Wednesday, 3 January 2018

Nasi Dalai Shah Alam

Salam semua~

Semalam 2 hb Januari 2018 saya berkesempatan untuk menghadiri jempuran daripada Balqis (Qistierra blogspot) dan Halim Brothers ke Restoren Sajian d-Hidang! Pihak Sajian d-Hidang memperkenalkan set makanan pertama mereka selama 15 tahun!

Woahhhhh! Apa kah set pertama itu?

Tadadada~ NASI DALAI!

Apa dia NASI DALAI ni? Nasi Dalai ialah Nasi Daging Salai Masak Lemak. Tapi disini didatangkan dengan set - Nasi + Daging Salai Masak Lemak + Kerabu Sayur - Ikan Masin Berlada + Sambal Belacan + Teh O Ais!

Hanya RM 9.90 setiap set! DAN mudah serta cepat disiapkan buat pelanggan yang berkunjung.

SATU SET MURAHHHHH! Seimbang. Sedap. Seksiiiiiii!

Nasi Dalai~

CARI RESTORAN?

Buka Waze/Map taip sahaja Restoran Sajian D-Hidang, akan keluar Restoran Sajian d-Hidang Sdn Bhd. Satu tu je, senang nak cari!

Anda hanya perlu mencari papan tanda ini. Memang terletak kat
depan-depan bangunan UMNO seksyen 11. (Di larang berpolitik
ya~ Heh heh)

BINTANG HARI ITU - NASI DALAI


Ini lah Nasi Dalai aka Masak Daging Salai Lemak. Nasi Dalai ni akan datang dalam bentuk didatangkan sekali dengan minuman sejuk~  

Rasa: Cukup lemak, cukup rasa. Tak terlalu pedas, tak terlalu kurang pedas. Yang penting rasa dia bukan manis sampai tekak akan susah nak makan. Jujur nya, kuah dia sedap wehhhhhh! Boleh rasa lemak pekat dengan daun kunyit itu! Ohsemmmm. Daging dia pun banyak~ I codek dari Qis sebab saya punya dah habis. Masakan semua nya betul-betul cun!

Portion: Kalau diikutkan memang standard nasi itu. Tapi masak lemak, sayur. ikan masin dan belacan tu PASTI buatkan anda tambah nasi satu lagi Hehe.. Tambah nasi satu lagi pun, lauk pauk dia masih mencukupi. Sebab lauk pauk dia banyak. Hari tu nak tambah satu lagi nasi, tapiiiii saya kena diet meskipun I kaki codek Qis punya kerabu sayur, sedapppp!

Harga: SANGAT SANGAT BERBALOIIIIIII! Bayar je RM 9.90 dapat satu set makanan yang sangat mengenyangkan, seimbang (wajib~) dan banyak! Harga semua masuk tak ada kos tersembunyi. TAPI boleh lagi dapatkan yang lebih murah pada 8-10 januari ni! Datang je ke situ pada 8-10 januari ketika waktu bekerja akan dapat 30% Diskaunnnnnnn~ 

Hidangan: Saya bagi A++. Pinggan dia besar~ tu sebab makanan dalam nya pun banyak hehe. Kemas sangat-sangat. Mudah dimakan tak akan comot bagai. DAN CEPAT DISEDIAKAN. "anda tak ada masa nak menunggu makanan anda? Meh cuba ke sini!"

Lihatlah duniaaaaa~ waktu tengok ni dah tak sabar dahhhh~ Lauk pauk sememangnya banyak ya, disediakan sangat
laju gedebasss sesuai untuk orang nak makan ketika waktu rehat makan tengahari tu~

Ini ialah bintang! S.E.D.A.P! Siapa nak bersama saya cuba ni roger2 saya ye! Kat Shah Alam je~ Boleh rasa
daun kunyit tu~ pergh! Santan dia pun pekat merecik hawauuuu. Kalau siapa suka makan pedas (sila lah meminta
cili padi ye spt saya. HEHE). Sebab masakan sini semua neutral untuk bagi semua makan~ <3 

