Saturday, 28 December 2024

CONBOO Lancar CONBOO SCENTS, Haruman Premium Lelaki dan Wanita dan BEAU3 MILK

Jenama baharu yang menaja ABPH 2024 ini tidak lagi asing dengan membawa semangat keyakinan, CONBOO, kini melancarkan dua produk utama, iaitu BEAU3 MILK dan CONBOO SCENTS. 


Produk ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memenuhi keperluan pengguna yang ingin tampil yakin dan menawan dalaman dan luaran. Berpegang kepada tagline “INSPIRASI KEYAKINANMU”, CONBOO menjanjikan kualiti terbaik dengan harga mampu milik.

BEAU3 MILK – Rahsia Kulit Cerah Berseri



BEAU3 MILK ialah susu kecantikan pertama keluaran CONBOO yang dirumus khas untuk membantu memutihkan dan mencerahkan kulit secara semula jadi. Mengandungi kombinasi bahan-bahan premium seperti Susu Kambing, Vitamin C, Glutathione, dan Sarang Burung, produk ini memberikan nutrisi yang diperlukan untuk kulit sihat dan berseri.

BEAU3 MILK didatangkan dengan empat perisa lazat iaitu Strawberry, Melon, Banana, dan Chocolate, sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Selain mencerahkan kulit, ia juga membantu mengurangkan jerawat / jeragat serta membantu menganjalkan kulit.

CONBOO SCENTS – Haruman Elegan untuk Lelaki dan Wanita


Bagi pencinta haruman, CONBOO mempersembahkan CONBOO SCENTS, koleksi minyak wangi premium dengan kepekatan Eau De Parfum. Dengan isipadu 30ml, koleksi ini menawarkan dua pilihan eksklusif untuk lelaki: CELESTE D’OR dan AMBRE ROYALE, serta dua haruman mewah untuk wanita: BELLE OPULENCE dan GOLDEN ECLAT.

Setiap botol dijual pada harga istimewa RM49.90, menjadikannya pilihan terbaik untuk anda yang menginginkan haruman tahan lama dengan sentuhan elegan.

Hannah Delisha – Duta CONBOO


Menambah daya tarikan jenama ini, CONBOO telah memilih selebriti terkenal, Hannah Delisha, sebagai duta rasmi. Dengan keperibadian ceria, suara merdu, dan bakat lakonan yang menyerlah, Hannah melambangkan keyakinan yang menjadi inspirasi utama jenama ini. 

Pada masa yang sama, Hannah Delisha mengakui dengan mengamalkan BEAU3 MILK, Hannah rasa lebih bertenaga dan kulitnya tidak kusam lagi. Kini Hannah juga turut menyukai keempat-empat wangian CONBOO SCENTS yang dipakainya ketika pelancaran di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur hari ini.

Pembelian Mudah di Platform Rasmi

Produk CONBOO boleh didapati melalui media sosial rasmi di Instagram dan TikTok @conbooofficial. Pada masa yang sama, segala aktiviti, promosi dan maklumat produk juga dikongsi dalam media sosial rasmi ini.

Menurut Pengarah CONBOO International, Encik Mohamad Noor Syauqi Bin Mohammad
Shatiee turut berkata bahawa CONBOO juga bakal mengeluarkan beberapa produk di masa hadapan yang membantu orang di luar sana untuk meningkatkan keyakinan diri. 

CONBOO bukan sekadar jenama kecantikan, ia merupakan simbol keyakinan diri. Sertai ribuan pengguna lain dan rasai sendiri kehebatan produk-produk ini. Tampil yakin, berseri, dan harum dengan CONBOO – INSPIRASI KEYAKINANMU!

No comments:

Post a Comment