Saturday 9 May 2015

Oh Politik Malaysia.

Salam semua.

Saya terdetik untuk menulis tentang Politik Malaysia setelah melihat PRK di Parlimen Permatang Pauh dan DUN di Rompin. Tahniah buat pemimpin yang berjaya mengekalkan kerusi masing-masing apabila Pakatan Rakyat masih mendominasi Permatang Pauh dan Barisan Nasional tetap meungguli di Rompin.

Harap-harap kedua-dua pemimpin melaksanakan tugas dan membantu rakyat di bawah jagaan masing-masing. Insha Allah.

Bukan saya nak ulas tentang PRK lepas, saya nak ulas keseluruhan dari mula hingga sekarang tentang politik yang berada di Malaysia ni. Kalau anda perasan, sepanjang tahun tak sudah politik tak berhenti. Malaysia ni diiktiraf sebagai negara paling banyak berpolitik. Bagus ke tidak? Nanti anda yang tentukan.

Saya bukan nak bandingkan sangat Malaysia dengan United Kingdom mahupun Amerika. Macam Malaysia ni terlampau banyak parti. Mencecah beratus. Cuba semak dekat ROS, mesti anda terkejut betapa banyaknya parti-parti politik di negara kita. Makin menjadi-jadi bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Manakala United Kingdom juga mempunyai banyak parti tapi tak ramai nak bergabung bawah satu nama parti besar lain macam Malaysia, jadi tak ada lah perbalahan dalam parti besar tu sangat. Kiranya memang agak cantik jugak lah sebab kerajaan mereka akhir sekali berbentuk kerajaan campuran. Nanti saya terangkan serba sedikit ye.
Amerika pulak mempunyai dua parti yang gedebak besar iaitu Demokratik dan Republikan. Ala-ala Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat tapi mereka bukan lah dari beratus-ratus parti kecik yang membentuk parti besar. Jadi sama lah jugak tak ada perbalahan dalam parti mereka sangat.

Oh Politik Malaysia, mari saya menerangkan kepada anda semua kenapa Politik Malaysia ni sedih sangat. Diingatkan, penyokong mereka juga akan disebut di dalam ini jugak.

1. Sepanjang tahun nak berpolitik.

Saya tak tahulah apa niat orang-orang politik ni sepanjang masa nak berpolitik. Ceramah sana sini tiap masa. Nak menunjuk buat kerja ke? Nak menunujuk pihak yang satu lagi tak betul ke? Ke nak menunjuk bahawa anda lebih baik daripada yang lain?

Tak kisah lah mana-mana. Bagi pendapat saya, buatlah politik masa pilihan raya sahaja. Dengan menunjukkan manifesto anda. Dah menang tunaikan manifesto anda. Kalau nak buat lebih dari manifesto, pergi lah buat, tak yah canang satu Malaysia (kecuali untuk satu Malaysia je lah), pergi je canang kat kawasan yang anda wakili tu. Senang. Ada jugak isu lain yang lebih penting boleh ditunjukkan dalam berita kan.

Kenapa nak buat sepanjang tahun? Sebab nak menguatkan jentera? Anda pihak politik kalau nak kuatkan jentera mestilah buat kerja lebih dari cakap lebih. Sebab kalau cakap ni, banyak benda boleh diputarbelitka dan bila kita dah syok membara bercakap, banyak janji keluar. Nanti tak boleh tunaikan pulak. Tak kah menjadi masalah?

Sebab akhirnya bila dah datang pilihan raya seterusnya, anda boleh lah masukkan kejayaan anda menepati manifesto dan ada ekstra manifesto dalam kawasan tu. Tak payah bersusah payah tiap kali nak berjuta ringgit keluar nak pikat mengundi. Bagus duit tu guna untuk buat benda lain seperti contoh makan duit rakyat biar kenyang tercekik lepas tu undi pemimpin baru. Tak ke gitu?

2. Suka kutuk sama sendiri

Yang ni paling TIDAK BAGUS sekali! Sebab paling-paling orang boleh masuk parlimen ni dalam 21 tahun. Ada yang kena 35 tahun. Senang cerita -> ORANG DEWASA sahaja yang masuk parlimen parti dan politik. Bukan budak hingusan.

