yang luar biasa dengan lebih daripada 900 penyertaan melalui laman web Biasiswa Siswi SAFI. Untuk melayakkan diri, setiap peserta diminta menghantar video pengenalan diri, selepas itu 40 siswi yang memenuhi kriteria dan aspirasi jenama SAFI disenarai pendek untuk menyertai bootcamp dalam talian.


Dalam bootcamp ini, mereka dinilai berdasarkan kemahiran komunikasi, kreativiti, dan kerjasama melalui cabaran penyediaan proposal. Akhirnya, enam siswi yang menunjukkan dedikasi luar biasa dipilih sebagai penerima biasiswa.

Memperkasa Wanita Muda Malaysia

Kazlina turut menekankan visi program ini untuk memperkasa wanita muda, terutamanya mereka yang kurang berkemampuan. “Matlamat kami adalah untuk menyokong wanita muda dalam usaha mereka menuntut ilmu di peringkat universiti, memastikan mereka mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mencapai kejayaan akademik dan profesional,” katanya.

Beliau juga menegaskan komitmen SAFI terhadap tanggungjawab sosial korporat: “SAFI percaya dalam memberi kembali kepada masyarakat, dan Program Biasiswa Siswi SAFI adalah bukti dedikasi kami untuk membantu membangunkan komuniti serta menyokong masa depan generasi muda.”

Seminggu Bersama SAFI: Pembangunan Kerjaya dan Perkembangan Diri

Sebagai sebahagian daripada program ini, penerima biasiswa juga diberi peluang untuk menyertai inisiatif "Seminggu bersama SAFI", yang termasuk lawatan sambil belajar untuk menyokong perkembangan kerjaya dan pembangunan diri.

Kenali Penerima Biasiswa Siswi SAFI

Enam siswi yang terpilih untuk menerima Biasiswa Siswi SAFI adalah:

Aishah Umairah Binti Ariffin dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang

Alia Lai Binti Mohd Fikri Lai dan Nurfadhilah Binti Ab Hamid dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak

Puteri Nurdiayanatul Akmal Binti A Rahman dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor

Nurul Fatihah Binti Suhaimi dari Universiti Malaya (UM) Petaling Jaya

Nor Alya Farisah Binti Nor Azman dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi

Untuk layak menerima biasiswa ini, para siswi perlu mempunyai CGPA sekurang-kurangnya 3.0 dan aktif dalam aktiviti yang seiring dengan misi SAFI untuk memperkasa wanita serta memacu masa depan mereka.

Suara Penerima Biasiswa: Cerita Inspirasi

Aishah Umairah Ariffin, seorang penerima dari Universiti Putra Malaysia, berkongsi bahawa Biasiswa Siswi SAFI telah membantu meringankan beban kewangan keluarganya. Dengan biasiswa ini, beliau merasa lebih yakin untuk menumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran. “Selain itu, biasiswa ini juga memberi saya motivasi untuk belajar dengan lebih efisien dan selesa,” katanya.

Bagi Nor Alya Farisah Nor Azman dari Universiti Kebangsaan Malaysia, program ini menawarkan peluang yang sangat berbeza. “Apa yang menarik minat saya untuk menyertai program Biasiswa Siswi SAFI adalah misi dan visi jenama ini yang memfokuskan kepada pemerkasaan wanita dan menguatkan keyakinan diri secara menyeluruh,” ujarnya. “Sebagai seorang wanita yang berwawasan dan bercita-cita tinggi, saya sangat bersyukur kerana SAFI memberi peluang untuk saya merealisasikan impian dan mencapai kejayaan.”

Masa Depan Penuh Peluang

SAFI berharap Program Biasiswa Siswi SAFI ini akan terus menjadi sumber inspirasi kepada wanita muda untuk membentuk masa depan mereka, cemerlang dalam pelajaran, dan menjadi contoh kejayaan serta perubahan dalam komuniti mereka.

Dengan inisiatif seperti ini, SAFI bukan hanya sekadar jenama produk kecantikan—SAFI adalah pembawa harapan dan peluang kepada setiap wanita di Malaysia. Melalui program biasiswa ini, SAFI membuktikan bahawa apabila wanita diberi peluang pendidikan, mereka boleh mencapai kecemerlangan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan melihat lebih produk daripada SAFI Malaysia boleh layari https://safi.com.my/

KAFE DENGAN PEMANDANGAN TAMAN DAN MENARA KEMBAR, PARKVIEW CAFÉ KLCC KINI DIBUKA

KUALA LUMPUR, 5 DISEMBER 2024 – Nikmati makanan yang sedap dengan pemandangan keindahan alam semula jadi yang berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Parkview Café sentiasa menerima pengunjung untuk pengalaman yang indah.

Lokasi yang stratergik

Dilancarkan sebagai ruang makan dan ruang acara serba boleh, Parkview Café menampilkan pemandangan latar langit Kuala Lumpur yang menakjubkan, kehijauan Taman KLCC seluas 50 ekar dan Menara Berkembar Petronas untuk suasana yang sempurna untuk setiap majlis. Kafe ini menawarkan makanan tempatan yang menyelerakan dan menampilkan salah satu pemandangan bandar paling indah di seluruh dunia.

