Tuesday, 14 July 2015

Pelanggan tak suka SIKAP BIADAP peniaga kedai makan!

Salam semua. :)

Saya nak cerita pengalaman pahit yang sakitnya tuh disini yang berlaku sekitar tahun lepas. Cerita tahun lepas baru nak terasa nak kongsi sebab boleh pulak terkenang kan. Alkisahnya berlaku kat kedai Makan Islam (Melayu gak kot, tak pasti sebab nama kedai nama Melayu tapi yang penting Islam) yang berdekatan dengan kawasan rumah nenek saya.

Lagipun kedai ni kira banyak orang tau kat kawasan perumahan terancang kat Miri tu. Hehe. Saya pergi sana pun cuma nak makan satay dengan rojak dia jual gerai kecik asing kat luar sebab sedap. Bab makanan dan minuman tu biasa-biasa je lah bagi saya. Kedai yang tak disebut nama ni, kerjanya memang selalu tutup entah kenapa, bila dah buka tu selalu jugaklah buka sampai lewat malam. Mungkin ikut suka dia kot.

Tapi apakah saya kisah? Memang tak lerrr..

Kisahnya bermula apabila saya dan kawan-kawan bukan Islam makan kat kedai ni. Biasalah waktu malam, mata agak tak terang, lampu dia pun menguning sikit masa tu. Hahaha, apa tak kabur pandangan masa tu kan. Jadi masa tu ada lah kawan saya cina seorang ni, si Jason nak minum sup. Dia berhenti sekejap dan berkerut-kerut. Lepas tu pegi tanya sorang-sorang apa benda nya dalam sup dia.

Semua kitaorang masa tu haram jadah tak tau apa benda tu. Nak kata bawang tak macam bawang, nak kata serangga pun tak macam serangga. Wei tak jelas kot! Memandangkan si Jason ni ragu-ragu tahap antarabangsa (kiteorang punggg), dia pun pegi lah panggil pelayan lelaki muda nih.

"Abang, apa benda dalam ni? serangga ke?", si Jason bertanya dengan sopan sebab dia jenis sopan bab-bab tanya orang lain. Dengan kiteorang je dia main hantam. Haha..

Si pelayan tu pun ragu-ragu sebab dia pun tak nampak sangat, "Hmm kejap, saya pergi ambik ni tanya orang kat dapur" [Bab ni tak ingat apa dia cakap, tapi yang penting dia ambik mangkuk sup bawa pergi dapur. :p]

Tak lama lepas tu, datang seorang kakak tua atau mak cik atau perempuan umur pertengahan dengan muka BENGIS! BENGIS kotttt. Terus datang menerpa meja kami.

Perempuan tu kata dengan BIADAPnya, "Ni bawang bukan serangga! Jangan nak tuduh sebarangan sebab nanti merosakkan perniagaan kami. Kalau pelanggan lain dengar macam mana? Lain kali tengok betul-betul."

Huish bapak kau. SOMBONG bukan main. Kawan saya tu punya tanya sopan je, bukannya terjerit-jerit kat pelayan awak tu! MENGADA sungguh bak tauke besar. Tauke besar pun tak mengada macam awak. Awak yang lebih sentap. Masa tu dah panas dah kepala nak je jawab perempuan tak sedar diri (hehe, geram sangat sebab biadap sungguh!). Tapi masa tu kawan saya seorang ni si Aaron pergi lah tengok saya dengan maksud tersirat - TOLONG BERSABAR. HAHA, dia memang tahu saya spesis jenis tak boleh dengan orang biadap.

Masa tu jugak muka kawan saya lagi seorang ni cik Siew Hui pucat lesi je kena ceramah percuma perempuan tuh siap tangan nak hadang bagi saya duduk je. Dalam hati ni masa tuh banyak nak cakap tapi akhirnya si Aaron selaku orang yang tua sekali (NGAHAHAHAHA) pun meredakan pertelingkahan.

Eleh, nasib kena pelanggan yang baik hati macam dia. Kalau kena yang panas hati macam saya? Awak fikir saya perempuan masih muda tak berani nak cakap kat tauke ke? Mentang-mentang awak tua dari kiteoeang yang muda belaka ni, awak rasa dah lama hidup ya? ke awak tu cuma pekerja lama yang berlagak tauke? Ya Allah masa tu jugak saya nak cakap macam-macam. Ala kira macam nak cakap macam ni:

"Eh mak cik sentap kenapa?"

"Kawan saya tanya baik-baik je sebab tak nampak bukan tuduh! Pelayan mak cik pun tak pasti apa dia nampak sampai bawa ke dapur! Tak kan kami tak boleh tak pasti jugak kot"

"Bagus lagi kawan saya tanya dari dia terus sebar bukan-bukan. Mak cik ni kerek lah!"

Ni lah dorang tak sedar lagi. Kalau pergi kedai bukan Islam kalau kita tanya mereka minta maaf dan terus tukar baru. Paduhal tu baru tanya je. Tapi mereka akan cepat-cepat kata, "minta maaf, tak apa saya tukar baru". Kita pulak jadi segan. Ni tauke diva ni pulak HARAMnya nak sopan dengan orang.

Dia ni jenis berlagak sangat:
1. Tak minta maaf
2. Tuduh pelanggan
3. Muka bengis nak mampuih
4. Kasar datang dan pegi meja orang
5. Bersuara tinggi
6. Riuh sekampung!

Eh, mak cik, tak adanya saya nak datang kedai awak lagi tau. Kalau nak pergi pun akan singgah beli satay dengan rojak je kat luar kedai tuh. Tapi itu pun macam rasa tak nak pergi dah beli satay dan rojak tu. Sampai sekarang tak ingin tau. Memang lah saya tak sebut nama sebab tu periuk nasi awak tapi kalau awak buat macam tu jugak kat orang lain, padan muka nanti satu hari orang pakat tak nak datang dah!

Kalau keluarga atau kawan saya pergi makan kat sana saya tak kisah. Cuma jangan bawa saya makan kat tempat BIADAP tu je. Menyampah, saya pun tak nak pergi kat cawangan dia yang lain. Mana tau mak cik diva tu pergi tempat cawangan lain jugak. Memang tak lerrrr. Nama je Islam pakai tudung bagai tapi tak mengamalkan perniagaan dan kelakuan cara Islam pun. =.='' Memalukan je depan kawan saya bukan Islam tu.

Kalau nak tahu kenapa orang suka dan tak suka bisnes dan pernigaan korang:
1. SIKAP/LAYANAN
2. HARGA
3. KUALITI

Ini lah tempat tiga teratas mengikut susunan ya. Kalau murah sedap nak mampuih kalau layanan macam HARAM pun orang tak hengen. Kalau layanan A+, Harga A+ dan kualiti A+, awak punya kedai jauh kat ceruk pun orang tetap pergi jugak.

Mak cik nak bukti ke? (hehe, macam lah mak cik diva tu baca ye), tengok je KFCK, jauh ceruk belah dalam. Orang tetap suka makan kat sana sebab dorang sempoi, harga berpatutan dan makan SEDAP wei. Lain kali saya kongsi pasal KFCK ya. ;)

Haihhhh, menyumpah seranah pulak dalam entri ni ya dalam bulan puasa pulak tu! Maaf ya. Hehe, cuma saya boleh terkenang pulak kisah menyakitkan hati ni. Walau apa pun, kalau tak suka jangan sesekali menabur pasir di periuk orang, cerita ringan-ringan je~ Apa-apa tu urusan dia dengan Allah dan kalau tak berubah, mungkin pelanggan lain yang akan kena kan dia.

Tu je, tata~

No comments:

Post a Comment