Saturday, 9 September 2017

KELAS MEKAP 3 MUA 3 TEKNIK (Kelas mekap murah berbaloi)

Assalammualaikum semua~

Hari ni saya nak berkongsi satu kelas mekap yang terlajak murah dengan anda. Kenapa terlajak murah? Hanya RM 350 boleh belajar 3 cara mekap berbeza!! Kalau kat luar selalu harga RM 150 hanya untuk satu jenis solekan.

Kenapa boleh murah sangat ni? Ha, kalau nak tahu, kelas mekap harga macam ni tak selalu Kak Ikin bagi. Cuma Kak Ikin amat bermurah hati untuk mengadakan kelas ni sambil-sambil berkongsi ilmu dan membuat kebaikkan. Kelas biasa pun ada jugak, tapi tu cas lain lah.


Jadi mari baca apa dia Kelas Mekap Terlajak Murah

BAYAR SEKALI TAPI DAPAT 3 TEKNIK MAKEUP! ðŸ’„

Seperti yang telah dijanjikan, Team Make up Kelas Ikin Ikirdz akan mengadakan "Collaboration 3 MUA 3 Teknik Solekan".
Tarikh: 01/10/2017 (Ahad)
Masa : 8.30AM – 5.30PM
Tempat: Putrawalk, Seri Kembangan, Selangor.
Yuran : RM350
Deposit : RM150
************
3 MUA 3 TEKNIK SOLEKAN
**Barbie Doll Look
**Make up No Make up
**Glam Make up Look
Dalam 1 harga sahaja

Gambar tak diedit bagi flawless bagai, supaya anda boleh nampak dengan jelas~

************
- Demo & Praktikal
- Peralatan dalam kelas disediakan
- Sijil Penyertaan diberi
- Sarapan/ Lunch disediakan
- Cabutan Nombor Bertuah
- Hadiah untuk Make up Terbaik
- Doorgift untuk setiap peserta
*************
KENAPA ANDA PERLU SERTAI KELAS 3 MUA 3 TEKNIK? ðŸ’„

💄 Semua peralatan sediakan, jadi tidak perlu risau barang makeup anda tidak mencukupi dan sebagainya. Hanya datang kelas bawa diri dan buku nota serta pen sahaja.
💄 Anda akan dibantu oleh pembantu MUA semasa menjalankan praktikal pada sesi petang.
💄 MUA akan berkongsi lebih banyak tips solekan dengan anda.
💄 3 perserta yang akan terpilih untuk Make up terbaik akan dipelawa untuk menghadiri kelas secara santai percuma.
*************
PENGISIAN BENGKEL :
- Tips Penjagaan wajah sebelum make up dan selepas makeup
- Kenali make up brush secara profesional
- Pelajari teknik memilih 'Foundation' dan cara aplikasi mengikut kesesuaian tona kulit
- Pelajari teknik membentuk kening mengikut kesesuaian wajah
- Pelajari teknik-teknik solekan "Doll, Make up no make up & Glam Bridal Make up"
- Pelajari teknik Contouring yang betul
- Pelajari teknik aplikasi eyeshadow yang betul
- Pelajari teknik aplikasi pemerah pipi yang betul
- Pelajari teknik aplikasi lipstick
- Pelajari teknik solekan tahan lama dan kekal sepanjang hari.

APA BARANG MAKE UP YANG ANDA AKAN DAPAT?
💄 1 SET BERUS MAKEUP PERCUMA
💄 FOUNDATION
💄 STARTER KIT MAKE UP PALLETE
💄 MASCARA
💄 PENSEL KENING
💄 POWDER
💄 SPONGE
- - - - - - - - - - -
YURAN CUMA RM350 UNTUK 3 TEKNIK SOLEKAN ðŸ’„

Deposit RM150 (Baki RM200 bayar semasa pendaftaran dalam kelas)
DAFTAR SEGERA KERANA SEAT SANGAT LIMITED !
Untuk Details boleh terus Whatsapp dengan Klik Link Di Bawah : -
www.wasap.my/60105436757 ( Ikin ) ðŸ’„
www.wasap.my/60132743648 ( Mona ) ðŸ’„
www.wasap.my/60194993525 (Cecilia)💄

Jadi jika berminat? boleh cepat-cepat whatsapp nombor tertera sementara masih ada tempat kosong. Oh, selain itu, saya juga akan berada di sana!

