Friday, 6 December 2024

KAFE DENGAN PEMANDANGAN TAMAN DAN MENARA KEMBAR, PARKVIEW CAFÉ KLCC KINI DIBUKA

KUALA LUMPUR, 5 DISEMBER 2024 – Nikmati makanan yang sedap dengan pemandangan keindahan alam semula jadi yang berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Parkview Café sentiasa menerima pengunjung untuk pengalaman yang indah.

Lokasi yang stratergik

Dilancarkan sebagai ruang makan dan ruang acara serba boleh, Parkview Café menampilkan pemandangan latar langit Kuala Lumpur yang menakjubkan, kehijauan Taman KLCC seluas 50 ekar dan Menara Berkembar Petronas untuk suasana yang sempurna untuk setiap majlis. Kafe ini menawarkan makanan tempatan yang menyelerakan dan menampilkan salah satu pemandangan bandar paling indah di seluruh dunia.

Selain itu, kafe ini mudah dikunjungi oleh semua orang kerana boleh dikunjungi menggunakan pengangkutan awam seperti tren LRT stesen KLCC. 

Menu Parkview Café

Menu kafe ini mempamerkan warisan masakan Malaysia yang pelbagai, dengan tumpuan kepada bahan-bahan segar dan sumber tempatan. Mengutamakan amalan kelestarian, Parkview Café menawarkan lebih daripada sekadar hidangan - ia meraikan kepelbagaian cita rasa Malaysia sambil menyokong para petani dan pembekal tempatan.

Makanan yang disediakan penuh teliti

Kari ikan dan nasi (Snapper Curry with rice)

“Apabila kami memperkenalkan Parkview Café, matlamat kami adalah untuk mencipta lebih daripada sekadar tempat makan,” kata John Burke, Pengurus Besar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 

“Sama ada untuk menikmati kopi bersama rakan-rakan atau untuk menganjurkan acara berlatarbelakangkan pemandangan yang memukau, Parkview Café ialah ruang yang direka bentuk untuk memberi inspirasi. Ia merupakan tempat yang sempurna untuk memupuk hubungan antara satu sama lain dan juga untuk mencipta detik-detik istimewa.”

John Burke (kiri) bersama salah seorang Chef Parkview Café

Kapasi dan ruang Parkview Café

Dengan kapasiti yang boleh memuatkan seramai 120 orang untuk menjamu selera di kafe dan 70 orang untuk penganjuran pelbagai acara, Parkview Café menawarkan persekitaran mesra yang memenuhi setiap keperluan.  Sebagai ruang untuk beristirahat, makan tengah hari bersama rakan-rakan atau ruang elegan untuk meraikan sesuatu yang istimewa, kafe ini boleh dijadikan pilihan utama anda. Dengan susun atur ruang yang fleksibel dan perkhidmatan yang luar biasa, ia menjadi tempat yang sempurna untuk acara korporat, sosial ataupun eksklusif.

“Dengan pemandangan yang menakjubkan, perkhidmatan yang luar biasa dan tawaran serba boleh, Parkview Café meningkatkan reputasi Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sebagai destinasi utama untuk tujuan perniagaan dan sosial,” kata John.


Kunjungi dan ikuti media sosial Parkview Café

Kuala Lumpur kini menuju ke hab global untuk inovasi dan hospitaliti, dan Parkview Café bersedia untuk menawarkan hidangan dan ruang penganjuran acara yang menampilkan perkhidmatan luar biasa kepada tetamu tempatan mahupun antarabangsa untuk pengalaman berlatarbelakangkan pusat bandaraya Kuala Lumpur yang terbaik.

Parkview Café
Lokasi: Parkview Café, Aras 1, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur, Malaysia (Tengah-tengah, berhadapan dengan lif. Boleh juga menggunakan tangga yang berada di kiri dan kanan lif)
Hari operasi: Setiap hari
Waktu operasi: 10am-6pm

*Tidak memiliki sijil halal, makanan yang disediakan tidak mengandungi bahan yang tidak halal. Namun kafe ada menjual minuman beralkohol.

Jika anda ingin mengetahui butiran lanjut atau ingin menempah ruang acara di Parkview Café boleh layari laman web https://www.klccconventioncentre.com/visitors/dining-in-klcc . Juga ikuti laman Facebook dan Instagram rasmi Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di https://www.facebook.com/klccconventioncentre/ dan https://www.instagram.com/klccconventioncentre/




No comments:

Post a Comment