Monday 12 February 2018

Hotel De Art, Hotel Shah Alam

Salam semua,

Hotel murah di Shah Alam? Hotel apa ada di Shah Alam? Hotel lawa di Shah Alam? Hotel apa dekat di Shah Alam? Ha.. ini dia.

Hari ini saya nak review Hotel kat Shah Alam yang agak berpatutan harganya. Sebuah hotel butik. Iaitu Hotel De Art di Seksyen 19! Jom!

Sisi hadapan

Sisi tepi~


Pengenalan

Hotel De Art yang dikenali dengan konsep hotel butik kini meluaskan empayarnya dengan kewujudan tiga cawangan di Shah Alam selepas cawangan pertamanya yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam yang dibuka hampir LAPAN tahun yang lalu. Hotel De Art ni, merupakan salah satu daripada cawangan tersebut!

Cawangan lain yang tidak disebut di atas ialah Hotel De Art I-City dan Hotel Sri Permaisuri Cheras.

Jadi Hotel De Art mempunyai pengalaman sejak tahun 2015 lagi. Malah, Hotel De Art kini akan melangkah dengan lebar lagi dengan pembukaan Hotel De Art USJ di USJ tak lama lagi! Oleh tu, lebih banyak pengunjung boleh merasai keistimewaan dan keunikkan Hotel De Art ni~

Lokasi

Hotel De Art Seksyen 19 terletak di Jalan Nelayan 19/D, bersebelahan dengan Shell sahaja.

Juga, yang menariknya, hotel ini terletak di kawasan yang berhampiran dengan lokasi kunjungan terkenal, sememnagnya agak stratergik untuk menjadi pilihan pengunjung yang mengutamakan jarak destinasi ke destinasi.

Antara yang berdekatan ialah I-City, Kompleks Sukan Shah Alam, Extreme Park, Sunway Lagoon Theme Park, Bukit Cahaya Taman Pertanian dan Wet World Shah Alam. 
Antara lain ialah, kompleks membeli belah yang tidak jauh dari hotel seperti Jakel, Kompleks Ole-Ole, SACC Mall, Plaza ALam Sentral, Plaza Shah ALam, Kompleks PKNS, Pusat Konvensyen IDCC, Aeon Bukit Raja dan Setia City Mall.
Di bucu je, tepi-tepi tu parking. Senang dapat parking. Kalau
tak cukup boleh parking kat tepi jalan berdekatan ataupun shell
sebelah. Selamat je~

Depan Hotel de Art. Sebelah tu Speedmart. Lawa tak dari luar? First time datang
rasa macam bukan kat Shah Alam!

Jika berlaku kejadian yang tidak diingankan seperti memerlukan rawatan kecemasan dan sebagainya, Hospital Paka SALAM Shah Alam dan Klinik Kesihatan Shah Alam Seksyen 19 betul-betul di kawasan yang sama hanya terletak beberapa minit jaan kaki. Hotel ini mula beroperasi pada November 2015.

Ciri-ciri

Masih dalam konteks seni yang tersendiri, keunikan Hotel De Art Seksyen 19 tambah istimewa dengan eleman 3D. Dimensi lukisan tangan ya g melatari hampir dikeseluruhan kawasan Hotel De Art Seksyen 19 ternyata menggamit tumpuan pengunjung. Ibarat bermalam dalam dunia imaginasi. Selain daripada menjadi pilihan untuk penginapan, hotel ini turut menjadi pilihan pengunjung yang ingin mengabdikan kenangan melalui  lensa kamera peribadi mereka.

Lobi lawa nak dieeeeeeeeeeee~ Sofa dia lawa, wallpaper lawa. akesesori lawa,
semua benda lah lawa. Lighting lawa. Gilos lawa!

Tatkala melangkah masuk ke perkarangan lobi, pastinya mata tertancap pada kindahan dekorasi seni yang tidak terjangkau dek minda sanubari. Gabungan konsep kota kecik Perancis, disuntik eleman ekslusif segenap ruang. Dengan sofa empuk berona beige bersama kilauan batu permata sebagai pelengkap gaya, ia tambah menarik dengan lakaran yang penuh penceritaan.

Fasiliti/Harga/Keistimewaan/Kemudahan

Dengan harga serendah RM 88 sehingga RM 128 semalam termasuk sarapan pagi, Hotel De Art Seksyen 19 menawarkan beberapa kategori bilik sebagai pilihan buat pelanggan antaranya Art Single, Art Queen, Art Twin, Art Queen Deluxe, Art Twin Deluxe, Art King Deluxe dan Art Family.

 Bilik yang ada

Beberapa bilik yang ada ialah:











Merangkumi 33 buah bilik inapan sahaja dengan berlainan tema, kesemua  bilik diadaptasi berdasarkan jalan cerita yang berlainan. Lebih istimewa, setiap bilik diberiakn nama atau tajuk yang digarap menerusi keindahan pandangan dalam perspektif yang berbeza. Antaranya The Horse & The Born, Swimming with Dolphin, Hedwing’s Letter, Harry’s Cae. Star Dust, Leaning Tower of Pisa, The Snails Trails, A night in Safari dan banyak lagi!