Jumpa anda di sana~~
Tata~

Differences between Insurance and Medical Card? Which one to buy? Which one to choose?

Hey there,

Would like to share the differences between these two lovelies since we always get confused what are they exactly right? So today would like to share to you guys based on my general understanding and general knowledge. Hope it will help you to understand which one to choose in future!



Why is it important to understand it by ourselves, simply that you won't break your wage only to pay things you wouldn't necessarily need. Lets go!



➡Differen Difference between medical card and life insurance.

Medical card: you only being covered when you sick. If you die? Nope. Nothing to heal with medical power. Haha

Life insurance: Only helps you when you died. More to helping your family that you left and helping you in funeral process. Sometimes it can help you with permanent damage caused by accident. Normal sickness wouldn't be entertain cause it's so normal that it is not so wow to take care of. Lel

➡If you dont If you don't have enough budget, which one should you pick? Medical card or insurance? 

If you are single no dependants, choose medical card. Since when you sick, you need to take care of it. While when you die, there is no one you should worried to take care of. 

Got dependants. But they seems like already being cared of. (Eg, you are mother and your ex husband already support your children Choose medical card too. Reasons like above.

Got dependants. They are not secured yet for example your own small children.Pick life insurance. In case you may die and no one can take care of them. Better be safe!

Why should you buy it early?

 The more you getting older, the more less life value of yours. So it would get very expensive! To be frank, the hypothesis is the more you get older, the more illness you get. Then you will need to pay a lot of money for it! Hence, when they need to cover you, it needs lots of money and bigger guarantee! How they want to have profits unless increasing the price?

✓Just buy it, who knows when we exactly need it. Both of this things need time for activation. Normally it would take up to 2-6 months activation period. What if you are in sickness during the period? You still need to pay with your own money first since it's not activate.

 WWhy you still need to purchase it tho your company already provide you free medical card and insurance?

✓ As per my knowledge, after you are not belong to the company, body or organization, you are no longer entitled to have the same luxurious given to you before. It happens the same towards them card and insurance. So, you may no longer have the benefits once you are no longer a "worker".

Normally you will retired when you are old. Think back again, it would be very expensive to buy a new one. You may read back the hypothesis. You may purchase the basic one, because some of them can be add on to top up the benefits without being too pricey for existence subscribers/buyers. Better be safe people!

Medical card and insurance are pricey

Yes if it is covering all A-Z problems. You may opt to find add on services so when you are already capable and table, you just need to top up the benefits. Talk to the sellers. If they don't have this, find other company.

DO ASK the seller FACE to FACE. Reading from websites and pamphlet will lead you to confusion and you also don't know that this thing actually can be negotiate for it's services! You CAN CHOOSE what to ADD and what to DROP from your coverage!
Example, travel insurance. If you are not a traveler and just have a simple life, you may drop it to save soe money for another usage. Not expensive just worth it!

Take a moment of chillax with them sellers. If they force you, just ignored, choose the one who wouldn't force you because in the end, you need insurance advisor not just a seller.

😚 Most important thing, choose which one fit to your budget and lifestyle!

Addition: They are sellers who sell both of them together and combined. Can opt this one too for more safe and sound life!

Hope this entry will give you beneficial reading. See you next time.

Tata~

Beza Medical Card dan Insurans? Mana satu patut dibeli? Mana satu patut dipilih?

Assalammualaikum,

Saya nak bagi satu penafian bahawa saya tidak menjual medical card mahupun insurans. Mungkin pada masa hadapan In Sha Allah mana tahu kan. Maka dengan itu saya akan menjualnya dan anda akan dinasihatkan oleh saya.



Tanpa membuang masa mari kita lihat apa beza dua benda ni? Ayat yang digunakan adalah untuk memudahkan pemahaman semua pihak bukan mengikut terma insurans sebenar ya~ Hanya untuk memudahkan anda untuk memilihnya sahaja.

Jom!

Pengetahuan am saya tentang dua benda ni (maaf pencapuradukkan bahasa sebab saya salin dan tempek melalui status FB saya sendiri):


Beza medical card and life insurance.

