Thursday, 12 April 2018

Review Bajiwoa Studio - Studio Setia Alam

Salam semua

Bila saya ada masa nak lawat studio, kenapa tak buat review sekali kan? Weeeha! Jom saya bawa anda melawat pusing-pusing apa itu Bajiwoa studio ya!

Apa itu Bajiwoa Studio

Bajiwoa Studio ni ialah studio untuk fotografi ambil gambar. Mereka ada menawarkan servis dalam studio dan luar studio. Bajiwoa ini diambil daripada nama Bangun Jiwa. Gitu, digabungkan dengan bahasa jawa menjadi Bajiwoa. Sebutan dia "baji-wo'"

Kiranya anda nak shoot gambar profile ke, gambar suka suki ke, gambar baju-bajuan untuk dijual, termasuklah gambar konvo dan sebagainya boleh dilakukan oleh Bajiwoa. Bukan terhad kepada satu bidang sahaja.

Tidak lupa juga, roger mereka tau sebab dengar kata ada program untuk orang yang baru-baru berniaga ni? Dari segi ambil gambar dan pemasaran? Nak tahu kena hubungi mereka terus ya!

Muka tengah nak makan. Haha. 



Pemilik dan lokasi

Bajiwoa Studio dimiliki oleh Encik Su Aziz. Manakala lokasi Bajiwoa ni terletak di Setia Alam je! Tak jauh dari Setia City Mall. Beliau ada kata, matlamat dia adalah untuk membantu perniagaan orang lain jugak itu sebab ada menawarkan pakej untuk syarikat-syarikat baru ye!

Ini alamatnya:

Jalan Setia Perdana AY U13/AY, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor

Sembang mambang bersama bloggers

Kami bloggers ni berkesempatan lah untuk bersesi photoshoot. Baiknya dan sabarnya Encik Su ni sebab melayan 7 orang perempuan bloggers banyak karenah! Kalau nak tahu, saya sempat ambil gambar dengan pizza! Yang tu tunggu kemudian ya!


Paling kanan sekali yang berdiri itu ialah Encik Su Aziz. Jumpa depan-depan, suara Encik Su ni dalam kecik je. Haha. Cakap sopan. Mesti ada yang takut nak bincang apa-apa dengan photog kan? Ni ha, korang pasti tak akan takut punya nak bincang apa-apa konsep dengan Encik Su.

Ofis bersebalahan je dengan studio. Ada ruang menunggu semua.

Awat lah muka gitu~ Jangan risau ya, Bajiwoa ni kalau tak reti pos, dorang akan ajar sikit-sikit mana yang mampu. Untuk mendapatkan hasil gambar yang lawa~

Kat studio ada beberapa jenis backdrop, ada cermin panjang, tempat tukar baju, iron steamer, penggantung baju yang biasa orang pakai tu pun ada~

Ini pula ofis. Agak sistematik lah jugak kerja kat sini~


Pakej dan Servis Bajiwoa Studio

Ha ini pula servis yang ditawarkan~ Sewa studio sahaja tanpa fotografer ialah RM 50/jam ya! Dannnn nak tahu apa pakej untuk syarikat-syarikat baru berniaga tu? Kena whatsapp Encik Su ya!

Whatsapp di: +6019 - 426 4911

Ini dia~ Senang tak perlu nak tanya dua tiga kali. Pakej dah ada depan mata~


Laman media mereka

Meh, saya kongsi apa laman media mereka pula~

https://www.facebook.com/bajiwoastudio/

https://www.instagram.com/bajiwoastudio/

https://www.bajiwoastudio.com/

Tak sabarnya nak tunggu gambar saya dan bloggers lain <3. Sebab apa yang saya lihat, gambar-gambar Encik Su ni boleh tahan lawa. Weeee~ Dan tak kekok nak kongsi ilmu bagai. Ramah tamah ya. Dan Encik Su masih bujang. Oops!

Sehingga bertemu lagi!


Tata~

No comments:

Post a Comment