Gambar yang ada

Gambar frame

Ruang legar

Deko lampu yang lawa setelah keluar lif. Eh,
lupa nak bagitau, Hotel De Art ni ada lif, jangan risau
kalau anda bawa banyak barang ya!

Tempat iron baju di common space

Maaf lah tak jelas. Tangan snap gambar
mata tengok sekeliling. Hehe.. Air panas dan sejuk kat
common space. 

Salah satu lorong. Yang tepi-tepi ialah
wallpaper deko berserta bingkai gambar
Pemilihan Perabot yang dimuatkan dalam setiap bilik inapan juga ternampak mewah dan cukup ringkas. Ternyata lakaran dinding dijadikan titik tumpu ketika menyiapkan penataaan. Segalanya seakan bersatu dalam ruang kamar beradu!

Deco

Jom kita lihat deco yang ada pula:











Menariknya, setiap pelanggan diberi peluang untuk memilih sendiri tema yang berkenaan di hati. Setiap gambar bilik boleh dilihar menerusi laman web  Hotel De Art sendiri. Sebuah iPad yang menyediakan pilihan gambar bilik juga diletakkan di ruang pendaftaran bagi memudahkan pelanggan yang datang secara walk in untuk melihat sendiri gambaran sebenar bilik inapan di Hotel De Art Seksyen 19 Shah Alam ini. Walapun begitu semuanya bergantung kepada 1st come 1st serve. 

Cepat-cepat datang tau~

Menawarkan kemudahan asas seperti televisyen berskrin rata, pendingin hawa, bilik air di setiap bilik, rangkaian TV satelit, wifi dan kemudahan membuat kopi dan teh, Hotel De Art seksyen 19 sudah tentu memberikan pengalaman bermalam dalam suasana cukup selesa. Kemudahan kaunter perkhidmatan 24 jam dan sistem kawalan keselamatan juga sangat dititikberatkan disini.

Flat skrin, ada deko kat bucu siling dan frame gambar

Ruang salon~

Mencari-cari jugak mana perginya almari, rupanyaaaaa

Kat sini!!!! Nasib agak besar dan boleh muat. Selain tu, tepi katil ada dua meja
sebelah kiri dan kanan extra untuk simpan barang jugak~

Sebuah ruang bilik khas sarapan juga disediakan ditingkat dua. Kepelbagaian Kuih muih tradisional berserta makanan utama yang berlainan menu setiap hari, bakal memberikan pengalaman berbeza sama sekali! Tidak terkecuali, kemudahan surau yang terletak ditingkat satu.

Tidak hanya himpunan hasil karya daripada beberapa orang artis terkenal yang dimuatkan dalam bentuk bingkai gambar, kehadiran figura yag dipaparkan pada segenap ruang koridor ternyata menarik pandangan mata sesiapa yang melihatnya.

Samada lorong pejalan kaki disetiap tingkat mahupun lif, semuanya dihiasi dengan lakaran bewarna ceria. Seolah-olah memiliki dimensi penglihatan lebih hidup. Sememangnya peluang untuk mengabdikan kenangan di Hotel De Art akan sentiasa terpahat.

Extra


Tahu tak, bahawa Hotel De Art Seksyen 19 juga ada toilet dan pencuci tangan dibahagian bawah sekali berdekatan dengan reception? (Mana tahu ada kecemasan dalaman, tak perlu risau berlari ke bilik~)

Selain itu, apa yang menariknya di Hotel De Art,sebelah nya sahaja ada pasar malam! Dibuka dari petang ke malam. Sekiranya anda tahu waktu operasi, sila komen ya! Sebab waktu datang tu dalam 3pm jugak dah buka. Malam tutup dalam 9pm gitu. 

Sebelah ni deretan di mana Hotel De Art terletak. Bilik menghadap ke sini,
boleh lah nampak pasar malam secara langsung ya!

Salah satu papan tanda Hotel De Art, dekat je dek non pasar malam tu
Selain pasar malam, Hotel De Art sangat-sangat mementingkan keluasan ruang mandi dan jamban. Dimana saiznya agak besar berbanding hotel berbajet rendah atau hotel butik setara dengannya. Kerana saiz yang besar sangat-sangat selesa. Mempunyai penggantung dan tempat letak baju yang luas, shower yang besar dan tersedia "ready plug in" pengering rambut!

Shower yang besar kat atas kiri dan ruang baju dan tuala yang
banyak boleh letak.


Hair dryer plug in~


Apa lagi? Jom lah singgah ke Hote De Art dan menikmati keindahan dan ruang rehat yang berbeza! Atau boleh pergi ke http://section19.hoteldeart.com.my/

Tata~

2 comments:

  1. Thanks, boleh bermalam sini nanti. Murah plak tu!

    ReplyDelete
  2. Bestnyaa nak jugak. Kreatif betul design bilik-bilik dia. Siap ada pasar malam. Seronok betul lah kan.

    ReplyDelete