Wednesday 11 April 2018

Review Rawatan PRP di Premier Clinic, Klinik Kecantikkan Terbaik

Hai semua~

Minggu lepas hari Khamis, saya amat bertuah sebab dibiayai sepenuhnya membuat rawatan wajah di Premier Clinic. Nanti saya bagitau apa rawatan tu.

Umpama mengantuk disorongkan bantal, saya pun ambil lah peluang ni. Mana tak, sebagai model dan pelakon iklan kena jaga muka wooo! Heh heh. Jom ikuti saya menjelajah sedikit sebanyak apa klinik ini.

Apa itu Premier Clinic?

Premier Clinic ni ialah klinik kecantikkan yang menawarkan servis kaw kaw. Servis macam nak muka v-shape, anjal, awet muda semua! Kejap, bukan tu je, bila saya "stalk" website, bukan setakat muka je, dari atas rambut ke hujung kaki!

Siap ada untuk tumbuh rambut, pemulihan lutut haus dan ada main darah-darah! Gittew~ Jangan risau ya, doktor-doktor semua memang disahkan,semua nya boleh dipercayai. Mereka dibantu dengan jururawat dan perunding yang terlatih jugak.

Depa serius banyak temujanji~ jadi sila datang tepat pada masa nya ya. Kesian
kalau kita terambil masa orang lain pulak.

Sebelum rawatan

Sebelum menjalani rawatan yang bakal dicadangkan, saya datang tak pakai apa-apa terus. Letak sunbock guardian, lukis kening pakai lip tint je. Tak nak lah nampak pucat kan. Jadi kulit yang anda lihat ni melihatkan dengan jelas apa kondisi saya.

Secara jujur, kulit saya jenis memang tak ada masalah besar pun. Adalah sikit-sikit. Jadi saya ada:

- banyak pigementasi sebab malas guna sunblock sebelum ni
- mata panda sebab tak tidur malam, awal pagi baru nak tidur
- ada tiga bekas parut kecik sejak budak (ketumbuhan apa entah tak nak hilang)
- ada skin tag yang kulit tertimbul tu

Empat benda ni je. Haha tapi nak jugak buat facial aesthetic. Ini pertama kali tau! Tak penah buat biasa-biasa ataupun yang guna mesin bagai. Jujurnya memang dub dab dub dab. Maunya tak gemuruh sebab tak pernah nak bagi orang pegang muka kecuali mekap!

Nampak tak "freckles" banyak? Ada yang semulajadi ada yang disebabkan oleh sinaran UV. Parut saya ada kat pipi kanan (tengok kiri), kat hidung dekat dgn mata dan satu kat dahi. Semua belah kanan (tengok kiri). Dan ada beberapa "discolouration" ada tak sekata.


Antara Rawatan Premier Clinic dan Hiasan dalaman

Maka saya pun pergilah ke cawangan Bangsar sebab senang nak pergi ke situ. Saya guna LRT dan Grab ya hari tu. Hanya turun ke LRT Bank Rakyat Bangsar, ambil Grab dalam masa 8 minit je! Dekat sangat. Yang penting mudah dicari.

Jom tengok apa yang boleh dilihat dan dinikmati sebelum mula rawatan:

Sini je dia~

Jangan risau nak datang awal, boleh rehat-rehat dulu minum air~

Beberapa rangkaian proudk, rawatan dan anugerah yang mereka ada. Eh, situ ada ada untuk kurussssss~ senanglah mak jemah nak badan aum dan muka peloles you!

Ini bilik rawatan. Jururawat sediakan beberapa barang untuk memulakan sesi. Selesa tempat dia ni.

Manakala untuk rawatan, mereka sangat terkenal dengan rawatan Platelet Rich Plasma (PRP). Yang ambil darah masuk mesin asingkan platelet tu lepas tu cucuk kat muka~ Vampire treatment orang kata~ Tau tak kenapa dorang pemes sangat dengan benda ni?

-> Kesan sampai 18 bulan! Bukan main jimat nak mati dohhhhh. Sekali rawatan tak yah datang tiap masa! Jaga elok-elok rajin pakai sunblock cuci muka je! (*kalau anda jenis pemalas mungkin kena buat sebelum sampai 18 bulan, haha)

-> Hampir tiada kesan sampingan! Rawatan dari badan sendiri kan. Guna darah sendiri. Allergic apa pun tak akan trigger sebab tak ada benda dari luar. Weeeehuuuuu

-> Tiada DOWNTIME! Tak perlu lah nak pantang apa-apa lepas PRP ni. Muka boleh pakai mekap lepas tu. Tapi disarankan lepas 4 jam ler. Bior lah dia rehat ye anak-anak.