Medical card: waktu sakit dia tanggung. Mati tak. Sbb tak ada apa nak diubat. Heh heh

Life insurance: waktu sakit dia buat de sbb dia cover waktu mati je. Haha sometimes cover kalau jadi permanent damage mcm cacat. Some la~ more to yg damage kekal type. Setakat sakit boleh sembuh~~

Kalau x cukup bajet kan mana patut beli? Medical card atau life insurance.

Kalau single tak ada tanggungan better medical card. Sakit ada cover. Mati pun tak ada org nak dirisaukan akan terbeban.

Ada tanggungan. Tapi tanggungan mcm selamat. Medical card jugak.

Ada tanggungan. Tapi belum selamat contoh masih kecik dsbg. Life insurance.

Kenapa beli awal?

 Makin tua makin mahal sebab dah tua selalunya banyak penyakit terus nak pakai duit banyak.(Jahat je kan ayat) Bila nak cover kena perlukan duit/guarantee yg lebih ler kiranya~

Waktu tua ada limit tak nak jual pun orang tu medical card atau life insurance sbb jangkaan dorg mmg confirm2 jatuh sakit and m.a.t.i. Belum sempat pun dorg laburkan duit terus nak dipakai. Mcm mana company nak untung.

✓Beli je, sbb kita tak tau bila memerlukan. Sebab buat bendalah ni dua2 ambil masa nak aktif. Selalu dalam 2-6 bulan. Ha.. cun2 kena waktu menunggu tu? Keluar duit sdri jugak sbb tak aktif lagi.

Kenapa kena beli lagi walau company dah bagi free medical card dan insurance?

✓Setahu saya la, setahu saya ye bukan setahu orang. Habis kerja je benda tu tak leh pakai dah. Kalau ekonomi merundum maunya dibuang kerja bagai. Benefits tu hilang.

Lepaih tu, berhenti kerja dah tua. Beli lain krg waktu tua jadi mahallllll ya ampun. Beli yang biasa2 dulu pun boleh. Ada jenis yg boleh top up benefits. Kan kan~

Medical card and insurance Mahal

Memang Mahal kalau dia cover A-Z, Cari Yang boleh top up jadi Bila pendapatan Makin stable boleh top up benefits.

Tanya org jual jgn dok baca dr pamplets atau laman sesawang sbb org jual boleh pick and drop benefits yang Kita nak. Contoh benefits travel coverage. Korang rasa tak nak ambik sbb ada insurance lain yg cover drop kan je lah. Bayar bulan pun kurang sikit.

Jadi take a moment of chillax dengan penjual insurans and medical card okay! Kalau dorg paksa tinggalkan je. Pilih yang tak memaksa.

😚 Paling penting mesti tanya mana satu yang sesuai dengan budget and lifestyle anda.

Penambahan: Ada yang jual bendalah ni together. Nak life insurance and medical card combo pun boleh~~

Sekian harap benda ni bermanfaat buat anda semua. :)

Tata~

Thursday, 7 September 2017

Model untuk Khadijah Azzahra Class oleh Bedazzled Airis (KL)

Assalammualaikum,

Selamat ya semuanya? Harap-harap semuanya selamat ye~

23 Ogos lepas, Bedazzled Airis yang merupakan sebuah event management telah mengadakan Kelas Master Make Up bersama MUA Indonesia yang tular banget. Yang lain tak bukan kalau cik Khadijah Azzahra!! Pengikut kat IG cik Khadijah dah mencecah 477 Ribu. Wow~



Boleh nampak kenapa cik Khadijah ni tular sebab wajah cik Epal boleh berubah menjadi cik Stawberi gitu. Berbeza kaw kaw~ Jadi bila kelas make up di buat kat Malaysia, pergh ramai orang masuk kelas dia beb!

Sebenarnya ada dua kelas, satu kat De Palma Ampang, Kuala Lumpur satu lagi kat Johor Bahru Hotel KSL. Saya bertuah sangat-sangat jadi model kat Kuala Lumpur. Difahamkan bahawa ramai sangat yang mohon untuk jadi model cik Khadijah kita ni. Mana tak nya, nak merasa air tangan MUA Indonesia jugak kan! Asyik MUA Malaysia, jadi saya pun cuba nasib. Alhamdulillah melalui beberapa saringan termasuk hantar muka tanpa mekap, akhirnya terpilih.