Tapi perangai mengalahkan budak hingusan. Lagi teruk dari budak hingusan. Dah lah semua dewasa, tapi mengutuk sesama sendiri. Adakah anda secara serius berperlakuan demikikan? Orang pandai cendiakiawan kadang-kadang tak nak mengundi sebab terserlah sangat kebodohan apabila mengutuk-kutuk sesama sendiri sedangakan sendiri tak sempurna macam Tuhan.

Sebaik-baiknya untuk ahli politik, guna formula ni nak pikat pengundi -> "Jangan Kutuk, Jangan Puji Diri tapi Menunjukkan Kebaikkan dan Menghargai lawan"

Guna lah telinga dua belah tu dengar rungutan pihak lawan. Jangan pulak mulut sebiji tu asyik nak membalas cakap lawan. Dengar elok-elok, dan kaji apa yang dia cakap. Bab mana yang dia tak puas hati. Masa tu lah anda boleh selesaikan masalah tu. Kalau rakyat tengok bahawa pihak A mendengar pihak B serta menyelesaikan masalah yang asyik diungkitkan pihak B, tak ke nanti pihak A akan disokong oleh penyokong pihak B? TAPI tidak bermaksud mendengar cakap pihak B tapi menyelsaikannya dengan rasional.

Contoh, pihak B merungut sebab GST sana sini. Jadi pihak A dengar dan kaji. Jangan pulak tup tup hapuskan GST. Tapi sebaik-baiknya salurkan semula pendapatan GST (dalam bentuk apa yang patut macam naik taraf pengangkutan awam)  kepada penyokong pihak B dan pihak A sekali. Sebab penyokong ialah rakyat bukan?

Dengar rakyat pun jangan lupa ye! Sebab kalau dah dengar pihak lawan, rakyat langsung pulak tak nak didengarnya.

3. Bukan idea parti saya, saya tak mahu setuju!

Ni tabiat yang harus dilupuskan. Apa yang saya dapat tengok selagi anda bukan pihak A, pihak B akan membangkang berhabis-habisan walaupun idea tu terbaik sangat. Contoh senang lah kan pihak A ni cadangkan agar pendidikan ni kena bayar RM 500 untuk sekali seumur hidup untuk satu kurus. Tapi memandangkan anda ni pihak B, anda akan membangkang berhabis-habisan dan mengatakan kenapa tak bagi percuma je terus!

Uishhh bapak kepala hotak kau! HAHA.. cuba bandingkan lah dulu kena bayar tiap-taip semester tapi dah dikurangkan gila babun murah sangat sampai RM 500 sekali seumur hidup walaupun kuat main gagal berulang kali. Pun masih tak bersyukur. Ingat duit peruntukkan tu tak buat bajet benda lain ke apa? Ha.. ni kisah dia lah jugak.

Pihak B memang tak menyiasat kebaikkan, yang dia tahu dia main bangkakng je sebab bukan dia punya idea. Mana lah boleh bagi orang lain dapat nama kan. Tipikal lah orang politik kita ni. Tak boleh runding semeja. Bukan nak buat untuk rakyat sangat pun~  Nak buat sebab nak diundi untuk pilihan raya seterusnya.

4. Idea parti saya, saya setuju sangat!

Ni pun sepupu sepapat belah atas. Kalau pihak A dah buat rancangan walaupun macam beruk, akan disokong jugak oleh penyokong pihak A walaupun tak bagus. Sebab dah guna prinisip, "Parti aku, aku sokong je!"

Orang-orang macam ni, tolonglah pergi bersama orang-orang yang macam kat atas masuk dalam satu bas pergi pandu laju-laju masuk gaung ye. Apa yang bagus anda sokong, kalau tak bagus bagitau bab mana tak bagus untuk memperbaguskan lagi idea dari pihak parti yang anda cintai. Jangan pulak keluar parti terus sebab tak sokong kecuali lah kalau parti anda tak dengar. Keluar je lah.

Daripada asyik sokong je walalupun buruk beruk, habis masa depan negara tergadai. Saya tak nak~

5. Pemimpin melahirkan anarkis.

Ambil perhatian semua. Ye kebanyakkan ahli penyokong tegar politik di Malaysia menjadi seorang anarkis. Ouch.. Terima hakikat.

