Tuesday 10 January 2023

AEON Sambut Tahun Baru Cina 2023 Meriah Dengan Tema ‘TU-gether’

KLANG, 10 Januari – Tahun baru cina untuk 2023 merupakan tahun arnab dan perkataan arnab dalam bahasa cina ialah ‘tu’, oleh itu AEON mengambil inspirasi tersebut dengan mewujudkan tema ‘TU-gether’ dalam meraikan sambutan tahun baru cina di AEON Mall seluruh Malaysia. Sambutan ini telah pun bermula sejak 5 Januari lepas sehingga 5 Februari mendatang.

Sambutan Tahun Baru Cina di AEON Bermula 5 Januari sehingga 5 Februari 2023.

Orang ramai adalah dijemput untuk ke AEON Mall untuk menyambut kemeriahan sambutan tahun baru cina dengan pelbagai persembahan dan aktiviti menarik. Antara persembahan dan aktiviti yang ada ialah Tarian Singa, Tarian Arnab, ‘God of Proseperity Walkabout’, Wushu, Diabolo, ‘DIY Workshop’ dan banyak lagi. 

Persembahan Muzik Tradisi Kaum Cina.

Persembahan Mask Changing.

God of Proseperity bersama Tarian Singa.

Workshop DIY

Lebih mengujakan ialah sesi ‘Petal Falling’ di mana taburan kelopak bunga di jatuhkan daripada tingkat atas ke bawah yang mengujakan. ‘Petal Falling’ ini diadakan pada setiap hujung minggu sabtu dan ahad bermula 7 Januari sehingga 22 Januari pada pukul 3 dan 7 petang sahaja. Sesi taburan kelopak bunga ini hanya diadakan di Centre Court, AEON Bukit Tinggi Klang sahaja tau!

Tak kira usia, ramai-ramai berseronok ketika sesi ‘Petal Falling’ pada 7 januari lepas di AEON
Mall Bukit Tinggi, Klang.

Selain itu, anda boleh memenangi pertandingan kira dan menang dengan hadiah berjumlah RM88,888! Cara nak ikuti pertandingan ini pun sangat mudah iaitu:
1) Belanja minimum RM30 di mana-mana kedai ‘partnership’ dalam AEON Mall dalam satu resit.
2) Kira jumlah arnab yang ada di Level Concourse
3) Imbas kod QR yang terletak di level Concourse, muat baik resit pembelian, isi maklumat serta jawapan dan hantar!

*Terma dan syarat terpakai.
*Anda harus ke AEON Mall untuk mengikuti pertandingan ini dan maklumat lanjut ada di sana!

Bukan setakat itu sahaja, anda boleh menebus pelbagai hadiah sempena tahun baru cina ‘TU-gether’ di AEON juga. Ada dua jenis tebusan yang boleh anda perolehi iaitu:

1) Sampul surat edisi terhad ‘Tu-gether’
- Belanja minimum RM188 dalam 2 resit pembelian pada hari yang sama buat AEON Member Plus Visa Card dan pemegang kad AEON Kredit.
- Belanja minimum RM288 dalam 2 resit pembelian pada hari yang sama buat bukan AEON Member Plus Visa Card dan bukan pemegang kad AEON Kredit.


2) Pemanas Gelas Prosperity
- Belanja minimum RM688 dalam 3 resit pembelian pada hari yang sama buat AEON Member Plus Visa Card dan pemegang kad AEON Kredit.
- Belanja minimum RM888 dalam 3 resit pembelian pada hari yang sama buat bukan AEON Member Plus Visa Card dan bukan pemegang kad AEON Kredit.


Ada berita baik buat peminat industri hiburan cina Malaysia juga kerana ada jelajah di AEON Mall yang boleh mereka sertai iaitu:

1) ASTRO CNY Roadshow
2) 988 Roadshow
3) Queenzy & Friends CNY Roadshow
4) CNY “The Heist” Movie 2023 Promo Tour
*Jadual jelajah ada pada laman rasmi mereka.

Setiap jelajah pun ada aktiviti menarik yang tersendiri juga tau. Ada sesi berjumpa peminat, persembahan nyanyian, sesi soal jawab dan pelbagai lagi. Menarik sangat!

Jom tengok sambutan Tahun Baru Cina Tu-gether di AEON Mall Bukit Tinggi di video tiktok di bawah:
@zandra.zane Meriah CNY 2023 di AEON Mall! Details lanjut baca kat blog www.thirteenpersona.blogspot.com 🎉 #AEONMALLTugetherCNY #runningrabiit #aeonmall #cny2023 ♬ 我說新年好 - 常勇 & Danny Koo & 舒森 & 陳培永 & 許靖瑜 & 蔡常樂


Apa lagi? Jom ramai-ramai ke AEON Mall berdekatan untuk meraikan Tahun Baru Cina ‘TU-gether’ sekarang!

Jangan lupa untuk melihat dekorasi Tahun Baru Cina di AEON Mall juga ya!
Gambar di AEON Bukit Tinggi Klang, Centre Court. 

#AEONMALLTu-getherCNY #runningrabiit #aeonmall

No comments:

Post a Comment