Dari kiri: Ikan masin berlada, kerabu sayur dan sambal belacan. Tahu tak?
Ikan masin berlada itu manis2 bawang. Cili dan ikan masin dia pun rangupppp~ Gatal nak gigit lagi!
Kerabu dia perghhh, nampak macam kompleks, makan jadi confuse, tapi bila rasa, syurgaaaa. Sayur kerabu serius I kaki makan sayur atau ulam ni nak lagi weh!
Sambal belacan = siapa nak tolak sambal belacan?
KELEBIHAN: Dibuat khas kaw kaw buat anda. Dan dicipta khas untuk menepati citarasa pilihan yang banyak orang nak. Lauk pauk yang selalu dipesan oleh tekak melayu (lemak2, sambal gittew u'olls). Antara lain, lauk pauk yang sememangnya MIX and MATCH. Buat lah nasi gaul, masih sedap weh.. Ngawwwww

BLOGGER YANG TURUT DATANG MENJAMU SELERA

Ini perempuan yang tak sabar nak makan.
Gara-gara Qis nak ambik banyak gambar,
mata dah tak fokus weh nak makan. HAHA

Ini lah Qis. Blogger yang saya selalu sakat. HEHEHE. Tapi dia ni
marah-marah baik gak. Rajin ajak makan pegi event blog. Kalau tak jumpa dia ni
mungkin blog saya ni berdebu kot. Bloq Qis qisstiera.blogspot.my

Bapak Qis, Mak Qis, Qis feat Me for the Nasi Dalai. Oh yeahhhhh!

Meja belakang tak ingat lain dah syok makan. Dorang lagi laju makan weh. Kitaorg ni lambat sebab acah2 mengabdi
kenangan walhal Qis banyak kali tahan nafsu saya nak makan. Bau dia keluar kotttt cecah hidung! Yang depan
saya tu sebenarnya tempat duduk Balqis, tapi Abe Halim kittew diajak bergambar gittew~

Qis, Saya dan Bella menjadi bidadari Abe Halim. Muehuehue. NAMPAK
tak saiz NASI DALAI ni besar! NAMPAK KANNNN

Ini lah pemilik Restoren Sajian D-Hidang. Eh bukan semua! Tapi dua sebelah kiri! Muda-muda dah berjaya. In Sha
Allah dipermudahkan lagi usaha mereka dan sentiasa suksesssss~ Encik Aliff dan Puan Nasyrah. Kiri sekali ialah Asyroffffff Sintakclair~

ANTARA MAKANAN YANG DIHIDANGKAN SAJIAN D-HIDANG

 Tapi cerita pasal Nasi Dalai pun, tetiba nak pulak makan benda lainnnnn, boleh sangat! Lihatlah kat bawah ni.

Kuih muih, sambal dan ulam~
Mee sup dan kawan-kawan seperti soto~


Masak lemak dan masak merah~

Kerabu dan ikan masin~

DAN beberapa pilihan lain~ Jenguk-jenguk lah ye!




Menyampuk sekejap ye di tengah gambar-gambar makanan ohsem ini! Nasi Dalai hanya ada pada pukul 10.30 am ke atas sahaja~ Tak nak air teh O ais? Tak apa, boleh tukar ke Air sirap ikat 
tepi. Hehehe. (Abaikan ikat tepi itu).

Jangan risau, sebab penyediaan set ni memang dikhaskan untuk dihidangkan laju naw naw~ 

SELAIN itu. Ada dua servis yang disediakan oleh Sajian D-Hidang. Iaitu:

1. Servis katering 
(rekomen sangat sebab masakan dia tradisional asli sedap. Masak memang true to the recipe lah katakan)

2. Servis Penghantaran Nasi Dalai!

SAMBUNG KAT BAWAH...





Servis katering: Hubungi je 03 5511 4015 atau +6018 253 4773

Servis peghantaran pun sama: Hubungi je 03 5511 4015 atau +6018 253 4773. 
Pagi sehingga pukul 4.30pm sahaja. Kawasan Shah Alam mesti minimum 50 set. Dan Luar Shah Alam 200 set. Apa-apa tanya je ya nombor berikut!





Hampir terlupa! Dekat sini, anda boleh mendapatkan KAD SAJIAN untuk menikmati makanan PERCUMA! Kad Sajian ini ialah kad yang anda kena kumpul-kumpul cop dalam RM 10 (rendah je, tak perlu susah-susah!) untuk dapat satu cop. Dapat 9 cop? MAKAN PERCUMAAAAAA.