Walaupun ada yang kata pemimpin cuma berkata-kata, penyokong yang melebih. Tapi kalau bukan pemimpin yang mengapi-apikan penyokong, penyokong tak kan buat jugak. Asyik hasutan memanjang apa tak penyokong terhasut dan memberontak dan memalukan negara,

CONTOH NYATA: Maafkan saya terlebih dahulu kalau anda terasa. Sebab ingat tak kes baru-baru ni tentang menunujuk perasaan di tempat-tempat terkenal di Kuala Lumpur pasal GST. Macam ni lah contoh terbaik untuk nombor 5. Dah lah korang buat kat tempat terkenal di KL banyak pelancong. Konon nak bagitau kat mata dunia bahawa Malaysia ni teruk sangat dah. Korang kena ingat bahawa korang sendiri akan dimalukan dunia sebab korang orang Malaysia. Dah tak da pelancong datang mana nak dapat untung lagi Malaysia? Sebab sektor perlancongan antara sektor yang menguntungkan MALAYSIA KITA NI HAAAAAAA.

Kalau korang buat tempat lain tak kisah sangat kot. Dah lah bukan takat tu je, siap memusnahkan mengecat menyembur pewarna gas entah apa-apa merosakkan keindahahan KL tu. Kau kata kerajaan makan duit rakyat, yang kau makan hangus duit kiteorang apa hal? Kau ingat lepas hancur semua tu dorang tak pergi baik pulih balik? tak pakai duit nak baik pulih tu? Bagus duit baik pulih tu buat benda lain. Korang memang merapu sangat lah. Tak sokong GST pergilah beramai-ramai jumpa jabatan kastam dan serahkan memorandum dari mahkhamah ke. Lepas tu masukkan dalam televisyen. Sebab kalau kerajaan yang korang benci tak layan memorandum korang, agak pasti lah orang pun benci dengan kerajaan korang benci tu. Guna lah stratergi pakai otak sikit! Jangan dok terpengaruh dengan mana-mana pemimpin yang cuba mengapi-apikan keadaan ni.

6. Duit adalah politik terbaik.

Ye, DUIT adalah sentiasa politik terbaik. Sebab kalau ada duit:

a. Orang tak berani nak kacau kita.
b. Sebelum siapa-siapa nak buat rancangan mesti tanya kita dulu.
c. Kita tak puas hati, memang kena dengar lah kata-kata kita.
d. Kita boleh gunakan duit tu untuk gagalkan rancangan tu dan jadikan kelebihan kita. HAHAHA..
e. Semua orang suka orang BERDUIT jadi dorang pulak bodek kita bukan kita terhegeh-hegeh bodek dan undi dorang.

7. Kenyataan bagaimana hendak hidup bebas tanpa politik.

Korang kadan-kadang mesti menyampah dengan politik Malaysia yang tak sudah. Kalau korang macam saya kalau tengok televisyen ataupun mana-mana media sosial, nampak je muka pemimpin mana-mana atau isu politik terus cepat-cepat tukar buat benda lain, hehe saya ada penyelesaiannya.

Penyelesaiaannya:
a. Tutup mata, hadang telinga dan ketap mulut. Tak perlu tengok politik, tak perlu nak dengar pasal politik dan tak cakap pun pasal politik. Orang nak paksa jugak, kata kat dorang, "Korang ada sumbang apa-apa tak?".
b. Fokus kepada apa yang anda suka. Sebagai contoh anda suka mencuci kereta sampai lapisan kereta anda tercabut rabak, sila teruskan usaha anda. Asalkan hati tengang dan gembira.
c. Kalau semua tak dapat jugak, saya cadangkan anda buat bisnes. Kalau tak tau nak buat apa, buat bisnes MLM. Pasal MLM paling banyak orang positif dan otak fikir nak duit je. Boleh jugak pesongkan otak anda daripada politik dan tup tup anda kaya. Ha.. bagus apa!
d. Cuba buat plan untuk kehidupan masa depan anda. Seperti plan melarikan diri kalau berlaku darurat ke, plan buat kebun ke. Jadi mana-mana politik Malaysia bertukar, anda tak akan terkesan pun~.

