Sunday, 8 May 2016

PRN Sarawak ke-11 Tahniah #TeamAdenan

Assalammualaikum,

Pertama sekali diucapkan jutaan tahniah kepada Tok Nan yang terus menjadi Ketua Menteri Sarawak dan mengetuai jentera parti untuk memenangi PRN Sarawak kali ini dengan penuh bergaya. Iaitu memperolehi 72 kerusi daripada 82 kerusi DUN.
Keputusan lain, DAP 7 kerusi dan PKR 3 kerusi. Tahniah juga diucapkan.

BN 72 PKR 3 DAP 7

Namun tak semua boleh menerima kejayaan Tok Nan lebih-lebih lagi warga Semenanjung. Eh? Sebab dorang kata orang Sarawak ni bodoh undi BN dan sokong Najib. Eh? Pembetulan = kebanyakkannya ialah #TeamAdenan #bukanTeamNajib PRN tak kena mengena dengan Pilihan Raya Umum (PRU) pilih siapa Perdana Menteri kot.

Mari saya kongsikan unsur-unsur negatif kemenangan Tok Nan:




Pak cik, sabar ye. Pak cik orang mana? Nak tengok
PRU/PRN kat negeri pak cik pulak. Siapalah
rakyat pilih ye. Kalau BN, oops.. kena ludah
sendiri lah ye.



Berdasarkan gambaran di atas. Saya nak komen kasar. Mereka semua bodoh. Nak tau kenapa saya kata macam tu? Sebab dorang ni mati-mati ingatkan PRN Sarawak ni PRU undi Najib jadi Perdana Menteri. 
Tu lah, orang suruh belajar sivik dan kewarganegaraan masa sekolah menengah dok ponteng konon tak penting. Dalam subjek tu ada bezakan apa beza ADUN(PRN) dan Ahli Parlimen (PRU).

Lepas tu, kenapalah dok meroyan tak sudah ni? BN menang ke, kalah ke kat PRN Sarawak tak kan jejas punya negeri-negeri kat Semenanjung sebab memang tak kena mengena pun. Pilhan Raya NEGERI oiiiii..

Lagipun Tok Nan tak macam Taib M tu ha. Sejak Tok Nan pegang dua tahun jadi KM, banyak kejayaan dia buat seperti penghapusan tol, diskaun hebat tol dan menyambung semula lebih raya pan borneo yang tergendala kerana Taib M tak buat kerja dok goyang kaki bina mahligai buat isteri baru. Hahaha.. kena jugak akta hasutan ni karang. XD

Korang ingat rakyat Sarawak suka PM ke? Tak tau lah masa PRU nanti orang Sarawak pilih siapa jadi PM. Entah-entah tak nak turun mengundi langsung sebab tak suka Parti Malaya. Tolonglah kenapa kena ahli UMNO je yang kena jadi PM. 
Parti lain ada lagi hebat kot! Konon 1 Malaysia bagai tapi sikit-sikit nak undi bangsa cina. Undi bangsa lain maksudnya tak nak lah ye? 1 Malaysia ni semua bangsa lah kena kira. 

Mengapa rakyat Sarawak memilih BN Sarawak?

1. BN Sarawak terdiri daripada parti politik tempatan. DAP, PAS, Amanah dan PKR parti dari Malaya. Sarawak ni mementingkan rakyatnya sendiri ya.

2. BN memainkan isu negara Sarawak sendiri seperti royalti minyak, pendidikan dan pembangunan. Parti Malaya memainkan isu Persekutuan seperti GST dan RM2.6Billion. Sedia maklum tu hal persekutuan dan tak ada kena mengena dengan Sarawak. Contoh DAP kata nak mansuhkan GST tapi Penang dan Selangor bagaimana? Bertanding pun tak banyak kerusi tapi nak memerintah Sarawak. Macam mana tu?

3. Sokongan kepada Tok Nan yang menjadi KM Sarawak dengan mencapai kemajuan yang singkat. Tok Nan sendiri popular. 

4. Parti Malaya suka guna "kebencian". Contoh MB Selangor Dato Seri Azmin Ali pernah kata "Fikir Sarawak ni bapak Adenan Satem yang punya ke?". Ni adalah salah besar. Rakyat Sarawak tak suka akan kebencian. Lepas tu suka bawa isu "agama" isu "bangsa" tak sudah-sudah. Wei kita orang duduk Sarawak sempoi je Masjid sebelah Gereja siap tumpang letak kenderaan tiap Jumaat dan Ahad. Kau ader?