Semuanya tertakluk kepada terma dan syarat ye! Nak tahu? nak dapatkan nya? Jom la kita sama-sama ke situ~ Kita jumpa ya!






BEEP BOOP BEEP BOOP. KUPON PERCUMAAAAAAAA! 50% DISKAUN. RM 4.95 SATU SET!

Akhirnya sampai pun ke mari. 8-10 januari minggu depan ada PROMOSIIIII. Saya akan datang lagi, tapiiiiii tak syiok kalau datang sorang kan? kan? Hehehehe. Jom lah sesama menikmati diskaun terlajak ni!

Nak takkk? Mesti la nak kan??

Hanya mesej saya di FACEBOOK (jangan risau saya check filter/message request). Mesej saya di https://www.facebook.com/siti.norzainiza untuk menerima hati saya~ muah!

Jumpa anda disana ye! saya confirm datang. Hehehe. Nak makan lagi weh, dah lah dekatttt! Kuah dia tak puas nak makan. Hahaha. Saya kaki masak lemak! Oh yeshhh!

Nasi Dalai? Ada di Sajian d-Hidang!

Tata~

Sunday, 17 December 2017

Pengalaman merasai Ca'Ya daripada BRANDS

Salam semua,

Hari tu saya dibagi sebotol Ca'Ya ni ha. Mula-mula tak nak ambik tapi ambik gak lah lama-lama tu. Sebab Brands ni memang sinonim dengan pati ayam tu. Budak-budak selalu tengok ayah saya dok teguk air pati ayam Brands ni. Sekali rasa, mak aih, taubat tak nak minum.

Rasa dia pekat gilos. Sampai ke besar ni tak nak minum. Minum pun pelan-pelan atau terlajak laju. Tapi saya bukan nak sembang pasal pati ayam tu. Tapi nak cerita bendalah ni pulak.

Masha Allah, sedap wehhhh. Tekejut saya sebab boleh Brands ni bagi minuman pati sedap. Muahaha. Saya begitu prejudis ya. Jadi apa benda Ca'ya Brands ni?

-> Pati Habbatus Sauda dan Ginseng
-> Untuk pembekal tenaga gitu~
-> Ambil ssebotol sekali dah memadai

Jadi benda ni macam Pati Ayam bagi tenaga tapi rasa dan kelebihan berbeza je. Kalau orang bagi saya benda ni stok seumur hidup saya sanggup. HAHAHA. Memang boleh masuk tekak, ada manis lah tapi tak semanis pekat tu. Boleh telan.

Kedua: Boleh la tak bagi mengantuk. Lesu memang tak hilang kalau mula-mula minum tapi kira saya boleh tahan mengantuk tu kira bagus sebab saya jenis otak aktif cepat habis tenaga kat otak. HAHAHA.

Lupa pulak nak bagitau rasa dia macam mana. Rasa dia memnag macam habbatus sauda dan ginseng tapi ala-ala teh campur manisan version rasa kuat tapi tak pekat. Air dia tak pekat pun senang nak minum.

Saya bagi 5 bintang!

Saiz dia lagi besar daripada pati ayam biasa tu.

Kekal bertenaga sepanjang hari. Jadi hari-hari minum, jadi sonic.
Hehehehe

FREE~ kan dah kata~

Boleh didapati di Pasaraya tertera. 
Apalagi, beli untuk saya lah!

Tata~

Sunday, 10 December 2017

Review Crabby Crab - Seafood Shah Alam

Salam semua~

Review makanan lagi~ Kali ini saya bersama Nana dan Za telah berpeluang untuk makan di Crabby Crab Seksyen 7 Shah Alam! Crabby Crab Seafood & Grill, cut the crab! Begitu slogan mereka~

Crabby Crab terletak di hujung sudut sekali jadi anda akan senang nak dapat parking. Jom kita ke sana!

INTERIOR DESIGN

Sangat "instagram worthy!"

Datang-datang akan nampak lah papan tanda Welcome to Crabby Crab ni.
Interior design restoren ni banyak menerapkan eleman ringkas dan selesa!


Ruang makan selesa dan luas. Full house pun tak akan rasa sesak. Mereka sangat-sangat menitikberatkan keselesaan pelanggan yang berkunjung. Boleh buat majlis tau sebab selesa!

