Friday 13 September 2019

Fire Tiger King Coolblog, Minuman Pearl Boba Ngauman Raja Harimau Sebenar!

Rawwwwwwrrrrrrrrrrrrrrr
Bila Raja Harimau sudah mengaum mengeluarkan belang, maka itu petanda agar semua hidupan kena berjaga-jaga. 

Pada 12hb September semalam, saya telah berkesempatan untuk menghadiri pelancaran Fire Tiger King oleh Coolblog Malaysia. Pelancaran telah berlangsung di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur dengan kehadiran wakil atasan Coolblog, Pengaran Bahagian Francais Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, wakil Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS), Malaysia Franchise Association (MFA), francaisi Coolblog, krew Suria FM dan media.

Ucapan Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Coolblog,
Cik Win Zakaria
Fokus utama dalam pelancaran ini ialah 'Pertabalan Raja Gula Perang yang Sebenar'. Ini menekankan bahawa Coolblog yang telah bertapak sejak tahun 2008 merupakan jenama minuman boba atau pearl sejati dan pelopor dalam bidang tersebut.

Siri minuman  yang Fire Tiger King ini merupakan Siri Pertama seumpanya dan kesinambungan tema awal tahun di lakukan oleh Coolblog pada suku pertama tahun ini iaitu 'Hari Harimau'. Di bawa siri ini mempunyai 4 perisa yang ditampilkan iaitu Fire Tiger King, Fire Red Tiger, Fire Thai Tiger dan Fire Green Tiger.

Kesemuanya mengikuti arus semasa iaitu minuman boba atau pearl bersama gula perang serta dilengkapi dengan 'cheese mousse  Crème brûlée . Selain itu minuman ini didatangkan dengan saiz 700ml sahaja dan sudah boleh didapati di semua 300 cawangan Coolblog seluruh Malaysia.

Mempersilakan Fire Tiger King!

Bermula serendah RM 7.80 dengan saiz 700ml kesemuanya

Harga:

Fire Red Tiger - RM 7.80
Fire Tiger King - RM 8.80
Fire Thai Tiger RM 8.80
Fire Green Tiger - RM 7.80

Rasa:

Fire Red Tiger - Red tea tapi tak ada brown sugar
Fire Tiger King - Brown Sugar Pearl Milk Tea
Fire Thai Tiger - Thai Milk Tea (Sawatea) with dash of Brown Sugar
Fire Green Tiger - Matcha Green Tea with dash of Brown Sugar

Cheese cheese mousse crème brûlée

Mintak kurang manis sesiap~

Persembahan api mengikut tema.

VIP dengan Coolblog Fire Tiger King.

Review peribadi

Ayah Qis boleh habiskan tau! Ayah Qis bagi 9/10!
Saya sendiri buat pesanan Fire Tiger King berperisa Fire Thai Tiger kurang manis. Rasa Thai Tea masih menyerlah seperti biasa dan ada rasa sedikit pahit asli teh daripada Thailand tu. Saya suka! Campuran gula perang pun tidak terlampau hanya sebagai penambah rasa sahaja. Menariknya pearl dia lebih lembut dan sedap dikunyah. Cheese Mouse Creme Brulee dia pula tak memuakkan. Jadi bagi saya, saya akan bagi 8/10. Cuma kena mintak kurang manis siap-siap lah. Bila saya rasa yang original, agak terlalu manis buat saya.

Ayah Qis pun boleh habiskan satu gelas tau! Siap bagi 9/10 bintang. Semua terkejut sebab Pak Cik mana nak layan minuman gini. Hahaha. Pak cik minum Fire Thai Tiger yang dibancuh original ya. Pak cik sendiri kata ada sikit-sikit pahit asli tu. Bagi yang minat teh memang suka rasa kepahitan tu tapi tak terlampau pun.

Tadadaaaaa~


Fakta ringkas mengenai Coolblog dan Siri Fire Tiger King!

Bersama si Raja Harimau maskot khas Fire Tiger King Coolblog.
1. Coolblog mula dibuka pada 2008 dan antara yang terawal dalam minuman boba atau lebih dikenali sebagai pearl pada tahun-tahun awal.

2. Coolblog kini mempunyai 300 cawangan di seluruh Malaysia.

3. Coolblog merupakan syarikat anak tempatan, hak milik Malaysia.

4. Setiap hasil pembelian siri Fire Tiger King juga menyumbang kepada Usaha Penyelamatan Spesis dan Habitat Harimau Malayan yang semakin pupus.

5. Coolblog dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna, Bahagian Francais pada tahun hadapan akan mewujudkan sistem hak milik francais yang berfokus untuk membantu wanita dan badan kebajikkan bukan kerajaan.

6. Berstatus Halal Jakim.


Kempen Sampingan Fire Tiger King.