5. Pakatan Harapan tak bersatu. Kawasan berebut, tuduh menuduh dan tidak bertolak ansur. 

6. Pakatan Harapan menghina secara tidak langsung pengundi Sarawak. Satu menjaja cerita persekutuan yang tiada kaitan dengan Tok Nan atau Sarawak. Kedua suka buat penyataan kurang bernas menyalahkan undang-undang yang ada kat Sarawak (walhal tu perjanjian Malaysia tahun 1963 kot) kata belajar undang-undang tapi???? .

7. DAP buat ceramah bahasa Cina. DAP sayang oi, nak orang mengundi janganlah dok asyik guna bahasa Cina. Bukan semua orang faham bahasa cina. Cubalah perbaiki bahasa Melayu anda. In Sha Allah boleh menarik undi. Lepas tu, kalau boleh pelat cina tu kurang-kurangkan lah masa ceramah jika guna bahasa Melayu. Ini secara tidak langsung memberi pandangan bahawa DAP hanya untuk cina. Ambik perhatian ya? Ini pun salah satu penyebab kenapa sukar memenangi hati bangsa bumiputera.

Saya rasa cukup lah beberapa alasan ni. Tuduh orang rasuah, periksa dulu jentera pilihanraya sendiri lemah. Macam mana lah nak undi Pakatan Harapan oi..

Mari saya kongsi Trivia pulak:

Lantai balkoni luar
SK Kuala Annau Tatau Bintulu 

Ehem.. satu saya nak tanya duit tak kena sumbang pergi sekolah ni ke? Dan Guru besar tak mintak duit dari kementerian pendidikan ke? Dan kementerian pendidikan tak pantau ke? Nak menang sangat sampai gantung "UNDI BN" bukan main ada peruntukan, duit peruntukan untuk sekolah tak ada pulak. Lepas dah menang ni sila buat kerja, kalau tak Rakyat Sarawak akan bersatu hati viralkan benda ni! Lama je perintah kawasan ni tapi kerja tak buat~ Masih kayu pulak tu sekolah tu. Duit pergi mana oi?

Ulasan TV3 yang memang entah apa-apa:

Yang lain tak nak komen sebab penyampaian cepat, bermaklumat, interaktif dan kreatif. Tapi kenapa kena syok sendiri? Tu je yang saya tak berapa gemar. Dah baik dah tengok ulasan PRN lepas buletin utama tu ha, boleh pulak Encik Izwan Azir Saleh (kalau tak silap nama beliau) dengan yakinnya buat kenyataan soalan begini, "Mengapa peratus pengundi mengeluar mengundi di PRN Sarawak ke 11 sangat sedikit dan merosot? Adakah kerana mereka memang tahu sudah siapa yang akan menang? dan mereka merasakan tidak kira mana pun undi mereka, kemenangan tetap berpihak kepada Tok Nan"
Eh?

Jawapan sebenar ialah, banyak rakyat Sarawak bosan dengan politik kotor yang ada kat Malaysia yang tak habis-habis sebar kebencian dok kutuk mengutuk tak sudah. "Please" lah. Kami letih. Kami cuba nak hidup harmoni. Sikit-sikit hal semenanjung ada je cuba nak bawa Sarawak masuk. Tu sebab ramai malas keluar mengundi.

Saya tahu beliau terpaksa ikut skrip dan arahan BOS BESAR, BOS KECIK dan BOS BOS yang ada, tapi integriti sebagai penemuramah kena jaga jugak. Saya tahu beliau pro kerajaan (pro BN) tapi jangan lah terlalu nampak sangat. Saya dah syok dah tengok ulasan tu, boleh pulak nampak bias kat situ. Kadang-kadang bila nampak bias, rakyat tak suka dan merasakan perbuatan tersebut "FAKE". Cuba buat secara bersederhana, In Sha Allah ramai rakyat akan suka TV3 balik macam dulu kala. Walauapapun, masa baca berita boleh tahan!

Akhir kata, tak usah lah meroyan memanjang. Dah BN menang besar. Apa lagi, sentiasa spam facebook mereka untuk menuntut janji dan viaralkan masalah yang berlaku di kawasan anda! Gunalah media sosial dengan bijak! #TeamAdenan #bukanTeamNajib HAHAHAHAHA..

