Saturday 4 February 2023

Guardian Buat Jualan Mix & Match Penjimatan 60% Untuk Pertama Kali!

Kuala Lumpur, 2 Februari 2023 - Guardian telah melancarkan promosi Mix & Match buat pertama kalinya yang menawarkan penjimatan 60% untuk item belian kedua. Promosi jualan secara besar-besaran ini dilaksanakan di seluruh Guardian store seluruh negara bermula 1 Januari lepas.


Angela Teo, Ketua Pemasaran, Malaysia dan Brunei, Guardian Health and Beauty Asia Tenggara berkata, “Kami sentiasa mencari cara untuk memberikan nilai hebat kepada pelanggan kami dan pengalaman pelanggan yang lebih baik jadi disamping penjimatan hebat, kami kini menawarkan kepada pelanggan kami pilihan untuk mencampur dan memadankan apa yang mereka beli dan ini adalah tawaran pertama seumpanya oleh Guardian."

Angela Teo dalam ucapan perkenalannya.

“Untuk julung kalinya, pelanggan Guardian akan menikmati diskaun 60% untuk item belian kedua dan mereka dibenarkan untuk Mencampur dan Memadankan pilihan mereka daripada lebih 2,000 produk, yang merangkumi semua produk pupur muka, pembersih muka, penjagaan bibir, pewarna rambut dan deodoran", tambahnya lagi.

Ini bermaksud pelanggan boleh membeli dua produk yang sama atau mencampur aduk pembelian mereka tanpa membeli produk kedua yang sama jenis atau rangkaian. Contohnya:
  • Produk pertama (Produk rambut) + Produk kedua (Produk rambut)
  • Produk pertama (Produk rambut) + Produk kedua (Produk sabun mandian)
  • Produk pertama (Produk penjagaan wanita) + Produk kedua (Produk pencuci wajah)
  • Produk pertama (Produk kesihatan) + Produk kedua (Produk kecantikkan)
  • Dan pelbagai kombinasi pembelian produk yang terlibat.
Antara contoh gabungan produk terpilih.

*60% penjimatan harga akan diberikan kepada produk yang harganya lebih rendah.
*Produk terpilih sahaja (2000 lebih produk pilihan).

Pada masa yang sama, promosi ini membolehkan pelanggan dapat menjimatkan lebih banyak wang serta membeli apa yang diperlukan oleh mereka tanpa membeli produk ekstra. Perkara ini dapat membantu para pelanggan agar dapat mengawal perbelanjaan mereka dalam ekonomi yang semakin mencabar.

Promosi Mix & Match ini
berlangsung bermula pada 1 hingga 28 Februari 2023. Untuk melihat jenis produk yang terlibat dan meninjau promosi lain di Guardian boleh tekan link E-Catalogue di sini.

Jom singgah ke Guardian Store berdekatan anda sekarang.

[JUGA BACA : GUARDIAN PERKENAL BUNNY TWIN POM POM DAN BUN NEE DARI BUNNYVILLE]

#guardianmy
#guardianmixNmatch

Thursday 2 February 2023

Ingin Berduet Dengan Alif Syukri, Chef Faez Mahu Lebih Dikenali di Malaysia

Chef Faez ini merupakan jejaka yang berasal daripada negara Syria. Dia yang sudah tinggal di Malaysia pernah viral mengenai Crispy Kunafa yang menjadi ikutan peniaga lain di ibu kota. Chef Faez ini lah orang yang pertama membuatkan Kunafa itu ‘viral’, bahkan sentuhan makanan manisan itu menjadi tular di semua media sosial.


Dia yang sudah memiliki dua cawangan restoran ini tidak bercadang hanya untuk menjadi chef, dia ingin menceburkan diri ke bidang nyanyian. Dia juga ingin dikenali sebagai seorang penghibur yang suka menghiburkan orang dengan lakonan dan nyanyiannya. Chef Faez berharap agar orang Malaysia dapat menerimanya secara terbuka. 
Ketika menyatakan minatnya terhadap Alif Syukri.

“Saya ingin berduet bersama Alif Syukri jika ada peluang. Ini kerana Alif Syukri seorang yang bijak dalam membuatkan dirinya sering jadi sebutan. Apa sahaja yang dilakukan pasti tular. Ini adalah baik buat saya jika saya mampu menghasilkan lagu bersama beliau.”, katanya apabila ditanyakan siapa penyanyi yang dia ingin berkolaborasi.

“Lagu tersebut belum dihasilkan tapi dalam perancangan. Cadangannya saya ingin menyanyikan lagu dalam bahasa arab dan melayu agar lebih diterima ramai. Lagipun ramai yang mengenali saya di Malaysia dan Indonesia memahami bahasa melayu”, tambahnya lagi.

