Tuesday 21 May 2019

Dookki, IOI City Mall Putrajaya - Tempat makan bufet Korea asli (All you can eat)

Assalammualaikum semua,

Minggu pertama bulan puasa hari tu saya berkesempatan untuk berbuka puasa dengan makanan korea. Oh sungguh indahnya! Ditemani oleh kawan saya si Hanis ni. Saya pergi mencapai hajat makan makanan korea di Dookki, IOI City Mall.

Makan kat sini boleh makan semua benda dan minum semua benda tau. Hehe. Jom saya kenalkan apa Dookki ni.

Apa Dookki ni?

Dookki dalam bahasa korea bermaksud dua juadah. Memang berasal daripada Korea Selatan betul-betul tau. Ditubuhkan pada Disember 2014 kini dah mencapai hingga lebih 140 cawangan seluruh dunia. Perghhh mengancam.

Mereka memperkenalkan ‘Keseronokkan yang penuh bermakna’ sebagai konsep hidangan mereka di mana Dookki tadi yang bermaksud dua juadah menyediakan makanan korea asli. Juadah pertama ialah Topokki atau kek beras lembut yang disediakan dengan sos pilihan kita. Kedua nya, setelah habis makan, sisa sos tersebut adalah untuk juadah kedua pulak. Iaitu nasi goreng kimchi.

Haaaa, kat Korea ala-ala pencuci mulut mereka tu ialah nasi goreng tau! Nasi goreng kat sini akan di campur dengan kimchi, jagung, rumpai laut kering dan lain-lain selain daripada sos lebihan tadi tu.

Apa yang boleh di makan di Dookki?

Memandangkan Dookki memperkenalkan keaslian makanan korea mereka, Dookki menyediakan beberapa makanan yang diterbangkan khas daripada Korea!

1) ENAM jenis tteokbokki

2) Eomuk (fishcake Korea), Kimnari (Korean Seaweed roll) dan Mi QQ

3) TUJUH jenis sos
Ada padanan yang dicadangkan jugak tau untuk mendapatkan
perbezaan kepedasan, kemanisan dan sebagainya!


4) Goreng-goreng

5) Lain-lain









6) Double Cheese Ring – 2 jenis cheese
Mozarella dan cheddar

Cara penyediaan pulak berbeza seperti ini!

Mula-mula masuk fikir macam biasa je main ambik je dan celop. Rupanya kat sini berbeza sedikit. Mula-mula kita akan dibantu oleh staff Dookki untuk menyediakan sup sos di mangkuk topokki kita untuk langkah juadah pertama.


Kita nanti kena pilih sos apa kita nak di bahagian sos tu. Staff akan tolong bancuh dan sediakan air rebusan atau sup sos tu. Barulah kita boleh mulakan makan! Bila dah habis makan tu pulak, masih ada sos sup tertinggal kan, barulah ke juadah kedua iaitu staff mereka akan tolong pulak buat nasi goreng kimchi~

Pasti kenyang weh!

Harga pulak macam mana?

Untuk hari kebiasaan harga Dookki seperti berikut:

Dewasa RM38.80 /pax
Kanak-kanak (110-140cm) RM18.80 /pax

Harga Ramadan pula RM 35.80/pax

Untuk harga Ramadan ni sah pada pukul 4.30pm – 10 pm setiap hari isnin – jumaat dan pukul 11.30am- 10pm pada hujung minggu sabtu dan ahad.

Tapi ada harga istimewa tau untuk pelajar iaitu RM 27.80 dan waktu makan tengahari pada harga RM 29.80 

Untuk kedua-dua harga istimewa ni minimum mesti dua orang tau dan tak sah untuk hari hujung minggu, malam cuti awam dan cuti awam. Manakala hanya sah digunakan dari pukul 11.30 am – 4.30 pm sahaja dari Isnin hingga Jumaat. Pastikan bawa kad pelajar jika ingin menikmati harga pelajar ya!

Untuk buffet Dookki ni, anda boleh makan sebanyak mana anda hendak tapi hanya 90 minit sahaja ya!