PRP dorang ni boleh merawat seribu satu benda tau contohnya anti penuaan, mengurangkan garis halus, meratakan tona warna, kulit lebih anjal pom pom, parut-parut kurang atau mampuih terus haha, dan banyak lagi lah! Boleh lah rujuk disini.

Antara rawatan lain ialah seperti Hydrapeel, Qswitch Whitening (bagi nak putih secara sihat dan natural), Hair removal laser (bagi tak suka berbulu bulus, macam kita jenis malas cukur ni sangat recommended tau!), dan Hair PRP (Pergi mana-mana tempat tak jalan, nak tumbuh rambut tanpa perlu banyak benda nak pakai ini jawapan anda ya)! Lain-lain rawatan kat sini.


Rawatan PRP (Platelet Rich Plasma)

Maka, selepas meliht ruang deko dalaman dan meneliti setiap rawatan. Saya dibawa berjumpa dengan Doktor Jaswine. Doktor yang bila anda masuk gemuruh anda terus hilang. Masuk macam rasa jumpa kawan-kawan je!

Apabila dah tengok kulit muka semua, doktor kata buat je lah PRP sebab PRP ni kiranya boleh hilangkan hampir keseluruhan masalah saya kecuali skin tag lah (sebab ni kena perlu laser dan kena rehat 5 hari paling minimum, tapi esok nya dah shoot kena pakai mekap). Jadi tak apa lah saya ambil PRP dulu sebab saya tak perlu rehat kan wajah~

Bersama Dr Jaswine yang comel dan mesra alam! (Yang lain pun mesra alam tau!) Ni kat Premier Clinic Bangsar ya!


Macam dalam iklan tak? HAHAHA. Kena lah tengok kulit dekat-dekat tau!
Oh ya, saya ada masalah kurang darah merah, anemia gitu. Tapi tak lah teruk betul. Tapi masih kira kurang darah lah. Tapi masih boleh melakukan PRP sebab dorang cuma ambil darah kita dalam dua tiub picagari je. Maka terhasil lah dalam empat bilangan picagari halus yang terkandung platelet.

Kuning-kuning~ Ini dari dalam darah saya~

Mula-mula sampai, kita akan buang mekap, sunblock, debu-debu atau segala apa
yang ada diatas wajah. Jangan risau, ada jururawat yang baik hati akan tolong buangkan
semua dan mereka ada removal mereka ya!

Bila dah bersih semua, dah betul-betul lap. Jururawat letak "numbing cream"
seluruh wajah. Ni dibiarkan dalam 10-15 minit. Lepas tu kena lap balik. Masa ni orang
pegang muka pun dah tak rasa apo~


Ini jururawat kita, dia lawa gilos! Dan baik hati jugak. Masa ni dah mula cucuk-cucuk dohhh. Mula-mula dub dab dub dab
bila dah kena cucuk, "oh". "gitu je". Hahaha acah terussss! Cucuk tuuuuuu!

Lepas cucuk ni, macam tak ada apa benda berlaku kan? Jangan risau ya. Lepas rawatan. Premier Clinic sapu pelembab dan sunblock. Dah siap! Masa rawatan kurang dari 30 minit. Campur semua masa konsultasi, dok berlenggang ambil gambar dan sampai habis hanya dalam 1 jam. Hehe. Jimat masa korang!
Apa perasaan saya waktu rawatan ni?

- Mula-mula gemuruh sangat-sangat. Sebab cucuk jarum kat muka. Kat tangan tak kisah, masa ambil darah kat lengan buat rileks je. 
- Ada 8 cucuk. 4 kanan 4 kiri. Mula-mula masa cucuk, doktor kira 1,2,3. Masa tu kuatkan semangat.
- Bila cucuk terkejut tersentak. Tapi lebih kepada "eh?". Dia macam tak ler sakit~
- Rasa dia macam kita kena gigit semut yang kecik merah (bukan semut api), tapi versi lebih tak sakit. Masa goyang-goyang kena cucuk, rasa gerak-gerak tapi kosong tak sakit langsung.
- Cuma dia akan lebih rasa bila dekat dengan kawasan mata. Sebab kat situ lembut, masa ni memang rasa kena gigit semut tu. Hahaha. 
- Ha, macam mana nak abaikan rasa sakit? Memang tak sakit pun. Masa kena cucuk, jururawat ada satu alat getaran yang dia akan letak dekat dengan pipi semua untuk tumpuan kita teralih. Jadi tak lah rasa terus!