8. Ahli politik patut belajar lebih sedikit. Begitu juga menteri!

Ya belajar ekstra sikit. Subjek-subjek yang anda patut ambil:

a. Undang-undang
b. Bahasa Melayu
c. Bahasa Inggeris
d. Akaun
e. Asas Psikologi dan pergerakan badan
d. Pengajian Am/ Budaya dan Agama Penduduk Setempat
e. Asas Ekonomi
f. Bagi MENTERI: Apa yang anda jawat, tu lah yang anda belajar. Contoh: Menteri Belia dan Sukan, anda belajarlah Asas Pendidikan Jasmani.

Dengan cara ini, anda akan tahu apa yang sebenarnya diperlukan dalam pembangunan rakyat. Bukannya main sukahati je nak buat itu ini. Kadang-kadang tak da kaitan dan lagi menyusahkan pun ada. Terutama pendidikan. Macam tiap tahun je berubah. =.=''  Tak tahu dah nak buat macam mana dengan generasi selepas saya sebab semua nya lain-lain.

9, Agama, Bangsa dan Negara harus jangan sesekali dipolitikkan.

Apabila bercakap tentang politik. dia mesti ada benda yang boleh cakap dan benda yang berpantang. Ye, AGAMA, BANGSA dan NEGARA adalah benda yang paling sensitif mengalahkan sensitifnya pada kulit wajah bejeragat!

Sebab benda ni ialah hak peribadi dan kita dilahirkan tanpa memilih ketiga-ketiganya pada permulaannya. Sebab itu bila anda serang hak peribadi orang mestilah oragn marah sangat. Cuba lah korang jalan-jalan, tiba-tiba orang pergi jilat telinga anda? Anda suka ke tidak? Cerh, kalau suka penyakit mental ke apa! HAHA..

Sebab tu wahai ahli politik yang bijak sana sini, tolonglah anda semua jangan jadikan benda ni benda politik. Bukan nak kata apa, semenanjung memang ada je kes macam ni. Kat Sabah Sarawak kiteorang buat de je. Orang nak kata apa biar sebab kita orang kat sini dah biasa dengan hidup dengan banyak bangsa dan agama. Korang mungkin tak biasa kot sebab majoriti 3 kaum je dan berpuak-puak pulak tu. Baiklah bukan semua tapi ramai. Sebab dulu saya belajar kat Melaka, susah sangat nak jumpa campur-campur kaum duduk semeja untuk suka-suka. Kalau takat belajar berkumpulan lain cerita lah. Sebab tu lah korang memang suka serang antara satu sama lain ek?

Jadi sebab tu ke pemimpin kat semanajung tak sensitif dan ego fikir semua orang fikir macam mereka? Kadang-kadang yang paling sedih apabila orang kat sini pun terikut preangai kat semenanjung yang rasis tu. Nasib baik ada kawan lain yang tolong rasional kan balik.

Jadi bagi anda, anda boleh ubah bermula sekarang. Jangan lah menjadi orang yang mengutuk agama orang atau mengutuk agama sendiri tanpa sedar. Sebab bila anda kutuk orang tak secara langsung anda menunujukkan agama anutan anda atau bangsa keturunan anda mengajar anda berperlakuan demikian.

Oh ya, apa kes orang Melayu nak turunkan salib kat semenanjung? Tak kan korang lemah sangat pegangan sampai nampak salib terus murtad. Kalau korang kat Miri, banyak je gereja dengan lambang salib. Tak pun murtad-murtad semua orang Islam kat sini. TOLONG jangan sesekali kacau AGAMA, BANGSA dan NEGARA kalau tak nak AGAMA korang, BANGSA korang atau NEGARA korang kena HINA!

10. Tatapan awam? Jadilah contoh terbaik.

Oh ye.. parti, ahli parti, penyokong parti yang membentuk politik itu semuanya tatapan awam. Tatapan awam di Malaysia dan luar negara. Agak-agak kalau dorang ni menyanyi dangdut mesti viral kan? Haha, kenapa pulak tak viralnya. Dah semua gerak geri dorang mesti akan di nilai dan disebarkan. Oh ye ni lah kita hakikatnya suka sangat sebar dan komen dan tokok dan tambah.

Benda tu patut kata "Saya nak ayam kari", DS Thirteen berkata. Namun masuk berita, AYAM KARI kegemaran DS Thirteen. Lain berita pulak kata DS Thirteen saja nak perli ayam kari. Atau AYAM KARI mungkin akan dinaikkan harga kerana DS Thirteen memesannya.

