Tuesday, 9 April 2019

5 produk penjagaan diri dan wajah unisex TERBAIK dan LIFE CHANGING yang FREE saya dapat!

Salam semua~

Hari ni saya saja nak kongsikan5 produk penjagaan diri dan wajah unisex yang saya dapat free je. Free kat sini bermaksud samada saya dapat untuk review, goodies ataupun gift. Walaupun saya tak bayar keluar guna duit sendiri tapi produk yang saya akan kongsikan ni memang bagi kesan terbaik kat diri saya sendiri tau!

Ini lah dia. 5 produk tu termasuk 1 set penjagaan rambut warna biru putih tu~


Total honest review deep deep dalam hati sanubari gittew!

Jom kita tengok satu per satu!

1. Lash Boost Grow Serum (Jenama Miu Lash)

Produk pelebat bulu mata, bulu kening, janggut, misai dan bebulu bulu lain.


Produk ni dia guna formula khas herba herba cina semua tu untuk menumbuhkan bebulu bulu kita. Dalam 2 minggu dah nampak kesan dah. For me personally saya punya bulu mata nampak dan kening lebat seawal 5 hari. Heh heh. Laju gilosssss! Macam tak percaya. Dah lah bulu mata dah tak jatuh dah! Sumpah pakai macam rasa too good to be true yet so true!

Kena pakai everyday dua kali sehari time pagi dan before tidur. Kalau dah lebat, just sapu sekali sehari selang seli pun dah boleh untuk maintain kan bulu lebat.

Harga mengancam sebab tube kecik je. Tapi kesan dia tersangat lah hokay. Kalau nak jimat boleh kongsi dengan orang serumah. Tapi kan, nampak tube kecik, pakai tak habis pun sebab pakai sikit je dah nampak efek. Make sure lap berus selepas pakai untuk jaga kebersihan.

Harga: RM 168.00. (Dapatkan di sini)

2. Serum MyKantan (Jenama Kantan)

Serum wajah pemutih


Serum ni adalah whitening base jugak. Saya pakai ni sejak dua tahun lepas kot ke tiga tahun lepas masa botol serum ni bertukar lawa gini. Saya pakai ni kesan dia lebih jelas untuk  tiga benda iaitu less sun spot freckless, muka glowing tak kusam dan melembab menganjal pom pom kan kulit! Serious! Muka pun jadi tembok tau, kena tempat kotor tak mudah naik jerawat, gatal gatal je paling-paling. 

TAPI tak fast effect dia tau. Dalam sebulan lebih baru nampak bila pakai hari-hari. Kena pakai at least pagi sekali malam sekali. Tapi saya pakai tiap malam je sebab pemalas hehehe. Efek dia slow tapi steady and mudah tahan lama. Muka saya dulu jenis pucat (ye lah anemia) tapi pakai ni muka tak sepucat dulu. Good thing tau! Kalau tak sikit-sikit je orang fikir kita nak pengsan. Lel! Bab putih putih tu saya tak perasan lah pulak.

Ha, saya actually pernah tengok stokis Kantan seorang ni, pengguna tegar. Dia nampak cerah sikit lah pipi merah merah gitu. Anjal pom pom. Hahaha.  Tu yang saya cakap, lain orang lain tindak balas! Boleh try ya.

Harga: RM 208.00 untuk 60ml . Selalu ada sale RM 148.00 gitu. (Boleh beli kat sini)

3. Smelly-No-More (Jenama Total Image)

Spray untuk menghapus bau di ketiak, rambut, kaki, celahan celahan badan. Opps!


Ini paling best kalau pakai ganti jadi deodorant. Sebab saya sensitive bau harum, boleh kira allergic. Tak pening, mengantuk atau muntah! Saya guna ni untuk spray kat ketiak dan kaki kalau malas nak pakai stokin. Hahaha.

In which, ketiak dah basah pun bau busuk tak keluar ya. I masih boleh melambai lambai ke udara dengan penuh yakin gittew! Kalau ketiak basah tu no komen lah. Masih gak basah. HAHAHAHAHA. Dia tak claim pun boleh keringkan ketiak itu~ Lagipun produk bagi ketiak kering mostly tak elok sebab bendasing digunakan boleh efek teruk di kemudian hari seperti kanser. Kena cari ingredients yang elok tau.