Perasaan ketika itu ialah "wow, adakah ini cinta?" HAHA. Rasa nak tampar je muka sendiri bagi sedar. Banyak kot orang mohon. Model terkenal pun mohon, apalah saya yang tak terkenal dan agak huhaho ni. Macam tak percaya~ Ini lah rezeki Allah bagi. Alhamdulillah~~

Sila lah melihat wajah tanpa mekap dan lepas dimekapkan ini:


Berbeza kan??? Diingatkan bahawa, muka saya betul-betul bogel. HAHA. Serum apa semua tak letak. Malas. Kenapa macam pucat je? Biasa lah, satu kurang darah, kedua lighting tu terang and guna kamera kualiti tinggi memang akan nampak semua bintik-bintik bagai. Kehidupan realiti tak lah nampak sebijik macam tu. HAHAHA.. (mempertahankan benang yang basah kerana perasan cantik, LEL!)

Maka dengan itu saya nak bagitau, hari tu tiga jenis gambar yang boleh dilihat iaitu gambar yang ditangkap oleh cik Khadijah sendiri, gambar oleh Official Photographer Bedazzled Airis iaitu Abg Yaz dan akhir sekali dengan Photographer jemputan, Encik Felix. Dengan itu marilah lihat beberapa gambar oleh Khadijah sendiri, Yaz Photography dan Encik Felix.

Oleh Cik Khadijah Azzahra sendiri:

- Khadijah ni, dia MUA, dia designer baju, dia model, dia pun boleh tangkap gambar cantik siap sekali dengan edit. Banyak bakat walaupun masih muda. Yang penting, dia jaga cara pemakaian dia cukup cantik dengan labuh tutup elok-elok.




Oleh Yaz Photography:

- Abg Yaz orang Singapura. Abg Yaz mula-mula jumpa tu cakap omputih. I is shock. Haha. Tengok lah gambar yang di tangkap dan diedit oleh Abg Yaz kita ni~ Lain benar daripada yang fotografer Malaysia buat. Nak lain macam ni cari Abg Yaz je~





Oleh Encik Felix:

- Fakta: Gambar Encik Felix la yang paling banyak. Nak pilih rambang mata tahap dewa! Akhirnya saya pilih tiga je. Sebab nak bagi sama banyak dengan gambar kat atas. Ikut hati nak je pilih banyak-banyak. Lawa kot~ Banyak sangat latar dan gaya. Me gusta~




Jadi apakah kata anda?

Sebelum habis bicara, saya nak mengucapkan bebanyak terima kasih kepada siapa yang saya bekerjasama dengan. Ditujukan khas buat:

Cik T'pa, Mama Surya, Kak Parzlin, Kak Rosee, Khadijah, Kak Syiqah, Kak Ira, Kak Susi, Emma, Abg Yaz dan Encik Felix atas kerjasama anda. Harap dapat bekerjasama lagi di masa hadapan!

Maka boleh lihat perincian dibawah untuk anda tahu siapakah disebalik tabir Master Class Make up ini. Boleh langgan servis mereka ye~ Jangan malu-malu~

Malaysian Photographer. Banyak buat kat KL dan Selangor~ Stail Encik Felix ni antara
yang saya suka sebenarnya sebab warna yang lembut dan lokasi biasa jadi macam kat
luar negara. Betul! Cuba tengok IG Encik Felix!

Indonesian MUA, Designer dan Model. Ni la~ ni gambar model terbaru bukan saya ye~

Event Management yang buat event di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Selalunya buat event make up
class dari TOP MUA dari serantau. Boleh tengok IG Bedazzled Airis untuk kelas mekap yang
dorang anjurkan. Murah berbanding kat luar kot! Lain cas mahal kalau dah panggil TOP Mua serantau ni~

Abg Yaz fotograper Singapura, tapi boleh travel ke mana-mana. Tak percaya, tengok lah IG Abg Yaz pasti ada
gambar yang bukan kat Singapura. Oh, Abg Yaz ada production TV jugak. Ada buat servis rakaman. Contohnya
klip interview MUA Top dan peserta kelas. Jelas dan ringkas tapi memang on point!
Harap entri ni turut memberi manfaat kepada anda ya! Jumpa anda lagi di entri seterusnya. Sayang anda semua. Muah muah muah muah muah! (lagu I am Me)

Tata~