Truck Coolblog dibawa khas bersama Suria FM.
Coolblog bersama Suria FM akan melakukan Jelajah Suria FM Bersama Coolblog di beberapa lokasi terpilih. Pelbagai aktiviti telah diatur antaranya ialah sesi ramah mesra, pertandingan kecil, berhibur bersama penyanyi terkenal dan pelbagai lagi. Jelajah pertama ialah pada 14hb September di Kuantan City Mall, Pahang dan kedua pada 21hb September di Plaza Angsana JB, Johor. Hebahan lanjut akan diumumkan di Suria X Coolblog Jam 2019 dan laman rasmi Suria FM www.suria.my .

Antara lain Coolblog juga menganjurkan Cabaran Tarian TikTok Fire Tiger King yang diberi nama #FTKDanceChallenge . Caranya agak mudah, hanya perlu membeli minuman daripada siri Fire Tiger King dan muat naik video tarian menggunakan lagu rasmi Fire Tiger King. Undian tertinggi akan berpeluang memenagi hadiah wang tunai. Maklumat lanjut akan dikemaskini di laman-laman rasmi Coolblog.


Pesanan Khidmat Masyarakat

Boleh minum minuman manis sebegini sekali sekala lah, jangan sekali selalu. Kena lah juga jaga kesihatan diri. Perbanyakkan minum air kosong dan jaga permakanan. Pastikan pengambilan gula dalam sehari itu tidak melebihi garis panduan yang disarankan. 

Mana-mana air manis adalah tidak digalakkan untuk kanak-kanak habiskan secara individu. Sebagai orang dewasa, penjaga dan ibu bapa, adalah tanggungjawab kita untuk mencorak dan menjaga cara pemakan dan peminuman mereka.

Antara lain, gelas plastik yang digunakan Coolblog adalah keras dan boleh digunapakai beberapa kali. Rekaannya adalah khas untuk kegunaan menyimpan minuman dengan selamat. Pastikan gelas, straw dan plastik daripada Coolblog tidak dibuang merata atau dibuang ke sampah biasa. Sila masukkan ke tong kitar semula atau kumpulkan berasama barang-barang recyle anda. Kurangkan pencemaran dan penggunaan plastik yang banyak. 

Sama-sama kita ke arah kehidupan sihat dan alam sekitar yang bersih!


Oleh itu, semua dijemput untuk merasai minuman terbaharu ini dan sokong Coolblog Malaysia okie! Sesambil tu jangan lupa untuk jaga kesihatan dan jaga alam sekitar ya!

Sebarang maklumat lanjut boleh layari:

19 comments:

  1. cool blog mengaum! dari cool jadi hot! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setujuuuu! Siap persembahan api2 lagi. Memang mengaummmm!

      Delete
  2. pernah minum yang tiger sebelum ini, black tiger x silap sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa, yang ni special sikit. Berasaskan teh. Memang teh pekat premium~ Sedapppp~

      Delete
  3. haishh mmg terliur tengok dan hari ni kalau ada kereta jap lagi nk pergi carik...tak boleh jadi nii..hehe

    ReplyDelete
  4. Tak nak kalah ye coolblog ni hahaha..baguslah kuarkan minuman baru ni so that boleh ikut trend terkini kan? Nak try la nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course tak nak kalah Kak Min. Siap pertabalan Raja Harimau tuuu hahaha. Try lah Kak Min ni mmg worth utk try!

      Delete
  5. Air berasas gula tambahan ini kena sentiasa di pantau segenap usia. Nak tanya sedikit bagaimana dengan status halal dia? Naim lebih berhati-hati minuman sebegini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe Halal Jakim. Saya dah edit. Thanks for asking~

      Delete
  6. Banyak2 boba yg pernah nur minum, tekak lebih serasi dgn brown sugar milk tea coolblog. Serious talk! Heheh setuju sgt awak. Walaupun sedap, tapi kene minum berpada-pada lah. Jgn laa hari2. Tapi apa2 pun coolblog tetap terbaik. Nur peminat coolblog dari dulu sampai skrg (tp masih terkawal ya) hihi

    ReplyDelete
  7. Sekali dengar tadi ingat air tiger beer.haha.nama lebih kurang je.nak mention pelopor air boba jgk cool blog ni.hopefully version yg ni sedap la

    ReplyDelete
  8. boleh cuba ni. kalau tak suka manis / jaga kesihatan / nak turun berat badan, elok mintak kurang manis. tapi kalau tak manis, tak feel lah pulak.

    ReplyDelete
  9. sekarang nie memang trend betul yer air brown sugar milk nie. semua F&B nak buat air yang sama versi masing2. nanti nak cuba jugak yang cool blog punya. sedap ke idakk agaknya tu.

    ReplyDelete
  10. Cool blog always come out with alot of different flavor drink! This drink looks really good to try it, love the launching event.

    ReplyDelete
  11. Oouuu... This is from Coldblog....
    Now Muslim friends can drink without hesitation!!

    ReplyDelete
  12. nampak macam sedap je. boleh la cuba sekali dua..hehe
    selalunya minuman macam ni manisnya ya ampunn..

    ReplyDelete
  13. tak cuba lagi yang ni. hari tu nampak jugak. tapi tak sempat nak singgah beli. orang kata rasa dia not bad

    ReplyDelete
  14. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    ReplyDelete