Kalau orang yang suka pakai kasut tapi tak suka pakai stokin boleh try ni jugak. Saya selalu guna jugak ke kaki. Buka pun tak ragu-ragu tak keluar bau semerbak. Kucing kat rumah pun approved tak lari pun kalau saya balik rumah buka kasut terus main dengan dorang~

Harga: RM 27.00 +/- untuk 75ml dapatkan kat Watsons ke Guardian ke.

4. Set Dandruff Rescue (Jenama Dr Buds Organics)

Syampu, conditioner dan serum rambut anti ketombe eheh. 


Saya pakai satu set ya! Tapi boleh je nak pakai asing asing mix and match bak kata jurucakap produk dorang. Produk ni total organic tau siap ada certificate lagi. I actually suffer from kelemumur, kegatalan, rambut berminyak dan rambut gugur. Teruk doh! Pakai macam-macam pun satu satu masalah je dia fix. Kelemumur tarak ada, tapi rambut masih gugur, minyak tarak ada, kelemumur masih ada. Aiyoyoyo!

But when I pakai ni, ulalalalalalalalala. First cuci dah boleh nampak kelemumur kecik-kecik mengundurkan diri. Gatal pun ringan-ringan. Eheh! Sukewwwww. Lepas tu pakai dalam dua minggu, ulalalalalalalalalala! Kelemumur tarak ada, rambut gugur sudah kurang dan rambut juga kurang berminyak. Meski dia kata anti dandruff. Tapi lain masalah ter-fix sekali. Boleh tahan! 

Cuma pakai produk ni tak berbuih banyak. Buih buih manja. Make sure cuci rambut dulu dengan air biar basah habis baru pakai produk ni. Sedap sikit feeling nak pakai massage melurut rambut tu. Kalau tak, tak puas rasa dia. Hehehe.  So far, saya approved! Dapatkan kat Guardian je guys!

Harga:

Syampu 300ml RM 69.90
Conditioner 150ml RM 49.90
Serum 150ml RM 79.90

Satu set semua sekali RM 199.70 (Sale maybe RM 179.70)

5. Collagenic Aqua SPF 10 Volume Lip Essence (Jenama MIZON)

Penjagaan bibir


Disclaimer, bukan nama Mizan punya brand ye. Hehehe. Dari Korea ni. Hari tu dapat daripada Althea. Bila cari balik dah tak ada dah. Maybe dah habis stok. Jadi tak akan share harga lah kalau gitu. Gue ngak tauuu~ Kalau kat Althea negara lain check tadi masih ado~ Malaysia je tak ado~

Berbalik pasal produk ni, saya pakai dalam seminggu dah mula nampak hasil menuai padi! Bibir jadi lebih Kim Kardashian daripada biasa. Tak merekah bibir,  kurang kulit tercabut , jadi lebih lembap dan merah merah. Kira not bad lah! Berkesan weh.

Cuma bila apply rasa greasy sikit. Just picit sikit sapu rata kalau tak rasa bibir penuh minyak makan tapi bau harum gitu. Kalau nak kurangkan rasa greasy, biarkan kat bibir dalam sepuluh minit, bloat dengan tisu paper. Still tak hilang lagi moisutrize kat bibir.

Sometimes I apply ni sikit baru apply lip matte supaya senang sapu and warna lebih cantik. For me this is so goooooddddd kesan dia. Hari hari pakai tak tinggal dah. Sebab tu now bibir saya lebih sexy uolls~

Harga: Tidak tahu. But boleh check out Althea Malaysia kat sini guys!

Sampai sini je perkongsian peribadi saya mengenai produk terbaik dan life changing!

Harap korang boleh try la jugak produk yang saya kongsikan ni. Namun saya tak yakin seratus peratus kesan dia akan sama macam korang sebab lain-lain orang lain-lain tindak balas.

Sebelum menghabiskan entri, kot-kot ada yang nak membeli belah di Shopee tu, boleh lah guna promo code saya ZANDRAXSHOPEE untuk dapatkan diskaun RM 7~ Syaratnya pembelian minimum RM 30. Kira lepas jugak lah tu shipping cost.