Selain itu, kafe ini mudah dikunjungi oleh semua orang kerana boleh dikunjungi menggunakan pengangkutan awam seperti tren LRT stesen KLCC. 

Menu Parkview Café

Menu kafe ini mempamerkan warisan masakan Malaysia yang pelbagai, dengan tumpuan kepada bahan-bahan segar dan sumber tempatan. Mengutamakan amalan kelestarian, Parkview Café menawarkan lebih daripada sekadar hidangan - ia meraikan kepelbagaian cita rasa Malaysia sambil menyokong para petani dan pembekal tempatan.

Makanan yang disediakan penuh teliti

Kari ikan dan nasi (Snapper Curry with rice)

“Apabila kami memperkenalkan Parkview Café, matlamat kami adalah untuk mencipta lebih daripada sekadar tempat makan,” kata John Burke, Pengurus Besar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 

“Sama ada untuk menikmati kopi bersama rakan-rakan atau untuk menganjurkan acara berlatarbelakangkan pemandangan yang memukau, Parkview Café ialah ruang yang direka bentuk untuk memberi inspirasi. Ia merupakan tempat yang sempurna untuk memupuk hubungan antara satu sama lain dan juga untuk mencipta detik-detik istimewa.”

John Burke (kiri) bersama salah seorang Chef Parkview Café

Kapasi dan ruang Parkview Café

Dengan kapasiti yang boleh memuatkan seramai 120 orang untuk menjamu selera di kafe dan 70 orang untuk penganjuran pelbagai acara, Parkview Café menawarkan persekitaran mesra yang memenuhi setiap keperluan.  Sebagai ruang untuk beristirahat, makan tengah hari bersama rakan-rakan atau ruang elegan untuk meraikan sesuatu yang istimewa, kafe ini boleh dijadikan pilihan utama anda. Dengan susun atur ruang yang fleksibel dan perkhidmatan yang luar biasa, ia menjadi tempat yang sempurna untuk acara korporat, sosial ataupun eksklusif.

“Dengan pemandangan yang menakjubkan, perkhidmatan yang luar biasa dan tawaran serba boleh, Parkview Café meningkatkan reputasi Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sebagai destinasi utama untuk tujuan perniagaan dan sosial,” kata John.


Kunjungi dan ikuti media sosial Parkview Café

Kuala Lumpur kini menuju ke hab global untuk inovasi dan hospitaliti, dan Parkview Café bersedia untuk menawarkan hidangan dan ruang penganjuran acara yang menampilkan perkhidmatan luar biasa kepada tetamu tempatan mahupun antarabangsa untuk pengalaman berlatarbelakangkan pusat bandaraya Kuala Lumpur yang terbaik.

Parkview Café
Lokasi: Parkview Café, Aras 1, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur, Malaysia (Tengah-tengah, berhadapan dengan lif. Boleh juga menggunakan tangga yang berada di kiri dan kanan lif)
Hari operasi: Setiap hari
Waktu operasi: 10am-6pm

*Tidak memiliki sijil halal, makanan yang disediakan tidak mengandungi bahan yang tidak halal. Namun kafe ada menjual minuman beralkohol.

Jika anda ingin mengetahui butiran lanjut atau ingin menempah ruang acara di Parkview Café boleh layari laman web https://www.klccconventioncentre.com/visitors/dining-in-klcc . Juga ikuti laman Facebook dan Instagram rasmi Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di https://www.facebook.com/klccconventioncentre/ dan https://www.instagram.com/klccconventioncentre/




Wednesday, 4 December 2024

AFP DEC 2024: SAMBUT TAHUN BARU CINA 2025 DENGAN PERAYAAN GAYA YANG BERANI

KUALA LUMPUR, 4 Disember – AEON Malaysia mengajak anda untuk meraikan Tahun Baru Cina 2025 dengan cara yang baru melalui Tinjauan Fesyen terbarunya, yang menggabungkan tradisi, gaya, dan transformasi. Berdasarkan tema 满 (kelimpahan), koleksi tahun ini diilhamkan oleh Tahun Ular, yang melambangkan pembaharuan, cita-cita, dan kemakmuran. 


Dalam kerjasama yang bersejarah dengan tokidoki, jenama gaya hidup global yang sangat digemari, koleksi TAHUN BARU CINA AEON mentakrifkan semula fesyen perayaan dengan menggabungkan estetik ceria dengan tradisi yang kekal. Kerjasama ini membawa barisan pakaian dan aksesori yang menakjubkan, yang bermakna dan bergaya pada masa yang sama.

Untuk pertama kalinya, kerjasama AEON dengan tokidoki memperkenalkan sentuhan menarik kepada koleksi perayaan. Watak-watak yang ceria dan corak berani memberi kehidupan kepada t-shirt besar, samfu, dan aksesori, yang direka untuk audiens muda dan keluarga.