Maaf berunsur politik melampau. 
Tata!

Tuesday, 5 April 2016

Logo Halal yang diterima seluruh dunia - GAMBAR

Salam, saya nak kongsi pasal logo halal yang diiktiraf dunia.

Selalunya kita tak perlu risau kalau ada logo halal dari Malaysia, Brunei dan Thailand sebab dah biasa. Tapi bagaimana pula dari negara lain?

Bawah ni gambar logo halal yang diterimapakai:





Sumber: Facebook Brunei fm yang memberi kredit kepada Hazeeq

Semak logo halal yang berada dipakej sebelum membeli produk tersebut supaya tak tertipu dengan logo buatan/tiruan mahupun produk yang tidak sah.

Tata!

Monday, 28 March 2016

Peringatan Solat untuk Kaki Daki Bukit!

Peringatan buat kaki-kaki "hikers" kental dan kaki-kaki "camping" abadi!!!

Kongsi gambar beriang ria dengan kejayaan diri mendaki hingga ke puncak namun perkara wajib boleh lupa!

Di petik daripada FB Hiking & Camping Around Malaysia oleh Nur Muhamad Fansuri
Dalam petikan itu, Nur Muhamad Fansuri ada berkongsi mengenai solat bersama rakan-rakan di Hiking & Camping Around Malaysia:

Ini mungkin sekadar perkongsian. Maaf kawan -kawan kalau ini menyakitkan. Ini nasihat untuk diri saya. Seringkali kita mendaki, perkara solat kita abaikan. Ada yang buat lupa, ada yang memberi alasan, dan ada yang menjadi tabiat meninggalkan solat tanpa rasa apa-apa. Kita tahu, pendakian itu menyihatkan tubuh, tetapi bukannya pada bahagian rohani atau kalbu. Tidak cukup dengan kepuasan hanya semata-mata berada di puncak, walau bergambar 100 keping.
Pentingnya amalan solat ini kerana merupakan amalan yang pertama sekali dihisab oleh Allah SWT di akhirat nanti. Rasulullah SAW bersabda: Amalan yang pertama dihisab daripada seorang hamba pada hari Kiamat ialah solat. Jika baik (solatnya), maka baiklah seluruh amalannya. Jika rosak (solatnya), maka rosaklah seluruh amalannya. (riwayat al-Thabarani)
Mati tidak mengira usia dan waktu. Sekian.


Ramai yang suka mendaki bukit dan gunung mempunyai alasan untuk tidak bersolat contohnya:

Berpeluh walhal bukan najis
Betanah walhal bukan najis
Susah walhal ada tayamum dan berbekal air
Tak sempat walhal ada masa rehat antara perjalanan
Jamak walhal boleh fardhu terus
Tak menutup aurat walhal tuntutan tutup aurat tetap berjalan ketika mendaki

Bukan lah nak jadi alim, tapi apa yang saya nampak ramai yang buat riadah sukan semua benda kadang-kadang atau selalu lupa solat dan mengabaikan penutupan aurat lebih-lebih lelaki. Sebab bila sukan je lelaki memang borong seluar pendek nampak lutut. Perbaiki lah kalau dapat perbaiki jangan nak ikut "trend" semasa ambik gambar beriadah tapi lupa Allah nampak kita yang abaikan suruhan wajib. Wanita kalau boleh pakai biar sempurna sepertimana kita diwajibkan.

Antara teguran lain:
- Jangan buang sampah merata-rata
- Main "Flare" sukahati (Ini untuk kecemasan sahaja takut sesat)
- Mulut dan perangai kena jaga bersopan
- Baca doa sebelum memulakan perjalanan
- Jangan gatal tangan nak ambik tanah, nak patahkan ranting sesuka hati!
- Jangan bising-bising buat parti tak senonoh

"Mencuba untuk menyempurnakan ibadah lebih baik daripada tak mencuba langsung!"


THE MISSING HIJABI MODEL CASTING 17.0 - Bahasa Melayu

 Salam semua :)

Memang nama entri kali ni omputih tapi entri dalam bahasa Melayu ya. Jadinya hari ni saya nak kongsi pasal The Missing Hijabi Model Casting 17.0 yang dianjurkan oleh majalah Hijabista, Dara.com dan Nur dengan kerjasa Guardian Malaysia.