Make sure first time pembelian menggunakan Shopee Apps tau. Promo code boleh guna sampai 31st Mei 2019 sahaja. Download lah Shopee Apps kat sini~

Hingga berjumpa lagi~ Tata~

18 comments:

  1. eh eh.. ada 2 barang kita serupaa.. hehehe.. yang serum bulu mata tu.. lip essence tu pun ada.. best sangat.. tapi dah expired lip essence tu.. nanti nak order baru lah.. beli kat Althea ritu.. hehehe bagusnya rejim penjagaan diri dia.. TB tertarik yang Buds tu.. macam best je untuk kelemumur degil

    ReplyDelete
  2. serum wajah pemutih tu mcm best jer nak pakai..feedback tu customer tu pipi merah..adoii mmg teringin nak pipi merah tak payah nak pakai blusher sudah hihi..yang produk buds tu pun berkenan jugak..boleh lah try utk hubby..dia komplen kelemumur byk ngat kihkihkih

    ReplyDelete
  3. Semua produk ni saya tak pernah tengok sebelum ni .serum tu nampak menarik untuk dicuba sebab kesan yang kita dapat lepas menggunakan tuh yang nak .

    ReplyDelete
  4. Oh most of the products here are new to me. I tried Dr Buds Organics before it's good to be used. nice one

    ReplyDelete
  5. tertarik dengan lash boost tu.. nak pakai dekat bulu mata lah, kasi lagi lebattt haha..
    yang deodorant tu pun banyak good review boleh la try..
    yang set dr buds tu, nisa ada tapi bukan set syampu la.. set krim muka.
    yang volume lip essence tu rasa nak pergi beli je skrg

    ReplyDelete
  6. airah pernah guna smelly no more tu memang best. tahan lama. yang lain-lain semua tak pernah guna teringin nak beli.

    ReplyDelete
  7. Wah set rambut rescue tu mcm menarik since rambut kite makin menipis. Memang suka dekat produk2 organik ni. Nk kene survey kt shoppe ni. hehehe

    ReplyDelete
  8. wah kekal cantik dengan set lengkap ni ye. first time zul baca pasal produk ni, Good info kenalkan produk baru dekat kami.

    ReplyDelete
  9. Tertarik dengan nombor 3 tu sebab banyak dpt feedback pakai tu bagus. Kena cepat2 beli ni. Xsuka bau wangi sgt.. lagi ketiak nipis kan. Cepat ruam gatal.

    ReplyDelete
  10. Wah.. Beruntung dapat free. Kadang dari free gift ni laaa kita leh tahu sesuai ngan kita ke tak kannn? Kot sesuai rezeki laaa dan boleh terus beli tuk yamg seterusnya. Kita tertarik pada lebat bulu mata tu, kita bulu mata non hado. Tapi harga mahal laaaa plak. Heheee
    Yang Smelly-No-More (Jenama Total Image) memang ramai review kata bagus kannn

    ReplyDelete
  11. Bestnya ada serum bulu mata. Kita ni kategori bulu mata yang lebat jugaa la orang kata. Tapi kalau nak pakai bagi lagi lebat mesti lagi ok kan. Sebab tak perlu pakai bulu mata palsu. Hehe

    ReplyDelete
  12. Smelly no more tu kakak saya pernah pakai. Sebab nampak dekat rumah hari tu. Tapi tak terfikir pulak nak tanya pape kan. Bile tengok list ni ada smelly no more, eh. lamer jugak benda ni

    ReplyDelete
  13. Smelly no more tu baru kita nak guna. Ramai yg bagi feedback bagus produk ni. Walau agak pricey tapi berbaloi sbb bagus

    ReplyDelete
  14. Banyaknye produk yang Bonde tak tahu kebaikkannya. Info sangat menarik, boleh rujuk sini nanti dan kongsikan kepada kawan-kawan yg tanya tentang produk nnt. Serum bulu mata menarik..

    ReplyDelete
  15. Yang eyelash tu peenah nampk. .memg boleh panjangkan bulu mata ye.. Dulu ada nak beli. .Wah serum pipikan merah gu nampak best je. .produk dr buds memg best. .Ramai kata bagus prpduk tu

    ReplyDelete
  16. BBL memang pakai smelly no more tu tapi jenis batu kristal. Sekarang ketiak tak lagi berbau kalu berpeluh, yang penting makin cerah okay. tak payah pakai deodorant

    ReplyDelete
  17. Eh. Terhibur saya baca review awak. Yang penting kucing pun approved tak. Hehe. Thanks for the sharing. InsyaAllah ramai akan mendapat manfaat.

    ReplyDelete
  18. Oh wow! many brands are new to me and I have not try them yet. I m really interested to know more about this Serum MyKantan, never see this ingredients in skincare before.

    ReplyDelete