Wednesday, 28 March 2018

Keistimewaan Kurma daripada Madinah

Salam semua~

Apa khabar? chewah jawab tak tu? Hari ni saya nak bagitau anda apa istimewanya kurma Madinah ni.

Apa beza dengan kurma kat pasaran tu? istimewa ke dari Madinah? Tempat lain tak bagus ke? Jom saya mulakan! Bismillah..


Kurma Madinah selalu diwar warkan sebagai kurma yang paling berkualiti dan lazat kerana tekstur dan rasanya tidak sama macam kurma yang ada kat pasaran ni. Atau lebih tepat, tak sama rasanya dengan kurma di tempat lain atau negara lain tau!

Kenapa?

Sebab kurma Ajwa dan Barni (Mabrum dan Mashruk) telah disebut-sebut dalam hadis-hadis Rasulullah SaAW sebagai kurma yang bagus dimakan untuk penawar kesakitan dan racun. Menurut Sahih Al Bukhari dan Muslim, diriwayatkan hadis dari sahabat bernama Sa'ad bin Abi Waqqash, dari Nabi Muhammad SAW, baginda pernah bersabda:

"Barangsiapa memakan tujuh butir Ajwa pada pagi hari, maka hari itu ia tidak akan terkena racun mahupun sihir.

Sebaik-baik kurma kamu adalah dari al-Barni, ia menghilangkan penyakit dan tidak mendatangkan penyakit" (Perawi aAbu Na'eem in Al-Tibb)

Bak kata pepatah, lebih baik mencegah daripada merawat~

Kurma ini juga mempunyai nutrisi yang baik terutama bagi orang yang mengamalkan kurma sebagai pendekatan sunnahnya seperti penduduk Madinah. Buah kurma memang sesuai untuk negara yang bersuhu panas kerana kandungan buahnya boleh menjadikan suhu tubuh lebih dingin.

Bagi penduduk Madinah, tamr atau kurma yang kering pula merupakan makanan pokok sebagaimana gandum bagi bangsa-bangsa lain. Umpama nasi bagi kita lah. Kurma kering dari daerah Aliyah di Madinah merupakan salah satu jenis kurma terbaik kerana rasanya lazat dan manis.



Ada lagi! Kurma bukan setakat buah enak dimakan namun menjadi penawar seperti kata hadis di atas. Maka amat sesuai lah dimakan oleh semua orang tidak kira umur, bangsa mahupun agama!

Dan entri ini dibekalkan info oleh penaja Kurma Al Abbasi Munif Hijjaz. Hanya secara ringkas, saya boleh bagitau kurma daripada jenama ini yang dibungkus indah dengan pelbagai warna mengikut jenis semuanya adalah asli dari Madinah. Maka tiada lah keraguan disitu. Paling utama tiada proses pemerapan gula tambahan seperti beberapa kurma dipasaran. Sebab tu lah kurma kat pasaran ada yang manis sangat. Macam mana nak jadi makanan sunnah berkhasiat kalau gitu.



Jadi akhir kata daripada penaja..

Ingat! Kurma Al Abbasi Munif Hijjaz adalah kurma terbaik yang berasal dari Madinah!

Laman rasmi bolehlah layari di:

FB al_abbasidates
IG al_abbasidates
Web al-abbasidates.com , munifhijjaz.com

Tata!

Tuesday, 20 March 2018

Sekali lagi jadi ibu

Salam semua,

Bagi yang mengikuti perkembangan kerjaya saya, mesti tahu saya ni mudah dapat watak mak mak. Haha, haaaa ini kisah dia. Saya ada memperagakan koleksi pakaian daripada satu butik ni. Iaitu butik Leenora (boleh cari kat Facebook).

Alkisahnya Kak Lynn, pemilik Leenora ni cadang nak buat outdoor photoshoot katanya. Nak tema ibu dan anak. Lah sudah! Mak lagi. Haha. Kak Lynn cadang nak ada emosi setiap gambar. Jadi saya pun iya kan aje. Adalah Kak Lynn kongsi gambar anak saya ni.

Saya pun fikir, hmmm ni nak jadi mak lagi ni. Hmmm...

Terus memutuskan, eh kenapa tak boleh jadi mak? Jadi lah mak hot letiup letiup aummm! Kan boleh! Maka saya gembiranya menjadi mak orang pada hari tu. Huehuehue. Masa ni kakak saya, mak saya dan mak cik saya hantar saya pegi shoot tau! Bertambah lah gembiranya dihati saya ni.

Maka dengan itu, mekap saya au naturale sahaja, tak pakai bulu mata pelesu pun~ saya tak ikut sangat mekap photoshoot sebab kadang-kadang mekap tebal ni buatkan saya nampak tua. Haha betul! Sungguh! Ramai yang kata saya nampak jauh muda dari gambar. Belum lagi tekejut bila dapat tau saya ni kurus dalam dunia sebenar. Gituuuuu~

Puji diri tak tinggal yek. Jom tengok saya menggayakan koleksi raya ibu dan anak daripada butik Leenora!

Kaki tu nak, ibu perati je~
Oh anak, duit raya anak tak hilang!



Awat anak lurus ja? Lagu Negaraku ka? Haha
Dia lari nak susu pulokkkk















































Ha? Nak beli ke? Jangan beli kat saya ye. Saya jual servis modelling je. RM 150/jam boleh mekap sendiri. Eh, terlepas pulak promosi diri sendiri. Hehehe. Jadi? Beli kat Butik Leenora ya! Cari je kat Facebook, pasti jumpa!

Hingga bertemu lagi, tata!

Friday, 2 March 2018

Pembukaan Pak John BBQ and Steamboat Restaurant di IOI City Mall - Review Pak John


Salam semuanya,

Pada 28hb Disember 2017 lepas, Pak John BBQ and Steamboat Restaurant (Pak John) telah membuka lagi satu cawangan di IOI City Mall, Putrajaya.

Maka dengan itu, Mr CS selaku operation manager telah menjemput para bloggers, selebriti dan media untuk menghadiri pembukaan tersebut. Pembukaan hari tu diacarakan oleh Tunku Maria dan dirasmikan oleh Datuk Rosyam Nor~ waaaaa~

Hari tu seperti biasa saya akan datang bersama kawan-kawan bloggers yang lain. Tapi kali ini lagi meriah kerana saya datang bersama Za, Nana, Balqis, Ain, Hanis, Aizat dan Afik!Serta sempat lah berkenalan dengan Nadi iaitu kawan kepada Balqis. Jom kita tinjau apa yang ada kat sana!

PEMBUKAAN











KEMERIAHAN HARI ITU - YOUTUBE

Sumber daripada Randomly Zandra oleh Skilzon Media


MAKANAN YANG ADA


























SESI MAKAN dan BERAMAI-RAMAI







HADIAH BUAT KAMI!

Setiap blogger diberikan satu bag Choices of the Best
Produk yang digunakan oleh Pak John dalam
pilihan Steamboat mereka


Bila buka~ penuh! Tak lokek sungguh pihak Pak John ni. Dah lah
layan kitaorang baik sangat!

Semua produk dalam beg tadi! Dalam RM 80-100++ jugak kot! 

Tunggu apa lagi tu? Seronok boleh pilih bermacam-macam jenis makanan ALL IN dengan satu harga! Boleh singgah ke Pak John, IOI City Mall atau cawangan yang lain sekarang!

Dengan itu saya mengundurkan diri dulu ya! Tata~