Anda boleh singgah ke pautan asal iaitu http://www.hijabista.com.my/trending/the-missing-hijabi-model-casting-17-0-for-the-hijabis-who-want-to-be-a-model-1.492296

Kawan saya masa photoshoot hari tu dok rajin lah kongsi benda macam ni, jadi saya pun cubalah jugak. Akhirnya pada tarikh 26 March hari tu saya bertandang lah ke IOI City Mall Putrajaya sebab tu yang paling dekat berbanding nak pergi "Casting" kat Johor ataupun Pulau Pinang akan datang kan. Saya pergi sorang masa tu jadi tak ada yang nak ambik kan gambar "full body" untuk kongsi kat sini. (T^T)

Ig @hijabistamag

Ni saya ya no.95. Hehehehehehehehehehehe..
saya baru datang dari Bangsar terus zassss ke IOI! Bagi besar sikit gambar!
:P

Betapa baiknya @hijabistamag ni rajin "repost"
semua orang yang "mentioned" dorang kat Instagram!
Ni "repost" dari instagram saya ler.
Mula-mula tu datang berhajat lah jugak nak dapat satu tudung percuma. Tup tup datang dorang bagi dua. Macam tak percaya pun ada. Hehe siap tanya lagi kakak atau adik yang kat kaunter pendaftaran tu, tudung mana yang cantik. Heh heh heh.. Akhirnya pilih yang berkotak sebab nampak "glamorous" gitu.


Tadadadada.. Majalah RM 20 combo dapat TIGA. Percuma 2 TUDUNG! Berbaloi!
Tudung pertama dari Sincerely By Us X Hijabista. Kedua dari Sofia Ellen.

Tempat dia pulak macam ni:

Guardian tu setepek besar kat tengah-tengah IOI tu ha..
Ramai sangat yang datang masa tu.

Kemeriahan hari "casting" . Saya rakam tempat yang lama tu maksudnya
tu lah tempat The Missing Hijabi Model Casting ya.

Macam ni la rupa tempat casting. <3 Depan tu daftar.
Lepas tu sebelah tempat isi borang (Tak nampak pulak kan).
Boleh tahan lah jugak kan meriahnya? Kalau rasa tak sempat beli awal pun tak apa. Boleh je beli terus barang kat Guardian dan Majalah Combo tempat yang sama. Lagipun Guardian ada buat "SALE" macam "WOW". Murah sangat! Kebetulan tak tau nak beli apa, kebetulan tu Sensodyne jual murah. Hehehehe.. masa tu lah beli Sensodyne! [IKLAN KEJAP]

Balik rumah tu saya pun lega dapat jugak pergi benda macam ni ambik pengalaman masa muda. Heh heh heh. Insha Allah kalau ada rezeki dapat lah jugak, kalau tak pun dah dapat Tudung Free tu memang redha~ Alhamdulillah.. rezeki lah jugak kan!

Sebelum habis, saya kongsi pasal satu artikel yang dikongsi di majalah dara edisi mac:

Kelas Model Muslimah! Tengok punya tengok macam kenal je orang kat dalam tu.. rupanya saya nampak Kak Ida, Kak Reen, Kak laila dan Kak Zue! Uiseh.. saya pun terus kongsi kat "whatsapp group" pasal benda ni. Hehehe.. ni lah antara kakak-kakak yang ada masa "photoshoot" hari tu! Ingat lagi tak entri ni http://thirteenpersona.blogspot.my/2016/03/so-i-just-attend-photoshoot.html Dorang ada jugak dalam entri tu. :D

Akhir sekali saya nak kongsi pasal: 

Source: Hijabi

Pencarian seterusnya akan dijalankan di:

“PENANG MAMI JARUM”WE WOULD LIKE TO SEEK FOR EXOTIC & UNCONVENTIONAL LOOKS!
WHEREBOUT: QUEENSBAY MALL, PENANG
GROUND FLOOR, SOUTH ATRIUM
DATE: 2-3 APRIL 2016 (SATURDAY/SUNDAY)
TIME: 10AM-5PM [COPY and PASTE]

Siapa yang tak sempat singgah atau berada di Pulau Pinang jangan lupa ya! Krew-krew pendaftaran dan jurugambar semua baik-baik belaka! Jadi jangan gemuruh! Semoga berjaya! 

Tata~~