Kaunter bayaran. Ada mini bakery jugak. Sini ada jual cake tau~~ GOSH! Dan ada jual cheesy popia!

Ruangan bahagian dalam. Luas dan cantik! SO INSTAGRAM WORTHY!

Tempat cuci tangan dia gedebak besar. Makan comot-comot pun tak apa!

Ruang ni untuk kulineri. Macam boleh je ni nak buat majlis makan-makan~ weeee~

Drink bar mereka! Kat sini boleh nampak dorang blend minuman on the spot. Boleh usha2 sikit.

PENEMAN HARI NI 

Afik dan Aizad pulak belakang tabir ye~


MENU MEREKA!

Sangat memudahkan untuk order sebab tak rumit~ Dan anda boleh
memesan cara masakan seafood yang anda mahu. Diingatkan bahawa
mereka menggalakkan anda untuk bercakap dengan waiter mereka. Nak pedas ke,
nak manis ke dan sebagainya! Mereka amat pentingkan pelanggan mereka!

M/s 1 Menu. Ada western choices dan pilihan burger paling
recommended kat depan.

M/s 2-3 Menu (Sorry tak perasan gambar bergegarrrrr~) Ada pilihan masakan ketam, seafood lain, Fisherman Platter (TOP SALE), Lobster, dan lain-lain.

M/s 4 terakhir menu. Pilihan  pelbagai jenis minuman dan desert yang banyak!

ANTARA MINUMAN KAMI ORDER

Sebelum ke makanan, saya show beberapa minuman yang kami order ye!


Teh lemon madu panas. Madu dia manis macam ada rasa
buah-buah gitu. Bukan sebab lemon tu ye~

Banana milkshake! Cukup pisang, cukup susu dan cukup goncang!
Minum boleh rasa padu, cukup manis sejuk semua. Sangat smooth~

Mango juice diperbuat daripada mango sebenar. Tidak ditambah gula!
Jadi boleh rasa manis mango tu sendiri. Mango jenis kualiti tinggi bila
minum dapat rasa mango dia kuat. Saya suka sebab tak terlalu
manis dan masih dapat rasa intipati mango original.

Mojito babyyyy! Minuman Mojito yang saya rasa lain macam! Selalu rasa macam
ada serai-serai masam gitu. Tapi ni ada toucj of sweet and freshen. Makan
tak ingat dunia, bila minum fuhhhh lagi nak tambah! Larutan hijau kat bawah
tu, sangat sedap tak manis sangat dan rasa limau yang padu!

MAKANAN YANG KAMI SEMPAT RASA~

Kitaorang makan sampai lebam. Hehe. Dan nak makan lagi dan lagi!
LIHAT dan CUBA ya makanan-makanan dibawah!


Crabby Soup (saiz besar dengan ketam bunga) merupakan salah
satu menu penangan maut untuk Crabby Crab dan sangat-sangat recommended
by the owner. DAN resepi rahsia ini dari Kota Belud, Sabah!

Mempersilakan~ Mega Soft Shell Crab Burgerrrrrrrrr! Pilihan sauce ialah salted egg~
(Pilihan sauce lain ialah bbq dan chillie).
Dengan harga RM 15 sahaja! Boleh dapat ni! Berbaloi baloi sebab kat luar boleh cecah puluh-puluh ringgit. Ini antara harga murah saya boleh jumpa!  Saiz dia agak boleh tahan. DAN Soft Shell Crab ni bila makan rangup di
luar juicy kat dalam
. Cukup rasa dan tepung untuk goreng ketam ni pun ada rasa sedap. Inti burger ni saya bagi
5 BINTANG
!
Selain itu ditambah timun, lettuce, tomato dan bawang ya. Bila makan semua pasti akan come back.

Crabby Soup! Star of the restaurant. Jarang-jarang jugak anda tengok sup ketam pekat macam ni kan? Sup ketam ni direbus
dengan ketam dan dicampur dengan bahan-bahan rahsia. Ketam yang diberi ialah ketam bunga. Apa yang saya boleh rasa sendiri sup ketam ni banyak! Makan dengan nasi, Masha Allah, boleh tertambah nasi dibuatnya! CUKUP PEKAT KETAM, PENUH REMPAH, dan MANIS KETAM MENUSUK! Order sup ketam rasa ketam baru lah betul! Ini saya recommend untuk anda sangat-sangat tau. 5 BINTANG untuk semua! Sebelum tu, sup ketam ni ada rasa pedas-pedas sikit
spices dia memang uumphhhh.. nak pedas, minta asing dulu ya! baru dapat rasa kick sup ketam ni!