"Pakaian adalah jantung bagi setiap perayaan, menetapkan suasana dan menghidupkan tradisi," kata Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran AEON.

"Namun, perayaan sebenar melampaui fesyen – ia tentang mewujudkan hubungan yang bermakna, merangkul kegembiraan, dan memastikan keterbukaan untuk semua. Dengan koleksi Tahun Baru Cina kami, kami menyediakan pakaian perayaan yang direka dengan teliti untuk semua, menggabungkan elemen tradisional dengan tren moden. Kerjasama kami dengan tokidoki menggambarkan perkara ini, menawarkan gaya kreatif yang memberi kuasa kepada individu untuk meraikan musim ini dengan keyakinan, keaslian, dan rasa memiliki."

Simone Legno, Pengarah Kreatif tokidoki, berkongsi tentang sentuhan tokidoki, "Kami sangat teruja untuk membawa daya tarikan ikonik tokidoki ke dalam koleksi TAHUN BARU CINA AEON. Bersama-sama, kami mencipta gabungan tradisi dan gaya kontemporari yang meraikan musim ini dengan cara yang menarik."

Rasakan Kegembiraan 满 Pada Musim Perayaan Ini

Tinjauan Fesyen TAHUN BARU CINA AEON 2025 menawarkan sesuatu untuk semua, menangkap intipati 满 – kelimpahan dalam gaya, kreativiti, dan perayaan. Dengan reka bentuk serba boleh, kerjasama yang berfikir, dan fokus yang tidak tergoyahkan pada kualiti, AEON memastikan apa yang anda pakai benar-benar menggambarkan bagaimana anda meraikannya.

Raikan Tahun Ular dengan kelimpahan, gaya, dan daya tarikan tokidoki yang tidak boleh disangkal.

Fesyen dengan Tujuan: Inklusiviti dan Kelestarian

AEON terus komited terhadap kelestarian dan kemampuan, memastikan setiap produk menggabungkan keahlian moden dengan amalan mesra alam. Dengan harga antara RM49 hingga RM199, koleksi ini mengundang semua pelanggan untuk bersama-sama merasai kegembiraan dan kelimpahan musim ini.

Sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) 8 dan 15, AEON mengukuhkan misinya untuk mempromosikan inklusiviti dan amalan perniagaan yang bertanggungjawab.

Sebuah Perayaan Kepelbagaian, Kreativiti, dan Inklusiviti

Jenama dalaman AEON yang terkenal—Scar, Plus Collection, Arcadia, Crème, Guys' Vision (GV), dan ti:zed—menonjol dengan reka bentuk serba boleh untuk setiap personaliti, saiz, dan majlis. Sama ada pakaian perayaan yang ceria untuk perjumpaan keluarga atau sofistikasi yang tidak mencolok untuk makan malam istimewa, koleksi ini sesuai untuk semua, dari XS hingga 3XL. 


Scar
Barisan Scar yang diperbaharui menggabungkan elemen muda dengan keanggunan perayaan, menawarkan atasan brokat, tekstur terukir, dan organza bertindik dalam rona pastel, biru denim, merah TAHUN BARU CINA klasik, dan tona bumi yang dalam. Dengan saiz dari XS hingga 3XL dan harga bermula dari RM49, Scar memastikan perayaan anda sebergaya yang ia bersejarah. 

Plus Collection
Meraikan kecantikan dalam semua bentuk dan saiz, Plus Collection menawarkan reka bentuk berani yang memberi keyakinan dengan fabrik mewah seperti satin dan sulaman. Dari pakaian harian yang selesa hingga penampilan malam yang menonjol, harga antara RM59 hingga RM199, menjanjikan TAHUN BARU CINA yang meriah dan inklusif untuk semua.

Arcadia
Dikenali dengan fabrik yang mudah bernafas dan potongan serba boleh, Arcadia memperkenalkan linen yang ringan dan bunga abstrak dalam barisan 2025. Koleksi ini beralih dengan lancar antara perayaan tradisional dan keluar santai, dengan harga dari RM69 hingga RM159.

Crème
Bagi mereka yang mencari keanggunan halus, Crème menawarkan pakaian perayaan yang kekal dengan bahan jacquard, chiffon, dan sulaman rumit. Dengan rona merah mawar yang dalam dan monokrom klasik, koleksi ini menyampaikan sofistikasi untuk semua majlis, dengan harga antara RM69 hingga RM199.


Guys’ Vision (GV) dan ti:zed
Jenama pakaian lelaki AEON menggabungkan gaya santai dengan pesona perayaan. Dari t-shirt besar bercetak tokidoki hingga samfu yang serasi, koleksi ini menampilkan warna dinamik seperti merah, emas, dan biru laut. Dengan saiz dari S hingga 2XL dan harga antara RM29 hingga RM139, koleksi ini membawa sentuhan moden ke dalam perayaan tradisional.
 

Kini anda boleh mendapatkan kesemua koleksi di AEON Mall. Untuk melihat pelbagai koleksi dan maklumat lanjut sila layari https://aeonretail.com.my/.