Dia yang masih bujang sebenarnya sudah menetap di Malaysia sejak sepuluh tahun lagi. Sebelum ini dia berada di Dubai selama enam tahun. Dia mengaku bahawa dia senang duduk di Malaysia dan ingin terus menetap di sini, oleh itu dia turut berancang untuk membuka lebih banyak cawangan restoran serta mengeluarkan beberapa produk seperti minyak wangi dan kosmetik.

Ini biodata ringkas Chef Faez: 

Chef Faez

Nama: Mohammad Faez
Usia: 34 Tahun
Lahir: 27hb Oktober 1988
Asal: Syria
Media sosial:

Instagram: https://instagram.com/cheffaez

Tiktok: https://www.tiktok.com/@cheffaez

Facebook: https://www.facebook.com/cheffaez1

Facebook: https://www.facebook.com/chefmohammadfaez

Chef Faez yang sudah terkenal di media sosial dengan pengikut lebih 70 ribu di Instagram berharap impiannya menjadi penyanyi serta mengembangkan bisnesnya di Malaysia termakbul pada tahun ini. Orang ramai boleh mengikuti Chef Faez di media sosial ataupun boleh berkunjung restoran Chef Faez di Kuala Lumpur dan Alor Star untuk bertemu dirinya.



Wednesday 1 February 2023

Review Filem Coast Guard : Ops Helang (2023)

Baca review filem Coast Guard : Ops Helang TANPA SPOILER di sini.

Filem ni akan ditayangkan pada 2 Februari ni, sebelum masuk ke review elok juga tau sikit sinopsis ringkas Filem Coast Guard: Ops Helang. Kalau dah tau sinopsis boleh skip ke bahagian review ok!

Sinopsis

Filem ni mengisahkan tentang Leftenan Maritim Hafiz yang dilakonkan oleh Saharul Ridzwan. Alkisahnya dia bawa lah tunang dan keluarganya ke pulau untuk tinggal di sana. Masa majlis tu juga, ada penjenayah serang dan culik mereka ni termasuklah tetamu lain. Dengan anggota MARITIM lain pun sekali dia rembat jadi tebusan.

Jadinya, Lefenan Maritim Melati yang dilakonkan oleh Julia Farhana ni lah yang ditugaskan menyiasat dan cari mereka ni. Krisis terjadi bila penjenayah ni degil piang nak mencabar si Hafiz dan Maritim sampailah orang Maritim ni buat operasi besar-besaran.

Sinopsis ni memang dari internet, bukan saya SPOIL. Baca macam dah penuh kan? Hahaha. Ok, jom ke review filem pula!

Review TANPA SPOILER

Gambar/video: Kualiti filem ni tak lah terlalu HD dan tak lah terlalu macam guna kamera lama. Masih puas juga waktu menonton filem ni. Babak awal perlawanan rasanya mereka pinjam jurukamera Mat Kilau kot, gegar amat ya. Entah kenapa suka sangat buat gegar yang teramat.

Dah lain-lain tu gegar sikit, hala sana sikit jadi nampak lah babak berlawan tu dengan jelas. 

Latar belakang: Bagi saya cerita ni bagus sebab tunjukkan kerja pasal Maritim. Tak ada lah cerita Maritim tapi babak bercinta makan semata-mata. Nampak lah ada aset Maritim digunapakai macam helikopter, bot, jet ski dan macam-macam. NAMPAK KEMARITIMANNYA! Ha gitu.

Cerita pun dekat laut, pulau dan gua gitu. Tapi agak klise sedikit lah beberapa latar belakang macam tempat penjenayah tu. Yang penting tak ganggu jalan cerita. 

Pelakon & skrip: Dalam cerita ni nasib pelakon utama memang menyerlah, pembantu pun baik. Cuma skrip yang ditulis untuk pelakon utama banyak skema berbanding pelakon pembantu. Sedikit ‘cringe’ dan kekok tapi nasib baik tak banyak skrip macam tu.

Saharul Ridzwan

Bab pelakon tambahan pula sedikit mengganggu, bayangkan babak ganas-ganas tapi tak rasa ganas. Haha. Cerita ni banyak guna pelakon yang dah ada nama dan orang kenal sebagai watak ekstra mati awal, kan bagus kalau mereka yang jadi penjenayah dapat juga bawa watak ganas tu.

Persoalan lain pula, kenapa Leftenan Muda Melati selalu pakai baju yang sama? Tak perlu tukar baju macam lain. Haha.

Julia Farhana

Jalan cerita: Secara general bagus lah. Cuma bila masuk bahagian nak cantuman cerita ke penelitian dia jadi macam ‘eh tiber’, umpama babak kena potong nak cukup kan masa, tergantung sedikit di sini tergantung sikit di sana. Bayangkan eh tiba ada mati, eh lepas tu apa? Ha.

Paling saya SUKA AMAT TERAMAT, cerita ni BANYAK AKSI. Pergh, tembak sana tembak sini, lawan sana, lawan sini. Baru lah filem aksi. Penjenayah jahat memang nampak jahat. Tak ada nak borak-borak lepas tu acah-acah, yihhh ingat dunia nyata penjenayah nak melayan? Bagi kejahatan terus. Hahaha.

