Salam semua~
Semalam 2 hb Januari 2018 saya berkesempatan untuk menghadiri jempuran daripada Balqis (Qistierra blogspot) dan Halim Brothers ke Restoren Sajian d-Hidang! Pihak Sajian d-Hidang memperkenalkan set makanan pertama mereka selama 15 tahun!
Woahhhhh! Apa kah set pertama itu?
Tadadada~ NASI DALAI!
Apa dia NASI DALAI ni? Nasi Dalai ialah Nasi Daging Salai Masak Lemak. Tapi disini didatangkan dengan set - Nasi + Daging Salai Masak Lemak + Kerabu Sayur - Ikan Masin Berlada + Sambal Belacan + Teh O Ais!
Hanya RM 9.90 setiap set! DAN mudah serta cepat disiapkan buat pelanggan yang berkunjung.
Jumpa anda disana ye! saya confirm datang. Hehehe. Nak makan lagi weh, dah lah dekatttt! Kuah dia tak puas nak makan. Hahaha. Saya kaki masak lemak! Oh yeshhh!
Nasi Dalai? Ada di Sajian d-Hidang!
Tata~
Semalam 2 hb Januari 2018 saya berkesempatan untuk menghadiri jempuran daripada Balqis (Qistierra blogspot) dan Halim Brothers ke Restoren Sajian d-Hidang! Pihak Sajian d-Hidang memperkenalkan set makanan pertama mereka selama 15 tahun!
Woahhhhh! Apa kah set pertama itu?
Tadadada~ NASI DALAI!
Apa dia NASI DALAI ni? Nasi Dalai ialah Nasi Daging Salai Masak Lemak. Tapi disini didatangkan dengan set - Nasi + Daging Salai Masak Lemak + Kerabu Sayur - Ikan Masin Berlada + Sambal Belacan + Teh O Ais!
Hanya RM 9.90 setiap set! DAN mudah serta cepat disiapkan buat pelanggan yang berkunjung.
SATU SET MURAHHHHH! Seimbang. Sedap. Seksiiiiiii!
Nasi Dalai~ |
CARI RESTORAN?
Buka Waze/Map taip sahaja Restoran Sajian D-Hidang, akan keluar Restoran Sajian d-Hidang Sdn Bhd. Satu tu je, senang nak cari!
Anda hanya perlu mencari papan tanda ini. Memang terletak kat depan-depan bangunan UMNO seksyen 11. (Di larang berpolitik ya~ Heh heh) |
BINTANG HARI ITU - NASI DALAI
Ini lah Nasi Dalai aka Masak Daging Salai Lemak. Nasi Dalai ni akan datang dalam bentuk didatangkan sekali dengan minuman sejuk~
Rasa: Cukup lemak, cukup rasa. Tak terlalu pedas, tak terlalu kurang pedas. Yang penting rasa dia bukan manis sampai tekak akan susah nak makan. Jujur nya, kuah dia sedap wehhhhhh! Boleh rasa lemak pekat dengan daun kunyit itu! Ohsemmmm. Daging dia pun banyak~ I codek dari Qis sebab saya punya dah habis. Masakan semua nya betul-betul cun!
Portion: Kalau diikutkan memang standard nasi itu. Tapi masak lemak, sayur. ikan masin dan belacan tu PASTI buatkan anda tambah nasi satu lagi Hehe.. Tambah nasi satu lagi pun, lauk pauk dia masih mencukupi. Sebab lauk pauk dia banyak. Hari tu nak tambah satu lagi nasi, tapiiiii saya kena diet meskipun I kaki codek Qis punya kerabu sayur, sedapppp!
Harga: SANGAT SANGAT BERBALOIIIIIII! Bayar je RM 9.90 dapat satu set makanan yang sangat mengenyangkan, seimbang (wajib~) dan banyak! Harga semua masuk tak ada kos tersembunyi. TAPI boleh lagi dapatkan yang lebih murah pada 8-10 januari ni! Datang je ke situ pada 8-10 januari ketika waktu bekerja akan dapat 30% Diskaunnnnnnn~
Hidangan: Saya bagi A++. Pinggan dia besar~ tu sebab makanan dalam nya pun banyak hehe. Kemas sangat-sangat. Mudah dimakan tak akan comot bagai. DAN CEPAT DISEDIAKAN. "anda tak ada masa nak menunggu makanan anda? Meh cuba ke sini!"