Haha. Sentap tak sentap kau? Oleh sebab tu bagi mereka yang menjadi tatapan awam ni sentiasa lah jaga tingkah laku dan percakapan. Lebih baik berdiam diri seketika berbanding terus nak respon atas perkara-perkara yang tak penting. Lebih-lebih lagi cuba lah jadi orang yang merendah diri. Turun padang ke, pakai kereta proton ke, pakai jenama buatan Malaysia, makan kat kedai biasa-biasa ke. Walau tak berkenan dengan selera tu lah namanya PR (Public Relation - Hubungan Awam).

Buat lah perkara elok. Kalau rasa nak berjudi tempat awam, merokok, kaki kelab ke atau minum arak bagus korang tak jadi tatapan awam. Jadi je orang biasa kerana orang memang nilai dan hukum anda kaw-kaw.

********************************************************************************

Sampaikan ada satu tahap tu, saya bergurau dengan kawan saya ni. Saya cakap lah macam ni kat dia, "Aishhh benci lah semua. Saya jajah satu Malaysia baru tahu. Haha, panggil saya Maharani cepat!" LEL. Sebab dah tak tahan sangat asyik benda politik cerca merba ni je sepanjang masa. Tak produktif langsung jadinya rakyat Malaysia.

Bagi sesiapa yang selalu baca blog saya dan kenal saya, saya akan sentiasa cakap benda ni;

"Duit sentiasa ialah politik terbaik. Jadi kaya dan berubah barulah mengubah yang lainnya kerana akhirnya pilihan menjadi neutral dalam politik di mana anda dapat mengaut keuntungan daripada semua pihak adalah terbaik!"

Nasihat saya, tengok lah tauke besar-besar kat Malaysia tak kisah bangsa apa, dorang tak bising pun dalam televisyen huha sana sini pasal politik. Mereka sibuk mencari kekayaan. kesenangan dan mengutip peluang didepan mata ketika yang lain sibuk melihat kesusahan yang ingin diperjuangkan. Sebeb mereka tahu, sesiapa pun yang memengang tampuk pemerintahan tidak akan mampu menggugat kedudukan mereka kerana mereka yang telah mengawal kekayaan daripada belakang. Siapa nak kacau orang kaya sangat kan? Silap-silap yang kacau dorang tu yang kena balik.

Jadi orang yang bijak ye. Jangan penuhi diri dengan negatif sentiasa. Insha Allah kita akan dirahmati dan dilindungi. Jangan berputus ada.

Sebelum menghabiskan entri ni, saya teringat pulak yang saya nak kongsikan apa dia kerajaan campuran bukan. Hehe terlupa. Nasib blog ni boleh main edit-edit kan. Kerajaan campuran  ni terjadi apabila tiada satupun parti yang bertanding berjaya memenangi undi majoriti. Jadi mereka menggunakan peratus kuota untuk memenuhi kerusi. Sekiranya ada 5 parti bertanding. Masing-masing mendapat undi 30%, 30%, 20%, 10% dan 10%. Jadi sekiranya ada 100 kerusi parlimen, masing-masing parti akan membiarkan ahli politik teratas untuk mengisi kekosongan kerusi. Kiranya kelima-lima parti mewakili 30 kerusi, 30 kerusi, 20 kerusi, 10 kerusi dan 10 kerusi.

Tu lah maksudnya kerajaan campuran. Apa yang bagusnya kerajaan campuran, semua ni tak berpakat satu sama lain, jadi kalau ada rang undang-undang yang mereka setuju mereka undi tanpa kisah dari parti mana yang mengeluarkan idea. Begitu juga jika mereka tak setuju, mereka akan tak sokong rang undang-undang tu. Kira tak da lah kes memonopoli undang-undang dan legislatif.

Juga saya mempunyai cadangan untuk Malaysia menjadi matang dalam politik. Cadangan ni banyak membabitkan ROS. Sebabnya hanya ROS yang dibawah pengaruh undang-undang yang hanya boleh menjalankannya:

1. ROS buat had kepada parti-parti bergabung tak melebihi 50 buah parti ke. Sebab BN banyak sangat. Cuba kalau BN buat je BN-Melayu, BN- Cina, BN- India, BN - Bumiputra Sabah, BN- Bumiputra Sarawak, BN- Serani dsbg. Senang jugak kan. Ni semua nak masuk dalam. Macam apa ke benda nya~ Jadi suara tu tak akan dapat majoriti secara rela tapi kerana hendak menunjukkan kesepaduan.