Chillie Crab in da houseeee! Besar tak? Besarrrrr! Sejenis ketam lumpur. Haha bukan ketam bandar Kuala Lumpur! Ketam jenis ni agak keras tapi jangan risau pihak restoren menyediakan penukul dan pengacip untuk membuka ketam ni. Sebelum hidang pun mereka dah tolong kita siap-siap untuk ketuk ketam ni. Tak lah terlalu bersusah payah nak dapatkan isi ketam lumpur ni. Rasa chillie ketam ni cukup pekat. Dengan bawang-bawang, cili dan rempah lain yang di blended well together. Masak sampai pecah minyak dan ditambah pemanis rasa (manis ketam pun ada!).

Masakan Chillie ni tak pedas dan ada rasa manis-manis. Bagi yang tak suka manis, jangan risau, anda boleh bagitau tak nak manis ya~ One thing yg I like sebab, sos masak Chillie ni betul pekat dan kick! Puas hati gaul2 dengan nasi gitu~ Siap ada extra sos lagi boleh cedok terus masuk mulut. Hehehe

Pandangan depan Chillie Crab. Besar kan! Sepit dia tu lahaiiiii banyak isi!

Sebelum kami dihidangkan Fisherman Platter, owner dan salah seorang pekerja dia menyediakan meja untuk kami melantak dengan gembiranya! mereka menggunakan plastik baru ya untuk menghidangkan makanan kami.

Tadadada~ yg petak-petak tu untuk letak air. 

Mempersilakan, Fisherman Platter saiz M Boleh makan 5-6 orang!!!
Banyak tu! Pilihan sos kami ialah Chillie~ Sama sauce yang masak ketam
lumpur tu tadi ya~ (Pilihan sauce lain ialah Kam Hiong, Butter,
Gasolina dan Garlic Butter)

Ketam lumpur, ketam bunga, ketam nipah udang besar, kerang kepah, lala, sotong, jagung manis, timun, tomato dan sayur-sayur lain! 7 JENIS SEAFOODS!

Sedap wehhhhh sebab gedebak sekali bagi isi. Banyak jenis pulak tu sekali hidang. Memang puas habis. Saiz pun semua besar-besar. Jagung  dia Ya Allahhhhhh manis sedap weh! Memang heaven la. Sampai saya dengan Za berebut jagung. Hehe.. Sauce dia pun bagi banyak gaul-gaul ke platter ni pun still ada lebih lagi nak cedok pegi nasi.
Memang puas makan lah! Dan rasa seafood dia masih baru sebab stok diambil dalam 1-2 hari sahaja. Gituuuu~ 

Lihat dengan jarak dekat. Bukan main dia bagi udang besar-besar banyak pulak tu. haha kerang kepah semua tu terlindung
dengan kepekatan kuah sauce itu. Oh la la la.. nak datang lagi lah!

SEDIKIT BELAKANG TABIR

Pembikinan blog dan video bagi Crabby Crab!

Kiri Aizad kanan Afik. Ini lah orang belakang tabir itu~


Bila Afik tengah serius nak rakam owner
tengah menjamukan Fisherman Platter buat
kiteorang. Owner turun padang tau!

Bila blogger-blogger sekalian nak jugak ambik gambar. Gambar kita terpotonh
hahaha.

Sebelum saya menghabiskan entri ni, saya ada BERITA GEMBIRA buat anda sebab Crabby Crab Seafood & Grill berbaik hati untuk memberikan BAUCER PERCUMA untuk anda! Anda hanya perlu ke http://seafoodshahalam.com/ untuk mengisi borang yang disediakan!

APA TUNGGU LAGI? Pergilah ke situ cepat2!

Sebelum itu, jangan lupa singgah ke Social Media rasmi bagi Crabby Crab seperti dibawah:

Facebook: Crabby Crab Seafood & Grill www.facebook.com/crabbycrabseafood/
Instagram: Crabby Crab instagram.com/crabbycrabseafood

Tata~