Cuma kan babak akhir tu klise lah, nak juga masukkan babak borak. Bayangkan awal-awal tu nampak profesional lah anggota Maritim, hujung-hujung ada babak borak lawan. Yih. Nasib lah tak terlalu panjang. Hahaha.

Persoalannya juga, penjenayah ni mereka cari makan macam mana? Buat apa? Saya pun tak tau.

Review am: Saya tak bagi bintang rate ke apa tapi kalau kata suka atau tak, saya kata suka je. Saya fokus tengok cerita ni bahagian Maritim dan Aksi, dua-dua ni padat. Lain-lain tu kurang sikit tapi tak mengganggu sangat pun hatta orang yang edit ‘storyline’ ni tak ‘smooth’. 

Cerita ni akhirnya tak tergantung tapi macam ada babak ura-ura buat movie kedua. Kalau ada saya memang nak tengok. Harapan agar movie kedua nanti smooth je lah. Sebab saya suka filem aksi yang betul-betul aksi.

Bagi orang kat luar sana, sila tonton cerita ni! Berbaloi untuk ditonton!

Baca untuk Malam Gala Tayangan File Coast Guard di Tayangan Gala Coast Guard: Ops Helang

Tonton Filem di Pawagam

Tayangan ni tak lama sangat pun hanya berdurasi 85 minit. Sebab ada babak ganas, jangan bawa budak-budak menonton cerita ini.

Baik, sila tonton Filem Coast Guard: Ops Helang arahan Allahyarham Pitt Hanif pada 2 Februari di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.


Tayangan Malam Gala Coast Guard: Ops Helang Meriah!

KUALA LUMPUR, 31 JANUARI 2023 – Filem Coast Guard: Ops Helang telah jayanya dilancarkan pada Malam Gaya Tayangan Perdana di pawagam ibu negara. Majlis malam gala ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Bin Nasarah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan beberapa media lain.




Filem ini diterbitkan oleh Flying Deals Sdn. Bhd dan Arie Zahari Production serta penerbit bersekutu dan edaran Metrowealth International Group (MIG) telah menzahirkan setinggi ucapan terima kasih kerana amat menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) serta pihak FINAS yang telah memberi sokongan Dana Kandungan Digital (DKD) dan Dana Kandungan Marketing kepada filem ini demi memastikan filem Coast Guard Malaysia dapat menemui penonton di pawagam dengan jayanya.


Filem aksi ini dibarisi oleh pelbagai barisan pelakon terkenal seperti Saharul Ridzwan, Adlin Aman Ramlie, Julia Farhana dan Sabri Yunus sebagai barisan utama. Manakala, Hazama, Aziz M. Osman, Jaja Illiyes, Akmal Ahmad, Kodi Rasheed, Aman Nasim, Hafiz Rafiah dan Joe Aziz sebagai barisan pelakon pembantu.

Filem karya terakhir pengarah terkemuka iaitu Allahyarham Pitt Hanif berjaya menjadikan Coast Guard mengangkat operasi “OPS HELANG” buat pertama kali dalam sejarah perfileman industri seni negara. Fenomena baharu industri perfileman Malaysia dijangka bakal tercetus apabila aset milik APMM didedahkan secara eksklusif dalam filem ini yang juga telah menelan perbelanjaan sebanyak RM 6 JUTA RINGGIT dan tidak termasuk nilai aset milik APMM yang digunakan. Aset seperti kapal Maritim, helikopter dan bot rigid hull ‘KILAT’ banyak diperlihatkan.

COAST GUARD MALAYSIA : “OPS HELANG” mengisahkan tentang Leftenan Maritim Hafiz, seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) APMM yang terpaksa berdepan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya diculik dan dijadikan tebusan. Melalui filem ini, penonton dapat melihat liku cabaran sebenar Pasukan Maritim Malaysia dalam menggalas tanggungjawab, amanah serta perjuangan yang berisiko hingga menggadai nyawa semata-mata demi memelihara dan mempertahankan perairan lautan negara.


Tajuk Filem : COAST GUARD: OPS HELANG
Durasi : 85 minit
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Drama, Aksi
Klasifikasi : P13
Pengarah : Allahyarham Pitt Hanif
Pelakon : Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Adlin Aman Ramli, Hazama, Aziz M. Osman, Jaja Iliyes, Akmal Ahmad, Kodi Rasheed, Aman Nasim, Hafiz Rafiah, Joe Aziz dan ramai lagi.
Penerbit : Flying Deals Sdn.Bhd & Arie Zaharie Production
Edaran : Metrowealth International Group (MIG)

Baca review filem di sini [Review Filem Coast Guard: Ops Helang 2023]

File COAST GUARD MALAYSIA : “OPS HELANG” bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura pada 2 Februari 2023 ini!