2. ROS berhak memberi surat penggantungan parti atau membubarkan parti yang menggunakan fitnah, membuat ceramah tak berasas atau mengenakan apa-apa tindakan kepada parti jika mempunyai hasutan kepada rakyat.

3. Mereka menjadi ejen untuk penyemak manifesto. Senang cerita mereka lah nanti masa pilihan raya tunjuk kaw-kaw prestasi setiap parti yang berdaftar di Malaysia. Baru lah rakyat senang pilih daripada semua nya nak klentong sana sini kan~

Pautan lain yang anda boleh baca: http://thirteenpersona.blogspot.com/2015/04/gst-pendapat-rakyat.html

Soalan saya:
PRU 14 nanti apa jadi ye?
Adakah akhirnya akan ada muncul satu parti sendiri yang menentang kedua-dua parti BN dan PR? atau BN kalah dan PR menang?
atau PR bubar dan DAP yang mengguli?
Mungkin jugak BN dan PR bergabung? LEL
Juga adakah mereka semua ni akan matang?

Harapan saya sejujurnya, saya nak pemimpin baru yang jujur walaupun saya tahu jujur tu mungkin dah tak da kan. Paling-paling dia pandai berfikir guna otak dah jadi lah. Harap je satu hari nanti akan ada kerajaan dan pembangkang baharu yang matang bijak dan tidak seperti kucing dan anjing yang ada sekarang sering bertekak. Barulah ada keseimbangan dalam politik kita. Korang fikir raykat macam bodoh sangat. Korang tak tahu kadang-kadang rakyat saja undi untuk buat kekecohan bagi pengajaran bukan nak undi betul pun. Sebenarnya rakyat kena tahu bahawa kuasa kita lebih besar daripada apa pemimpin ni semua fikir.

Cuba bayangkan kalau semua rakyat Malaysia tak berkecuali boikot undi. Lepas tu rakyat buat pertubuhan sendiri di mana mereka cuba sumbangkan duit dalam tu. Walaupun susah nak buat sebab korang kena cukai bagai kan. Lepas dah ada duit dalam pertubuhan tu, lantak rakyat lah nak bina buat apa pun. Macam pertubuhan ni buat pasar sendiri ke, klinik sendiri ke, universiti sendiri ke, pusat perlancongan sendiri ke, pelaburan antarabangsa sendiri ke, idea sendiri ke, kebajikan sendiri ke, semua lah sendiri senang cerita. Pendapatan tu sumbang balik kepada pertubuhan dan ahli-ahli pertubuhan iaitu rakyat yang menyumbang dana tadi.

Tak da nya makna kerajaan nak seleweng duit bagai sebab mereka mana ada kuasa. Lainlah kalau korang bengap sangat nak dorang pemimpin kesayangan jadi ahli dalam ni. Dorang pulak mengada lebih.

Jadi tak lah rakyat terhegeh-hegeh nak mintak bantuan kat kerajaan korang (ni termasuk pembangkang yang menjadi kerajaan di beberapa negeri) yang tak berapa nak kerja tu. Mereka pulak nanti akan terhegeh-hegeh kat korang sebab nak mintak diselamatkan.

Oh percayalah pada saya. Sebab bila pertubuhan korang buat tu sukses, tak da masanya korang peduli pasal gaduh-gaduh dalam politik dan politik pulak takut kat korang. Semua duit ada, tak jadi masalah punya. HA, NAMPAK TAK DUIT TU PENTING lagi sekali?

Maaf ayat kat atas memang dasar kurang ajar sebab korang mesti ada yang tak faham bahasa kalau cakap elok-elok. Dan saya memang berkongsi jugak pengalaman dan pendapat saya kerana tak semua orang berfikiran seperti kita. #MalaysiaBijak

Insha Allah kalau saya terfikir apa-apa lagi saya akan kongsikan sini ye. Kalau ada apa-apa cadangan atau soalan, komen je kat bawah ye.

Terima kasih. Tata.

No comments:

Post a Comment