Lihatlah duniaaaaa~ waktu tengok ni dah tak sabar dahhhh~ Lauk pauk sememangnya banyak ya, disediakan sangat laju gedebasss sesuai untuk orang nak makan ketika waktu rehat makan tengahari tu~ |
KELEBIHAN: Dibuat khas kaw kaw buat anda. Dan dicipta khas untuk menepati citarasa pilihan yang banyak orang nak. Lauk pauk yang selalu dipesan oleh tekak melayu (lemak2, sambal gittew u'olls). Antara lain, lauk pauk yang sememangnya MIX and MATCH. Buat lah nasi gaul, masih sedap weh.. Ngawwwww
BLOGGER YANG TURUT DATANG MENJAMU SELERA
Ini perempuan yang tak sabar nak makan. Gara-gara Qis nak ambik banyak gambar, mata dah tak fokus weh nak makan. HAHA |
Ini lah Qis. Blogger yang saya selalu sakat. HEHEHE. Tapi dia ni marah-marah baik gak. Rajin ajak makan pegi event blog. Kalau tak jumpa dia ni mungkin blog saya ni berdebu kot. Bloq Qis qisstiera.blogspot.my |
Bapak Qis, Mak Qis, Qis feat Me for the Nasi Dalai. Oh yeahhhhh! |
Qis, Saya dan Bella menjadi bidadari Abe Halim. Muehuehue. NAMPAK tak saiz NASI DALAI ni besar! NAMPAK KANNNN |
ANTARA MAKANAN YANG DIHIDANGKAN SAJIAN D-HIDANG
Tapi cerita pasal Nasi Dalai pun, tetiba nak pulak makan benda lainnnnn, boleh sangat! Lihatlah kat bawah ni.
Kuih muih, sambal dan ulam~ |
Mee sup dan kawan-kawan seperti soto~ |
Masak lemak dan masak merah~ |
Kerabu dan ikan masin~ |
DAN beberapa pilihan lain~ Jenguk-jenguk lah ye!
Menyampuk sekejap ye di tengah gambar-gambar makanan ohsem ini! Nasi Dalai hanya ada pada pukul 10.30 am ke atas sahaja~ Tak nak air teh O ais? Tak apa, boleh tukar ke Air sirap ikat
tepi. Hehehe. (Abaikan ikat tepi itu).
Jangan risau, sebab penyediaan set ni memang dikhaskan untuk dihidangkan laju naw naw~
SELAIN itu. Ada dua servis yang disediakan oleh Sajian D-Hidang. Iaitu:
1. Servis katering
(rekomen sangat sebab masakan dia tradisional asli sedap. Masak memang true to the recipe lah katakan)
2. Servis Penghantaran Nasi Dalai!
SAMBUNG KAT BAWAH...
Servis katering: Hubungi je 03 5511 4015 atau +6018 253 4773
Servis peghantaran pun sama: Hubungi je 03 5511 4015 atau +6018 253 4773.
Pagi sehingga pukul 4.30pm sahaja. Kawasan Shah Alam mesti minimum 50 set. Dan Luar Shah Alam 200 set. Apa-apa tanya je ya nombor berikut!
Hampir terlupa! Dekat sini, anda boleh mendapatkan KAD SAJIAN untuk menikmati makanan PERCUMA! Kad Sajian ini ialah kad yang anda kena kumpul-kumpul cop dalam RM 10 (rendah je, tak perlu susah-susah!) untuk dapat satu cop. Dapat 9 cop? MAKAN PERCUMAAAAAA.
Semuanya tertakluk kepada terma dan syarat ye! Nak tahu? nak dapatkan nya? Jom la kita sama-sama ke situ~ Kita jumpa ya!
BEEP BOOP BEEP BOOP. KUPON PERCUMAAAAAAAA! 50% DISKAUN. RM 4.95 SATU SET!
Akhirnya sampai pun ke mari. 8-10 januari minggu depan ada PROMOSIIIII. Saya akan datang lagi, tapiiiiii tak syiok kalau datang sorang kan? kan? Hehehehe. Jom lah sesama menikmati diskaun terlajak ni!
Nak takkk? Mesti la nak kan?? |
Hanya mesej saya di FACEBOOK (jangan risau saya check filter/message request). Mesej saya di https://www.facebook.com/siti.norzainiza untuk menerima hati saya~ muah!
Nasi Dalai? Ada di Sajian d-Hidang!
Tata~