Ulasan peribadi saya pulak begini~

Bagi saya sangat berbeza tau dari segi:

1) Kuah/Sos/Sup – selalu kita minta tomyam lah, ayam lah. Kat sini sup dia kosong je yang jadi perasa tu ialah sos yang banyak-banyak tu. Jadi kena pandai pilih lah gabungan mana yang nak. Boleh try sos mana yang ada.

2) Cawan dia kecik sikit. Kalau jenis haus tu ambik lah dua gelas sekali. Hehe. Tapi boleh ambik jag air tau ke meja.

3) Tatacara berbeza – mula-mula tadi pun dah lain dengan penyediaan sos. Ini pulak setiap mangkuk, pan semua tu berbeza. Tiada pinggan mangkuk yang biasa kita pakai tau. Ada personal pan sebagai mangkuk kita~ Tapi boleh je guna mangkuk ambik makanan sebagai mangkuk sendiri hahaha.

4) Rice cake – Bapak sedap sangat-sangat. Better ambik setiap jenis dan gigit rasai keempukkan keliatan yang sedap! Sangat disyorkan. Saya boleh kata, kalah rice cake lain-lain. Rice cake kat sini paling sedap! Dia sangat-sangat lain tau dariapada yang lain. Dari Korea tuuuu.

5) Nasi goreng dia sedap. Sangat! Jagung dan rumpai laut dia terbaik!

Bagi saya agak berkecamuk jugak sebab Dookki ni mengikut keaslian cara mereka beroperasi di Korea. Dengan susunan tempat duduk dan sebagainya memang macam Dookki kat Korea. Makanan yang ada pun memang yang macam korea. Memang lah ada bahan lokal lain terutama sayur-sayuran dan binatang ternakan lain tu. Hehe.

Mula-mula agak susah menyesuaikan diri makan kat sini sebab nak cari kudapan lah, sos ala Malaysia lah, aiskrim lah, kuah tomyam lah, buah lah dan macam-macam lah. Sup sos dia mula-mula pun rasa macam peliknya. Tapi bila fikir balik memang gini lah di Korea Dookki Topokki Buffet mereka. Kat Malaysia ni memang semua benda nak di ngap!

Akhirnya bila dah terima hakikat dan cuba makan rice cake dan nasi goreng dia yang sedap tu sambil dengar lagu korea baru redha. Berbaloi jugak mengalami buffet Korea asli dengan harga di bawah RM 40 begini tau!

Tips: Rasa dulu sos yang ada untuk bina sos sup yang sedap!

Maklumat lanjut mengenai Dookki adalah seperti berikut:

Lokasi: DOOKKI 1st Outlet - L1-12B, IOI City Mall, Putrajaya. Sebelah ice rink je.
Masa Operasi: 11.30 am – 10 pm
Hari Operasi: Setiap hari
No tel untuk tempahan dan sebagainya:
03-8685 4439

Laman web rasmi: https://www.dookkisg.com
Facebook: https://www.facebook.com/Dookki-Malaysia-IOI-City-Mall-737615759914031/
Instagram: https://www.instagram.com/dookki_malaysia_ioi_city_mall/


Ha, siapa yang nak makan makanan Korea asli tu boleh datang ke sini tau. Sepanjang makan tu cuba tengok tayangan tv mereka. Mereka memaparkan sedutan-sedutan drama atau movie korea yang menampilkan restoren Dookki! Wowwwww!

Terkenal Dookki ni tau kat Korea.

Ini la cik Hanis ni. Dok tunjuk sos apa nak dia ambik tu~
Oleh itu, selamat mencuba!



6 comments:

  1. Kenapa dooki Tak apply certificate halal JAKIM? Batu kita orang Islam Puad hati untuk makan . Sebab ada ayam goreng Korea. Pork free belum mencukupi untuk kita boleh yakin 100 % untuk menikmatinya. Harap pihak owner dooki boleh apply certificate JAKIM baru boleh buat promosi kpd semua orang Islam.

    ReplyDelete
  2. tengah tercari2 juga sijil halal. setakat pork-free saja masih meragukan.

    ReplyDelete
  3. Dah bertahun² berlalu namun sampai kini (3 Syawal 1444) tak satupun restoren Dookki di Malaya ini memiliki sijil halal Jakim.

    ReplyDelete
  4. Kenapa masih ramai makan walaupun tak halal🥺

    ReplyDelete