Jom lihat sedutan video saya kena cucuk aummmm~



Selepas Rawatan dan Penjagaan selepas rawatan 

Selepas rawatan, saya tak pakai apa-apa terus sebab malas. Sedia maklum rawatan ni dia bagi kesan segera dan juga optimumnya dalam bulan ke tiga.Tapi yang paling ketara ialah pipi membengkak sikit. Hahaha comel pun ada. Yoler, muka tak pernah kena apa kembang lah dia.

Kesan dia kat saya:

- Ada bekas cucuk hilang dalam 4 jam. Cuma 1 tempat je yang ada kesan betul-betul tapi tak ketara pun, hilang dalam 2 hari.
- Pipi kembang dalam sehari setengah.
- Kebas datang balik waktu malam tu dalam 2 jam. Lepas tu hilang terus.
- Dagu seksiiiiiiiiiii terus runcing ternaik! Ngaummmm
- Mata panda pun kurang teruih! Saya macam "ohmai ohmai" adakah ini mimpi!
- Kulit lembab. Jadi saya kurangkan pelembab yang dipakai~ sebab muka dah lembab~

Gilos! Tak sabar nak tunggu tiga bulan tengok penuh-penuh!

Tengok gambar bawah, mana ada kesan teruk. No downtime. Saya pergi makan ayam terus!
Nah muka masa ni masih kebas lagi. Senyum tak leh sangat. HAHAHA. Tu sebab tak rasa sakit. Kesan numbing
cream memang sangat membantu.

Saya makan ini terus. Hahaha. Tapi lawaknya, muka masih kebas, nasi terjatuh
sebab konon rasa dah buka luas mulut, tapi tak. HAHAHAHA. Kena tunggu
hilang dalam 4 jam baru boleh hilang rasa numbing cream tu ya!
Rasa seronok tak buat tanpa kesan sampingan? Yeszaaaahhhh! Kalau minat roger-rogerlah mereka! Tag kita ke roger-roger ke. Nak gak tengok! Haha.

Laman Media Premier Clinic

Nak tengok atau cekidaut mereka? boleh ke:

Laman sesawang: www.premier-clinic.com
Facebook: www.facebook.com/PremierAesthetic
Instagram: instagram.com/premier_clinic
Tumblr: http://www.twitter.com/PremierClinicKL
Google Plus: http://www.youtube.com/user/PremierClinic


Lokasi Premier Clinic

Ada 4 lokasi. Boleh pilih mana yang berdekatan dengan anda ya~


TTDI : 31 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 WP Kuala Lumpur. *Sama baris dengan Pizza Hut dan bersebelahan dengan Maxis dan Digi Centre*
Bangsar : 40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 WP Kuala Lumpur. *Sama baris dengan Pos Ofis dan bersebelahan dengan kedai mamak Raj Banana Leaf*
Puchong : G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 4, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor *Sama barus dengan Bank RHB dan Papparich*
KL City : A-0-8, Megan Avenue 1, 189 Jalan Tun Razak, 50400 KL *Bertentangan dengan new China Embassy*
Hubungi mereka
Kalau dah hati terpaut nak buat rawatan kat klinik ni, roger mereka di:
No telefon awam: +6012-662 5552
Emai: contactus@premier-clinic.com
Dr Kee Yong Sang: www.KLaesthetic.com
Dr Chen Tai Ho: www.drchentaiho.com

Harap anda dah jelas semuanya ya dengan rawatan PRP yang telah saya lakukan di Premier Clinic. Servis tip top! Semuanya lah tip top! Tak kekok pun datang ke sini~ Hingga jumpa lagi!

Tata~

2 comments:

  1. Hai sis mau tanya..saya baru habis buat prp...memang ke rasa pedis2

    ReplyDelete
  2. Saya baru buat mggu lepas, kos RM2500 PRP+HA sebab sy eczema teruk, skrg الحمدلله nampak improvement

    ReplyDelete